Kemudian saya terdengar bacaan  Al-Quran beralun dengan agak kuat juga. Ini kurang sesuai kerana pada masa yang sama ada reruai memasang lagu dan memekak

Mohd Fuzail Mohd Nor, 16 Jun 2022

Itulah yang dinukilkan dari artikel yang tersiar hari ini. Ia adalah pemerhatian dari seorang bekas wartawan dalam pengelibatan beliau dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Ada banyak pemerhatian berkenaan pencemaran bunyi sepanjang pesta, salah satunya dari alunan Quran tidak kena tempat.

Apa masalahnya?

Ya, ada masalahnya. Sebab ia adalah Al-Quran. Yang memasang Al-Quran dengan kuat di tempat awam itu fahamkah mereka dengan adab yang seharusnya apabila berinteraksi dengan ayat-ayat Al-Quran?

Ada dua adab asas. Pertama, dengar. Kedua, diam.

Sebelum itu, dengar dahulu apa kata ustaz secara umum berkenaan gangguan suara?

Mari dengar ini pula. Kes jemaah surau membuat laporan polis gangguan bising surau kariah.

Cukup dua petikan ceramah. Kalau ada kelapangan, boleh baca pandangan ini ;

Berbalik kepada persoalan yang diajukan serta perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa tidak menjadi satu kesalahan malah dibenarkan untuk tidak mendengar bacaan Al-Quran yang dipasangnya disebabkan kesibukan dalam pekerjaan. Namun harus memastikan keadaan dan suasana kedai tersebut seperti keadaan yang tidak terlalu bising dan sibuk seperti di pasar-pasar dan sebagainya. Ini bagi memastikan kemuliaan bacaan ayat suci Al-Quran terhindar daripada perbuatan dan percakapan yang lagha. Justeru, sebolehnya kita menjaga adab dengan sebaiknya dalam mendengar Al-Quran seperti tidak meninggikan suara tanpa keperluan yang mendesak ketika berurusan dan kembali mendengarnya selepas selesai pekerjaan yang dilakukannya.

HUKUM MEMASANG AYAT AL-QURAN DAN TIDAK MENDENGARNYA KETIKA BERNIAGA

Mahu pandangan yang membolehkan memperdengarkan bacaan Al-Quran dan seumpamanya oleh ustaz-ustaz lain? Sila buat carian. Atau hadiri kuliah ustaz. Memang ada pandangan yang membolehkan. Jadi, ada dua pandangan. Satu kata tidak boleh. Satu lagi kata boleh. Anda mahu pilih yang mana?

Hendak pilih pandangan tuan puan sekalian, bukan ikut suka kita pilih ustaz kacak. Atau pilih pandangan ikut selera kita. Hendak baca Quran kuat-kuat, atau memasang alunan Al-Quran kuat-kuat, kenalah paham apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Kalau tidak faham, bagaimana mahu buat pilihan yang lebih tepat?

Sukar untuk memilih pandangan yang tepat? Pening dengan pelbagai pandangan ustaz? Tidaklah sepening mana pun. Fahami firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Surah al-A’raf, 204

Rasanya sudah faham, bukan?

Itu bagi yang mendengar bacaan Al-Quran. Bagi yang memasang bacaan dengan kuat, kena fahamlah.

Pertama, awak tu dengar atau tidak apa yang awak pasang kuat-kuat tu? Awak faham tak maksud ayat-ayatnya? Jangan-jangan sampai surah Al-A’raf 204 itu pun awak tak sedar ia berlalu begitu saja.

Kedua, awak menimbulkan dugaan (fitna) kepada pengunjung yang hadir dalam pesta buku tersebut. Khalayak datang pelbagai. Biasalah orang ramai bising. Mereka ada urusan nak beli bukan hanya perihal agama, malah sibuk berbual sana sini sambil menelaah buku-buku lain yang hendak dibeli. Kalau mereka bersikap tidak dengar Al-Quran yang awak pasang itu, awak tidak merasa bersalahkah sedikit pun sebab awaklah puncanya mereka lalai dari mendengar bacaan Al-Quran?

Fikir-fikirkanlah.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • Membaca dan Mempelajari Al-Quran – +SANGfikir

    […] Cuma satu kita nak pesan. Terjemahan tidak semestinya tepat dengan maksud asal bahasa Arab. Sebab itu, kena mula rajin belajar bahasa Arab, rajin baca terjemahan, rajin baca tafsir Al-Quran. Ada lagi satu, jagalah adab kita apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran dibacakan. […]

  • Sambutan Ramadhan Bulan Al-Quran – +SANGfikir

    […] Bacaan Al-Quran dalam sembahyang juga disiarkan ke seluruh pelusuk kejiranan dengan pembesar suara yang ditala keluar masjid; […]

  • Bidang Pengelihatan: Percaya Diri /Cakap Orang? – +SANGfikir

    […] sampai menganggu orang musafir hendak bersembahyang. Yang tidak sesat cuma kaum kita yang suka memperdengarkan bacaan Al-Quran keliling kampung tak kira waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak biarpun tiada siapa yang mendengarnya kecuali […]

%d bloggers like this: