Marhaban Ya Ramadhan! Ya begitulah tuan puan sekalian budaya kita bila masuk bulan Ramadhan. Zaman sekarang ini terkadang agak liat kita sebut Selamat Datang Wahai Ramadhan. Maklumlah semua pakat hendak bicara bahasa Arab, kan?

Cakap tentang pakat-pakat ini tuan puan, sering juga melintas depan kita ajakan supaya kawan-kawan, sahabat handai mahupun rakan taulan pakat kongsi baca 30 juzuk Al-Quran. Senang cerita begini ya;

Kau baca juz satu, awak baca juz dua, demo baca juz 3, hang baca juz 4, dan seterusnya, dan seterusnya aku baca juz 30!

– Sembang 30 Sekawan

Yalah! 30 SEKAWAN itu pakat-pakat kongsi baca, nanti cukup syarat katanya sudah khatam semua 30 juzuk Al-Quran katanya. Kita pun tidak tahu dari mana aggapan macam ni datang, tapi eloklah kalau kita sedar sikit, perkara ini sudah dibahaskan begini;

….seseorang itu hanya diiktibar khatam Al-Quran apabila dia berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk secara penuh (iaitu dari juzuk 1 hingga juzuk 30) atau dia mendengar bacaan 30 juzuk secara bertadarrus iaitu saling memperdengarkan bacaan masing-masing sesama ahli tadarus. Sekiranya dia membaca bahagiannya atau juzuk tertentu sahaja, dan tidak pula membaca atau mendengar bacaan daripada juzuk-juzuk berbaki maka hal itu tidak dianggap sebagai khatam al-quran….

HUKUM MEMBAHAGIKAN BACAAN AL-QURAN MENGIKUT JUZUK

Demikianlah tuan puan sekalian sampai kena keluar fatwa hendak bagi masyarakat sedar. Sebabnya, lagu dendangan Maher Zain ini memang popular berkumandang setiap kali hadirnya bulan Ramadhan;

Terkadang, dalam keghairahan menyambut bulan Ramadhan bulan Al-Quran ala nyanyian, kita lupa pula hakikat sebenar dan tujuan baca Al-Quran, baik di dalam Ramadhan, mahupun di luar bulan Ramadhan;

Jikalau tuan puan hendak tahu, demikianlah doa yang akan dibaca beramai-ramai oleh 30 SEKAWAN tadi apabila sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Tuan puan usah khuatir, tiadalah mereka itu sekalian akan baca doa beramai-ramai dengan alunan muzik dalam masjid. Sebab, kebanyakan manusia hari ini memang pantang kalau ada orang gatal main muzik dalam masjid atau surau. Kebanyakan manusia juga faham memang majoriti mazhab besar memang kata muzik itu haram. Jadi, kita agak pelik jugalah kalau memang para asatizah kita tumpang sekaki promosi program-program yang diiringi muzik dalam naysid, qasidah dan burdah. Jadi, tuan puan sekalian timbang-timbanglah sendiri ya!

Baiklah tuan puan. Seperti alunan lagu Maher Zain bahawa Ramadhan adalah bulan Al-Quran, jadi eloklah kita tanya tuan puan sekalian. Fahamkah maksud;

Ramadhan Bulan Al-Quran?

Perihal ini sengaja kita lontarkan kerana sebagai lazim tahun-tahun sebelum ini, kita masih melihat ulangan peristiwa yang sama saja kerenah manusia menyambut Ramadhan bulan Al-Quran. Antaranya;

  • Pak Imam tergesa-gesa baca laju untuk sempurnakan satu juzuk Al-Quran setiap kali sembahyang tarawikh berjemaah 20 rakaat;
  • Bacaan Al-Quran dalam sembahyang juga disiarkan ke seluruh pelusuk kejiranan dengan pembesar suara yang ditala keluar masjid;

Jadi, barangkali kena tanyalah para jemaah surau atau masjid tersebut, faham atau tidak mereka sekaliannya menjadi makmum mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca sang Imam semasa bertarawikh?

Sebab, kalau faham, barangkali mereka akan sama-sama menasihati sang Imam tersebut, atau ahli jawatankuasa surau atau masjid, supaya bijak membuat tetapan supaya memadailah saja kalau bacaan dalam sembahyang itu didengar oleh para makmum saja, tidak perlulah hendak dijaja kemana-mana ikut suka pembesar suara.

Ya. Kalaulah makmum itu faham. Ya, kalaulah mereka faham apa yang dibaca oleh sang Imam. Ya, kalaulah sang Imam pun faham Al-Quran yang dibacanya.

person flipping pages of a book
Photo by Alena Darmel on Pexels.com

Pautan ke Laman Al-Quran

Oleh kerana kita sudah bersetuju bahawa Ramadhan adalah bulan Al-Quran, maka elok juga jika tuan puan sekalian ke pautan di bawah ini untuk membuat semakan dari pelbagai sumber;

Berkatalah + SANGfikir;

Barang diingat; sebarang terjemahan atau tafsir tidak semestinya tepat dengan maksud asal. Berserah diri dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dengan rahmat Allah jualah dan keizinan daripada-Nya jualah kita akan mendapat kefahaman. Mudah-mudahan kita semua beroleh petunjuk dari-Nya.

Mukadimah +SANGfikir

Kemudian, eloklah kita berpesan kepada tuan puan sekalian supaya tidak terkejar-kejar sangat hendak khatam 30 juzuk Al-Quran dengan tergesa-gesa. Biarlah tertib mengikut kemampuan sambil memahami satu persatu bait ayat yang kita baca. Itu lebih utama berbanding kita terkejar-kejar khatam berkali-kali dalam sebulan tetapi tidak faham-faham juga kalam Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Barangkali, memadailah dengan kesibukan kita hari ini, bolehlah kita baca mengikut juzuk secara harian sepanjang bulan Ramadhan;

SUSUNAN JUZUK DALAM AL-QUR’AN

BIL.SURAHBILANGAN AYATAYAT DALAM JUZUKSUSUNAN JUZUK
1Al-Faatihah71-71
2Al-Baqarah2861-141
142-2522
253-2863
3A-li’Imraan2001-91
92-2004
4An-Nisaa’1761-23
24-1475
148-1766
5Al-Maaidah1201-82
83-1207
6Al-An’aam1651-10
11-1658
7Al-A’raaf2061-87
88-2069
8Al-Anfaal751-40
41-7510
9At-Taubah1291-93
94-12911
10Yunus1091-109
11Hud1231-5
6-12312
12Yusuf1111-52
53-11113
13Ar-Ra’d431-43
14Ibrahim521-52
15Al-Hijr991-9914
16Al-Nahl1281-128
17Al-Israa’1111-11115
18Al-Kahfi1101-74
75-11016
19Maryam981-98
20Taha1351-135
21Al-Anbiyaa’1121-11217
22Al-Hajj781-78
23Al-Mu’minuun1181-11818
24An-Nuur641-64
25Al-Furqaan771-7719
26Asy-Syu’araa’2271-227
27An-Naml931-59
60-9320
28Al-Qasas881-88
29Al-‘Ankabuut691-44
45-6921
30Ar-Ruum601-60
31Luqman341-34
32As-Sajdah301-30
33Al-Ahzaab731-30
31-7322
34Saba’541-54
35Faatir451-45
36Yaa Siin831-21
22-8324
37As-Saaffaat1821-182
38Saad881-88
39Az-Zumar751-31
32-75
40Ghaafir851-85
41Fussilat541-46
47-5425
42Asy-Syuura531-53
43Az-Zukhruf891-89
44Ad-Dukhaan591-59
45Al-Jaathiyah371-37
46Al-Ahqaaf351-3526
47Muhammad381-38
48Al-Fat-h291-29
49Al-Hujuraat181-18
50Qaaf451-45
51Adz-Dzaariyaat601-30
31-6027
52At-Tuur491-49
53An-Najm621-62
54Al-Qamar551-55
55Ar-Rahmaan781-78
56Al-Waaqi’ah961-96
57Al-Hadiid291-29
58Al-Mujaadalah221-2228
59Al-Hasy-r241-24
60Al-Mumtahanah131-13
61As-Saff141-14
62Al-Jumu’ah111-11
63Al-Munaafiquun111-11
64At-Taghaabun181-18
65At-Talaaq121-12
66At-Tahriim121-12
67Al-Mulk301-3029
68Al-Qalam521-52
69Al-Haaqqah521-52
70Al-Ma’aarij441-44
71Nuh281-28
72Al-Jinn281-28
73Al-Muzzammil201-20
74Al-Muddaththir561-56
75Al-Qiaamah401-40
76Al-Insaan311-31
77Al-Mursalaat501-50
78An-Naba’401-4030
79An-Naazi’aat461-46
80Abasa421-42
81At-Takwiir291-29
82Al-Infitaar191-19
83Al-Mutaffifiin361-36
84Al-Insyiqaaq251-25
85Al-Buruuj221-22
86At-Taariq171-17
87Al-A’laa191-19
88Al-Ghaasyiyah261-26
89Al-Fajr301-30
90Al-Balad201-20
91Asy-Syams151-15
92Al-Lail211-21
93Adh-Dhuha111-11
94Ash-Syarh811-8
95At-Tiin81-8
96Al-‘Alaq191-19
97Al-Qadr51-5
98Al-Bayyinah81-8
99Az-Zalzalah81-8
100Al-‘Aadiyaat111-11
101Al-Qaari’ah111-11
102At-Takaathur81-8
103Al-‘Asr31-3
104Al-Humazah91-9
105Al-Fiil51-5
106Quraisy41-4
107Al-Maa’uun71-7
108Al-Kauthar31-3
109Al-Kaafiruun61-6
110An-Nasr31-3
111Al-Masad51-5
112Al-Ikhlaas41-4
113Al-Falaq51-5
114An-Naas61-6
BIL.SURAHBILANGAN AYATAYAT DALAM JUZUKSUSUNAN JUZUK

Baguslah kalau sudah berniat hendak khatam 30 juzuk Al-Quran bulan Ramadhan tahun ini. Maka, elok juga kalau difikir-fikirkan;

  • Setiap tahun tuan puan sekalian khatam Al-Quran itu, sejujurnya faham atau tidak kandungan kitab yang tuan puan baca itu?
  • Atau sekadar baca ikut tajwid dan berlagu tapi tidak faham juga bait-bait ayat Al-Quran?
  • Kalau tidak faham sedangkan umur pun sudah hampir separuh abad, tidak ada rasa malukah kepada Tuhan yang mencipta dan memberi rahmat kepada tuan puan sekalian?
Photo by Omar Elsharawy on Pexels.com

Kalau sibuk sangatlah kejar dunia sampai konon tidak sempat hendak baca Al-Quran, apa kata tuan puan dengar bagi khatam bulan Ramadhan ini bacaan Al-Quran, lengkap dengan terjemahan bahasa Melayu Indonesia. Jikalau tuan puan berminat mendengar terjemahan bahasa Melayu Malaysia, boleh dengar audio di pautan Darussalam Media.

Terjemahan Al-Quran

Marilah kita, sebagai orang awam yang bertanggungjawab dengan diri sendiri, mengambil inisiatif memahami kandungan Al-Quran sekurang-kurangnya dengan mengetahui terjemahannya. Sampai bila hidup orang awam ini masih mahu berterusan bergantung kepada ustaz untuk memahami Al-Quran. Takkanlah satu demi satu terjemahan pun nak kena bertalaqi setiap ayat kena tadarrus? Lain halnya dalam urusan tajwid, taranum, tafsir dan tadabbur; yang ini kalau mahu bertalaqi, memanglah elok juga, bukan?

Patut juga kita pesan supaya tuan puan menilai sendiri terjemahan sedia ada dan membuat semakan yang wajar maksud asal dalam bahasa Arabnya. Sekali lagi kita pesan, terjemahan tidak semestinya tepat sepenuhnya sebagaimana bahasa asal;

Dan memandangkan dalam 3 hari pertama bulan Ramadhan ini kita akan membiasakan diri dengan membaca atau mendengar bacaan surah Al-Baqarah, apa kata tuan puan sekalian dengar juga keseluruhan surah Al-Baqarah dan terjemahannya sekaligus;

Hari ketiga juga, kalau ikut jadual 30 juzuk, kita sudah sepatutnya memulai tadarrus dan tadabbur Surah Al-Imran;

Hari ke-4, 5 dan 6;

Hari ke-7;

Hari ke-8;

Hari ke-9;

Hari ke-10;

Hari ke-11;

Hari ke-12;

Hari ke-13;

Hari ke-14;

Hari ke-15;

Hari ke-16;

Hari ke-17;

Hari ke-18;

Hari ke-19

Hari ke-19;

Hari ke-21;

Hari ke-22

Hari ke-23;

Hari ke-24;

Hari ke-25;

Hari ke-26;

Hari ke-27;

Hari ke-28;

Hari ke-29;

Hari ke-30;

Tafsir Al-Quran

Kalau sudah faham terjemahan, pernah atau tidak tuan puan baca atau dengar pelbagai tafsir para ulama, misalnya yang terkandung dalam pautan di bawah ini?

