Fikrah +SANGfikir

Mukadimah

Siapa Gerangannya +SANGfikir

Himpunan Doa


Prelud: Ketika Lidah Masih Menyebut Gusti

Dahulunya, sebelum pena mengenal dakwat, sebelum lidah manusia mengenal sebutan Allah seperti hari ini — bumi ini telah pun mengenal Tuhannya.

Di tanah yang kini disebut Nusantara, di lembah-lembah Sunda dan perbukitan Jawa, orang-orang tua menyebut nama-Nya dengan penuh adab:

Sang Hyang WidhiDia, Tuhan Yang Esa.

Dialah yang tidak berbilang, yang tidak diserupakan dengan makhluk, yang menjadi sumber segala kehidupan dan cahaya.

Aku masih ingat — waktu kecil, di sisi Mak dan Bapak, aku membaca lembaran-lembaran tua yang disalin tangan manusia beriman.

Bahasanya lembut, kadang dalam tulisan Jawi, kadang dalam huruf Jawa, tetapi maknanya satu — bahawa manusia wajib mengenal Penciptanya, dan tunduk hanya kepada-Nya.

Di dalam kitab itu tiada nama dewa, tiada kisah tentang banyak tangan atau matahari disembah.

Hanya Tauhid.

Hanya kalimah suci yang lahir dari hati manusia yang jujur mencari Tuhan.

“Dahulunya aku pernah ke Bali — di bumi yang penghuninya masih menyebut nama Sang Hyang Widhi bersama para dewa…”

Begitulah aku teringat, ketika kaki ini menjejak tanah Bali bertahun kemudian.

Hatiku tergetar — bukan kerana dewa-dewa yang dijulang, tetapi kerana aku masih mendengar gema lama itu:

“Widhi…”

Nama itu tidak asing.

Ia nama Tuhan yang diajarkan Mak waktu aku kecil, sebelum aku mengenal kalimat La ilaha illallah.

Maka aku sedar — bahawa Tauhid itu tidak lahir di satu tanah, tetapi diturunkan dari langit yang satu.

Bahawa setiap bangsa yang masih jujur, akan menemuinya walau dengan lidah yang berbeza.

Dan di situlah akar fikiranku bertumbuh.

Bahawa setiap manusia yang kembali mencari, pasti akan menemukan Tuhannya — walau ia menyebut nama-Nya sebagai Gusti, sebagai Widhi, atau sebagai Allah.

Kerana yang Esa itu tetap Esa, meski disebut dalam seribu bahasa.


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ

“Tidakkah engkau lihat bahawa kepada Allah bersujud segala yang di langit dan di bumi — matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-gunung, pokok-pokok, binatang-binatang, dan banyak di antara manusia?”

(Surah al-Hajj, 22:18)


Nota Kaki:

  1. Sang Hyang Widhi (dari bahasa Sanskerta: Hyang Widhi Wasa), bererti Yang Mahasuci dan Mahakuasa, merupakan istilah kuno bagi Tuhan Yang Esa dalam kepercayaan pra-Hindu-Buddha di Jawa dan Sunda. Selepas kemerdekaan Indonesia, istilah ini dipakai oleh masyarakat Hindu Bali untuk menegaskan konsep Monoteisme dalam Pancasila. (Rujuk: Tim Penyusun Kamus Besar Bahasa Indonesia, edisi ke-5, 2016)
  2. Konsep Tauhid awal di Nusantara turut tercatat dalam naskhah Serat Dewa Ruci dan Serat Centhini, di mana “Sang Hyang Tunggal” atau “Sang Hyang Wenang” disebut sebagai Tuhan asal segala makhluk, tanpa berbilang. Walau kemudian diwarnai unsur Hindu-Buddha, lapisan awal teks-teks tersebut menunjukkan akar ajaran keesaan Tuhan (Monotheism of the Old Javanese). (Rujuk: Zoetmulder, P.J. Kalangwan: A Survey of Old Javanese Literature, 1974)
  3. Istilah Gusti dalam bahasa Jawa dan Sunda bermakna Tuan atau Tuhan, dan sering digunakan untuk menggambarkan hubungan perhambaan yang lembut antara manusia dan Tuhan, serupa dengan konsep Rabb dalam bahasa Arab. (Rujuk: C.C. Berg, De Islamisering van Java, Leiden, 1956)

green hill
Photo by Atlantic Ambience on Pexels.com

Bisik di Tanah Seribu Zikir

Menjelang Subuh di tanah Johor, suara tahrim bergema di langit kelabu.

Dari corong ke corong, dari menara ke menara, manusia bersahut memuji Tuhan dengan lafaz yang indah — tapi entah dari mana asalnya.

Aku mendengar, diam. Antara cinta dan sedih, antara nostalgia dan luka.

Kerana setiap gema itu mengingatkanku kepada zaman kecilku — ketika aku juga menyangka suara itu suci,

sebelum aku belajar bahawa tidak semua yang indah itu benar,

dan tidak semua yang benar itu perlu dilaungkan keras.

Aku berjalan di bumi Segenting Kera di alam Nusantara ini — dari Segamat ke turun ke Johor Baharu — melintasi Temasik terus ke Batam lalu bermukim di Pulau Penyengat KEPRI, dari masjid ke makam…

melihat cinta umat yang besar, tapi juga melihat bagaimana cinta itu perlahan-lahan berpaling dari jalan Rasul.

Kubur dijadikan rumah, batu dibalut dengan kain kuning, doa diseru kepada selain Allah.

Dan aku bertanya perlahan, bukan untuk menentang, tetapi untuk memahami:

Di mana Nabi dalam semua ini? Di mana sunnah yang dulu sederhana, lembut, dan jernih seperti air wuduk?

Aku tidak membenci mereka. Tidak.

Aku mencintai mereka sebagaimana aku mencintai diriku sendiri yang pernah tersesat oleh adat dan suara ramai.

Kerana aku tahu, kesilapan tidak lahir dari niat jahat — ia lahir dari cinta tanpa ilmu,

dari rindu yang tidak dibimbing wahyu,

dari budaya yang perlahan-lahan menggantikan agama tanpa disedari.

Dahulunya aku pernah ke Bali — di bumi yang penghuninya masih menyebut nama Sang Hyang Widhi bersama para dewa — ku teruskan perjalanan ke barat, singgah di kota Jogja, menghayati keindahan candi Borobodur, Prambanan dan Ratu Boko — dan jikalau aku langsung ke Semarang — melintasi Demak, aku bisa singgah bermukim di Kudus tempat asal leluhurku — namun aku langsung ke Bandung; ia adalah Kota Kembang, sebagai Kota Peninggalan Belanda — lalu ke metropolitan Jakarta — berhari lamanya…

silhouette of man wearing backpack
Photo by Afvzi on Pexels.com

Wahai Nusantara…

Engkau indah dengan adab dan budimu,

tapi jangan biarkan adab itu menenggelamkan akidahmu.

Jangan kerana ingin memuliakan orang soleh, engkau lupa kepada Pencipta kesolehan itu.

Jangan kerana ingin menambah indah ibadahmu, engkau ubah bentuk yang Nabi sudah sempurnakan.

Aku tidak datang membawa cemuhan.

Aku datang membawa rindu — rindu kepada Islam yang jernih, yang Nabi ajarkan dengan senyum, bukan dengan corong.

Aku datang membawa doa — agar di tengah ribuan suara, masih ada hati yang mendengar bisik kebenaran.

Kerana sunnah itu lembut, ia tidak menjerit.

Ia tidak perlu kain kuning atau seruan panjang.

Cukup dengan hati yang tunduk, air mata yang jatuh, dan lidah yang menyebut perlahan:

La ilaha illallah.

Di situlah dakwah sebenar bernafas.

Di situlah Islam kembali hidup — bukan di atas kubur, bukan di menara,

tapi di dada manusia yang jujur mencari Tuhan.


Jalan Pulang +SANGfikir

(Dari Pena ke Fikrah)

Di atas jalan yang panjang antara Segamat dan Shah Alam, aku menulis dengan hati yang diam.

Langit petang Nusantara ini tidak pernah sunyi — di setiap persimpangan, ada gema azan, ada manusia yang berlari antara dunia dan Tuhan.

Dan di tengah semua itu, aku mendengar kembali suara fikirku sendiri: lembut, tapi tegas — seperti zikir yang lahir dari luka.

Empat hari lalu aku meninggalkan rumah lewat menuju Melaka.

Di kota tua itu, aku berhenti sejenak untuk menulis dan bermuhasabah, menyiapkan naskhah yang telah lama terpendam di benak.

Kemudian, dari Melaka aku teruskan perjalanan ke utara — melalui Jasin, Tangkak, kaki Gunung Ledang dan Jementah,

menelusuri jalan dalam yang sunyi, penuh pohon dan nostalgia, sebelum akhirnya bertemu jalan Muar–Segamat.

Di situlah langkahku berhenti dua malam, di bumi Segamat yang menjadi saksi kelahiran semula naskah Fikrah +SANGfikir.

+SANGfikir bukan nama yang baru.

Ia telah lama hidup di bawah pena seorang hamba, bertahun-tahun lalu — di dalam blog +SANGfikir.

Blog itu pernah bernafas dengan semangat muda, menulis tentang cinta, agama, dan manusia,

sebelum waktu memaksanya terhenti dalam kesibukan dunia.

Kini, di usia lima puluh empat, di tengah jalan antara Melaka dan Johor, aku mendengar kembali suaranya memanggil.

Buku ini — FIKRAH +SANGfikir — adalah tanda kebangkitan semula suara itu.

Suara yang sama, tapi kini lebih matang, lebih tenang, dan lebih dekat kepada Tuhan.

Perjalanan ini bukan kebetulan.

Kerana selepas dua hari di Segamat, aku menyambung semula langkah — melalui Batu Anam, Gemas, dan Gemencheh,

menyusuri Tampin yang tenang sebelum bertemu semula dengan lebuhraya besar di Air Keroh,

lalu kembali ke Shah Alam, ke pangkuan asal perjalanan.

Dan aku sedar, segala jalan yang bersimpang akhirnya bertemu di laluan yang sama —

seperti kehidupan manusia yang berbeza arah, namun berpunca dan berakhir di sisi Tuhan yang satu.

Maka lahirlah karya ini bukan dari amarah, tetapi dari rindu.

Rindu kepada Islam yang tulus, kepada sunnah yang lembut, kepada kebenaran yang sering sunyi di tanah yang penuh suara.

Aku menulis bukan untuk membantah, tetapi untuk mengingatkan.

Kerana setiap kali mendengar suara corong memecah subuh,

aku teringat satu suara yang lebih indah — suara Rasulullah ﷺ yang membaca Al-Qur’an dengan tenang, dalam diam, penuh makna.

Dan di situlah letaknya misi Fikrah +SANGfikir:

untuk mengajak manusia berfikir semula —

tentang agama yang mereka cintai, tentang suara yang mereka ulang, dan tentang Tuhan yang mereka sembah.

Kerana Islam bukanlah gema yang kuat,

tetapi hati yang tunduk dalam sunyi.

Dan semua jalan akhirnya, seperti perjalanan ini,

akan pulang kepada satu destinasi yang sama: Allah.

a couple sitting on top of the mountain
Photo by Juliano Ferreira on Pexels.com

TRILOGi 1


Kelana Sang Fikir dalam tujuh lapisan perjalanan

— dari bumi ke langit, dari diri menuju Tuhan.


Bab 1 – Cahaya yang Menyapa Jiwa

(7 sub-bahagian: Permulaan wahyu, pena, dan makna diri)

  1. Langit Pertama Ketika Pena Diciptakan
  2. Titisan Wahyu Pertama Iqra’ dan Amanah Membaca
  3. Sumpah Tuhan dan Adab Manusia
  4. Suara dalam Sunyi Perjalanan Sang Fikir ke Melaka
  5. Surat untuk Diri Antara Takut dan Harap
  6. Hikmah yang Tersimpan Doa Nabi dan Pena yang Bersaksi
  7. Cahaya di Hujung MataKelahiran Fikrah +SANGfikir

🕊️ Tema: Kelahiran makna dan seruan awal kepada tanggungjawab menulis.

نٓ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

“Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis.”

(Al-Qalam 68:1)


Bab 2 – Melaka ke Gunung Ledang, Segamat dan Langit Jiwa

(5 sub-bahagian: perjalanan lahir dan batin)

  1. Hentian di MelakaVeranda Hotel dan Suara Laut
  2. Jalan ke LedangGunung yang Memanggil Nama Lama
  3. Kilauan Barat LautKenangan Waktu Kecil dan Doa Mak
  4. Singgahan di JementahPertemuan Lelaki Tua dan Sungai yang Tenang
  5. Tiba di SegamatLangit Senja dan Ayat yang Menggetarkan Jiwa

🕊️ Tema: Perjalanan manusia di bumi sebagai tafsir kepada perjalanan jiwa menuju Tuhan.

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي ٱلْآفَاقِ وَفِيٓ أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di ufuk dan dalam diri mereka.”

(Fussilat 41:53)


Bab 3 – Fikrah Sang Fikir: Jalan Pulang kepada Tuhan

(3 sub-bahagian: kesedaran, pengakuan, dan penyerahan)

  1. Benak yang Gelisah
  2. Sunyi yang Mendidik
  3. Pengakuan Hamba

🕊️ Tema: Kesedaran tauhid dan kerendahan diri.

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali.”

(Surah Al-Baqarah, 2:156)


Bab 4 – Salam Kepada Semua: Bahasa Sejahtera dan Doa

(1 bab tunggal: satu amanah, satu bahasa)

  • Salamku untuk Semua — Peace Be Upon All
  • Doa sebagai Jambatan antara Agama dan Insan

🕊️ Tema: Kemanusiaan sebagai wajah keesaan Tuhan.

وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَٰلَمِينَ

“Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”

(Surah Al-Anbiya’, 21:107)


Bab 5 – Dari Sunyi ke Syukur, Dari Nama ke Makna

(3 sub-bahagian: renungan iman dan makna cinta)

  1. Sunyi yang Menyapa
  2. Syukur yang Mengajar
  3. Nama yang Menunjuk Makna

🕊️ Tema: Syukur sebagai bahasa iman; adab terhadap nama Allah dan Rasul.

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan; sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah Al-Insyirah, 94:5–6)


Bab 6 – Saat Cahaya Menemui Jalan

(5 sub-bahagian: ujian, cahaya, doa, dan pencerahan)

  1. Takut Akan Cahaya
  2. Doa yang Menutup Segala Doa
  3. Cahaya di Pendengaran dan Hati
  4. Hikmah di Tengah Kegelapan
  5. Amanah Cahaya

🕊️ Tema: Pencerahan rohani dan penyerahan kepada cahaya Ilahi.

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ

“Allah adalah cahaya langit dan bumi.”

(Surah An-Nur, 24:35)


Bab 7 – Langit yang Terluas

(7 sub-bahagian: langit, air, arah, dan rahsia penciptaan)

  1. Langit yang Terluas
  2. Jalan-jalan di Langit
  3. Bab 7.3 Fikrah – Air dan ‘Arasy
  4. Bab 7.4 Fikrah – Langit yang Bergulung
  5. Bab 7.5 Fikrah – Malaikat dan Cahaya
  6. Bintang Utara dan Arah Pulang
  7. Bicara Dua Jiwa – Di Bawah Langit-Mu

🕊️ Tema: Kefahaman spiritual tentang tujuh langit, air, arah dan kebesaran Tuhan.

ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍۢ طِبَاقًۭا ۖ مَّا تَرَىٰ فِى خَلْقِ ٱلرَّحْمَٰنِ مِن تَفَاوُتٍۢ

“Dialah yang menjadikan tujuh langit berlapis-lapis; tidaklah engkau melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sebarang ketidakseimbangan.”

(Surah Al-Mulk, 67:3)


TRILOGi 2

Bab 1: Bicara Dua Jiwa – Cahaya yang Menyapa Jiwa

Bab 2: Bicara Dua Jiwa – Tentang Tanggungjawab dan Kejujuran

Bab 3: Bicara Dua Jiwa – Di Jalan Pulang ke Utara

Bab 4: Bicara Dua Jiwa – Salam untuk Semua Jiwa

Bab 5: Bicara Dua Jiwa – Dari Sunyi ke Syukur, Dari Nama ke Makna

Bab 6: Bicara Dua Jiwa – Saat Cahaya Menemui Jalan

Bab 7: Bicara Dua Jiwa – Langit yang Terluas

Bab 7.1: Bicara Dua Jiwa – Di Bawah Langit yang Diam

Bab 7.2: Bicara Dua Jiwa – Jalan-jalan di Langit

Bab 7.3: Bicara Dua Jiwa – Air dan ‘Arasy

Bab 7.4 Bicara Dua Jiwa – Tiupan Sangkakala dan Langit yang Asap

Bab 7.5 Bicara Dua Jiwa – Malaikat dan Sayap Cahaya

TRILOGi 3


Kompilasi Fikrah +SANGfikir:

tafsir perjalanan seorang hamba dari ilmu menuju cinta, dari akal menuju sujud.


Bab 1 — Langit Air dan ‘Arasy-Nya

Tentang asal langit, air, dan singgahsana Tuhan — makhluk-makhluk yang menjadi rahsia awal ciptaan.

فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُّنْهَمِرٍ

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air yang mencurah-curah.”

(Surah Al-Qamar 54 : 11)

Sub-bab:

  1. Air — asal kehidupan dan rahsia langit.
  2. Langit pertama — lapisan air dan cahaya.
  3. ‘Arasy di atas air — tafsir para ulama.
  4. Malaikat penjaga langit dan tugas mereka.
  5. Nabi Idris AS dan Nabi Muhammad SAW – hikmah langit air.
  6. Tasbih alam — getaran kosmos yang berzikir.
  7. Fikrah akhir — air sebagai lambang rahmat dan amanah.

Bab 2 — Bumi dan Cahaya Yang Tersimpan

Bahasa kiasan yang di salah mengerti manusia.

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ

“Allah adalah cahaya langit dan bumi.”

(Surah An-Nur 24 : 35)

Sub-bab:

  1. Tanah — unsur penciptaan insan.
  2. Warna bumi — hikmah dalam perbezaan manusia.
  3. Nur Muhammad yang tiada asal.
  4. Cahaya dalam kegelapan
  5. Partikel cahaya dan zikir atom — ilmu dan iman.

Bab 3 — Manusia di Antara Langit dan Tanah

Perjanjian azali, akal dan nafsu, serta tanggungjawab khalifah.

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ

“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Benar.”

(Surah Al-A‘raf 7 : 172)

Sub-bab:

  1. Perjanjian di alam ruh.
  2. Amanah khalifah dan ujian nafsu.
  3. Akal penjaga wahyu — akal yang bersujud.

Bab 4 — Bahasa Tuhan dan Ilmu Yang Terlupa

Menyelami ilmu Adam dan rahsia huruf penciptaan.

وَعَلَّمَ آدَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama semuanya.”

(Surah Al-Baqarah 2 : 31)

Isi utama:

Huruf sebagai benih ciptaan; nama sebagai makna; doa sebagai bahasa langit.


Bab 5 — Waktu, Takdir dan Putaran Langit

Rahsia masa dan ketetapan Tuhan; enam hari ciptaan, tujuh orbit, dan kembali kepada asal.

ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ

“Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy.”

(Surah Al-Hadid 57 : 4)

Sub-bab:

  1. Masa sebagai makhluk — bukan Tuhan.
  2. Takdir antara ketentuan dan pilihan.
  3. Kitaran hidup — dari kun fayakun ke inna lillāh.

Bab 6 — Sains, Tafsir dan Kebenaran Yang Disembunyikan

Pertembungan antara akal dan iman, data dan zikir.

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔايَٰتٍۭ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.”

(Surah Ali ‘Imran 3 : 190)

Sub-bab:

  1. Ilmu sebagai amanah tauhid.
  2. Saintis dan sufi — dua jalan yang tersasar
  3. Fitnah pengetahuan tanpa adab.
  4. Sains yang berzikir.
  5. Kebenaran di antara gelombang dan doa.

Bab 7 — Kembali Kepada Yang Satu

Penutup segala perjalanan — penyatuan cinta, ilmu, dan iman.

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ

ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةًۭ مَّرْضِيَّةًۭ

فَٱدْخُلِى فِى عِبَٰدِى

وَٱدْخُلِى جَنَّتِى

“Wahai jiwa yang tenang,

kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai.

Maka masuklah engkau dalam golongan hamba-Ku,

dan masuklah engkau ke dalam syurga-Ku.”

(Surah Al-Fajr, 89:27–30)

Sub-bab:

  1. Cahaya kembali kepada Cahaya.
  2. Penyerahan mutlak — akal menunduk kepada iman.
  3. Doa terakhir Sang Fikir.
  4. Sunyi yang abadi — diam adalah zikir.
  5. Bicara Dua Jiwa – Perpisahan yang menyatukan.
  6. Fikrah +SANGfikir Bab 7.6 – Langit Bergulung dan Tiupan Kun
  7. Penutup Trilogi — Keabadian Cinta Tuhan

TRILOGi Kembangan

Pengakuan Hamba

Kembara +SANGfikir

  1. Sembilan Belas Tujuh Puluhan
  2. Puncak Gunung Ledang
  3. Meredah Padang Lalang
  4. Pak Menteri Di Tanah Teroka
  5. Sembilan Belas Delapan Puluhan
  6. Ekspedisi Gunung Lambak
  7. Cinta Yang Terbuang
  8. Sembilan Belas Sembilan Puluhan
  9. Duduk Di Pulau
  10. Nostalgia Di Kota Singa
  11. Dari Bali ke Jakarta
  12. Terbang Sang Helang
  13. Di Penjara Janji
  14. Dua Puluh Kosongan
  15. Tersesat Di Kuala Lumpur
  16. Dunia Pantai Timuran
  17. Badai Atas Daratan
  18. Lapan Puluh Negara
  19. Dua Puluh Sepuluhan
  20. Tanah Penjajah Inggeris
  21. Kota Paris Yang Laris
  22. Merayau Di Ibu Kota Tanah Besar
  23. Sendirian Di Bawah Bayu
  24. Merentasi Bumi Kenyalang
  25. Sempadan Siam
  26. Puncak Gunung Jerai
  27. Dari Yogjakarta ke Kudus
  28. Mauritius di Pinggiran Afrika
  29. Korea Yang Meriah
  30. Titisan Darah Akhir di Saigon
  31. Dua Puluh Dua Puluhan
  32. Ke Tanah Penakluk Mongol
  33. Kutub Tanah Haram
  34. Benua Penguasa Dunia
  35. Lingkaran Terlarang
  36. Di Tanah Gersang
  37. Selimut Putih
  38. Benak +SANGfikir
  39. Fitrah Manusia Bebal
  40. Irama Alam Jagat Raya

 blog | کتاب | siapa? | YouTube