  1. Tarjamatu Ma’anil Quranul Karim (RUMI)
  2. Asbabun Nuzul Imam_As-Suyuthi (ARAB)
  3. Asbabun Nuzul Imam_As-Suyuthi (Terjemahan)
  4. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (1)
  5. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (2)
  6. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (3)
  7. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (4)
  8. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (5)
  9. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (6)
  10. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (7)
  11. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (8)
  12. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (9)
  13. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (10)
  14. Tafsir Fi Zilalil Quran Sayyid Qutb (ARAB)
  15. Tafsir Fi Zilalil Quran Sayyid Qutb (ENGLISH)
  16. Tafsir Fi Zilalil Quran Sayyid Qutb (RUMI)
  17. Tafsir Ibnu Katsir Vol.1-10 (ENGLISH)
  18. Tafsir Ibnu Katsir 1
  19. Tafsir Ibnu Katsir 2
  20. Tafsir Ibnu Katsir 3
  21. Tafsir Ibnu Katsir 4
  22. Tafsir Ibnu Katsir 5
  23. Tafsir Ibnu Katsir 6
  24. Tafsir Ibnu Katsir 7
  25. Tafsir Ibnu Katsir 8
  26. Tafsir At Thabari 1 (ARAB) Muassasah Risalah
  27. Tafsir At Thabari 2 (ARAB) Muassasah Risalah
  28. Tafsir At Thabari 3 (ARAB) Muassasah Risalah
  29. Tafsir At Thabari 4 (ARAB) Muassasah Risalah
  30. Tafsir At Thabari 5 (ARAB) Muassasah Risalah
  31. Tafsir At Thabari 6 (ARAB) Muassasah Risalah
  32. Tafsir At Thabari 7 (ARAB) Muassasah Risalah
  33. Tafsir AtThabari 1a (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  34. Tafsir AtThabari 1b (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  35. Tafsir AtThabari 2 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  36. Tafsir AtThabari 3 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  37. Tafsir AtThabari 4 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  38. Tafsir AtThabari 5 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  39. Tafsir AtThabari 6 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  40. Tafsir AtThabari 7 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  41. Tafsir AtThabari 8 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  42. Tafsir AtThabari 9 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  43. Tafsir AtThabari 10 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  44. Tafsir AtThabari 11 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  45. Tafsir AtThabari 12 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  46. Tafsir AtThabari 13 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  47. Tafsir AtThabari 14 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  48. Tafsir AtThabari 15 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  49. Tafsir AtThabari 16 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  50. Tafsir AtThabari 1 (RUMI)
  51. Tafsir AtThabari 2 (RUMI)
  52. Tafsir AtThabari 3 (RUMI)
  53. Tafsir AtThabari 4 (RUMI)
  54. Tafsir AtThabari 5 (RUMI)
  55. Tafsir AtThabari 6 (RUMI)
  56. Tafsir AtThabari 7 (RUMI)
  57. Tafsir AtThabari 8 (RUMI)
  58. Tafsir AtThabari 9 (RUMI)
  59. Tafsir AtThabari 10 (RUMI)
  60. Tafsir AtThabari 11 (RUMI)
  61. Tafsir AtThabari 12 (RUMI)
  62. Tafsir AtThabari 13 (RUMI)
  63. Tafsir AtThabari 14 (RUMI)
  64. Tafsir AtThabari 15 (RUMI)
  65. Tafsir AtThabari 16 (RUMI)
  66. Tafsir AtThabari 17 (RUMI)
  67. Tafsir AtThabari 18 (RUMI)
  68. Tafsir AtThabari 19 (RUMI)
  69. Tafsir AtThabari 20 (RUMI)
  70. Tafsir AtThabari 21 (RUMI)
  71. Tafsir AtThabari 22 (RUMI)
  72. Tafsir AtThabari 23 (RUMI)
  73. Tafsir AtThabari 24 (RUMI)
  74. Tafsir AtThabari 25 (RUMI)
  75. Tafsir AtThabari 26 (RUMI)
  76. Tafsir Jalalain (Aps)
  77. Tafsir Juzuk Amma (JAWI)

Senarai di atas hanyalah sebahagian tafsiran para ulama ya tuan puan sekalian. Kalau berminat, sila ke laman کتاب | BOOK | buku untuk muat turun dan baca pelbagai jenis kitab yang berkaitan.

Mari berlaku jujur ya tuan puan sekalian. Laratkah hendak baca semua tafsir Al-Quran? Kalau tidak larat, elok juga kita bantu tuan puan dengan berkongsi pautan tadabbur Al-Quran dalam saluran YouTube Ghulam Al Dakwah. Yalah, kita pun fahamlah kan. Masing-masing sibuk, bukan? Takkanlah dengar kuliah tadabbur Al-Quran secara online pun sibuk juga? Kan?

Dengan izin Allah, semoga terbitan ini bermanfaat jua adanya.

Comments

  • Membaca dan Mempelajari Al-Quran – +SANGfikir

    […] DENGARLAH BERULANG-ULANG. Biar khatam berkali-kali. Dengar saja pun. Sibuk jugakah? […]

  • Bacaan Agak Kuat – +SANGfikir

    […] awak tu dengar atau tidak apa yang awak pasang kuat-kuat tu? Awak faham tak maksud ayat-ayatnya? Jangan-jangan sampai surah Al-A’raf 204 itu pun awak tak sedar ia berlalu begitu […]

  • Al-Quran Terbiar, Sunnah Ditinggalkan & Imam Diagungkan – +SANGfikir

    […] kita ingin mengajak tuan puan supaya menjengok kembali amal perbuatan tuan puan dalam urusan khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Sebabnya begini ya tuan puan. Jikalau tuan puan khatam sepuluh kali pun sepanjang bulan […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: