• ISLAM Sebenar, Pandangan dan Perspektif Islam?

    Tuan puan sekalian. Baru-baru ini seorang ahli politik bukan Islam dari kalangan pemerintah Madani Malaysia telah memuji setinggi langit perihal ‘Islam sebenar’.

    Sila baca di pautan Kor Ming puji ‘Islam sebenar’ makin subur bawah PMX.

    Kita agak pelik juga bagaimana seorang bukan Islam boleh tahu ‘Islam sebenar’, terutama kalau kita tahu juga dia bukanlah dalam kalangan orang yang mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab sucinya sendiri. Kita juga kurang pasti kalau dia ada membaca kitab sucinya sendiri. Kita juga kurang pasti kalau dia tergolong dalam kalangan terlajak pandai perihal Islam.

    Jadi, kita biarkan sajalah dia dengan khayalan ‘Islam sebenar’ menurut cakap-cakap orang politik. Yalah, kerja orang politik memang jual apa saja, kan? Kita patut tinggalkan saja khayalan ini kerana puak-puak yang sama jugalah akan melompat kalau dengar pasal ‘negara Islam’ atau hukum-hakam Islam. Kalau hendak sembang sangat pasal Malaysia Madani, silakanlah. Tidak perlu kait pula dengan ‘Islam sebenar’ khayalan kamu!

    Selepas kita tinggalkan khayalan orang bukan Islam perihal ‘Islam sebenar’ itu, apa kata kita orang Islam sendiri jengok sebentar. Apa itu Islam sebenar?

    Orang Islam kena tahu ya tuan puan sekalian. Sebab, kalau tidak tahu Islam sebenar, nanti kita seronok telan kisah para penglipur lara yang gemar menyebut;

    • Perihal sekian-sekian menurut pandangan Islam, atau;
    • Perihal sekian-sekian menurut perspektif Isam.

    Biasa dengar bukan?

    Perihal perkara itu dan ini menurut pandangan ATAU perspektif Islam ini dijadikan tajuk seminar dan asas soalan para jemaaah bila bertanya kemusykilan kepada ustaz. Ia seolah-olah Islam itu adalah seorang manusia yang boleh berkata-kata memberikan pandangan atau perspektif! Begitu?

    Sebelum tuan puan jenuh hendak memikirkan perkara ini, atau cuba bersilat lidah mempertahankan seni bahasa “…. menurut pandangan Islam” ATAU “…. menurut perspektif Islam”, cuba renung dahulu sejenak;

    Apa itu ISLAM?

    • Kalau kita tidak tahu apa itu Islam, bagaimana kita hendak tahu Islam sebenar?
    • Kalau kita tidak tahu bezakan antara manusia dengan agama, bagaimana kita mampu menjelaskan maksud Islam sebenar?
    • Kalau kita tidak tahu bila Islam itu wujud di mukabumi ini, bagaimana cara kita mentakrifkan perihal Islam sebenar?

    Islam: Agama atau Manusia

    Hal ini kena jelas ya tuan puan sekalian. Islam itu adalah agama. Untuk lebih tepat, Islam adalah Ad-Deen bagi manusia, iaitu jalan hidup manusia, secara ringkasnya. Islam sebagai agama, seperti kita maklum dan faham boleh diterima, sebab itu adalah bahasa kita memang sebegitu. Cuma kena tahu beza agama dan budaya. Agama adalah agama, budaya adalah budaya. Usah dicampur adukkan. Kalau dicampur aduk, jadilah kita sampai ke liang lahad masih tidak tahu apa itu agama, apa itu budaya.

    Baiklah. Bila kita sebut agama, maka ia adalah pegangan bagi manusia. Agama bukanlah manusia, institusi atau kerajaan yang boleh memberikan pandangan atau perspektif berkenaan sesuatu perkara. Malangnya hari ini kita sudah terbiasa dengan “..menurut pandangan Islam…” dan “… dari perspektif Islam..”. Lebih malang lagi, lazimnya frasa ini terkenal dari kalangan manusia yang beragama Islam.

    Apa kesannya? Kesannya adalah, setiap butir perkataan yang keluar dengan frasa “..menurut pandangan Islam…” dan “… dari perspektif Islam..” sudah menjadi seolah-olah Islam yang memberikan pandangan atau Islam yang menilai dari perspektif. Ini sangat tidak tepat. Ia juga mengelirukan, sama ada disengajakan mahupun tidak. Sebabnya, tulisan atau pertuturan “..menurut pandangan Islam…” dan “… dari perspektif Islam..” itu lahir dari manusia yang beragama Islam, bukannya lahir dari agama Islam!

    Sebelum kita meneruskan tegasan bahawa Islam adalah agama, dan bukannya manusia, eloklah kalau kita telusuri fakta berkenaan wujudnya agama Islam di dunia ini.

    Antarctic mountains
    Antarctic mountains by NASA Goddard Photo and Video is licensed under CC-BY 2.0

    Islam Wujud Sejak Zaman Nabi Adam AS

    Benar tuan puan sekalian. Islam itu sudah wujud sejak zaman Nabi Adam AS, jika kita merujuk kepada peradaban bangsa manusia. Jangan terkejut, kalau kita merujuk peradaban bangsa jin, barangkali Islam itu sudah wujud jauh sebelum wujudnya manusia.

    Kalau kita rajin tadabbur Al-Quran dan berkesempatan menyelak kitab-kitab terdahulu daripada Al-Quran, kita akan tahu hakikat bahawa Islam itu sudah ditetapkan kepada bani Adam, iaitu seluruh manusia yang hidup melata di mukabumi ini. Sebab, agama bagi manusia sejak Nabi Adam AS adalah penyerahan kepada Tuhan agar manusia mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat kelak, dan terselamat dari terjerumus ke dalam jurang neraka jahanam.

    Islam adalah agama bagi manusia yang diredhai oleh Tuhan Maha Pencipta yang telah menciptakan jin dan juga manusia.

    Cuma, janganlah lurus bendul sangat. Kita pun tidak boleh tahu dengan pasti bahasa apa yang digunakan oleh manusia zaman Nabi Adam AS, Nabi Idris AS dan Nabi Nuh AS dan sebagainya. Kita juga tahu bahasa Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS bukan berbahasa Arab. Maka secara logiknya, perkataan ‘ISLAM’ secara pertuturan itu barangkali tiada dalam kamus harian mereka. Namun, dari segi hakikat dan perlaksanan kehidupan, agama para Nabi sekaliannya itu adalah agama Islam juga!

    Sekalipun kita berdegil mahu menolak fakta bahawa agama Islam itu telah wujud pada zaman awal para Nabi, sekurang-kurangnya kita tidak boleh menolak fakta bahawa Nabi Ibrahim AS beragama Islam. Nabi Yusof AS beragama Islam. Nabi Musa AS beragama Islam. Nabi Isa AS beragama Islam. Sekurang-kurangnya, dari segi fakta, semua Nabi sejak zaman Nabi Ibrahim AS hinggalah ke akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW itu semuanya mengaku beragama Islam.

    Fakta ini kita kutip dari mana? Kita kutip dari Al-Quran. Sudah jelas? Atau kita baca saja Al-Quran tetapi tidak pernah mahu faham isi kandungannya?

    Sebab itu tuan puan sekalian, kita sudah pesan sebelum ini. Jadilah orang awam yang cerdik dan cerdas. Jadilah orang awam jenis baca kitab, jenis baca hadith, jenis baca Al-Quran. Selagi mana kita masih berdegil menjadi orang awam jenis TIDAK baca kitab, jenis TIDAK baca hadith, jenis TIDAK baca Al-Quran, maka semakin jadi bebal kita kita ini bila berhadapan dengan manusia yang gemar menjual jenama ‘Islam sebenar’, baik dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam, termasuk jugalah dalam kalangan orang politik dan agamawan.

    Untuk mengelakkan kita terus bebal berhadapan dengan anjuran para ahli sejarah, ahli politik dan ahli agama yang pelbagai, eloklah kalau kita jelas bahawa urusan kedatangan Islam itu adalah sama garis waktunya dengan kedatangan manusia di mukabumi ini. Luruskan pemikiran; kebangkitan Islam adalah selaras dengan kebangkitan para Nabi yang diutuskan kepada umat manusia untuk memperbetulkan jalan hidup mereka. Begitulah kebangkitan Islam di akhir zaman juga telah berlaku dengan bermulanya dakwah Nabi Muhammad SAW, kira-kira seribu empat ratus tahun yang lalu.

    Beginilah cara kita faham urusan kebangkitan Islam di akhir zaman. Supaya kita tidak dibuai dengan cerita para penglipur lara yang mengharap akan berlaku satu lagi kebangkitan ‘kubra’ sebelum kiamat. Kita kenalah faham. Hakikatnya, kebangkitan Islam telah berlaku lama sebelum kita yang membaca sekarang ini lahir ke dunia.

    Yang lebih penting sekarang adalah; sudahkah kita semua bangkit dari mimpi yang tidak sudah?

    • Hendak bangkit macam mana kalau fikiran kita masih dibelenggu sehingga terikut-ikut rentak sejarah arus dunia yang menyatakan bahawa kedatangan Islam itu bermula dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW?
    • Hendak bangkit macam mana kalau tidak mahu bertegas secara berterus terang kepada dunia bahawa semua para Nabi dan pengikutnya yang mengikuti petunjuk Allah pada zaman mereka sekaliannya itu sebenarnya adalah beragama Islam?
    • Hendak bangkit macam mana kalau masih tidak jelas cara fikir bahawa Islam itu adalah agama, bukannya manusia?

    Islam dan Perspektif Manusia

    Demikianlah tadi tuan puan sekalian. Kita sudah jelaskan bahawa Islam adalah agama bagi manusia. Kita juga sudah jelaskan bahawa dari sugi sejarah peradaban manusia, agama Islam itu juga telah wujud sejak wujudnya manusia yang pertama di dunia ini. Ini adalah bertentangan dengan apa yang dijual kepada manusia sebagai hari ini, seolah-olah Islam itu adalah agama baru yang muncul kira-kira seribu empat ratus tahun yang lalu. Gambaran ini adalah ilusi yang dicipta oleh para penguasa elit dunia untuk membodohkan manusia, untuk memecah-belahkan manusia, supaya mudah bagi segelintir elit ini terus mengaut keuntungan atas jerih payah manusia bergaduh sesama mereka atas kebebalan beragama.

    Sebab itu tuan puan sekalian, adalah pelik dan jelik kita melihat perangai manusia yang mencari-cari kebenaran agama dengan cuba membandingkan ‘agama’ yang ada di dunia pada hari ini. Kita juga kehairanan melihat manusia yang mengaku beragama Islam begitu takut aqidah mereka akan terjejas hanya dengan menonton atau mendengar propaganda orang lain perihal Tuhan dan manusia. Sebabnya tidak lain kerana kefahaman pengaku Islam ini lebih kepada perspektif manusia tenting Islam. Ya, mereka lebih cenderung untuk kenal Islam mengikut pandangan manusia, bukannya mengikut ketetapan Tuhan mahupun mengikut apa yang diajar oleh Nabi mereka.

    Sebab itu, dalam terbitan ini, kita hendak membawa pemikiran tuan puan bahawa untuk memahami Islam itu supaya hendaklah kita mendahului kefahaman itu menurut firman Allah dan menurut sabda Nabi Muhammad SAW. Itulah takrif Islam sebenar yang lebih tepat dan jitu. Bukannya dengan cara mentakrif Islam menurut pandangan Islam, mahupun mentakrif Islam menurut perspektif Islam! Apa yang dijaja sana sini kepada orang awam berhubung menurut pandangan Islam atau menurut perpektif Islam itu tidak lain hanyalah menurut pandangan manusia yang menuturkan atau menulisnya; ia adalah pandangan manusia, pandangan ulama, pandangan orang Islam ataupun bolehj jadi pandangan orang bukan Islam.

    Tiada terma “pandangan Islam” mahupun “perspektif Islam” ya tuan puan sekalian. Usah terpedaya dengan slogan sedemikian terutama jika si tukang tutur atau si tukang tulis itu tidak pernah peduli hendak menukil kalam Allah dalam Al-Quran. Apatah lagi tidak pernah peduli pula hendak menukil sabda Nabi dari hadith yang sahih. Mereka yang berserban atau bersongkok atau berjubah Arab itu tidak semestinya mewakili Islam apabila memberikan pandangan. Sewajarnya mereka menyebut; ini adalah pandangan para ulama Islam, ini adalah pandangan mufti, ini adalah pandangan saya, bukannya membungkus pandangan pribadi mereka menjadi; inilah pandangan Islam mahupun menjajanya sebagai inilah perspektif Islam!

    Perkara ini kita kena jelaskan dengan berterus terang kepada tuan puan sekalian. Sebabnya, pandangan manusia tentang agama Islam itu memang berbeza sejak zaman berzaman. Dalam zaman yang sama juga pandangan mereka saling bertentangan. Adakah patut bagi kita menerima pandangan mereka itu sebagai “pandangan Islam”? Kalau ada lebih sepuluh “pandangan Islam” dalam isu yang sama, kita hendak pilih yang mana untuk mewakili “perspektif Islam” yang benar?

    Sebab yang paling utama adalah Islam itu adalah agama. Agama adalah cara hidup. Agama adalah aturan bagi manusia. Sejak bila cara hidup atau aturan bagi manusia itu boleh bertutur atau menulis untuk memberikan pandangan atau perspektif bagi manusia? Tuan puan sudah faham, atau masih belum mahu faham juga?

    Kalau masih belum faham lagi, eloklah kita jelaskan sekali lagi; TIADA PANDANGAN ISLAM dan TIADA PERSPEKTIF ISLAM. Yang benar adalah;

    • Apa firman Allah, apa pandangan Allah;
    • Apa sabda Nabi, apa pandangan Nabi;

    Setelah itu baru kita boleh faham pula;

    • Apa pandangan ulama Islam;
    • Apa pandangan para Ustaz;
    • Apa pandangan para penceramah;
    • Apa pandangan tok guru;
    • Apa pandangan orang awam.

    Bila sudah jelas seperti ini, maka tidaklah kita orang awam ini jadi keliru atau ragu-ragu untuk menimbang dan menilai apabila mendengar atau membaca apa yang didakwa sebagai ‘pandangan Islam’ ataupun ‘perspektif Islam’. Jika kita dapati ianya jelas bertentangan dengan firman Allah dan sabda Nabi, maka kita boleh tolak untuk terima. Jika kita dapati ‘pandangan Islam’ atau ‘perspektif Islam’ itu tiada bersangkut-paut secara jelas dengan firman Allah dan sabda Nabi, maka kita boleh ketahui bahawa ia hanyalah pandangan para ulama, atau para ustaz, atau para penceramah, atau tok guru atau bahkan hanyalah pandangan manusia awam. Maka terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai sama ada mahu terima atau menolaknya, setelah kita menimbang keseluruhan perkara berdasarkan kefahaman kita terhadap Al-Quran dan juga hadith yang sahih.

    Sebab apa? Sebab kita sebagai orang awam ini sepatutnya cukup cerdas untuk memahami Islam sebenar. Bukannya hanya membeli begitu sahaja ‘Islam sebenar’ yang dijual oleh para politikus dan penjelasan air liur dari kalangan orang Islam mahupun dari kalangan yang bukan Islam. Sebab itulah kita minta tuan puan sekalian jadi orang awam yang cerdik, bukannya jadi orang awam yang “…..”.

    Fikir-fikirkanlah.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • MENTEGA TERBANG: Filem Gugat Akidah?

    Tuan puan sekalian. Kecoh satu negara dengan berita Jakim sah filem Mentega Terbang bertentangan akidah;

    PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan bertindak segera dengan meneliti keseluruhan kandungan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, hasil penelitian Jakim mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

    “Saya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada masyarakat awam yang menyatakan kegusaran berhubung penayangan filem ini. Saya amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu filem tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Jakim sah filem Mentega Terbang bertentangan akidah

    Juga kecoh sana sini perihal kandungan filem yang didakwa boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam. Sila ke pautan yang kita berikan di bawah ini untuk menilai sendiri ulasan yang berkenaan;

    Demikianlah kisahnya. Kalau tuan puan hendak tonton, maaf sajalah. Anggaplah sudah tertinggal kapal; (VIDEO) ‘Mentega Terbang’ dialih keluar dari Viu. Kena fahamlah. Platform Viu itu hendak cari makan juga di negara ini. Kalau mereka tidak keluarkan, habis satu platform kena sekat SKMM, macam mana mereka hendak cari makan tayang filem-filem lain yang tidak menjadi bahan kecaman khalayak dan pemerintah? Jadi, cukuplah kalau tuan puan tonton ‘teaser’ filem tersebut yang masih ada di YouTube;

    Video 1

    Sebelum tuan puan sekalian melenting ikut campur ahli politik dan agamawan ‘membancuh’ filem tersebut, eloklah juga baca apa kata pengarah filem cereka tersebut , lebih sebulan yang lalu;

    Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar menjelaskan filem itu hanya mengisahkan tentang persoalan remaja mengenai pegangan agamanya.

    “Dia nak cari jalan supaya mak dia stay atas muka bumi ni.

    “Persoalan ini juga dalam grey-area, sebab dia tiada nak go against atau be a part of any religion. Dia cuma nak, boleh tak kalau certain things dibuat hanya untuk certain things, itu sahaja, sebab dia budak-budak kan,” jelas Khairi menerusi perkongsian video di laman Instagram @mysuketv.

    Dia ditemu bual mengenai filem itu dalam program SUKE Pagi di saluran SUKE TV pada 19 Januari lalu, iaitu hari pertama filem itu ditayangkan menerusi platform penstriman Viu.

    (VIDEO) Mentega Terbang: “Tiada nak go against atau be a part of any religion” – Pengarah

    Oh! Baru kita tahu. Rupa-rupanya si Aishah berumur 16 tahun itu dianggap budak-budak saja. Maka tahulah kita kayu ukur manusia liberal berkenaan kematangan. Dek kerana terikut-ikut takrif barat, maka perempuan yang sudah baligh, sudah jauh mumaiyyiz pun di panggil budak-budak. Kita tidak tahulah kematangan jenis apa yang difikirkan oleh puak-puak yang mengaku sangat terbuka dalam pergaulan sosial ya tuan puan sekalian. Kasihan!

    Oleh kerana Viu telahpun mengeluarkan filem tersebut dari senarai tayangan, kita cuma boleh tahu alur cerita tersebut dari sinopsis cerita tersebut;

    SINOPSIS FILEM MENTEGA TERBANG

    Apakah wujud kehidupan selepas mati? Syurga, neraka, dan kebenaran hakiki, ini ialah persoalan yang terngiang- ngiang di dalam minda Aisyah. Dia merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku pada selepas kematian.

    Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bila-bila masa sahaja boleh dijemput kematian. Manakala ayahnya yang liberal dari segi akal dan gaya pemikiran dan bersikap terbuka dengan apa sahaja persoalan.

    Aisyah mempunya persoalan yang besar bermain di fikirannya iaitu mengenai kehidupan selepas mati. Adakah wujud hidup selepas mati? Jika wujud, bagaimanakah keadaanya? Bagaimana rupanya syurga dan neraka? Pelbagai lagi persoalan yang timbul ketika itu.

    Bagi menjawab persoalan tersebut, dia mula mengembara ke satu agama ke agama yang lain. Dari Kristian ke Judaism dan kemudian ke agama Hindu. Dari situlah, dia bertemu Uncle Kasim, Suresh, Auntie Esther dan Milo.

    Apakah wujud kehidupan selepas mati? Itulah yang menjadi persoalan dan pengetahuan penting yang ingin diketahui Aisyah. Dia mahu tahu tentang syurga, neraka dan kebenaran hakiki. Adakah Aisyah dapat mencari jawapan yang dicari?

    Sinopsis Filem Mentega Terbang

    Nampaknya, sudah berumur 16 tahun pun masih tertanya-tanya rupa syurga dan neraka. Barangkali semasa sekolah rendah dia ponteng kelas agama Islam yang memang ada di ajar di sekolah kebangsaan. Barangkali dia asyik tidur dalam kelas waktu ustaz mengajar dalam kelas sekolah menengah. Oh! Barangkali dia dihantar oleh ibu bapanya ke sekolah antarabangsa di kejiranannya. Ya, barangkali juga di tidak pernah faham Al-Quran yang dibacanya sehingga seolah-olah tidak pernah dengar Tuhan telah menerangkan hidup selepas mati, Tuhan telah terangkan keadaan di syurga, dan Tuhan telah menjelaskan keadaan manusia di dalam neraka. Atau, adakah dia sengaja mahu mendustakan firman Tuhan?

    Beginilah ya tuan puan sekalian. Kita pun kurang pasti sama ada mahu kasihan dengan manusia yang mengaku beragama Islam sedemikian. Terpulanglah. Kebebasan berfikir, bukan?

    Elok juga kita kongsikan ulasan yang agak akademik oleh salah seorang yang telah menonton;

    Filem Mentega Terbang (2021)

    1. Ramai buat review puji filem berdurasi 1 jam 44 minit ini yang mula ditayangkan di platform internet @Viu pada 19 Jan 2023.
    2. Sinopsis: Aishah (16 tahun) mengkaji Al Quran,Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’
    3. Penerbit: Tan Meng Kheng & Pengarah Khairi Anwar.
    4. Penulis skrip: Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ting Teng Hui.
    5. Setelah menontonnya saya berpendapat filem ini mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam.
    6. Aishah selepas mengkaji semua agama sangat tertarik dengan agama yang percaya pada ‘re-incarnation’ iaitu kehidupan semula selepas kematian dalam dunia yang sama bukan sahaja dalam bentuk manusia tapi juga dalam bentuk serangga seperti semut dan rama-rama.
    7. Ada dialoq Aishah kata pada kawan baik berbangsa India ”Saya boleh makan babi. Saya tak kisah”. Saya sangat terganggu dengan dialoq seperti ini.
    8. Ayah Aishah dipaparkan sebagai seorang yang solat 5 waktu tapi berfahaman liberal dan bersifat terbuka untuk menerima kebenaran agama-agama lain.
    9. Ada satu babak dalam dialoqnya si ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya.
    10. Filem ini sebenarnya meletakkan agama yang ada ‘re-incarnation’ adalah agama yang paling benar.
    11. Secara subtext ‘re-incarnation’ ini diterima oleh Aisyah ketika dia menziarahi pusara ibu bersama ayahnya. Ketika sedang berdoa Aishah nampak ada rama-rama putih hinggap di batu nisan pusara ibunya. Camera closed up pada wajah senyum Aishah lihat rama-rama. Ini subtext bagi menggambarkan Aishah akhirnya pada ending cerita percaya pada agama ‘re-incarnation’.
    12. Filem ini menghina,meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang terangan (blasphemy).
    13. Banyak kriteria dan ciri-ciri blasphemy ke atas Islam terdapat dalam filem ini. Cuma untuk Page ini saya hanya dua atau tiga sahaja yang dapat saya sentuh.
    14. Insya Allah saya akan buat akademik paper bagi membahaskan kandungan blasphemy filem ini dengan menggunakan methodologi sesuai dan akan bertanggungjawab dengan kajian, pandangan dan dapatan saya.
    15. Anda boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan saya. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tetap berpegang kepada kebenaran adalah dengan Islam.
    16. Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman.
    17. Filem ini tidak tertakluk pada penapisan LPF kerana ianya ditayangkan di platform internet bukan di panggung wayang.

    -ZABIDI MOHAMED

    Salah satu komen di YouTube, juga boleh dibaca di (VIDEO) ‘Filem Mentega Terbang persenda Islam secara terang-terangan’

    Ulasan yang kita kutip di atas itu sengaja kita paparkan di sini. Sekurang-kurangnya kita boleh menjadi lebih objektif dalam menilai sesuatu karya filem. Setuju atau tidak itu perkara kedua. Kata kuncinya adalah; OBJEKTIF.

    Sebab, kalau kita kutip perspektif dari kalangan ahli politik atau agamawan sahaja, barangkali sukar untuk kita tahu alur cerita filem tersebut secara objektif. Nak tahu macam mana kalau filem sudah dikeluarkan? Kecuali kalau tuan puan cerdik sikit main ‘IP address’ untuk ‘tonton Viu dari luar negara’!

    close up photo of glowing blue butterflies
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    Orang Awam Tidak Kuat Iman!

    Berdasarkan maklumat yang kita peroleh dari cakap-cakap menteri, ahli Parlimen dan aktiviti membawang yang tercatat dalam media sosial, maka kita fahamlah mengapa ramai manusia di bumi bertuah ini melenting dengan filem Mentega Terbang. Mereka takut manusia akan berbondong-bondong keliru dan keluar dari agama Islam seperti anak panah keluar dari busurnya barangkali. Mereka menganggap ini adalah satu penghinaan kepada agama Islam barangkali. Mereka takut iman mereka sendiri tergugat barangkali, ATAU mereka takut orang awam tidak kuat iman akan tergugat!

    Kasihan! Sampai bila umat Islam hendak disorok bawah tempurung? Begitulah kalau mengajar agama pun dijadikan susah. Macam mana orang awam nak faham agama? Kan?

    Patutlah demikian. Rupa-rupanya orang awam beragama Islam di negara ini memang dijauhkan dari pendedahan fikiran kritis. Dari kecil sampai besar, diajar pemikiran sehala. Macamlah negara ini akan kekal aman selamanya sehingga tiada kemungkinan generasi akan datang terpaksa memgembara ke serata dunia dan bertemu pelbagai macam manusia!

    Jadi, kita boleh fahamlah mengapa tiba-tiba filem ini jadi isu negara!

    Yang kita tidak boleh faham, mengapa tidak disuruh saja semua pawagam, Netflix, Viu dan YouTube ditutup saja sebab takut nanti ada filem-filem yang boleh merosak akidah, menggugat iman atau mempromosi agama lain?

    Begini sajalah. Cuba tuan puan kira lambakan filem-filem dari Barat dan Korea yang ada di Netflix atau Viu yang penuh dengan tahyul, khurafat, dongeng dan pelbagai macam isi kandungan yang ‘menyentuh sensitiviti agama’ dan ‘boleh menggugat akidah’. Berlambak dan bersepah, bukan?

    Atau isunya adalah kerana Mentega Terbang itu dilakonkan oleh remaja Melayu, diarahkan oleh pengarah Melayu dan diterbitkan oleh penerbit bukan Melayu?

    Tuan puan tidak usah jawab. Sebabnya, sila baca Polis rujuk isu Mentega Terbang ke SKMM. Sudah jadi kes SKMM. Jadi, eloklah kita biarkan saja isu ini ditangani oleh pihak penguasa yang berkenaan. Lebih eloklah kita lihat isu-isu berikut untuk perbicaraan lanjut;

    • Kitab selain Al-Quran;
    • HIDUP SETELAH MATI; ‘reincarnation’ ATAU kebangkitan semula;
    • Pilihan akidah manusia.

    Kitab Selain Al-Quran

    Kita sekarang hidup dizaman ‘big data’ ya tuan puan sekalian. Kita tiada daya dan upaya untuk halang manusia, termasuk anak kita sendiri kalau mereka baca kitab selain Al-Quran dalam urusan mencari kebenaran agama. Sekalipun pemerintah membekukan semua import Bible dan sebagainya, rakyat negara ini tidak kira agama dan bangsa masih boleh baca kitab-kitab agama lain dengan memuat turun di internet. Macam-macam versi ada; versi pdf, versi aplikasi mudah alih termasuklah versi bercetak yang boleh di beli di pelbagai platform antarabangsa!

    Jadi, kalau filem cereka Mentega Terbang itu menunjukkan seorang anak remaja membaca Thorah, Bible, Al-Quran ataupun kitab-kitab lain, itulah realiti sebahagian kecil manusia yang hidupnya lahir dalam keluarga yang mengaku beragama Islam bukan hanya di Malaysia atau di Nusantara ini, malah di seluruh dunia! Jika kita menonton petikan filem dan membaca ulasan mereka yang sudah menonton filem tersebut, maka bolehlah kita simpulkan bahawa anak remaja tersebut hidup dalam lingkungan keluarga yang mengaku Islam tetapi barangkali hanya membaca TETAPI TIDAK memahami isi kandungan Al_Quran. Jangan terkejut pula jika ada di kalangan yang membaca blog ini juga tergolong dalam kalangan tersebut.

    Cerita mudahnya begini. Dalam filem tersebut digambarkan remaja tersebut membaca Bible atau Thorah versi bahasa Inggeris. Kita tidak tahu dia baca kitab Veda atau Tripitaka dalam bahasa Sanskrit, atau dia hanya membaca versi bahasa Inggeris, atau dia menduga-duga cuba memahami agama lain dengan bertanya kepada penganut agama lain. Kita juga tidak tahu sama ada remaja tersebut itu faham bahasa Al-Quran, iaitu bahasa Arab. Kita juga tidak tahu sama ada remaja tersebut telah khatam membaca terjemahan Al-Quran, atau telah menyemak tafsir Al-Quran mahupun mengetahui asbabunnuzul Quran.

    Apa yang hendak kita sampaikan adalah, membaca kitab-kitab selain tanpa mengetahui bahasa asalnya, baik Hebrew, Aramaic, Sanskrit adalah tidak sempurna untuk mengetahui kebenaran. Sebabnya, kalau tuan puan ahli pengkaji linguistik, maka tuan puan akan ketahui TIDAK ADA SATU PUN TERJEMAHAN BAHASA adalah tepat untuk memaknai bahasa asal!

    Sebab itu, kita patut merasa kasihan sekiranya ada segelintir manusia mengaku beragama Islam di dunia ini yang tidak lancar baca Al-Quran dan tidak tahu pula serba sedikit asas bahasa Arab. Mereka hanya cuba memahaminya dengan membaca terjemahan semata-mata tanpa mahu belajar ilmu tafsir dan tadabbur Al-Quran, lalu gagal memahami erti kebangkitan semula, erti syurga dan neraka, erti Qada’ dan Qadar. Kerana itulah barangkali bangkit persoalan dalam hatinya tidak berpuas hati mengapa begitu kejam sekali hidup ini kerana ibunya akan meninggalkan dunia ini. Tidakkah dia sedar suatu hari nanti dia pun akan meninggalkan ibunya atau bapanya jika ajal sudah menjemput dirinya?

    Inilah masalah terbesar kalau Al-Quran itu sekadar perhiasan dan bacaan tanpa memahami pengajarannya. Seolah-olah masih belum jelas penerangan Tuhan dalam Al-Quran perihal hakikat kehidupan manusia di mukabumi ini. Sama ada dia tidak pernah membacanya atau dia hanya baca tetapi tidak pernah mahu belajar memahaminya menurut bahasa sendiri, atau sememangnya dia bebal. Maka sangatlah pelik dan jelik jika kaedah belajar agama sendiri pun dia tidak jelas lalu memandai-mandai cuba mencari kebenaran dengan membaca kitab selain Al-Quran. Hendak gapai kebenaran berdasarkan terjemahan kitab yang tidak diketahui siapa pengarangnya atau apakah maksud bahasa asalnya, begitukah caranya mencari kebenaran?

    Lebih kasihan jika dia cuba mencari kebenaran dengan bertanya kepada penganut agama lain yang belum tentu pernah membaca kitab sucinya sendiri!

    Manusia kebanyakannya begitulah ya tuan puan sekalian. Mengaku beragama Islam tetapi kitab suci Al-Quran pun dia tidak faham. Mengaku beragama lain, kita pun tidak tahu mereka pernah membaca kitab suci agama mereka sendiri. Sebab itu, hendak bertanya kenalah berhati-hati. Hendak membaca, kalau setakat terjemahan, jangan mudah terima sebagai kebenaran mutlak. Sudah baca, kena guna akal yang waras untuk menilai dan membuat pertimbangan; bukan dengan cara mengulit sentimen kesedihan dengan melihat kemunculan rama-rama putih yang muncul di pusara.

    Barangkali itulah yang boleh kita simpulkan dari filem cereka tersebut. Itulah yang tersirat kefahaman keluarga tersebut, termasuk si bapa, si ibu yang sedang menghitung hari kematian dan juga si anak yang terpinga-pinga cuba memahami hakikat hidup selepas kematian. Sikapnya yang mencari-cari jalan hidup kekal bersama ibu dan ayahnya telah menjauhkannya dari agama sendiri. Kalau sudah bersikap tidak kisah memakan babi, kita sudah boleh menduga barangkali belum khatam Al-Quran sehingga tidak tahu bahawa sudah jelas larangan Tuhan tentang pengharaman memakan daging babi. Begitulah hina dan terpesongnya manusia yang tidak memahami kitab sucinya sendiri.

    Image from Wild Tropics

    HIDUP SETELAH MATI; ‘reincarnation’ ATAU kebangkitan semula?

    Apa juga kepercayaan pelakon, penulis, pengarah dan penerbit filem tersebut berhubung urusan hidup selepas mati, itu adalah urusan mereka. Kalau mereka anggap filem itu hanya sebagai persoalan hidup selepas mati semata-mata, wajarlah kalau filem itu di biarkan tergantung tanpa ‘clue’ ATAU ‘subtext’ di akhir filem. Seni perfileman bukanlah ‘rocket science’ sampai penonton tidak boleh memahami maksud yang tersirat dalam Mentega Terbang. Jika kita menilai beberapa ulasan objektif oleh mereka yang telah menonton, kita sudah tahu garapan filem itu menjurus kearah mana.

    ‘Mentega terbang’ itu hanya ‘butter-fly’ saja? Tidaklah susah sangat kita hendak faham garapan filem tersebut. Sebut sajalah mahu peraga ‘kepercayaan rama-rama’!

    Kepercayaan ‘reincarnation’ (kelahiran semula) bukanlah perkara yang asing dalam kebanyakan agama yang wujud di dunia ini. Kalau penganut agama lain percaya manusia boleh dilahirkan semula sebagai ‘manusia bahagia’, kuda, monyet, babi, kucing, anjing, semut, rama-rama, ‘manusia derita’ dan yang sebagainya, itu urusan kepercayaan mereka.

    Kalaulah hidup sesudah mati semudah itu mengikut kepercayaan mereka, kita tidak boleh berkata apa ya tuan puan sekalian. Mereka percaya kelahiran semula. Kita pula berbeza, sebab kita percaya dengan kebangkitan semula.

    Bailklah tuan puan sekalian. Kita yang mengaku beragama Islam ini; jika benar-benar Islam patut tahu kebangkitan semula manusia selepas mati memang benar-benar akan terjadi. Kita percaya kebangkitan semula di akhirat kelak, yang mana manusia akan diberi balasan oleh Tuhan apa juga perkara yang telah mereka kerjakan semasa hidup di dunia ini. Hanya ada dua pilihan; menjadi penghuni syurga atau neraka. Itu saja.

    Itu kepercayaan kita sebagai orang Islam. Sebab Tuhan kita memberitahu begitu. Sebab Nabi kita menyampaikan begitu. Kalau ada manusia kaki falsafah mahu bertikam lidah dengan kita perihal hidup sesudah mati, kita sebagai orang Islam juga boleh berbicara secara rasional dalam menetapkan pendirian kita.

    Kita menolak ‘reincarnation’ sebab sebagai orang Islam sejati, kita sudah di ajar supaya berfikir secara waras. Misal kata seseorang yang baik itu mati, kemudian dia dilahirkan jadi rama-rama, lalu rama-rama itu dimakan oleh burung, selepas rama-rama itu mati, dia dilahirkan jadi apa pula? Apa salah rama-rama tersebut sampai kena makan burung? Adakah selepas di makan burung, maka tercapailah makam kebenaran agama yang dicari-cari itu?

    Jika rama-rama itu tidak dimakan burung, dalam beberapa minggu sahaja dia akan mati juga (jangka hayat rama-rama umumnya tidak sampai sebulan ya tuan puan sekalian). Jadi, apa erti kehidupan ini dari menjadi manusia, kemudian jadi rama-rama, kemudian jadi apa? Hidup bertahun-tahun sebagai manusia, mati juga. Hidup tidak sampai beberapa minggu sebagai rama-rama, mati juga! Kebebasan apakah yang ingin dicapai dengan menjadi rama-rama? Adakah ini akan menjawab persoalan kebenaran agama yang dicari oleh si anak remaja tersebut?

    Sebab itu kita katakan tadi, jika si ayah dalam filem cereka itu membaca dan memahami Al-Quran, dia sepatutnya memandu kecelaruan fikiran anak remajanya itu supaya memahami kalam Tuhan. Beri bimbingan. Hendak paksa budak-budak zaman sekarang, usah cari pasal. Silap haribulan, lari dari rumah pula, lagi haru! Hendak bimbing macam mana kalau tuan punya badan yang hendak dibimbing sudah tiada di depan mata? Zaman sudah berubah. Tanggungjawab ibu dan bapa adalah mendidik anak-anak mereka memahami agama dengan cara yang benar. Persoalannya, hendak didik macam mana kalau orang tua pun tidak memahami agama dengan cara yang benar?

    silhouette of person standing on field
    Photo by luizclas on Pexels.com

    Pilihan Akidah Manusia

    Tuan puan sekalian. Kita sudah bicara berkenaan baca kitab, termasuk Al-Quran dan selain dari Al-Quran. Ringkasnya begini. Jika benar hendak memahami perbandingan agama, bacalah kitab-kitab tersebut dalam bahasa asal. Jika tidak faham bahasa asal, usah bicara tentang ‘mencari kebenaran’ lalu bikin filem hanya dengan merujuk kitab terjemahan dan bertanya kepada orang yang belum tentu baca dan faham kitab mereka.

    Kita juga sudah membahaskan beza kepercayaan manusia; kelahiran semula dan kebangkitan semula. Manusia beza agama, pasti akan berbeza kepercayaan. Yang penting, kita memperakui semua perbezaan ini, dan tetap berpegang kepada kepercayaan kita. Kamu dengan kepercayaan kamu, kami dengan kepercayaan kami. Tidak perlu gaduh!

    Lalu, kita agak pelik juga. Di kalangan yang mengaku beragama Islam, ada juga percaya dengan kelahiran semula roh Nabi, roh wali lalu jadilah dia tok guru yang dibiarkan penguasa bergentayangan di kalangan orang awam beragama Islam. Jangan buat-buat tak tahu pula. Benda ini pernah tular beberapa ketika dulu. Dan, kita percaya, dalam kalangan umat Islam, ada yang terpengaruh dengan pegangan sebegini. Sebab, ia adalah isu basi sejak ratusan tahun dahulu. Kepercayaan sedemikian berterusan muncul sepanjang zaman dalam kalangan manusia yang mengaku beragama Islam. Ini adalah pelik dan jelik, malangnya ia berlaku juga dalam masyarakat kita!

    Demikianlah kita jadi masyarakat ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak!

    Perihal akidah sesama Islam juga ada kalangan ustaz kita saling kafir mengkafir sesama manusia. Tuan puan tonton sajalah bahasan ‘Perang Ustaz’: Analisa Orang Awam Terhadap Wahabi vs Aswaja. Asyik sibuk mempersoalkan akidah sesama Islam, sampai perihal segelintir manusia yang sibuk mencari kebenaran agama selain dari Islam pun terabai. Kita sibuk mempersoal akidah manusia, jangan lupa itu urusan Allah, bukan urusan kita sehingga boleh memaksa manusia ikut cara faham akidah kita.

    Urusan kita adalah menyampaikan akidah yang benar. Manusia, baik yang Islam mahupun bukan Islam, hendak memilih apa, itu urusan mereka dengan Tuhan. Jika mereka pilih yang benar, Tuhan akan menguruskannya. Jika mereka pilih akidah yang salah, Tuhan akan menguruskannya juga. Sejak bila Tuhan memberikan kita hak untuk memaksa manusia dalam pilihan akidah mereka?

    Berbalik kepada filem Mentega Terbang. Pihak berkuasa boleh berbuat apa saja untuk menangani isu tersebut, hasil dari rungutan masyarakat Islam. Ya, sementara ada kuasa, gunakanlah. Cuma, usah berselindung disebalik perkataan; “… filem Mentega Terbang menghina,meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang terangan (blasphemy)…”. Itu tuduhan yang dangkal.

    Secara objektif, filem itu tidak menghina Islam. Sebab itu kita pernah terbitkan sebelum ini, ISLAM ITU AGAMA; Islam bukanlah manusia! Berhentilah mengungkapkan retorik seolah-olah Islam itu adalah manusia. Orang awam zaman ini, baik yang Islam, mahupun bukan Islam sudah cukup cerdik menilai sesuatu isu secara objektif. Pengecualian tetap ada barangkali; iaitu mereka yang MAHU HIDUP JADI BEBAL.

    Video 2

    Filem itu cuma karya seni, menurut perspektif pengarah dan penerbit lalu dilakonkan. Jika kita masih hendak guna perkataan menghina,meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan, katakan sajalah; “ia menghina penganut Islam yang TIDAK FAHAM ISLAM”. Mudah sebut, tidak faham agama sendiri. Nampak begitu lemah sekali pegangan akidah ahli keluarga tersebut biarpun tidak tinggal sembahyang berjemaah bersama keluarga.

    Memang patutlah keluarga yang mengaku beragama Islam itu jadi hina sebab bapanya sendiri tidak ambil peduli untuk menerangkan kepada si anak remaja itu cara menilai agama yang benar. Dipaparkan adegan selamba si bapa boleh benarkan begitu saja jika si anak hendak menukar akidah macam lalang, tanpa ada sekelumit tanggungjawab menjaga ahli keluarganya dari terjerumus ke dalam neraka. Jadi, yang hina itu adalah penganut agama Islam dalam filem itu. Yang hina dan dipersenda bukanlah agama Islam. Ya, penganut agama Islam yang tidak faham ISLAM SEBENAR itulah yang hina!

    Ya tuan puan. Begitulah hinanya penganut Islam yang tidak faham agama sendiri. Kita hendak tolong macam mana kalau anak beranak sekeluarga lebih gemar beragama secara ikut-ikutan tanpa mahu memahami firman Tuhan yang terkandung di dalam Al-Quran? Begitulah hinanya manusia mengaku beragama Islam yang gagal memahami firman Tuhan yang terkandung dalam kitab sucinya sendiri; AL-QURAN.

    Sebab gagal faham firman Tuhan itulah fikiran mula melayang macam digambarkan dalam lagu latar filem Mentega Terbang;

    Video 3

    Irama lagu memang sedap didengar. Setakat seronok layan sambil berangan cinta tiga segi barangkali biasalah. Maklumlah lagu untuk anak remaja.

    Tapi kalau bicara soal akidah, jangan cari pasal. Liriknya melayang-layang masih tidak tahu memilih yang mana satu? Hendak pilih macam mana kalau cara baca kitab pun kacau-bilau? Hendak pilih macam mana kalau bertanya kepada sesiapa saja yang ditemui tanpa tujuan?

    Ya. Demikianlah bebal dan hina-dinanya manusia yang kononnya bersikap terbuka tanpa tahu sempadan akidah. Terpedaya dengan istilah kebebasan fikiran tanpa sempadan. Barangkali belum cukup kembara ke daerah paling asing di dunia ini, sebab itu masih berfikir ada kebebasan mutlak dalam kehidupan! Maka barangkali padanlah dengan muka mereka kalau ada pihak mahu mempersenda orang Islam jenis sedemikian. Tidaklah cerdik mana sikap liberal itu jika akidahnya masih terhuyung hayang.

    Jadilah fikirannya celaru tidak tahu mana hendak dituju. Puncanya satu; TIDAK BACA KITAB AL-QURAN. Atau baca setakat di bibir, fahamnya entah ke mana? Hendak faham macam mana kalau cara baca pun tidak pernah mahu ambil tahu! Hendak faham macam mana kalau asas bahasa Arab pun tidak peduli biarpun lidahnya lancar bukan main hebat berbahasa Inggeris dan Korea!

    Apa kata tuan puan sekalian tonton pula bicara ilmiah berikut berkenaan filem Mentega Terbang;

    Video 4

    Bagus bukan? Orang Islam tidaklah gersang sangat seperti yang digambarkan dalam keluarga si Aisyah Mentega Terbang. Sebab kita ada ramai juga ustaz-ustaz yang cerdas macam Ustaz Syiabuddin dan Ustaz Noor Derus. Malang sekali, ustaz sedemikian sering dicop Wahabi oleh golongan ustaz yang malas berfikir!

    Video di atas juga menunjukkan kepada kita , ada saja kalangan orang Islam yang cerdik membahaskan isu-isu sensitif secara matang. Apa masalahnya kalau kita berhadapan secara berterus terang membicarakan pelbagai macam kepercayaan manusia? Ustaz Noor Derus telah pun jelaskan dalam dialog tersebut falsafah dan teologi apa disebalik ‘reincarnation‘ itu. Tidaklah sesukar mana hendak menilai agama mana yang benar. Biarpun ada kalangan para pengulas yang masih merasakan filem itu tidak adil atau menghina Islam, itu bukan persoalannya. Faktanya kita ulang sekali lagi ya tuan puan sekalian;

    Yang hina dan dipersenda bukanlah agama Islam.

    Ya, penganut agama Islam yang tidak faham ISLAM SEBENAR itulah yang hina! Karakter orang Islam yang digambarkan dalam filem itu, baik si ibu, baik si ayah, mahupun jiran si Uncle Kassim memang jenis manusia yang tidak faham agamanya sendiri. Mereka beragama secara ikut-ikutan tanpa faham. Hendak faham macam mana kalau baca surah Al-Asr pun sebutan ‘shad’ (صَ) tidak betul!

    إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ

    Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

    Al-‘Ashr 103:3

    Demikianlah. Faktanya apa? Faktanya umat Islam di dunia ini memang ramai. Faktanya juga, bilangan yang ramai itu bukan jaminan kualiti mereka sebagai penganut agama yang faham Islam. Kalau asas membaca pun masih belum betul, bagaimana pula cara memahami terjemahan? Belum lagi cara memahami tafsir. Belum pula kita tanya pernah atau tidak mentadabbur Al-Quran.

    Ya tuan puan sekalian. Kalau hendak bersentimen juga, akuilah saja bahawa filem itu cuma menghina penganut agama Islam yang tidak faham Islam! Golongan yang asyik lari masuk gua patut kena ada rasa malu jugalah kalau mendakwa belajar ilmu kalam dan Sifat 20, masih juga mahu diajar orang awam duduk bawah tempurung bila berhadapan dengan ‘mentega terbang’! Elok kita tanya; bagaimana cara kamu mengajar ilmu kalam sampai orang tidak faham? Kamu ajar macam mana sampai akidah awam senang kena goyang?

    Hendak berhujah dengan golongan tidak baca dan faham kitab ini tidaklah sukar mana kalau sistem pendidikan orang Islam didirikan dengan cara yang betul menggunakan akal. Tuan puan telitilah hujah-hujah intelektual yang dikemukakan oleh Ustaz Noor Derus dalam video ‘live reaction’ tadi. Cubaan mempromosi fikiran liberal, kepercayaan ‘reincarnation’, dan dakwaan keterbukaan masyarakat sebenarnya hanyalah kepura-puraan. Puak yang sedemikian, kalau berhadapan dengan hujah kebenaran, sebenarnya mereka pun akan terkebil-kebil juga melihat begitu rapuh sekali pegangan mereka. Dakwaan semua agama adalah sama benar hanyalah retorik sosial dan politik semata-mata. Cuba kita tanya, jika benar semua agama sama benar, apa salahnya kamu memeluk agama Islam? Cubalah! Mahu terkebil-kebil juga mereka hendak ‘go around the bush‘ memutar belitkan lidah bercabang.

    Sebab itu, sebenarnya tiada keperluan bagi para penguasa agama mengharamkan tayangan filem Mentega Terbang. Biarkan sahajalah. Dengan dana berbillion setiap tahun, sepatutnya tiada masalah jika seluruh jentera dakwah digunakan untuk mengajar orang awam cara memahami Al-Quran. Jika masyarakat awam sudah dididik dengan cara yang benar, maka masyarakat Islam tidak sepatutnya melenting tidak tentu pasal dengan kerenah filem cereka seperti Mentega Terbang. Bukannya hanya sibuk pasal hukum-hakam berlakon macam yang boleh kita dengar dalam video di bawah ini;

    Video 5

    Kita tidak kata keperihatinan pasal lakonan itu salah. Cuma alangkah baiknya kalau si tukang tanya dan ustaz berkenaan turut mengulas isu pokok filem mentega terbang, iaitu ‘reincarnation’. Bukankah itu lebih baik? Lihat sajalah bagaimana Ustaz Noor Derus (Video 4) dan jemaah yang mengulas filem tersebut secara intelektual. Begitulah sepatutnya cara kita mendepani isu keterbukaan golongan pelakon, pengarah dan penerbit yang menjual idea liberal. Puak berkenaan bukan kisah pasal isi kandung Al-Quran. Mereka cuma peduli pasal falsafah hidul dan rasional pemikiran. Jadi, kita jawablah dengan kaedah falsafah hidup dan rasional juga kalau hendak menolak kepercayaan ‘reincarnation‘. Ilmu kalam yang kita pelajari selama ini tidak mendidik kita supaya pintar berhujahkah?

    Kita biarkanlah saja terima keterbukaan Malaysia Madani mendepani filem sebegini. Kalau pengarah dan penerbit filem tersebut dengan selamba bahawa karya mereka itu hanya sebuah filem, kita biarkanlah saja. Supaya kita boleh ajar manusia yang menabur angin supaya bersedia menuai badai. Tidak perlu tunjuk perasaan bagai yang membuang masa dan tenaga.

    Memadailah dengan cara kita ajar puak yang kononnya mengaku terbuka itu menerima penjelasan kita secara terbuka pula. Takkanlah nanti puak yang melaungkan agenda keterbukaaan itu meroyan kekalutan pula jika ada di kalangan orang Islam yang cerdik berupaya membongkar kekarutan falsafah hidup mereka;

    • Kamu hendak sangat berfikiran terbuka, bukan?
    • Adakah kamu fikir tiada manusia berakal dalam dunia ini yang boleh meruntuhkan ilmu teologi yang dianggap benar dalam Mentega Terbang?
    • Adakah benar kamu sedia untuk sahut cabaran?

    ‘Sequel’ Filem Burung Kenyang Terbang

    Ya. Kita biarkan saja karya filem puak-puak sedemikian yang gemar mengajak manusia supaya ‘berfikiran terbuka’. Supaya kita boleh sediakan skrip membidas ilusi ‘mentega terbang’. Supaya kita boleh menaja kalangan penggiat filem beragama Islam yang cerdas membuat ‘sequel’ filem rama-rama dimakan burung pula. Lepas makan rama-rama, bolehlah kita tayang pula adegan burung terbang kekenyangan. Mana tahu adegan sedemikian boleh membuka minda puak yang berkenaan itu memahami ‘kebenaran agama’? Dengan paparan adegan ‘mentega terbang’ atau ‘butterfly’ yang sudah kena makan burung, bukankah itu sudah memadai untuk meruntuhkan kepercayaan ‘reincarnation’? Hendak gaduh sangat suruh kerajaan haramkan tayangan filem Mentega Terbang, besar mana faedahnya? Orang boleh curi-curi tonton juga!

    Selesai filem ‘BURUNG KENYANG TERBANG’ itu nanti, bolehlah pula kita buat ‘sequel’ filem ‘BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA‘. Takkanlah masyarakat Malaysia Madani tidak boleh faham peribahasa? Bijak sangat, bukan?

    Bagaimana? Boleh sajakan. Bukan susah sangatpun kalau nak berkarya filem balas secara santai tetapi sangat intelektual bagi menjelaskan kepada orang awam perihal akidah yang benar, secara tersirat juga. Kita BALAS HUJAH DENGAN HUJAH. Apakah puak yang mendakwa ‘liberal sangat’ itu terlajak cerdik sampai tiada di kalangan kita yang boleh benamkan hujah lalang mereka itu? Barulah ada nilai orang Islam dalam dunia Malaysia Madani hari ini. Bukannya dengan cara balas hujah dengan masuk gua! Sampai bila hidup sebagai orang Islam ini mudah rasa hina dan goyah sebab takut dengan bayang-bayang sendiri.

    Beginilah tuan puan sekalian. Jika kita penganut Islam merasa terhina dengan filem Mentega Terbang, eloklah bertanya kepada diri sendiri; HINA SANGATKAH KITA INI SAMPAI TIDAK TAHU JAGA AKIDAH SENDIRI?

    • Begitu lemah akidah kita ini hingga setiap kali muncul filem yang didakwa menghina Islam dan menggugat akidah, maka setiap kali itu jugalah kita perlu berlindung di sebalik kuasa pemerintah?
    • Adakah kita fikir sang penguasa itu akan kekal di kedudukan sekarang selamanya?
    • Bila mereka sudah tiada kuasa, kita hendak berlindung dengan siapa?
    • Adakah kita fikir selamanya kita hidup di negara ini akan kekal sehingga anak cucu cicit hidup di bawah naungan ‘kerajaan Islam’?
    • Sedarkah kita bahawa istilah ‘kerajaan Islam’ itu hanyalah ilusi ciptaan para politikus untuk berpaut kepada kuasa?
    • Sampai bila hendak kita biarkan hidup ini mahu ibarat lalang ditiup angin kerana kebebalan kita sendiri?

    Sebab itu tuan puan sekalian kita sudah acap kali berpesan. Pelajari ilmu agama. Belajarlah memahami kalam Tuhan dan kalam Nabi. Mudah-mudahan, dengan izinNya, menjadilah ia perisai untuk menjaga akidah kita berlandaskan apa yang Allah kata, apa yang Nabi Muhammad SAW kata, dan bukannya ‘apa yang Islam kata’. Boleh faham?

    Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • ORANG AWAM Keliru: Cerdik ATAU Bodoh?

    Tuan puan sekalian. Mari kita bincang pasal dakwaan orang awam keliru pasal urusan agama. Ada 2 senario;

    • Orang awam mengaku keliru;
    • Ustaz kata orang awam mudah keliru.

    Dari mana kita dapat kedua-dua senario itu? Kita dapat dari sembang sesama awam baik di masjid, surau, kedai kopi mahupun dalam laman sosial. Kita dapat dari mulut para asatizah kita juga, ustaz, agamawan tersohor yang risau takut orang awam mudah keliru dalam urusan agama.

    Sebab itu dalam catatan sebelum ini, kita ada sentuh sepintas lalu berkenaan jenis orang awam dan juga jenis ustaz. Lalu kita sebut secara umum JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN. Maka kita dapat permintaan supaya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN yang tersebut. Jadi eloklah kita terangkan ya tuan puan, biarpun pahit hendak ditelan iaitu;

    • Ada orang awam JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN;
    • Ada juga orang awam JENIS TIDAK BACA KITAB, JENIS TIDAK BACA HADITH dan JENIS TIDAK BACA AL-QURAN;

    dan berdasarkan pemerhatian kita, jangan terkejut kalau kita dapati;

    • Ada agamawan JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN;
    • Ada juga agamawan JENIS TIDAK BACA KITAB, JENIS TIDAK BACA HADITH dan JENIS TIDAK BACA AL-QURAN;

    Macam mana?

    JANGAN SENTAP SANGAT! Maklumlah kita biasalah kalau dengar ada orang awam JENIS TIDAK BACA KITAB, JENIS TIDAK BACA HADITH dan JENIS TIDAK BACA AL-QURAN. Makna kata, orang awam jahil (iaitu BODOH) ini perkara biasalah dalam masyarakat.

    Kalau ustaz kata depan batang hidung dalam ceramah masjid dan surau dengan ungkapan “KAMU JAHIL” sekalipun, orang awam tadah saja. Jarang kita dengar ada jemaah surau atau masjid bantai ustaz lancang mulut itu. Malah, orang awam pakat-pakat gelak sambil mengangguk mengakui kebodohan mereka. Maaf, agak kasar sedikit. Kita tukar ayat; “orang awam pakat-pakat gelak sambil mengangguk mengakui kejahilan mereka”.

    Tapi tuan puan; takkanlah ada agamawan JENIS TIDAK BACA KITAB, JENIS TIDAK BACA HADITH dan JENIS TIDAK BACA AL-QURAN? Ya, benar. Takkanlah ustaz berbohong. Begitu?

    Kau biar betik! Mana ada ustaz tak baca Quran!

    Agak-agaklah nak sembang! Ada ke patut ko cakap ustaz kita tak baca kitab! Tak baca hadith! Abis tu, dia ajar kita, ambik ilmu mana?

    Ko jangan celupar sangat mulut tu eh! Aku pelangkong kang!

    – SEKADAR UNGKAPAN: Contoh-contoh perkataan orang awam terlebih cerdik membela ustaz kesayangan mereka.
    photo of red blue and yellow parrot on tree branch
    Photo by Silas Leupold on Pexels.com

    Pesanan Penaja

    Sebab itu tuan puan sekalian, kita dah pesan banyak kali. Kena faham betul-betul makna, maksud dan takrif BACA! Kalau tidak faham juga, itu yang ramai seminggu sekali kita ramai-ramai ‘baca’, tapi sebenarnya tidak membaca pun.

    Beginilah kita nak bagi mudah faham ya. Burung kakaktua; kalau ‘bercakap’ dengan kita, ikut bahasa kita, benarkah burung itu sedang bercakap dengan kita?

    Faham atau tidak tuan puan? Boleh fikir? Atau;

    MALAS AKU NAK FIKIR!

    – Nak tolong macam mana lagi!

    SELINGAN: Jawapan Kepada Soalan Kurang Cerdik

    Berkatalah +SANGfikir;

    Para penuduh orang awam itu bodoh ini pura-pura bertanya; kalau awak bukan bodoh, kenapa nak bela Orang Awam Bodoh?

    Kita katakan begini sajalah kepada soalan kurang cerdik ini; kamu label Orang Awam Bodoh, mereka tidak mengaku sebab mereka memang bukan bodoh. Sebab kamu asyik tuduh Orang Awam Bodoh, lama-lama gelaran Orang Awam Bodoh itu lekat kat batang tubuh mereka sampai satu dunia kata semua Orang Awam Bodoh. Satu dunia kata memang ORANG AWAM ITU BODOH. Lalu kamu buat-buat tanya kenapa mereka membela Orang Awam Bodoh?

    Adakah semua orang dalam dunia ini bodoh seperti kamu?

    Mari kita gelar si penuduh itu sebagai tidak cerdas baca kitab; Kamu adalah Ustaz Buta Kitab , tetapi kamu tidak mengaku sebagai Ustaz Buta Kitab sebab kamu boleh baca kitab (cuma tidak faham saja, sebab itulah selalu hafal dan telan begitu saja tanpa fikir panjang). Sebab kami asyik tuduh kamu Ustaz Buta Kitab lama-lama gelaran Ustaz Buta Kitab itu lekat kat batang tubuh kamu sampai satu dunia gelar kamu Ustaz Buta Kitab. Satu dunia kata kamu BODOH SEBAB BACA KITAB TAK FAHAM-FAHAM JUGA. Lalu kami buat-buat tanya kenapa kamu membela Ustaz Buta Kitab?

    – Faham ATAU Gagal Faham?

    Maaflah tuan puan. +SANGfikir itu, kalau dia tidak menulis panjang berjela dan suka berlapik macam dalam Mukadimah, terkadang bila tulis pendek, kira ‘laser mulut’ jugalah dia. Barangkali terbawa-bawa perangai sebahagian manusia bila diberi mikrofon dalam masjid!

    Cerita Fasal Orang Awam Keliru

    Sebelum kita lanjutkan perbahasan JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN, eloklah kita paparkan dahulu beberapa sedutan berkenaan dakwaan orang awam keliru;

    Video 1

    Video 2

    Dengar tu tuan puan. Ustaz kata, kita orang awam ini layak tahu dalil dari kalam ulama sahaja. Adakah kita tidak layak tahu dalil dari Al-Quran dan hadith? Nak kata apa? Nak kata orang awam ini memang bodoh tidak akan faham Al-Quran dan hadith? Eh, tidak ada angin tidak ada ribut, sebut pulak pasal itu Wahabi? Pulak! Lalu kata kita orang awam tidak layak? Tuan puan hendak ikut kalam ustaz seperti ini, silakanlah ya. Elok dengar pula cakap ustaz seorang lagi di bawah ini;

    Video 3

    Video 4

    Video 5

    Jadi tuan puan sudah tonton semua 5 video di atas? Nak ikut cakap ustaz mana satu? Semua ustaz-ustaz tersebut bukan kaleng-kaleng. Semua JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN. Takkanlah ada salah seorang yang menipu dan hendak memperbodohkan orang awam?

    Video 6

    Sebab itu tuan puan, kita nak pesan sekali lagi;

    Bila sebut baca, bukan setakat baca buku, bukan setakat baca pemikiran manusia, BUKAN BACA SEBARANG BACA!

    Jadilah orang awam JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN.

    – DEMO TOKSEY DENGA? Ikut suka demo lah!

    BACA!

    Apa itu baca? Apa tujuan membaca? Kalau tuan puan sudah baca hingga ke ayat ini, sudahkah tuan puan faham setiap butir perkataan kita yang menulis ini? Adakah tuan puan telan saja semua perkara yang dilontarkan? Setuju semuanya? Atau bantah semuanya? Atau tuan puan cukup cerdas untuk ambil manfaat tulisan yang baik dan membuang jauh-jauh tulisan yang kasar dan jahat maksudnya?

    Begitulah ya tuan puan sekalian. Kita semua tahu berfikir mana yang elok, mana yang buruk. Kita tahu mana hendak terima, mana hendak simpan dulu dan mana yang hendak tolak terus bila membaca. Dalam hati kita akaj terdetik juga; “BENDA INI AKU KENA SEMAK DULU! Aku kena terima kebenaran. Aku kena tolak kesesatan.” Sebab, secara fitrahnya, kita manusia memang begitu. Lainlah kalau kita sengaja memilih kebebalan sebagai jalan hidup kita!

    Kemahiran Membaca

    Tahap kemahiran kita membaca juga penting ya tuan puan sekalian. Cara kita baca masa tadika dan sekolah rendah tidak sama dengan cara kita membaca waktu sekolah menengah. Cara kita membaca peringkat lebih tinggi di kolej, universiti dan kajian lebih tinggi juga berbeza.

    Sebab itu tuan puan, kalau faham maksud BACA, kita tidak akan baca semberono tanpa mahu tahu apa yang kita baca. Kalau faham maksud BACA, kita akan mahir bahawa membaca bukan setakat baca tulisan, menyebut perkataan; malah mendengar pertuturan dan melihat cara sesuatu dituturkan itu juga adalah MEMBACA.

    Kalau pun tuan puan yang membaca ini tidak habis sekolah, pastinya cara tuan puan baca surat khabar, buku dan laman internet juga berbeza. Dalam sibuk kita membawang berpolitik, adalah sangat bebal kalau kita berhujah berpatah arang dalam laman sosial dan kedai kopi kalau sumber bacaan kita atau sumber TikTok kita itu cuma datang dari satu jenis aliran politik yang kita suka. Lama kelamaan, jadi taksublah kita. Ini adalah kebebalan yang nyata, sebab, sejak bila semua orang politik dalam dunia ini boleh kita percayai seratus peratus!

    USAH BEBAL! – Politik dan Agama

    Sebab itu tuan puan sekalian. Cukup-cukuplah jadi marhaen (ORANG AWAM) yang diperbodohkan oleh orang politik. Tetapi, kalau tuan puan masih mahu jadi bebal, masih mahu pertahan politikus kesayangan tuan puan sampai ke titisan darah terakhir, nasihat kita cuma satu;

    Ikut suka hatilah hendak bebal dalam berpolitik, JANGAN PULA BEBAL DALAM BERAGAMA!

    Sebab bebal itu serupa macam jadi orang awam yang bodoh. Bodoh dalam politik, paling lebih kita melepas tidak dapat projek, bodoh dalam beragama melepas kita mencium bau syurga!

    Begini tuan puan sekalian. Ada sebab kita sentuh pasal POLITIK bila bercakap pasal AGAMA, sebab kita pernah sebut dalam beberapa terbitan sebelum ini;

    HENDAK FAHAM CARA BERAGAMA adalah serupa dengan cara hendak faham berpolitik.

    – Tolong jangan jadi ‘pembaris’ bila baca kenyataan di atas; SILA BACA BETUL-BETUL!

    Kalau orang kebanyakan, kita orang awam ini berani dan boleh membuat keputusan dalam berpolitik, mengapa kita orang awam ini takut pula hendak membuat keputusan dalam beragama?

    Kalau dalam urusan kita membawang berpolitik kita pandai membaca sana sini sebelum membuat keputusan, kenapa dalam urusan agama kita tiba-tiba jadi kurang cerdik tidak mahu membaca pula?

    question mark on chalk board
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    TABIAT: Orang Awam Cerdik vs. Orang Awam Bodoh

    Sebenarnya tuan puan, sama ada kita hendak jadi orang awam yang cerdik atau bodoh dalam beragama ini boleh ditentukan dengan tabiat kita juga.

    Adakah kita ini;

    • JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN; atau kita ini;
    • JENIS TIDAK BACA KITAB, JENIS TIDAK BACA HADITH dan JENIS TIDAK BACA AL-QURAN.

    Pertama sekali, orang yang bodoh dalam mengambil keputusan berpolitik lazimnya adalah JENIS TIDAK MEMBACA. Begitulah juga, orang awam yang menerima sahaja gelaran bodoh yang diberikan oleh tok guru dalam beragama lazimnya adalah JENIS TIDAK MEMBACA juga.

    Kedua, orang JENIS MEMBACA masih boleh jadi bodoh dan bebal dalam mengambil keputusan berpolitik mahupun dalam beragama sekiranya;

    • Dia tidak faham apa yang dibaca, atau;
    • Dia cuma baca hanya berita yang di suka dengar dari satu jenis aliran atau satu sumber sahaja, atau;
    • Dia baca banyak perkara tetapi tidak ada kemahiran untuk membuat keputusan yang betul.

    Dalam apa juga keadaan, JENIS MEMBACA ini setidak-tidaknya lebih cerdik dan lebih baik berbanding dengan JENIS TIDAK MEMBACA. Sekurang-kurangnya, peluang untuk dia digelar bebal atau bodoh itu adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan manusia yang satu lagi itu.

    Pak turut hanya menurut jika digelar JAHIL atau BODOH. Dia cuma menurut sebab dia memang tiada ilmu. Sebab dia tidak tahu atau tidak pernah dengar peribahasa;

    MEMBACA JAMBATAN ILMU

    – Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, Banyak Membaca Luas Pengetahuan

    Maka dia kekal dalam keadaaan bebal dan bodoh sebagaimana dikehendaki oleh pemimpin atau tok gurunya! Demikianlah yang kita boleh perhatikan, baik dalam urusan politik mahupun dalam urusan agama.

    Orang Awam Yang Cerdik

    Sebab itu tuan puan sekalian, menjadi orang awam JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN ini pun ada cara dan kaedahnya.

    Kena faham jugalah. Kita tidak mengharap semua orang awam itu boleh jadi pandai macam para agamawan, macam para ulama mujtahid dan mujaddid! Takkanlah semua orang nak ambil alih tempat jadi ustaz atau ustazah. Kalau begitu, siapa nak buka restoran, kerja jadi peguam, doktor atau pemandu grab!

    Seruan kita supaya orang awam jadi cerdik dengan menjadi kalangan manusia JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN ini adalah dengan menghormati para agamawan dan para ulama dengan cara yang betul dan berpada-pada. Mengambil ilmu yang baik daripada mereka yang memang kerjanya mendalami bidang agama untuk memandaikan umat. Bukannya menelan segala perkara yang ditulis atau dituturkan oleh mereka tanpa mahu belajar kemahiran mengambil yang baik dan menolak yang tidak baik.

    Mengapa kita kata begitu?

    Sebab para ulama dan agamawan yang kita sanjungi itu adalah manusia biasa macam kita. Bezanya, mereka diberi anugerah dan kedudukan oleh Allah agar menjadi pemimpin umat, pembimbing orang awam dan marhaen sekaliannya. Kelebihan yang Allah berikan kepada mereka itu bukanlah jaminan mereka itu suci dari dosa, tidak pernah buat kesilapan atau mungkin salah dalam istinbat hukum-hakam.

    Tidaklah pula kita hendak memandai buat hukum sendiri! Memadailah kita sedar bahawa adalah satu kebebalan kepada kita orang awam ini bermati-matian mahu mempertahankan tradisi atau kefahaman atau amalan yang biasa kita lakukan sepanjang hidup ini, apabila telah sampai kepada kita sebenarnya terdapat perbezaan pendapat para ulama berkenaan urusan tersebut.

    Kerana kalau kita rajin sedikit membaca, pasti kita akan ketahui bahawa ada dalam kalangan para agamawan, malah para ulama yang tersohor itu telahpun membincangkan perkara yang kita sedang perselisihkan itu. Kerana kalau kita rajin sedikit jengok Al-Quran dan hadith, pasti kita lebih berhati-hati dalam urusan tersebut. Tentulah kita mula terdetik untuk menimbang semula pendirian kita.

    Apabila kita ketahui bahawa ada perbahasan berkaitan perkara yang kita perselisihkan, eloklah kita sekurangnya tahu serba sedikit pandangan yang berkaitan. Supaya tidaklah kita ini jadi orang awam yang jumud, jahil dan bodoh sepanjang hidup kita!

    Sekiranya tuan puan sudah tahu tujuan kita menjadi orang awam JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN, maka dengan izin Allah, sampailah masanya bagi tuan puan sudah bersedia untuk tahu perincian dan kaedah yang kita maksudkan dengan menjadi orang awam yang;’

    Tujuannya apa tuan puan?

    Supaya kita jadi ORANG AWAM YANG CERDIK, bukannya orang awam yang bodoh. Beginilah saja kalau hendak bagi lunak sedikit;

    Supaya kita jadi ORANG AWAM YANG CERDIK, bukannya orang awam yang jahil.

    old textbooks on wooden table in sunlight
    Photo by Olha Ruskykh on Pexels.com

    Orang Awam Jenis Baca Kitab

    Menjadi orang awam jenis baca kitab ini penting ya tuan puan sekalian. Sebab kena ada rasa malu kalau kita beragama ini, kitab-kitab yang kita sudah khatam baca cuma buku-buku teks zaman kita sekolah rendah atau menengah dulu. Bersungguh-sungguh kita mengaku Mazhab Syafie tapi kalau tidak pernah belek Kitab Al-Umm pun masalah juga. Bersungguh-sungguh kita petik nama Imam An-Nawawi sebab nak bela sangat perkara bidaah hadasanah kegemaran kita pun tiada makna juga kalau belum baca tulisan imam tersebut perihal maksud bidaah hasanah. Bersungguh-sungguh kita gelar kawan kita Wahabi dan sesat pun bebal juga kalau tidak pernah tahu para imam kita yang tersohor pun pernah mengata sesat manusia yang membuat bidaah!

    Sebab itu kenalah baca kitab. Baca kitab satu hal. Menilai apa yang terkandung dalam kitab-kitab pun satu hal juga. Adalah bebal kalau kita mengambil pendirian bahawa semua hal yang terkandung dalam kitab jawi, kitab kuning, kitab terjemahan, kitab asal dalam bahasa Arab itu semuanya murni belaka. Kalau kita ambil pendirian seperti ini, maka tiadalah beza kita dengan Ustaz Buta Kitab yang +SANGfikir telah sebutkan tadi semasa aktiviti gelaran balas kepada Orang Awam Bodoh.

    Baik orang awam, mahupun ustaz, da’ie, asatizah, pencetus ummmah dan segala macam jenis agamawan dalam dunia ini, kalau cuma ambil saja perkataan dalam kitab dan menganggap itulah satu-satunya hukum yang ada dalam dunia ini, tanpa tahu membuat perbandingan pelbagai bahasan dalam isu yang sama, tanpa tahu menilai hujah mana boleh pakai hujah mana tidak terpakai; maka samalah saja manusia itu dalam kalangan ‘buta kitab’.

    Kita katakan ‘buta kitab’ sebab manusia yang waras, yang cerdas, yang bijaksana patut tahu merumuskan apa yang dibaca dalam kitab dan menetapkan pendirian untuk diri sendiri. Kalau manusia itu adalah orang awam, barangkali pendirian yang diambil setelah menilai pelbagai ilmu yang sampai kepada dirinya itu cukup untuk diri sendiri.

    Kalau manusia itu adalah cikgu agama yang memang kerjanya dalam bidang agama, maka wajarlah dia mengajarkannya kepada manusia lain yang sedang belajar agama. Adalah tidak wajar sekali dia petik saja nama tok guru kesayangannnya lalu mengajar begitu saja apa yang ditulis atau ditutur oleh gurunya itu tanpa ada sedikit rasa tanggungjawab sama ada perkara yang disampaikan itu gurunya, ataupun perkara yang menjadi pendirian gurunya itu benar atau tidak. Apabila berurusan dengan perkara yang menjadi khilaf para ulama, sepatutnya ustaz yang mengajar itu menjelaskan perbezaan pandangan ulama yang berkenaan terlebih dahulu sebelum memberi tahu jemaah, misalnya; “saya cenderung menetapkannya begini, sebab begitu begini…”. Bukannya hanya sebut; “…perkara khilaf, tidak usah tanya, kalau saya hurai pun bukannya kamu boleh faham!”

    Mana ustaz itu tahu orang awam boleh faham atau tidak?

    Kita biarkanlah saja hal berkenaan ustaz yang sedemikian ya tuan puan. Sebab, kalau kita belajar dengan ustaz yang sudi menerangkan kepada awam perihal beza pendapat para ulama, sebenarnya kita orang awam mudah saja nak faham. Kita tidak rasa keliru pun. Lainlah kalau masa ustaz itu terangkan, kita tidur!

    Baiklah tuan puan. Menjadi orang awam jenis baca kitab ini kena cerdas jugalah. Macam kita sebut tadi. Oleh sebab memang ada kalangan ustaz yang main telan saja apa yang ada dalam kitab, begitulah sebahagian orang awam juga ikut perangai ustaz; main telan begitu saja! Janganlah kita buat-buat tidak sedar pula. Ada dalam kalangan ustaz kita yang sangat cerdas menilai apa yang terkandung dalam pelbagai macam kitab, maka begitulah kita orang awam yang cerdas ini patut ikut perangai ustaz yang cerdas juga.

    Maksudnya apa? Maksudnya kita orang awam ini ada pilihan. Antara dua pilihan; ikut ustaz jenis cerdas baca kitab ATAU ikut ustaz jenis buta kitab, kita patut pilih yang mana? Takkanlah benda mudah macam ini pun kita nak tanya ustaz juga?

    Bila kita orang awam juga jadi jenis baca kitab, kita akan dapat mengambil manfaat dengan cara menilai pelbagai bahasan dan pandangan dalam sesuatu perkara. Kalau pandangan tersebut datang dari kalangan para ulama dan agamawan, lazimnya juga mereka memberikan bahasan berdasarkan kefahaman mereka terhadap Al-Quran dan hadith. Sebab itu, kenalah juga kita menjadi orang awam jenis baca hadith juga.

    top view photo of mosque
    Photo by Tom Fisk on Pexels.com

    Orang Awam Jenis Baca Hadith

    Kalau tuan puan memang jenis banyak masa, bolehlah cuba baca beberapa koleksi kitab hadith yang kita kongsikan dalam bahagian کتاب | BOOK | buku. Cuma seperti kita selalu pesan, kena pandailah juga menilai buku hadith. Kena tahu jugalah jenis-jenis hadith. Sebab itu kita selalu pesan. Sudah ada ramai pakar hadith di negara ini, jangan pula kita celupar mulut mencela para ustaz yang mengajar hadith kepada orang awam.

    Kalau awak memang jenis tidak suka dengar atau baca hadith, ikut suka awaklah kalau lebih gemar baca kitab atau dengar cerita penglipurlara tanpa mahu semak hadith. Janganlah dengki pula kepada orang awam yang hendak berjinak-jinak dengan ilmu hadith.

    Mengapa kita perlu jadi orang awam JENIS BACA HADITH?

    Sebabnya begini. Begitu ramai penglipurlara main petik sana sini, lalu kata; Nabi kata begini. Nabi kata begitu. Nabi buat ini. Nabi buat itu. Nabi tidak larang itu. Nabi tidak larang ini. Ikut sedap mulut saja tanpa mahu ambil tahu, benarkah begitu. Benarkah konteks maksud Nabi sebegini atau sebegitu?

    Kita kena ambil tahu ilmu hadith juga. Jika tidak, nanti orang baca atau sebarkan hadith, lalu petik hadith di luar konteks ikut suka hati tukang tular, jenuh kita hendak menjawab kalau kita ikut sama menularkan hadith tanpa usul periksa.

    Sebab paling utama adalah kerana kita sering diajar bahawa hukum hakam juga diambil bersumberkan hadith. Jadi, kita orang awam patut tahu; ulama tersebut, tok guru tersebut, ustaz tersebut rujuk hadith yang mana? Dia rujuk satu hadith saja, atau dia rujuk kepada beberapa hadith dalam isu yang sama? Tidaklah ini bermakna kita hendak mempersoalkan keilmuan mereka. Kita sekadar ingin tahu sahaja. Sekurang-kurangnya kita orang awam ini terdedah secara langsung dengan sabda dan perbuatan Nabi dari hadith yang sahih. Bukankah itu lebih baik?

    Bila kita orang awam baca hadith, tidaklah bermakna kita ambil sembrono matan hadith secara literal. Kita baca juga syarah hadith. Kita selak juga hadith berkenaan bab mana. Kita dengar juga syarah dari ustaz kita. Sebab kita tahu, pelbagai macam hadith ada di pelbagai kitab juga. Kita pun tahu kita mungkin tidaklah mampu sampai jadi ahlul hadith. Sebab itu kita orang awam ini, masih merujuk juga kepada mereka yang memang pakar dalam bidang hadith. Sekurang-kurangnya kita tahu cara hendak amal hadith yang benar, menurut konteks hadith. Sekurang-kurangnya kita boleh faham rasional mengapa imam besar kita boleh berbeza dalam istinbat hukum biarpun mereka merujuk kepada atsar hadith yang sama.

    Kita juga patu tahu hadith mana yang sahih, mana yang hasan, mana yang daif ringan, mana yang daif berat dan MANA YANG PALSU!

    Dalam dunia hari ini, sudah terdedah mana satu tok guru kaki sebar hadith palsu. Sudah terdedah mana satu tok guru syarah hadith ikut sedap mulut. Sudah kita ketahui mana satu tok guru syarah hadith ikut disiplin ilmu hadith. Mana satu kelompok yang katanya mengikut sunnah tetapi banyak sekali amalannya tidak terdapat pun dalam hadith yang sahih. Mengaku ikut sunnah, banyak pula cara beraqidah dan beramal mereka sebenarnya adalah perkara yang diada-adakan. Tiada dalam hadith. TIADA DALAM SUNNAH NABI.

    Inilah yang membezakan orang awam jenis baca hadith dengan mereka yang tidak baca hadith. Jenis baca hadith, paling kurang cerdik hadith juga, biarpun tidak sampai tahap pakar hadith. Kita sudah ada pakar hadith, kita rujuklah juga kepada mereka. Itulah gunanya agamawan pakar hadith. Itulah maksudnya, tidak kurang kedudukan ustaz ahlul hadith kalau semua orang awam sudah cerdik ilmu hadith.

    Jenis manusia tidak membaca hadith, baik orang awam mahupun penglipurlara yang diberi kedudukan dalam masjid lazimnya juga adalah jenis pak turut yang menghamburkan apa saja yang mereka dengar tanpa semak status hadith. Mujurlah sekarang sudah ada kesedaran awam berhubung perkara ini. Sedikit demi sedikit, kita orang awam boleh meninggalkan puak-puak yang berkenaan.

    Mengapa ini penting tuan puan sekalian. Supaya kita tidak termasuk dalam kalangan mereka yang berdusta atas nama Nabi. Supaya kita tidak terus menjadi orang awam yang diperbodohkan oleh sebahagian manusia yang mengambil kesempatan atas kejahilan manusia yang lain. Supaya kita ikut jalan yang selamat. Supaya kita ikut apa yang disuruh oleh Allah iaitu menjadikan Nabi sebagai panutan kita dalam urusan agama. Supaya kita boleh berlepas diri dari pelbagai dakwaan kononnya ada manusia yang lebih baik dari Nabi dalam urusan aqidah dan ibadah kita.

    Supaya kita sedar juga, satu-satunya hadith yang tidak ada keraguan status hadithnya, yang mutawattir sampai kepada kita tanpa ragu adalah AL-QURAN. Sebab, Al-Quran itu adalah AL-HADITH yang agung. Sebab itu juga, kita orang awam ini, mestilah jadi JENIS BACA AL-QURAN.

    photo of person kneeling in front of a book
    Photo by Abdullah Ghatasheh on Pexels.com

    Orang Awam Jenis Baca Al-Quran

    Tuan puan sekalian. Kita pernah buat terbitan sebelum ini untuk menilai semua perkara dengan Al-Quran, termasuklah belajar menyemak hadith dengan Al-Quran. Orang yang beriman, tidak akan ragu-ragu untuk percaya bahawa satu-satunya kitab yang tidak terbantahkan di dunia ini untuk dipercayai adalah; AL-QURAN.

    Sebab itu kita orang awam ini kena belajar cara hendak memahami Al-Quran. Usah telan bulat-bulat omongan sebahagian manusia yang mendakwa orang awam tidak layak hendak faham Al-Quran. Puak yang lancang mulut sedemikian, cuba minta mereka tunjuk dalil dari firman Allah dan sabda Nabi Muhammad SAW yang menyatakan demikian. ADA?

    Jawapannya: TIADA.

    Yang ada, puak-puak ini cuma menukil kalam para ulama, menukil kalam tok guru tanpa mahu menilai layak atau tidak kalam ini ditularkan kepada keselurahan masyarakat awam. Kita patut katakan puak-puak ini, kalau benar susah sangat kami orang awam hendak faham Al-Quran, hal ini menunjukkan bahawa mereka sekaliannya itu tidak tahu cara mengajar Al-Quran dengan betul dan berkesan kepada orang awam. Bukan salah kita orang awam semata-mata, bahkan mereka yang mengajar itu pun ada ‘saham salah’ juga sebab kita orang awam ini masih tidak faham-faham juga isi kandungan Al-Quran biar sudah berkali-kali khatam membacanya!

    Kemahiran Menilai Dengan Akal

    Eloklah kita kongsi video di bawah ini, semoga bermanfaat;

    Tuan puan hendak dengar sila. Tidak mahu dengar pun sila juga. Kita tidak kata setiap butir percakapan ustaz itu ditelan begitu saja. Kan sudah selalu kita pesan; JADILAH MANUSIA YANG BIJAK MENILAI.

    Cuma sebelum buat keputusan, eloklah tuan puan cuba belajar ambil pengajaran dari kalam Allah;

    الَّذينَ يَستَمِعونَ القَولَ فَيَتَّبِعونَ أَحسَنَهُ ۚ أُولٰئِكَ الَّذينَ هَدٰهُمُ اللَهُ ۖ وَأُولٰئِكَ هُم أُولُو الأَلبٰبِ

    Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

    Surah AzZumar 39:18

    Untuk memahami konteks ayat, sila semak ayat sebelumnya;

    وَٱلَّذِينَ ٱجْتَنَبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ

    Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku.

    Surah Az-Zumar 39:17

    Tuan puan boleh teruskan bacaan hingga ayat ke-21 surah Az-Zumar tersebut untuk konteks kefahaman yang lebih menyeluruh.

    Jadilah orang awam yang tergolong dalam kalangan Ulul Albab ( أُولُو الأَلبٰبِ) ya tuan puan. Bila kita sebut ulul albab itu, janganlah tuan puan fikir jenis ulul albab yang dijenamakan disebahagian sekolah hari ini. Kurang tepat juga kalau kita lihat cara sekolah uruskan aliran ulul albab tersebut. Kembalilah kepada takrif dan tafsiran ulul albab yang sebenar ya tuan puan. Hendak tahu, kenalah belajar menjadi orang awam JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN. Mudah-mudahan dengan demikian, dapatlah tuan puan keluar dari kepompong yang membelenggu diri selama ini.

    sea jump peace mexico
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    UNGGUL Di Kalangan Orang Awam: Al-Quran, Hadith atau Kitab?

    Apabila berhadapan dengan pelbagai bahasan dan pandangan yang hadir di hadapan kita hari ini, tuan puan hendak buat pilihan yang bagaimana? Semua orang boleh mendakwa jalannya mengikut Al-Quran, Sunnah dan Ijma Ulama. Kita hendak percaya begitu sahaja? Sedangkan jalan mereka itu kelihatannya macam ijma’ ulama tetapi lari dari Al-Quran dan Sunnah?

    Dalam situasi seperti ini, tuan puan hendak pegang yang mana? Kitab dulu, baru hadith dan kemudian Al-Quran? Atau, berpegang teguh dengan Al-Quran apabila membuat keputusan, dan merujuk kepada hadith dan kitab sebagai pertimbangan?

    Berkatalah +SANGfikir;

    Jadi orang awam biarlah bijak. HANYA ADA SATU AL-QURAN, ada banyak kitab hadith, ada ratusan ribu kitab karangan para ulama, baik yang muktabar mahupun dalam kalangan mengaku ulama (masuk bakul angkat sendiri).

    Baik orang awam, mahupun agamawan, sukar untuk kita percaya semuanya mampu membaca ratusan ribu kitab yang telah terbit dan beredar sejak ratusan tahun lalu. Tetapi tidak sukar untuk kita percaya, ramai kalangan awam dan ustaz mampu membaca kitab hadith dan syarah bagi kitab hadith yang utama. Biar bilangannya banyak, masih boleh juga dicapai oleh mereka yang mahu menggapai ilmu hadith.

    Bagi orang awam, jika memang tidak mampu baca semua ratusan ribu kitab, membaca berjilid-jilid syarah hadith; APA YANG MENGHALANG ANDA UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN?

    • Apa yang menghalang anda baca terjemahan Al-Quran?
    • Apa yang menghalang anda baca tafsiran Al-Quran?
    • Apa yang menghalang anda ikut kelas tadabbur Al-Quran?

    Ya. Hanya ada SATU AL-QURAN. Sumbernya satu. Terjemahan, tafsiran, cara tadabbur mungkin berbeza-beza, tetapi sumbernya HANYA SATU.

    Jika anda berkeyakinan Al-Quran itu adalah kalamullah, apa yang buat anda fikir orang awam tidak layak untuk belajar memahami Al-Quran?

    Anda hendak percaya juga orang awam boleh sesat jika baca Al-Quran? Dakwaan ini, asalnya dari mana?

    Jika benar dakwaan ini, apa peranan tok guru agama dalam membimbing orang awam memahami Al-Quran?

    • Adakah dengan menyindir mereka tidak layak faham Al-Quran? atau;
    • Dengan mencari jalan supaya orang awam melazimi Al-Quran?

    Lalu mereka sedar adalah perlu untuk mendalami ilmu hadith jika mahu tahu perincian sunnah Nabi. Lalu orang awam juga sedar perlunya bimbingan ulama dan tok guru untuk memahami tafsir Al-Quran dan syarah hadith

    Mana lebih baik?

    • Anda menjauhkan Al-Quran dari orang awam, atau;
    • Anda permudahkan jalan supaya orang awam memahami Al-Quran.

    Fikir-fikirkanlah.

    – Sila baca Mukadimah +SANGfikir untuk mengetahu fikrahnya. Hendak terima atau tidak, terpulanglah kepada diri.

    Jadilah Orang Awam Yang Berakal Cerdas

    Demikianlah ya tuan puan tujuan kita membaca Al-Quran. Supaya kita memahaminya. Supaya menjadi jalan untuk kita mempelajari pula ilmu hadith. Supaya menjadi jalan pula untuk kita memahami cara beragama yang benar setelah menilai pelbagai bahasan di kalangan para ulama dan tok guru. Supaya dapat kita jadikan Al-Quran itu sebagai Al-Mizan yang menjadi neraca kita dalam membuat sesuatu keputusan dalam urusan agama.

    Dengan izin Allah, demikianlah cara kita menjadi orang awam JENIS BACA KITAB, JENIS BACA HADITH dan JENIS BACA AL-QURAN. Demikianlah cara kita orang awam belajar menjadikan AL-QURAN sebagai rujukan yang unggul dalam apa jua keadaan. Pastinya, dengan bimbingan para ustaz kita juga, bukan?

    Jadilah orang awam yang cerdas menggunakan akal. Barulah kita boleh buang gelaran Orang Awam Bodoh itu dari batang tubuh kita. Biar ada malu teramat kalau kena gelaran jelik itu. Kita bukan budak tadika atau sekolah rendah yang telan saja apa yang sampai. Zaman tersebut sudah berlalu. Sudah beranak pinak dan bercucu cicit, masih mahu jadi orang jahil?

    Jadilah orang awam yang cerdik dan cerdas akalnya, dengan izin Allah jua.

    Fikir-fikirkanlah.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • ‘Perang Ustaz’: Analisa Orang Awam Terhadap Wahabi vs Aswaja

    Tuan puan sekalian. Inilah adalah sambungan kisah perang sebelum ini;

    Sebagaimana saranan kita sebelum ini supaya tuan puan sekalian belajar KELUAR KEPOMPONG: Bebaskan Dirimu Dari Dibelenggu, maka kita bentangkan dalam terbitan ini video Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

    Video 1

    Lebih 6 jam ya tuan puan sekalian (termasuk waktu rehat). Pandai-pandailah nak dengar macam mana. Cuma nak pesan. Dengarlah kesemua hujah kedua-dua belah pihak. Nilai sendiri. Mana tahu tuan puan sudah jelas cara fikir ‘Pencinta Sunnah’ vs ‘Pencinta Bidaah Hasanah’?

    Mujurlah kali ini kita tidak ketemu gaduh pasal ISBN. Kita cuma ketemu dakwaan Ustaz Salman lari tajuk. Kalau nak kira akademik, bolehlah beri jari jempol kepada ARG. Siapa paling kuat pusing? Tuan puan nilai sendirlah ya. Kita hendak buat macam mana lagi kalau tujuan dialog nak menang saja, maka ambil sahajalah Gunung Ledang sebagai ganjarannnya. Faham atau tidak maksud kita ini?

    Pembentangan ARG

    Eloklah kita teliti 139 slaid pembentangan ARG untuk mengatakan bahawa Wahabiah itu adalah aliran sesat lalu terkeluarlah ia dari golongan Ahlul Sunnah Waljamaah menurut tafsiran pilihan ARG;

    Slaid 1

    Maka akhirnya kita ketahuilah bahawa ‘kaedah ilmiah’ yang dibanggakan oleh para pembentang ARG berkenaan takrif sesat adalah;

    Oleh kerana begitu ilmiah sekali takrifan tersebut, eloklah kita terangkan kepada tuan puan, dari segi tatabahasa ilmiah juga, bahawa;

    aliran sesat itu adalah yang menyalahi Al-Quran DAN Al-Sunnah DAN Ijma’ para ulama;

    BUKANnya;

    aliran sesat itu adalah yang menyalahi Al-Quran DAN Al-Sunnah ATAU Ijma’ para ulama;

    juga BUKANlah pula;

    aliran sesat itu adalah yang menyalahi Al-Quran ATAU Al-Sunnah ATAU Ijma’ para ulama;

    Ringkasnya begini ya tuan puan sekalian. Untuk layak bagi tuan puan dalam ALIRAN TIDAK SESAT, seterusnya menjadi Ahlul Sunnah Waljamaah, hendaklah tuan pastikan aliran yang dipegang dan di amalkan itu hendaklah mematuhi Al-Quran DAN Al-Sunnah DAN Ijma’ para ulama.

    Jadi tuan puan fikirkanlah ya. Kalau tuan puan ikut budaya dan cara beragama masyarakat Islam di Nusantara hari ini yang melakukan pelbagai perkara bidaah yang katanya mematuhi Ijma’ para ulama TETAPI bercanggah dengan Al-Quran DAN Al-Sunnah, maka terkeluarlah tuan puan sekalian dari kalangan Ahlul Sunnah Waljamaah.

    Begitu? Tuan puan sedar atau tidak perkara ini?

    Manakala di bawah ini adalah 187 slaid kedua yang dikongsikan oleh ARG dalam dialog tersebut;

    Slide 2

    Eloklah tuan puan kaji satu persatu slaid berjumlah 326 paparan itu sambil menonton video 6 jam yang kita kongsikan awal tadi dengan teliti satu persatu hujah para pembentang ARG supaya jelas dan faham cara fikir golongan yang gemar menisbahkan diri mereka dengan Ahlul Sunnah Waljamaah yang tidak lekang pula gelaran sebagai ‘pencinta bidaah hasanah’ itu. Jangan pula tuan puan lancang mulut gelar mereka ‘pencinta bidaah’ saja, nanti tak cukup tanah kena kejar keliling kampung!

    Pembentangan Ustaz Salman Ali

    Maaf ya tuan puan kita masih belum dapat cari slides yang Ustaz Salman bentangkan semasa Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Jadi, memadailah kalau tuan puan tonton saja video dialog tersebut untuk menukil hujah-hujah beliau dalam mematahkan serangan ARG. Kita kongsikan apa yang dikongsikan oleh Uataz Salman berkenaan debat tersebut;

    Video 2

    Benar tuan puan. Sebenarnya, tidaklah susah sangat bagi kita memahami hujah-hujah Ustaz Salman. Kebanyakannya ‘straight to the point’ kata orang putih. Kalau nak kata tidak ilmiah pun tak kena juga. Sebab kalau tuan puan teliti, hujah-hujah beliau pun bukan main petik atas angin. Semua ada rujukan juga. Baca buku habis juga.

    Beginilah ya tuan puan kalau nak jadi akademik sangat. Usah kita main petik rangkap (quote) tanpa baca keseluruhan buku atau artikel atau ketahui keseluruhan konteks perbahasan. Silap hari bulan nanti kena tanya;

    Sudah baca atau atau belum?

    Sudah baca tapi lupa?

    Kes berat ni tuan puan!

    Siapa Menang, Siapa Kalah?

    Begini ya tuan puan sekalian. Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah itu bukan pertandingan debat antarabangsa. Tiada siapa dapat hadiah kemenangan. Yang kita pasti, penganjur KUIP telah memberikan cenderahati kepada para pembentang yang professional. Yang pasti, tiada adegan baling kerusi meja atau tumbuk menumbuk berlaku dalam kalangan para penonton debat tersebut di Perlis.

    Yang kita pasti, para netizen kedua-dua belah pihak masih berterusan ‘troll’ sesama mereka mendakwa pihak merekalah yang menang. Perkara ini barangkali akan berlanjutan sampai kiamat!

    Tidak percaya? Cuba tonton video rentetan di bawah ini;

    Video 3

    Itu ulasan ringkas pro Ustaz Salman. Cuba tonton pula penjelasan lanjut berkenaan takrif Salafi aka Wahabi dan juga takrif tawassul, tabarruk dan istighasah pula, menurut Kiyai Nur Hidayat, yang merupakan salah seorang pembentang ARG dalam dialog tersebut;

    Video 4

    Macam mana tuan puan? Sudah jelas bukan? Masing-masing berkeras ikut fahaman dan kecenderungan masing-masing.

    Itu belum kira kalau tuan puan baca komen-komen dalam beberapa saluran Youtube atau Facebook kumpulan masing-masing. Kira tak habis tuan puan nak kira mata mana satu pemenang! Hendak buat macam mana sudah puluhan atau ratusan tahun memang begitulah kelompok umat Islam berpecah, kan?

    Kita orang awam ni tuan puan bukan peduli siapa menang atau kalah. Kita hanya peduli ilmu apa boleh kita ambil dari sesi dialog tersebut.

    Kalau tuan puan peduli sangat gelaran Ahlul Sunnah Waljamaah aka Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA versi Nusantara itu, ambil sajalah gelaran itu masuk dalam almari. Ikut saja ‘Ijma’ para ulama TETAPI TIDAK PERNAH MAHU SEMAK dengan kalam Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah dalam hadith Nabi yang sahih; cuba tuan puan fikir, ada faedahnya?

    Gelaran Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA mahupun AsamJawa mahupun Wahabbiyah itu tidak bawa masuk kubur ya tuan puan. Sila semak soalan bocor dalam kubur ya!

    Takrif Kabur Tak Masuk Kubur

    Jadi, tuan puan sekalian sedarlah. Kefahaman manusia yang berbeza akan membawa kepada takrif berbeza. Sebab semua takrif baik Wahabiyah mahupun Ahlul Sunnah Waljamaah yang dibahaskan dalam dialog anjuran KUIP itu memang kabur. Sebabnya mudah; kedua-dua nama gelaran kumpulan itu memang tiada dalam Al-Quran mahupun hadith Nabi.

    Nama gelaran itu datang kemudian. Maka ikut suka para pendokong gelaran itulah nak tentukan takrif kumpulan mereka. Ikut suka para penglipur lara hendak masukkan atau keluarkan sesiapa saja dalam kumpulan mereka. Cuma kita boleh tanyalah; semua gelaran itu penting sangatkah buat bekal masuk kubur? Dalam Al-Quran, dalam hadith sahih, adakah diterangkan manusia akan ditanya kumpulan Ahlul Sunnah Waljamaah atau Syiah atau Sufi atau Wahabi di Padang Mahsyar kelak?

    Cuba belek Al-Quran. Cuba belek hadith Nabi. Ada jumpa? Kalau tuan puan jumpa, tolong berikan pautan di ruang komen. Manalah tahu kita yang menulis ini jahil tidak habis mengaji lagi, maka tuan puan bantulah saudara seagama tuan puan ini keluar dari keadaan jahil. Kita nak tahu juga; jahil basith ATAU jahil murakkab, kan?

    Siapa Golongan Wahabi di Malaysia?

    Begini sajalah ya tuan puan. Dalam beberapa terbitan berkaitan sebelum ini, sudah panjang lebar kita bahaskan perihal Wahabi vs Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA mahupun Asamjawa. Jadi, tuan puan sudah boleh agak juga analisa orang awam macam kita ni nak bawa ke mana.

    Cuma kita kena sebutlah. Nisbah bilangan orang awam ini tidak terperi bilangannya kalau nak dibandingkan dengan bilangan para ulama, ustaz, kiyai, asatizah, pencetus ummah, da’ie, cikgu agama dan pelbagai lagi gelaran golongan agamawan dalam dunia ini. Jadi kita nak kata begini; kalau para agamawan pun saling berbalah pelbagai takrifan dalam urusan agama, adakah tuan puan berharap bahawa orang awam yang menulis ini akan sama pendapat dengan apa yang tuan puan sekalian pegang?

    Jika nanti analisa kita tidak sejajar dengan kefahaman dan kecenderungan tuan puan, adakah tuan puan hendak kata kita yang menulis ini sesat, puak Wahabi, puak Salah-Pi, geng Wahabiol dan sebagainya semata-mata kerana pandangan kita lain dari apa yang tuan puan mahu dengar?

    JIka nanti analisa kita ini selari pula dengan pandangan Aswaja ala Nusantara, adakah tuan puan sanggup masukkan kita yang menulis ini sekapal dengan Ahlul Sunnah Waljamaah dalam salah satu kategori Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA atau Asamjawa?

    Sebelum kita analisa panjang, elok kita ketahui pengakuan pembentang ARG yang terkenal, iaitu Ustaz Engku Ahmad Fadzil bahawa Ustaz Salmah Ali dan para penguasa agama negeri Perlis itu BUKAN WAHABI.

    Jadi beginilah ya tuan puan. Mana satu negeri dalam Malaysia ini NEGERI WAHABI seperti mana telah dipalu bertahun-tahun oleh ‘ustaz striker’ dan rakan seangkatan dengannya dalam siri ceramah pelusuk negara selama ini?

    Kami orang awam diajar dalam masjid dan surau bahawa puak Wahabi itu sesat, ekstrim dan berbahaya. Jadi apa tindakan pihak penguasa terhadap golongan tersebut?

    Mari kita tanya secara terus terang kepada para ustaz dan penglipur lara dalam masjid dan surau; adakah Salman Ali, Dr. MAZA, Dr, RORA yang ada dalam senarai 31 Wahabi Malaysia yang tular dalam laman Facebook itu adalah Wahabi? Jawab YA atau TIDAK sajalah. Senang sedikit nak bawak kes. Orang awam pun tak pening. Kita pun letih juga layan para agamawan jenis baling batu sembunyi tangan yang lancang mulut menuduh sesiapa jua yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka sebagai Wahabi.

    Belajarlah ada sikap tanggungjawab sebagai agamawan.

    Kasihan kami orang awam tidak tentu pasal terpalit juga kena gelar Wahabi gara-gara tidak sekepala dengan cara pemikiran sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini yang mengaku sebagai Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah AlMaturidiah AlGhazaliah AlJunaidi sedangkan satu buku para ulama pengasas itu belum pernah dibaca oleh penuduh itu. Belum habis khatam lagi kelas telaah karya para ulama agung itu dalam siri ceramah masjid dan surau.

    Kasihan juga ada dalam kalangan kami orang awam kena gelar Salah-Pi oleh pentaksub Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA sekaliannya itu sedangkan majoriti penuduh itu sendiri tidak tahu beza pemikiran Mazhab Assyairah dan Mazhab Al-Maturidiah yang mereka junjung atas batu jemala mereka.

    Begini sajalah. Wahabiyah itu hanya gelaran longgar yang dipalitkan kepada sesiapa saja yang berbeza pendapat dengan pegangan majoriti umat Islam Nusantara ini. Itu saja kan?

    Berkatalah +SANGfikir;

    Para penuduh Wahabi ini pura-pura bertanya; kalau awak bukan Wahabi, kenapa nak bela Wahabi?

    Kita katakan begini sajalah kepada soalan kurang cerdik ini; kamu label orang Wahabi, dia tidak mengaku sebab dia memang bukan Wahabi. Sebab kamu asyik tuduh dia Wahabi, lama-lama gelaran Wahabi itu lekat kat batang tubuh dia sampai satu kampung gelar dia Wahabi. Satu kampung kata dia sesat. Lalu kamu buat-buat tanya kenapa dia membela Wahabi?

    Adakah semua orang dalam dunia ini bodoh seperti kamu?

    Mari kita gelar si penuduh itu sebagai bodoh; Kamu si Bodoh, tetapi kamu tidak mengaku si Bodoh sebab kamu memang bukan si Bodoh. Sebab kami asyik tuduh kamu si Bodoh, lama-lama gelaran Si Bodoh itu lekat kat batang tubuh kamu sampai satu kampung gelar kamu Si Bodoh. Satu kampung kata kamu jahil murakkab. Lalu kami buat-buat tanya kenapa kamu membela Si Bodoh?

    Kasi cili taruk, biar hadam betul-betul;

    Mari kita gelar penuduh itu, yang suka buat lawak, mengajak manusia supaya cenderung kepada bidaah berbanding Sunnah dan suka bercerita macam penglipur lara itu sebagai cikgu bidaah; Kamu adalah Ustaz Bidaah, tetapi kamu tidak mengaku sebagai Ustaz Bidaah sebab kamu tidak mengajar buat bidaah, melainkan bidaah hasanah saja. Sebab kami asyik tuduh kamu Ustaz Bidaah, lama-lama gelaran Ustaz Bidaah itu lekat kat batang tubuh kamu sampai satu dunia gelar kamu Ustaz Bidaah. Satu dunia kata kamu BODOH SEBAB SUKA AJAR BIDAAH. Lalu kami buat-buat tanya kenapa kamu membela Ustaz Bidaah?

    Faham ATAU Gagal Faham?

    Baling Batu Sembunyi Tangan

    Kalau ikut takrifan yang dibentangkan oleh ARG itu, sepatutnya jelaslah kepada kita siapa golongan Wahabiyah itu. Jadi, SIAPAKAH WAHABI DI MALAYSIA?

    Apa kena mengena golongan pendokong gerakan politik Wahabi di semenanjung Arab itu dengan negara Asia Tenggara? Atau kita masih tidak tahu beza gerakan politik dan mazhab dalam agama? Urusan politik patut diurus secara politik, bukan dengan cara memomokkan kepada masyarakat seolah-olah Wahabiyah itu satu mazhab baru? Jadi kita mahu bertanya; kayu ukur apakah yang digunakan oleh para penuduh Wahabi itu?

    Anda hendak berpolitik atau hendak mengajar agama?

    Jadi kita orang awam ingin bertanya; SIAPAKAH WAHABI DI MALAYSIA? Bolehkah kita orang awam dapat salinan KERTAS PUTIH senarai individu dan organisasi di negara ini yang tergolong dalam kalangan Wahabiyah.

    Setakat menularkan nama kemudian tidak mahu ambil tanggungjawab sebagaimana diakui sendiri oleh pembentang ARG Ustaz Engku dalam dialog tersebut, apa makna semua ini?

    Anda hendak berpolitik atau hendak mengajar agama?

    Anda dan kumpulan anda berceramah seluruh negara tentang bahaya Wahabi seolah-olah ia satu ancaman besar kepada negara sedangkan senarai yang tular itu pun anda nafikan ada sebahagiannya yang anda kata bukan Wahabi.

    Boleh kemuka senarai baru dari senarai yang tular itu secara rasmi?

    • Si Fulan itu Wahabi;
    • Si Fulan itu Bukan Wahabi;
    • Si Fulan itu dulu Wahabi, sekarang bukan lagi Wahabi;
    • Si Fulan itu Wahabi, tetapi dia tidak mengaku Wahabi;
    • Si Fulan itu dulu bukan Wahabi, sekarang sudah jadi Wahabi.

    Boleh ambil tanggungjawab kepada masyarakat awam senarai baru yang jelas? Atau para agamawan kita cuma kuat bermain politik?

    Asyik BALING BATU SEMBUNYI TANGAN? Anda yakin tuduhan anda itu benar?

    Usah berselindung di sebalik takrif longgar Wahabi yang dijaja dalam masjid dan surau. Beginilah saja. Kita orang awam ini dianggap bodoh tidak tahu agama dan mudah keliru katanya. Jadi eloklah kita bertanya; adakah orang awam ini mahu terus dikelirukan dengan takrif Wahabi oleh jenis agamawan yang tidak berani ambil tanggungjawab ke atasnya?

    Perkara ini penting ya tuan puan. Sebab kalau benarlah senarai mereka yang dituduh Wahabi itu, ambil tindakan sajalah. Kalau tidak, para penuduh itu sebenarnya telah melakukan kejahatan mulut yang keji sampai masyarakat memandang serong mereka yang digelar Wahabi itu. Kita ambil contoh Dr Abu Hafiz, seorang ahli akademik tidak tentu fasal kena gelar Wahabiyah;

    Video 5

    Kemudian, kita orang awam ini pelik jugalah, macam mana ustaz pro Assyairah macam Ustaz Nor Derus pun kena gelar Wahabi?;

    Video 6

    Sengaja kita kongsikan Video 5 dan Video 6 kerana kedua-dua manusia ini adalah manusia yang ada kelayakan membahaskan isu Wahabi dari segi ilmiah juga. Maklumlah pembentang ARG Ustaz Engku sudah dua kali mencela kononnya Ustaz Salman itu kurang ilmiah katanya dalam Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah dan juga dialog yang pertama iaitu Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Oleh kerana kita dapati gemar sekali kedua-dua pembentang ARG itu mendakwa bahawa cara bentang mereka itu begitu ilmiah sekali, marilah kita buat analisa akademik juga berkenaan apa yang kita orang awam boleh belajar dari Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

    AKADEMIK: Analisa Orang Awam Terhadap Wahabi vs Aswaja

    Pertama sekali, berdasarkan dialog Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah, jelaslah kedua-dua belah pihak mempunyai takrifan yang saling berbeza berkenaan Wahabiyah dan Ahlul Sunnah Waljamaah. Apabila takrifan ini tidak dapat diselarikan dari mula dialog hingga ke penutup, maka dari segi akademik, kita boleh saja abaikan takrif Wahabiyah dan Ahlul Sunnah Waljamaah itu. Hal ini kerana, sia-sia sahaja mereka yang menuduh orang lain Wahabiyah jika takrif itu saling bercanggah. Juga sia-sia sahaja mereka yang mendakwa diri adalah Ahlul Sunnah Waljamaah kalau takrifan itu saling berbeza antara dua puak yang saling bertelagah.

    Kedua, kita patut sedar bahawa;

    • Takrifan Ahlul Sunnah Waljamaah yang dijadikan kayu ukur sama ada Wahabiah itu termasuk atau tidak dalam kalangan mereka itu sudah disempitkan sebegitu rupa oleh pihak ARG berdasarkan hujah ilmiah mereka kepada kitab para ulama pilihan mereka;
    • Manakala takrifan Ahlul Sunnah Waljamaah oleh Ustaz Salman Ali itu lebih umum mendekati takrifan para ulama zaman Salafaus Soleh;
    • Jadi kita dapati dua jenis takrifan berbeza Ahlul Sunnah Waljamaah; yang satu cenderung ambil sehingga zaman khalaf dan mutaakhirin, satu lagi cenderung ambil setakat zaman salaf dan mutaqaddimin;

    Apabila satu pihak cenderung menyempitkan takrif bahawa Ahlul Sunnah Waljamaah hendaklah mereka yang berpegang kepada mazhab Assyairah DAN/ATAU mazhab Al-Maturidiah DAN/ATAU mazhab Al-Atthariyah saja, manakala satu pihak lagi cenderung meluaskan takrif tersebut, maka sampai kesudah kita tidak akan jumpa titik temu.

    Berkatalah +SANGfikir;

    Kita orang awam hendak ambil takrif mana satu?

    Memadailah kita rujuk hadith Nabi yang merujuk kepada golongan Al-Jamaah (iaitu golongan mengikuti jalan Nabi Muhammad SAW, dan para khulafa’ ar-rashidin, sahabat dan pengikut sahabat yang diberi petunjuk). Boleh juga kita ikut jalan Ahlul Sunnah sebagaimana disebut oleh Ibnu Abbas. Boleh juga kita ikut jalan Ahlul Hadith yang layak diberikan gelaran itu kepada imam Mazhab yang empat (dan mereka yang benar-benar pakar hadith dan tahu syarah hadith yang benar).

    Patutkah kita orang awam ini menelan saja takrif Ahlul Sunnah Waljamaah yang dihidangkan di hadapan kita?

    Tahukah kita jenama Ahlul Sunnah Waljamaah ini tiada dalam Al-Quran dan hadith?

    Apabila menghadapi pertentangan takrifan seperti ini, jalan yang selamat adalah kembali merujuk kepada syarah terawal para ulama hadith yang mengungkapkan maksud asal golongan Ahlul Sunnah Waljamaah.

    Kita hendak ikut sama bertegang leher dengan para agamawan tanpa tahu asal usul terma Ahlul Sunnah Waljamaah ini, hendak ke mana?

    ANDA PERNAH TERFIKIR UNTUK SEMAK SUMBER ASAL?

    – Bahasan perkara ini akan diperincikan dalam terbitan lain, dengan izin Allah jua adanya.

    Kerana kecenderungan dua belah pihak yang bertentangan menyempitkan atau meluaskan takrif Ahlul Sunnah Waljamaah, sampai kesudah kita dapati dialog tersebut memberikan kita orang awam beberapa pilihan;

    • Wahabiah itu aliran sesat DAN bukan aliran Ahli Sunnah Waljamaah – ikut takrifan ARG;
    • Wahabiah itu aliran TIDAK sesat DAN tergolong dalam aliran Ahli Sunnah Waljamaah – ikut takrifan Ustaz Salman;
    • KITA SEMUA BUKAN WAHABIAHhendak kecoh apa lagi?

    Jika begitu, dialog tersebut hanya tinggal akademik saja. Jadi kita ringkaskan saja rumusan analisa sebab kalau tuan sudah dengar semua Video 1, Video 2, Video 3, Video 4 dan Video yang kita kongsikan dalam terbitan ini, maka tuan puan akan dapati memadailah apa yang telah dibahaskan.

    Jadi, apa yang boleh kita orang awam pelajari adalah berikut;

    1. Beza Pendapat:

    Menuduh orang lain sebagai Wahabi hanya kerana orang itu berbeza pendapat dengan penuduh adalah tidak ilmiah sama sekali. Faktanya, golongan Assyairah, Al-Maturidiah dan Al-Athariyyah saling bercanggah pendapat sesama mereka.

    2. Tuduhan Bidaah:

    Menuduh orang lain sebagai Wahabi hanya kerana orang itu mengatakan orang tertentu melakukan bidaah adalah tidak ilmiah sama sekali. Faktanya, sesama mereka yang digelar Wahabi itu juga saling berbeza pendapat berkenaan hal bidaah. Faktanya, kalangan yang mengaku Ahlul Sunnah Waljamaah (versi Nusantara) juga menuduh orang selain mereka melakukan bidaah, maka adakah patut puak Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA ini dipanggil Wahabi juga?

    3. Tuduhan Sesat:

    Menuduh orang lain sebagai Wahabi hanya kerana orang itu mengatakan orang sesat adalah tidak ilmiah sama sekali. Faktanya, sesama mereka yang digelar Wahabi itu juga saling berbeza pendapat berkenaan hal sesat sesuatu perkara itu. Faktanya, kalangan yang mengaku Ahlul Sunnah Waljamaah (versi Nusantara) juga menuduh orang yang tidak selari dengan kefahaman mereka sebagai sesat, maka adakah patut puak Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA ini dipanggil Wahabi juga?

    4. Tuduhan Kafir:

    Menuduh orang lain sebagai Wahabi hanya kerana orang itu mengatakan kafir sesuatu perbuatan itu adalah tidak ilmiah sama sekali. Faktanya, sesama mereka yang digelar Wahabi itu juga saling berbeza pendapat berkenaan mengatakan kufur seseorang itu. Faktanya, kalangan yang mengaku Ahlul Sunnah Waljamaah (versi Nusantara) juga menuduh kafir mereka yang tidak berpegang dengak akidah fahaman mereka, maka adakah patut puak Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA ini dipanggil Wahabi juga?

    5. Tuduhan Ekstrimis:

    Menuduh orang lain sebagai Wahabi hanya kerana orang itu ekstrim adalah tidak ilmiah sama sekali. Faktanya, sesama mereka yang digelar Wahabi itu tidak semuanya ekstrim, taksub dan fanatik. Faktanya, dalam kalangan golongan Assyairah, Al-Maturidiah dan Al-Athariyyah juga ada yang fanatik, taksub dan ekstrim; maka adakah patut puak Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA ini dipanggil Wahabi juga?

    Tuduhan Berbalik Kepada Diri Sendiri!

    Seperti yang telah kita jelaskan tadi, tuduhan Wahabi itu sesat dan terkeluar dari Ahlul Sunnah Waljamaah itu boleh berbalik kepada penuduh mereka.

    Video 7

    Kalau tuan puan masih kurang nak dengar sebab Dr.MAZA itu pernah dituduh oleh puak baling batu sembunyi tangan sebagai ‘kepala Wahabi’ (dalam senarai tular yang sungguh tidak ilmiah itu; “nak ilmiah macam mana kalau keluar senarai dalam kejahilan, bukan dengan ilmu!”), kita hendak buat macam mana lagi!

    Kembali kepada tuduhan berbalik kepada diri sendiri; apabila kita telah menetapkan ciri-ciri yang patut bagi Wahhabiyyah dan dapati bahawa ciri 1 hingga 5 yang kita bincangkan tadi juga ada dalam mereka yang menuduh itu, maka secara akademiknya, adakah kita patut kata bahawa penuduh itu juga adalah Wahabbi?

    Lalu, oleh kerana dua orang penuduh itu adalah pendokong tegar Ahlul Sunnah Waljamaah (versi Nusantara), adakah kita hendak kata pula Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA sesat dan terkeluar dari Ahlul Sunnah Waljamaah?

    Secara akademik, kita katakan begitu. Setuju?

    Tuduhan AQIDAH SESAT

    Salah satu perkara yang menjadi titik perbahasan Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah adalah penentuan sesat atau tidak sesuatu golongan ini adalah dalam URUSAN AQIDAH. Perkara ini akan kita perhalusi di terbitan lain, dengan izin Allah jua. Cuma barangkali eloklah tuan puan berhenti sejenak, muhasabah diri dan cuba jawab lontaran persoalan berhubung prihal aqidah.

    Berkatalah +SANGfikir;

    Memahami aqidah yang paling ulung adalah dengan aqidah sebagaimana diajar oleh Allah dalam Al-Quran. ADAKAH ANDA FIKIR PARA SAHABAT NABI ITU BERAQIDAH sebagaimana Tauhid 3, Sifat 7, Sifat 13, Sifat 20, Sifat 50 dengan pelbagai aliran yang digembar gemburkan kepada orang awam? Manusia yang gemar mengatakan SESAT AQIDAH manusia lain sebab tidak sama cara belajar aqidah yang mereka banggakan itu, SUDAHKAH MEREKA AJAR AQIDAH SEBAGAIMANA TUHAN TELAH AJAR DALAM AL-QURAN?

    Kamu saling berbalah menyesatkan aqidah manusia itu atas dasar apa kalau kamu sendiri mencipta pelbagai istilah kalam berasaskan ilmu teologi yang tiada asal dari Al-Quran dan As-Sunnah?

    Lalu kamu menetapkan kayu ukur sendiri begitu begini cara mentauhidkan Allah dan memaksa orang awam bertaqlid buta dengan kaedah kamu?

    Kamu beralasan orang awam itu bodoh dan khuatir mereka akan keliru untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah?

    Apa yang kamu buat sehingga orang awam itu jadi keliru untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah? Bagaimana cara kamu mengajar umat?

    Apa guna kamu berbangga dengan cara kamu memahami aqidah begitu begini JIKALAU kamu masih menyebut dan menyeru nama selain Allah dalam beribadah? Kamu ada kayu ukur sendiri menilai sesuatu perbuatan itu syirik?

    ‘AL-QURAN IMAMI’, atau ‘(pendapat) manusia imami’?

    REALITI Wahabi vs Aswaja

    Begini ya tuan puan sekalian. Jika hendak mendabik dada sebagai Wahabi ya silakan. Jika hendak mendabik dada sebagai Ahlul Sunnha Waljamaah ya silakan. Cuma kita hendak berpesan; tiada guna mendakwa sungguh-sugguh sebagai Aswaja mahupun AswajaA+++ ataupun AswaAAAAA kalau tuan puan puan tidak tahu pun apa itu A+++ atau AAAAA yang ditempelkan kepada jenama Aswaja.

    Tiada makna juga jika tuan puan menganggotai pertubuhan atau kumpulan penyelidik Aswaja kalau kalam para ulama A+++ atau AAAAA itupun tidak pernah mahu ambil tahu DAN/ATAU mengambil rumusan daripadanya dengan cara yang benar. Mengaku Aswaja tapi tidak tahu rinci perkembangan ilmu Sifat 7 jadi Sifat 13 jadi Sifat 20 sehinggalah jadi pelajaran Sifat 50, layakkah kita mengaku sebagai Aswaja sejati sampai lancang mulut kita mengata orang sebagai Wahabi sesuka hati?

    Cerita pasal puak-puak Aswaja, atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA mahupun Asamjawa jenis tidak baca kitab ini dalam mengatakan sesat mereka yang digelar Wahabi ini bukan cerita baru ya tuan puan sekalian. Zaman sebelum penjajah lagi puak-puak ini sudah ada. Zaman penjajah lagilah subur puak-puak ini. 6 tahun lepas pun sudah ada debat tersohor antara Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Salman perihal isu yang sama;

    Video 8

    Sembang depan jemaah masjid dan surau senanglah tuan puan hendak mengata orang Wahabi dan sesat. Tuan puan tonton dan nilai sendirilah ya bagaimana terkulat-kulatnya seorang pencinta bidaah hasanah bila kena taji dengan pencinta Sunnah.

    Memang tak boleh nak tolong kalau baca kitab pun tidak faham-faham juga, kan?

    • Hendak faham macam mana kalau tok guru pun sendiri pun mengkafirkan orang yang tidak mahu mengatakan kafir orang lain;
    • Hendak tolong macam mana kalau syarah hadith pun tidak baca dan faham?;
    • Hendak tolong macam mana kalau tok guru kelab Aswaja pun ambil dalil tidak kena tempat?
    • Hendak tolong macam mana kalau asyik serang peribadi sebab sudah kering hujah tidak jumpa juga hendak pertahan perbuatan yang didakwa bidaah hasanah?
    • Hendak tolong macam mana kalau masih mahu jadi orang bebal?

    Jadi, tuan puan fikir-fikirkanlah ya.

    Jika tuan puan hendak melabel kawan, sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara sebagai Wahabi juga, biar kita bantu jelaskan takrif Wahhabi atau Wahabiyyah dari segi AKADEMIK dan juga PRAKTIKAL kehidupan. Supaya nanti tuan puan tidak kutip dosa kering. Supaya nanti tuan puan tidak kena saman dengan orang yang digelar Wahabi mahupun Salafi. Kita nak pesan, semua itu adalah kebodohan yang nyata menggelar orang dengan gelaran yang tidak kena tempat dan cara. Kalau tuan puan hendak menuduh atau gelar orang lain Wahabi, maka ini pesan kita;

    Wahabi atau Wahabiah itu ejaan yang kurang tepat dari segi sebutan. Patut dieja sebagai WAHHABI atau WAHHABIYYAH.

    silhouette of man standing on hallway
    Photo by Vojtech Okenka on Pexels.com

    Siapa Wahabi?

    Berikut adalah golongan yang layak digelar WAHHABI atau WAHHABIYYAH;

    1. Mereka mengaku Wahhabi; Kalau jumpa orang mengaku Salafi, panggil saja mereka Salafi. Bukan Wahabi atau Salah-Pi;
    2. Mereka yang memilik ideologi politik yang menjadikan Muhammad bin Abdul Wahab (dari daerah Najd, Arab Saudi) sebagai panutan. Kita katakan ia sebagai gerakan politik sebab memang dari segi sejarahnya memang Wahabiyyah memang ada perjanjian khusus dengan pendiri kerajaan Arab Saudi yang kekal berkuasa hingga ke hari ini. Tuan puan kena fahamlah beza ideologi dengan akidah. Kena tahu jugalah takrif mazhab. WAHABI ITU BUKAN MAZHAB (dok sembang keliling kampung macam satu jenis mazhab baru sudah kenapa?)
    3. Mereka yang menjadi pendokong ideologi Wahhabiyyah baik di jazirah Arab dan mahupun negara selain jazirah Arab dengan tujuan menguasai negara dengan ideologi Wahhabiyyah tersebut.

    Takrif biar jelas ya tuan puan. Jadi berbaloi juga kalau tuan puan kena saman masuk penjara nanti sebab telah jelas takrifan Wahhabi atau Wahhabiyyah itu. Sebab itu tuan puan, hendak gaduh pasal Wahabi vs Aswaja ini kena faham juga beza apa itu TEOLOGI, apa itu IDEOLOGI. Kena tahu beza PERTUBUHAN dengan MAZHAB. Bukan main pukul rata macam golongan tertentu yang sengaja meletakkan TAWASSUL dan ISTIGHASAH dalam satu bakul. TAWASSUL takrif lain. ISTIGHASAH takrif lain.

    Gelar orang Wahhabi satu hal. Mengata Wahhabiyah itu sesat satu hal. Urusan pihak ARG dari mula dialog hingga penutup dialog yang tetap menuduh Wahhabiyyah itu sesat, kita orang awam serahkan saja urusan itu kepada Allah. Berhati-hatilah ya tuan puan sekalian. Sebabnya begini; kalau kita terikut-ikut menuduh sesat Wahabbiyyah itu, lalu didapati tuduhan kita itu adalah salah, adakah tuan puan fikir kumpulan ARG itu akan jadi wali mempertahankan tuan puan sekalian di Padang Mahsyar kelak? Siapa akan beri jaminan itu?

    Kita yang mengaku Aswaja atau AswajaAAA atau AswajaAAAAA ini yakin sangatkah kita tidak sesat? Kita yang hidup lebih mencintai bidaah hasanah berbanding mencintai sunnah, yakin sangatkah amalan kita tidak sesat? Kalangan kita yang gemar mencari pelbagai alasan menyebut nama selain Allah dalam memohon pertolongan dalam hidup, ANDA YAKIN SANGAT ANDA TIDAK SESAT?

    Boleh kemukakan dalil yang sahih dan shorih dari Al-Quran dan hadith untuk menyokong dakwaan itu? Jika ada, sila kemukakan dalam ruang komen. Mudah untuk kita nilai kemudian. Cuma eloklah kita patut pesan awal-awal. Kalau tuan puan cuma salin tampal apa yang didakwa sebagai ijma’ para ulama atau apa yang didakwa oleh para agamawan (dalam menukil dalil Al-Quran dan hadith), tanpa tuan puan sendiri mahu merumuskannya; pesan kita, usah buang masa!

    Orang Awam Bukan Jahil

    Orang awam macam kita ni janganlah asyik mahu digelar jahil. Tuan puan marah kalau digelar Wahabi, adakah tuan puan akan marah kalau digelar jahil? Bagaimana kalau tuan puan tahu jahil dan bodoh itu maknanya sama saja? Kita tanya saja. Tuan puan tidak perlu jawab. Cuma fikir-fikirkanlah.

    Tujuan kita tanya supaya sel-sel otak kita saling berhubung supaya tidak menelan bulat-bulat apa yang sampai ke telinga kita. Belajarlah menapis maklumat. Belajar analisa maklumat yang sampai. Barulah ia jadi pengetahuan. Bila jadi pengetahuan, barulah ada guna dalam kehidupan seharian kita ini.

    Mari kita dengar ulasan seorang awam tentang Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah;

    Video 9

    Pilot kapal terbang pun tahu menilai ya tuan puan sekalian. Tidak semestinya kena jadi ustaz baru nak sembang. Beginilah ya. Orang awam pun boleh nilai sama ada ilmiah atau tidak rujukan oleh pihak ARG. Sekarang ini, siapa yang GAGAL FAHAM? Ustaz Salman Ali atau ARG? Takkanlah kita hendak kata Kapten Hafiz Firdaus itu Wahabi juga sebab tak sekepala dengan kita?

    Akal kita hendak letak mana?

    – Masih tak faham lagikah takrif Wahabi?

    Kalau tidak puas hati dengan pilot, apa kata tuan puan tonton pula analisa dari seorang awam yang lain, Dr. Haris;

    Video 10

    Macam mana? Satu menang persepsi, satu lagi menang mata sebab ikut topik dialog. Cuma kita nak ingatkan sedikitlah. Dialog ini bukan debat ya tuan puan. Kalau hendak juga pemenang, ambillah Gunung Ledang dan gelaran Ahlul Sunnah Waljamaah atau pun Wahhabiyyah pilihan hati masing-masing!

    Itu satu hal. Hal satu lagi jangan lupa. Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah ini diadakan atas kehendak ARG juga sebagai syarat setuju adakan dialog yang pertama iaitu Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Aktiviti Kata Mengata Sesama Agamawan dan Sesama Awam

    Oleh kerana dalam dialog pertama ada seorang pembentang buat-buat kehairanan katanya; “Kalau bukan Wahabi, kenapa hendak bela Wahabi?“, barangkali elok juga kalau ungkit berkenaan dialog pertama jika kita pun buat-buat tanya; “Kalau bukan pengikut Sheikh Nazim Al-Haqqani, kenapa hendak bela Sheikh Nazim Al-Haqqani?“.

    Jadi, kalau ada di kalangan tuan puan masih tidak faham juga kenapa perlu ada dialog kedua itu, eloklah kita ulang kembali petikan kata-kata pedas +SANGfikir awal-awal tadi;

    Mari kita gelar penuduh itu, yang suka buat lawak, mengajak manusia supaya cenderung kepada bidaah berbanding Sunnah dan suka bercerita macam penglipur lara itu sebagai cikgu bidaah; Kamu adalah Ustaz Bidaah, tetapi kamu tidak mengaku sebagai Ustaz Bidaah sebab kamu tidak mengajar buat bidaah, melainkan bidaah hasanah saja. Sebab kami asyik tuduh kamu Ustaz Bidaah, lama-lama gelaran Ustaz Bidaah itu lekat kat batang tubuh kamu sampai satu dunia gelar kamu Ustaz Bidaah. Satu dunia kata kamu BODOH SEBAB SUKA AJAR BIDAAH. Lalu kami buat-buat tanya kenapa kamu membela Ustaz Bidaah?

    Bodoh ATAU Cerdik?

    Jadi, elok kita bagi pesanan penaja. Kalau tidak mahu dialog sebegini, lain kali tidak perlulah gelar orang Wahabi kalau tidak berani sebut terus terang Si Fulan itu Wahabi. Cuba sebut terus terang. Usah sebut; “Kamu Wahabi. Eh, Kamu bukan Wahabi. Eh, saya pun tak tahu kamu Wahabi atau tidak!” Takut kena samankah?

    Usah berselindung di sebalik kata; “Wahabi mana ada nak mengaku Wahabi!” Kalau begitu, apa kata kita gelar si penuduh itu Wahabi. Mengaku atau tidak? Lalu kita kata; “Wahabi mana ada nak mengaku Wahabi!“. Jadi nasihat kita, sudah-sudahlah tu gelar orang Wahabi. Kata mengata sebegini tidak ada faedahnya ya tuan puan sekalian.

    Kalau hendak main kata mengata sesama agamawan mahupun sesama orang awam, sejak lebih 1000 tahun dahulu sampai kiamat memang tak habis cerita ini tuan puan sekalian. Kalau hendak laga mulut juga, barangkali kita boleh sindir begini;

    • Kamu Wahabi tapi TIDAK MENGAKU Wahabi;
    • Kamu Wahabi tetapi menyamar sebagai Salafi;
    • Kamu Ahlul Bidaah tetapi TIDAK MENGAKU Ahlul Bidaah;
    • Kamu Ahlul Bidaah tetapi menyamar sebagai Ahlul Sunnah Waljamaah.

    Macam mana tuan puan sekalian? Hendak tunggu kiamat baru habis perbalahan tidak ada faedah sesama agamawan dan orang awam ini, saling kata mengata untuk merebut kelayakan satu-satunya kumpulan manusia yang selamat dalam kalangan 73 golongan umat Islam yang berpecah itu?

    Pendirian Orang Awam

    Beginilah ya tuan puan sekalian. Kita sebagai orang awam ini, tidak usah terpengaruh sangat dengan segala macam tuduhan yang dilemparkan dalam masjid dan surau itu. Sebab, kalau tuan puan jenis teliti, jenis mahu mencari kebenaran, jenis analitikal terhadap sejarah perkembangan umat Islam, JENIS BACA BUKU, JENIS BACA HADITH, JENIS BACA AL-QURAN, maka tidaklah tuan puan akan hanyut dalam politiking agamawan tidak tentu pasal.

    Kita dah pesan awal-awal. Gelaran kumpulan yang tuan puan dok kejar sangat itu tiada nilai dalam kubur. Tiada nilai di Padang Mahsyar. Yang ada nilai adalah sama ada pegangan tuan itu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi.

    Tapi kalau tuan puan memang kaki politik, bab kaum pun asyik politik, bab merebut harta dan kuasa pun asyik berpolitik, BAB AGAMA PUN TIDAK HABIS MAHU BERPOLITIK, maka tiadalah daya kita hendak tolong tuan puan sekalian.

    Suruh baca Al-Quran, tidak mahu. Baca tafsir Al-Quran malas. Kelas tadabbur Al-Quran tidak pernah mahu jengok. Belajar ilmu hadith pun jauh sekali. Asyik dok tala telinga depan penglipur lara mengata sana sini tanpa mahu semak fakta, tanpa mahu belajar sejarah, tanpa mahu belek buku, maka kita hendak tolong macam mana?

    Soalan Cepumas: Awak BACA atau tidak?

    Tidak perlu jawab ya tuan puan sekalian. Cuma, fikir-fikirkanlah.

    Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • TAQDIR: Kehendak dan Ketentuan – Allah Tidak Zalimi HambaNya

    Tuan puan sekalian. Beberapa waktu yang agak lama dahulu, kita pernah membincangkan perihal Qada’ dan Qadar ATAU Qadar dan Qada’ (bergantung kepada cara kefahaman). Tuan puan boleh rujuk kembali di pautan di bawah ini;

    1. TAQDIR, Qadar dan Qada’
    2. REDHO? Faham Tapi Masih Tak Faham

    Kedua-dua terbitan tersebut bersifat sangat umum dan bersifat santai sesuai dengan kelaziman kefahaman awam. Kita ada membuat beberapa deraf susulan untuk membahaskan dengan lebih dalam, khususnya memahami taqdir dalam konteks ruang masa. Tetapi kita fikirkan elok ditunda terlebih dahulu kerana ditakuti akan menimbulkan dugaan (fitnah) di kalangan awam yang membaca. Cuma barangkali, penjelasan ringkas dari Ustaz Dr. Asri ini boleh memberikan sedikit klu;

    Video 1

    Ia sedutan video yang ringkas, patut tuan puan dapat fahami dengan mudah. Ia adalah fakta yang kita kena faham; TUHAN MENCIPTA MASA; Tuhan menguasai masa, Allah tidak tertakluk dengan masa.

    Kalau kita faham asas Allah tidak tertakluk dengan masa, barangkali kita akan lebih mudah memahami beza KETENTUAN dan KEHENDAK, juga maksud kebebasan PILIHAN MANUSIA. Barangkali ia dapat merungkai beberapa persoalan nakal yang kita bentangkan secara santai dalam terbitan sebelum ini, iaitu REDHO? Faham Tapi Masih Tak Faham, misalnya seperti di bawah ini;

    JODOH

    Kena ingat bang… REZEKI, JODOH, AJAL, MAUT itu Tuhan yg menentukan… Takdir semua ni… kita kena REDHO bang… 《 Terima kasih la Jah.. sebab tu abang REDHO ni.. jadi Jah pun REDHO ya hidup sekali ngan madu Jah ni… ni abang kenalkan… Pah namanya… Jah REDHO ya Jah… jodoh semua ni, Tuhan tentukan…. 》 oooo… bab kawin lain kata takdir la ya … kenapa tak ditakdirkan awak tu kawin JANDA BERANAK 10 ke, biar terbarai awak jaga pasukan bolasepak tu… kenapa takdir awak tu mesti kawin ANAK DARA COMEL dari saya!

    Video 2

    Ini bab paling sensitif untuk orang perempuan ya tuan puan. Boleh tonton ‘payung emas’ di bawah ini;

    Itu selingan saja ya tuan puan. Mari berbalik kepada Video 1 penjelasan Ustaz Dr. Asri berkenaan Allah mencipta dan menguasai MASA. Oleh kerana penjelasan dari ustaz kita dapati lebih kredibel dan lebih mudah untuk difahami, maka si tukang tulis ini pun berkira-kira untuk menangguhkan lagi penjelasan bersifat perbahasan metaphysics dan quantum physics kesuatu masa kemudian, jika diberi keizinan oleh Allah jua adanya.

    Percaya kepada Qada’ dan Qadar

    Baiklah tuan puan. Tujuan terbitan kali ini adalah untuk berkongsi kefahaman perkara pokok dalam Rukun Iman yang keenam, khususnya dari segi konteks KEHENDAK dan KETENTUAN Allah ‘Azza Wajalla.

    Ia adalah perkara asas ya tuan puan. Kefahaman kita kepada konsep Qada’ dan Qadar hendaklah jelas. Supaya tidaklah kefahaman kita di takuk lama macam masa kita mula-mula belajar di sekolah rendah atau menengah dulu. Supaya tidaklah kita secara tidak sedar, rupa-rupanya sedang menganut pemikiran puak Jabariyah. Atau silap haribulan, terlajak kata bunyi macam puak Qadariah. Atau kita jenis Ahlul Sunnah Waljamaah Assya’irah Al-Maturidiyah katanya, tetapi tidak faham pula apakah cara pemikiran sekolah Assya’rah dan juga sekolah Maturidiyah. Jenis sebut saja, tapi tidak tahu apa pun. Juga supaya tidaklah kita terkulat-kulat hendak jawab pertanyaan anak-anak kita yang sudah terdedah dengan sistem pengajian KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Supaya tidaklah kita lari hendak menjawab soalan mudah dari rakan di kalangan bukan Islam berhubung persoalan akidah, khususnya berkenaan keadilan Tuhan.

    Bercakap tentang Qada’ dan Qadar ini tuan puan, kena sedar jugalah ada golongan di luar sana yang sengaja meninggalkan rukun yang keenam ini atas alasan ia tidak dijelaskan dalam Al-Quran (sedangkan memang ada). Mereka cuma ambil lima yang pertama saja. Mereka tidak mahu terima hadith sahih yang menerangkan selepas yang kelima (iaitu percaya kepada Hari Akhirat / Kiamat), yang keenam adalah percaya kepada Qada’ dan Qadar. Kita tinggalkan dahulu perkara ini, sebab bahasan untuk menyangkal dakwaan seperti ini sudah jelas. Kalau mereka masih bertegas kata lima sahaja, itu urusan mereka dengan Allah. Kita orang awam yang membaca ini, khususnya di negara ini secara umumnya berpegang kepada Rukun Iman yang enam kesemuanya, bukannya lima.

    Memahami KEHENDAK dan KETENTUAN Allah

    Tuan puan dijemput untuk menonton dahulu video penjelasan oleh Ustaz Noor Derus di bawah ini. Sebelum itu kita hendak bagi ’amaran’ sedikitlah. Kita tahu ramai orang, terutama kalangan ’ahli makrifat’ tidak berkenan dengan ustaz ini. Maklumlah, ramai geng makrifat di Malaysia dan Singapura sudah kena bongkar dengan sang ustaz muda ini.

    Ada juga kalangan yang mengaku Ahlul Sunnah Waljamaah di negara ini kurang bekenan dengan sang ustaz. Ramai yang sentap, sebab cara ustaz mengulas secara mendalam dengan kemahiran berfikir aras tinggi ini jarang kita dengar selama ini barangkali. Kita kongsikan juga, sebab berdasarkan pemerhatian kita, Ustaz Noor Derus ini jenis baca kitab dan berani mengolah dengan cara berfikir di luar kotak. Mudah-mudahan ada manfaatnya bagi orang yang mahu berfikir.

    Beginilah ya tuan puan kita nak pesan. Hendak mencari ilmu, kena ada sikap berlapang dada. Jangan ikut-ikutan melabel sana sini, sampai kita menutup peluang kita untuk mendengar pandangan pelbagai manhaj, apatah lagi kelihatan Ustaz Noor Derus ini adalah pendokong kuat Ahlul Sunnah Waljamaah As-Sya’irah Al-Maturidiyah juga. Cuma cara penerangan beliau agak berbeza dengan ustaz ’Aswaja’ lain yang kita biasa dengar. Ada beza ustaz yang terangkan secara ‘as it is (told)’ dengan ustaz yang terangkan cara ‘let’s think about it‘. Jangan sebab cara ustaz tak kena dengan cara kita, terus saja kita label dia pun puak ‘W’. Kalau hati sudah bersangka buruk, macam mana hendak terima penjelasan sang ustaz?

    Itu yang pertama ya tuan puan sekalian. Perkara kedua hendak kita peringatkan adalah ustaz juga manusia seperti kita. Bukan malaikat. Jadi, sekiranya dalam video yang bakal kita kongsikan, ada rasa berdesing telinga dengan bahasa sindiran, atau terasa agak kasar sebutan, maka jangan mudah sentap. Sebab apa? Sebab kalau tuan puan biasa dengar atau baca Al-Quran dengan mengetahui maknanya, tuan puan boleh terima ‘desingan’ tersebut sebab begitulah caranya sebahagian manusia yang berakal sempurna dapat mengambil pelajaran. Lagi satu sebab kenapa jangan mudah sentap adalah begini. Jangan tuan puan kata tidak pernah dengar ‘desingan’ serupa bila kita dengar ceramah ustaz kegemaran kita yang lain. Ada jugakan? Jadi, tidak perlulah sentap sangat.

    Jadi beginilah. Kalau tuan puan sanggup berlapang dada, sila teruskan menonton. Jika tidak, sila tinggalkan laman ini awal-awal, supaya tidak menambah dosa tidak tentu fasal ya tuan puan.

    Video 3

    Kemudian, minta maaflah tajuk video ini ada terselit sedikit bab Menjawab Tok Singa. Sudah jadi kebiasaan kita kalau ada video penuh, kita lebih gemar kongsi yang penuh. Supaya yang menonton dapat nilai secara konteks keseluruhan kuliah. Tuan puan boleh terus ke minit 29:38 untuk tonton bab isu Qada’ dan Qadar;

    Jika tuan puan teliti bahasan Ustaz dan faham, maka besar kemungkinan kebanyakan soalan yang telah kita kemukakan dalam terbitan REDHO? Faham Tapi Masih Tak Faham sudah terjawab. Jadi, tidaklah kita faham taqdir itu sebagaiman lazim kita faham selama ini. Rupanya para ulama Assya’rah dan Al-Maturidiyah pun ada khilaf dari segi takrif dan penjelasan. Rupanya penjelasan yang sampai kepada kita selama ini hanyalah takrifan bersifat permukaan sahaja ya tuan puan. Barulah kita faham maksud keadilan Tuhan.

    Allah Tidak Zalim

    Video 4

    Seterusnya, tuan puan boleh juga tonton video seterusnya. Ia berkenaan penjelasan bahawa, kita patut benar-benar yakin bahawa ALLAH TIDAK ZALIM. Bukan setakat sebut dibibir. Bukan setakat ikut hafal nas Al-Quran. Tetapi yakin dengan sebenar kefahaman, sesungguhnya; ALLAH TIDAK MENZALIMI HAMBANYA. Sila tonton dengan teliti video di bawah ini;

    Jika tuan puan teliti, ustaz ada mulakan dengan satu soalan cepumas kepada jemaah;

    Jika Allah tidak zalim, mengapa haiwan mengalami kesengsaraan? Adakah ianya ujian juga? Adakah dikira ujian sedangkan binatang itu tidak serupa manusia yang mukallaf? BAGAIMANA HENDAK JAWAB PESOALAN INI?

    Kalau tuan puan jenis teliti tonton Video 4 dia atas, barangkali sudah boleh menjawab terus. Bukan setakat jawab kerana sudah ada jawapan bocor ya. Tetapi jawab sebab memang sudah faham dengan jelas penerangan ustaz.

    Soalan Cepumas Lagi…

    Baiklah tuan puan sekalian. Sebelum kita teruskan lebih lanjut, kita hendak tanya beberapa soalan cepumas untuk tuan puan sekalian;

    1. Tuan puan sudah dengarkan dengan teliti 2 jam 14 minit 6 saat Video 3 itu, paling kurang bermula minit ke 29:48?
    2. Tuan puan sudah dengarkan dengan teliti 1 jam 52 minit 14 saat Video 4 itu?

    Kalau belum, atau dengar lompat sana sini, potong sana sini, kita sarankan tuan puan ulang dengar dengan tertib. Kerana kita khuatir, Ustaz Noor Derus bicara lain, tuan puan faham benda lain pula. Kita juga khuatir, nanti bila kita bahas apa yang ustaz bicara itu, tuan puan pening kepala pula. Kita bahas lain, tuan puan faham ikut lain.

    Baiklah. Jika tuan puan sudah dengar dengan teliti, tanyalah diri tuan puan secara jujur; AKU FAHAM ATAU TIDAK APA USTAZ CAKAP INI?

    Kalau sekali dengar sudah faham, ya Alhamdulillah. Kalau tidak faham, atau faham sedikit sana sini, ada kelopongan, kita nasihatkan tuan puan ulang dengar. Lagi sekali. Jika perlu ulang dengar sampai dua kali atau lebih lagi. Sebab apa tuan puan? Sebab, Ustaz berbicara ikut cara perbahasan ilmu kalam yang diselang seli dengan psikologi manusia. Hendak kata sukar sangat, tidaklah juga. Tidaklah tinggi sangat makam perbahasan hingga tidak mampu digapai oleh orang awam. Tapi, kalau tidak biasa perbahasan falsafah, istilah dan bahasa, barangkali agak pening. Tetapi kalau sudah biasa, dengan izin Allah, kita mudah faham.

    Bila kita faham, tidaklah kita senang hendak terpengaruh dengan puak-puak tukang bancuh dalam ruangan komen YouYube kedua-dua video tadi. Ada komen yang baik, ada banyak jugak komen yang tiada adab dan menunjukkan tahap kecerdikan tukang bancuh tersebut; cerdik, terlajak cerdik ataupun langsung tiada kecerdikan.

    Demikianlah serba sedikit peringatan dari kita. Supaya tuan puan bersedia untuk perbahasan selanjutnya.

    Dengan izin Allah, kita akan sambung huraian ini dalam kemaskini terbitan kemudian ya tuan puan.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (3)

    Tuan puan sekalian. Dalam terbitan KELUAR KEPOMPONG: Bebaskan Dirimu Dari Dibelenggu, kita sudah memberikan beberapa kaedah awam untuk meluruskan cara beragama, termasuklah isu yang dianggap hal furu’ aqidah; Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (1) dan Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (2).

    Ya tuan puan. Isu Nur Muhammad ini sering disapu di bawah karpet oleh golongan agamawan. Alasannya, isu furu’ aqidah. Alasan paling kerap juga ia bukan isu aqidah. Katanya nak percaya boleh, tak mahu percaya pun boleh. Tapi, bila kena dengar orang hentam Nur Muhammad, bersungguh-sungguh pula pertahan seolah-olah ia memang aqidah. Hendak pertahan buat apa kalau kata ia bukan isu aqidah?

    Yang selalu sapu bawah karpet ini tidak lain tidak bukan adalah agamawan dalam kalangan yang mendakwa Ahlul Sunnah Waljamaah (Aswaja). Untuk lebih tepat, agamawan yang mengaku dan memaksa umat supaya berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah AlMaturidiah AlGhazaliah (Aswaja+AAA). Hal ini sangat menyedihkan dan menjengkelkan hati, khususnya jika kita ini benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi.

    Kita tidak pasti apa pendirian tuan puan sekalian. Hendak ikut kalam ustaz Aswaja+AAA, hendak ikut puak ‘Asamjawa’, hendak ikut kalam ustaz Salafi atau hendak ikut golongan yang dicemuh sebagai Wahabi. Tetapi kita sudah jelaskan berkali-kali; GUNA AKAL DENGAN WARAS.

    Kalau ada di kalangan tuan puan masih mahu anggap perihal Nur Muhammad ini adalah isu remeh atau isu furu’ sebagaimana diberitahu oleh ribuan agamawan seluruh dunia, maka terpulanglah. Jika begitu, maka eloklah kita pesan awal-awal sementara tuan puan sedang membaca ini. Supaya nanti, usah beri alasan tiada seorang pun manusia pernah ajak tuan puan supaya berfikir secara serius bahaya kepercayaan Nur Muhammad yang dibiarkan bergentayangan dalam kalangan masyarakat Islam. Pesan kita mudah;

    • Baca dan fahami Al-Quran
    • Belajarlah ilmu hadith dan amal dengan benar
    • Sila guna akal dengan waras

    Inilah pesan ringkas dari orang awam kepada orang awam. Mudah-mudahan ada manfaat buat bekal kembali kepada Tuhan dengan aqidah yang benar. Dengan izin Allah jua.

    Nur Muhammad: Fakta dan Kecelaruan

    Dalam terbitan kali ini, kita hendak kongsikan pula dua rakaman perbahasan ilmiah yang sarat dengan fakta dan hujah untuk tuan puan sekalian hadam. Yang pertama adalah Seminar Nur Muhammad: Fakta dan Kecelaruan;

    Rakaman ini adalah lebih 5 jam ya tuan puan. Sarat dengan penjelasan ilmiah. Sama ada setuju atau tidak, kita nasihatkan dengarlah dahulu. Cukup-cukuplah kita hidup dalam kepalsuan agama yang tiada asal dari Nabi Muhammad SAW. Dengar, semak dengan Al-Quran dan hadith sahih. Nilai dengan jujur. Mudah-mudahan Allah akan beri jalan supaya tuan puan faham.

    Rakaman kedua adalah Forum Apa Di Sebalik Kepercayaan Nur Muhammad;

    Untuk pengetahuan tuan puan, perbahasan yang dirakam dalam kedua-dua video di atas baru saja berlangsung siang tadi. Sila tonton keseluruhan lebih 7 jam video yang sudah kita kongsikan. Tonton dari mula sampai habis. Usah lompat sana sini. Kita tonton syarahan agama, bukannya syarahan politik ya tuan puan sekalian.

    Kita cuma hendak pesan. Kalau tuan puan mahu anggap bodoh si tukang tulis ini sebab hanyalah seorang awam yang menentang penyelewengan Nur Muhammad, maka eloklah dengar lebih 7 jam bahasan oleh mereka yang lebih berkelayakan dan ada kedudukan dalam masyarakat. Kemudian, nilailah kembali apa tang sudah ditanam dalam kepala tuan puan oleh para agamawan yang mendakwa sangat tajam akal mereka itu sebab gelar diri Aswaja+AAA.

    Pesan akhir kita begini. Tuan puan sudah semak apa kata Imam Abu Hassan Assyaari dan Imam Abu Mansur AlMaturidi berkenaan memahami aqidah guna akal? Apa kata mereka?

    Tuan puan pernah baca kalam kedua-dua imam agung itu?

    Atau tuan puan hanya dengar saja cerita penglipur lara perihal aqidah Assyairah AlMaturidiah yang disajikan selama ini?

    Jujurlah kepada diri sendiri tuan puan. Jika benar tuan puan itu Aswaja+AAA, sepatutnya tuan puan sudah layak untuk menjadi seorang yang tahu guna akal dengan waras. Kalau hanya mengaku sahaja, tetapi sebenarnya tidak tahu apa-apa yang disebut oleh dua imam yang agung itu, lantas hanya mahu telan sahaja kitab Al-Ghazali tanpa tahu menyaring yang hak dan batil, kita khuatir, silap haribulan kita ini hanya layak digelar puak ‘asamjawa’.

    Siapakah puak ‘asamjawa’ ini?

    Amalan Batiniah dalam Masyarakat

    Puak ‘asamjawa’ inilah yang menyebabkan ramai kalangan manusia yang mendakwa sebagai Aswaja+AAA di Malaysia ini mudah saja terima pelbagai pegangan dan amalan pelik-pelik tiada asal. Bahkan di ajar secara meluas dalam masyarakat seperti ‘The Law of Attraction’, ‘The Secret’, ‘Neuro Linguistic Programming’, amalan garpu tala dan sebagainya.

    Apa kena mengena urusan ‘ajaran motivasi’ semasa yang tersebar luas ini dengan konsep Nur Muhammad? Cuba dengar dulu beberapa siri penjelasan video berkaitan Gerakan ‘New Age’ ini dahulu;

    Macam mana tuan puan? Sudah nampak kemiripan pelbagai cabang ajaran lain dengan apa yang didakwa sebagai ‘kebatinan Islam’? Siapa yang bawa ilmu zahir dan ilmu batin ini kalau bukan puak-puak ‘asamjawa’ yang ramai kalangan ustaz kita kuat sokong juga? Kalangan ustaz kita yang kuat menyokong ini pernah kaji atau tidak apa di sebalik kepercayaan puak-puak ‘asamjawa’ ini?

    Mari kita sambung seterusnya menonton video;

    Ini pula adalah siri ketiga berkenaan kepercayaan New Age;

    Penerangan oleh Ustaz Ahmad Iqram itu adalah kira-kira 7 bulan sebelum diadakan Seminar Nur Muhammad dalam dua video yang kita kongsikan awal tadi. Dua tahun sebelumnya, Ustaz Noor Derus pun ada membahaskan tentang asal usul Gerakan The New Age dan perkaitan dengan kepercayaan Nur Muhammad yang bebas dalam kalangan ahli tarekat di Nusantara.

    Sila tonton dua lagi video di bawah ini;

    Ini sambungannya, sila tonton sampai habis;

    Apa yang kita boleh belajar? Kita boleh ketahui bahawa kepercayaan Nur Muhammmad ini berakar dari konsep yang sama, iaitu; wahdatul wujud atau kesatuan wujud. Konsep ini wujud dalam semua jenis cabang agama yang kita kenal hari ini, termasuk juga dalam kumpulan melampau dalam kalangan umat Islam.

    Wahdatul wujud atau kesatuan wujud ini tiada asal dari Al-Quran dan sunnah Nabi. Dari mana asalnya? Pernah tuan puan fikirkan perkara ini?

    Masih mahu kata Nur Muhammad itu bukan masalah aqidah?

    Dengan izin Tuhan, akan disambung kemudian.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • KELUAR KEPOMPONG: Bebaskan Dirimu Dari Dibelenggu


    Tuan puan sekalian. Kita hendak mula dengan bersantai. Hayati lirik lagu BIASAN nyanyian To’Ki;

    Biasan kaca itu Tersenyum memandangku 🎶Membongkar satu noda Menghiris satu jiwa 🎶Memaksa senyum madu Dibalik raut lesu Tersingkap impianmu Dicemar janji palsu 🎶Aku yang bersalah Janji takku endah Terperangkapku dengan bisikannya 🎶Bebaskanlah aku Dari dibelenggu Dari pintu kaca yang bermadu 🎶Bantulah diriku Arah mana satu Memecah pintu balik kaca ohh… 🎶Ku cinta dia Bayang wajahmu Genggam bersama Cinta itu

    Lirik lagu BIASAN – To’Ki

    Tuan puan sekalian. Dalam terbitan sebelum ini, kita mengakhiri coretan dengan doa yang disulami dengan muzik; sudah jadi qasidah yang lunak didengar telinga. Cuba tanya diri. Apa hukum dengar muzik? Tuan puan pasti sudah dengar pendapat ulama muktabar dan dengar pendapat ulama pinggiran. Lalu, mengapa masih lagi dengar muzik? Maksudnya apa tuan puan? Maksudnya; kita ini masih ada akal untuk mengambil sekadar yang ada pilihan harus, dan masih ada akal untuk ketepikan perkara melampaui batasan. Sebab itu, dalam tebitan ini, kita tidak keberatan berkongsi muzik yang berlagu dengan lirik yang penuh dengan makna tersirat di sebalik yang tersurat.

    Bagaimana tuan puan hendak fahami maksud lirik itu, terpulanglah kepada diri sendiri, sebagaimana penyanyi asal faham apa yang dinyanyikan itu faham, kita pun tidak tahu. Lirik itu boleh bawa maksud kepada percintaan monyet kita semasa remaja, atau boleh bawa maksud melampau golongan sufi yang berlebihan hingga gagal beza tasawuf dan aqidah, atau boleh bawa maksud lain pula seperti hendak kita kongsikan kemudian nanti.

    Sebelum tuan puan lanjut membaca ini, eloklah tuan puan berjinak-jinak dengan tulisan berjela-jela yang belum cukup masak dalam EDISI SENTAP: Akal Mana? Cakap Tidak Serupa Bikin? Biarlah termuntah hendak membacanya, biarlah pening hendak hadam isinya. Memang sudah kita ini diajar supaya masak dahulu sebelum hadam, bukan? Pernah dengar kalam seumpama ini?

    Kita akan teruskan coretan kali ini dengan kembali kepada yang tersirat di sebalik apa yang tersurat dalam BIASAN, mengikut faham lirik lagu cara kita. Ia terkait dengan JERAT yang sudah membelenggu pemikiran kita selama ini. Cukup-cukuplah kita ini terjerat dengan adu domba politik, urusan agama pun hendak terjerat jugakah?

    toy marble on brown wooden surface
    Photo by Manuela Adler on Pexels.com

    BIASAN: Yang Menerangkan vs. Yang Memesongkan

    Tuan puan sekalian. Dalam terbitan Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (2), kita ada menerangkan sifat cahaya pelita yang terbias dengan balang kaca dan dipantulkan pula oleh dinding miskat sehingga menjadilah cahaya kebenaran itu jelas terang benderang.

    Yan kita hendak bicarakan dalam konteks lagu yang kita kongsikan tadi adalah biasan yang memesongkan. Pesongan ini boleh menyebabkan kita hidup dalam kebebalan. Bukannya kebenaran. Sebab apa? Sebab memang kita selama ini hidup dalam dunia yang penuh dengan biasan yang memesongkan, diajar dalam hidup seolah-olah itu adalah mutlak kebenaran. Sebab itu kita ini tidak hentinya mengajak manusia supaya menggunakan akal, supaya dapat kita pecahkan kaca yang menyelubungi diri kita itu supaya tidak menyeliputi kita dengan ilmu yang nampak benar, sedangkan ilmu itu bukanlah apa yang diajar oleh Tuhan, bukanlah apa yang diajar oleh Pesuruh Tuhan, dan bukanlah apa yang diajar oleh para pengikut yang Pesuruh Tuhan itu.

    Benar, segala ilmu sumber dari Allah. Termasuk ilmu sains, ilmu sihir, ilmu agama. Kita yang sudah dididik dengan pengajara Asssyariah AlMaturidiah ini sudah belajar ilmu Sifat 20. Jadi sepatutnya kita betul-betul faham patut faham Qudrah & Iradah Allah untuk memahami ilmu yang benar untuk mengenal Tuhan. Bukannya termakan bujukan sisa-sisa ajaran Muktazilah yang mengajar manusia apa yang Allah tidak pernah ajar manusia cara mengenal diriNya.

    Benar, segala ilmu sumber dari Allah. Ilmu sihir; adakah kita hendak amal juga? Ilmu yang terbias dan terpesong dari jalan Allah, kita hendak ambil juga? Biasan sehingga ilmu yang benar jadi terbalik sehingga membawa kita kepada jurang kebinasaan, kita hendak turut juga?

    Benar, kita kena faham ilmu hakikat segala sesuatu. Ilmu hakikat yang membawa manusia kepada dongeng makrifatullah yang terpesong sehingga mendewakan seolah-olah Nur Muhammad itu punca segala kejadian alam ini, hendak kita ikut juga?

    Kita belajar Ilmu Sifat 20 dan Sifat 50 itu sepatutnya meletakkan diri kita kepada akal yang sangat waras. Akal yang boleh membezakan maksud ‘TIADA YANG SERUPA DENGAN ALLAH’ apabila membicarakan tentang Tuhan. Mengapa jauh sekali kita terpesong dengan biasan ilmu sehingga selangkah demi selangkah kita ini sebenarnya menjauhkan diri dari ilmu yang diajar oleh Tuhan melalui Al-Quran dan NabiNya?

    Sebab itu tuan puan sekalian. Kita kena belajar membersihkan diri kita dengan cahaya Al-Quran. Selangkah demi selangkah kita cuba berlepas diri dari ilmu yg tidak diajar Allah, tidak dijar Nabi, tidak diajar para ulama zaman yang mengikuti jalan Nabi. Adakah ia mudah? Ia susah.

    Memang susah. memang berat kita ini hendak ‘UNLEARN WHAT YOU HAVE LEARNED. Ia ibarat kita ini hidup di zaman pertengahan yang mana ramai manusia percaya bumi ini datar, tiba-tiba datang seorang memberitahu bumi ini bulat macam bola. Ibarat kita hidup hari ini yang mana hampir seluruh manusia di dunia ini percaya bumi ini bentuk macam buah pear, tiba-tiab datang seorang manusia memberitahu bumi ini macam piring terbang melayang. Ini hanya ibarat sajalah ya. Bukan kita hendak ajak tuan puan beriman dengan bumi datar pula tanpa usul periksa.

    yellow and black butterflies cocoon
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    Keluar Kepompong: Bebaskan Diri dari Belenggu

    Tuan puan sekalian. Kita sekarang ini hidup pada zaman yang mana pelbagai maklumat itu datang tanpa diundang. Sebab itu kita zaman ini beruntung dalam melihat perang pemikiran sesama ustaz kita depan mata. Perang ini baik bagi kita sebab kita sudah boleh memperoleh maklumat di hujung jari semua hujah mencari pengaruh dan hujah mengekalkan kekuasan agama ke atas manusia.

    Perang mulut antara ustaz ini juga baik sebab ia boleh membantu kita keluar dari kepompong yang selama ini membaluti pemikiran kita sehingga kita ini biarpun mengaku pandai serba-serbi hukum akal, tidaklah cerdas mana akal kita ini sehingga terpaksa para penguasa kita melindungi umat ini dari bencana aqidah yang sepatutnya boleh kita benteng jika kita diajar dengan cara yang betul.

    Bila berhadapan dengan pelbagai maklumat yang datang dari pelbagai hala itu, kita hendak buat apa ya tuan puan? Hendak terus hidup bawah tempurung? Hendak terus hidup dalam kepompong yang belum tentu selamat dari dimakan pemangsa? Atau hendak keluar dari kepompong itu lalu menghadapi realiti dunia yang penuh dengan pura-pura lalu kena makan pemangsa juga? Atau hendak menggunakan akal mencari jalan kebenaran? Hendak pilih yang mana satu kebenaran kalau yang berperang itu kedua-duanya tok guru yang mendakwa ikut Al-Quran, ikut sunnah Nabi dan ikut jalan para ulama? Hendak pilih yang mana satu kalau kedua-dua pihak yang perang mulut itu mendakwa merekalah Ahlul Sunnah Waljamaah yang tulen?

    Hendak keluar kepompong dengan cara selamat itu, tiada jalan lain melainkan berpegang kepada kalam Nabi; Ikutlah AlQuran dan Sunnahnya. Itulah 2 perkara yg Nabi tinggalkan buat umat Muhammad.

    Dengan segala kemusykilan terhadap banyak perkara yg digelapkan dari pengetahuan awam oleh tok guru yang berselindung di sebalik serban besar itu, tuan masih mahu lagi percaya kononnya akan sesatlah orang awam yang mahu kembali kepada Al-Quran dan hadith? Dogma sedemikian menyalahi kalam Nabi. Menyalahi kalam Allah. Baik secara literal mahupun secara hakikat. Baik secara tersurat mahupun secara tersirat. Kita masih mahu turut lagi kalam yg terangan menyalahi kalam Allah dan Nabi Allah?

    Kita telah terangkan sebelum ini; orang awam itu tidaklah bodoh semuanya hingga apabila kembali kepada Al-Quran dan hadith sahih, mereka itu tidak tahu cari jalan memahaminya dari kalam para ulama yang benar. Orang awam itu tidaklah lembab semuanya hingga tidak tahu bezakan ulama benar dan ulama palsu.

    close up view of a yoda figurine
    Photo by Connor Kelley on Pexels.com

    “You must unlearn what you have learned”

    Tuan puan pernah dengar ungkapan seumpama itu tadi? Ia bukan dari Al-Quran. Ia bukan dari hadith Nabi. Ia dari dongeng Star Wars. Ia diungkapkan oleh Master Yoda dalam fiksyen Hollywood. Jadi, tidak perlu ikut. Apatah lagi ikut secara bodoh membabi buta macam orang tidak tahu guna akal.

    Cuma, tidaklah salah juga untuk renung ungkapan “You must unlearn what you have learned” khususnya jika kita hendak belajar keluar dari kepompong jumud pemikiran. Bukankah kita juga telah diasuh supaya ambil ilmu dari mana saja hendak pertahankan akidah kita cara golongan mutakallimun. Sedar atau tidak kita semua Assyairah AlMaturidiah ini sebenarnya adalah sepupu kalau pun bukan adik beradik ahlul mutakallimun? Biarpun cara kita guna akal berbeza dengan Muktazilah, mengaku sajalah prinsip ilmu kita itu dicedok dari Aristotle yang merupakan ahli falsafah dan mantik barat. Sebab itu, memang beratlah kalau mahu ikut. Kalau sudah memang suku-sakat puak mutakallimun, hendak tolak mentah-mentah dongeng Master Yoda, sudah kenapa? Asal maknanya baik, apa salahnya? Begitukan cara kita diajar guna akal?

    Dongeng Master Yoda tidak jauh beza dengan cara ahli mutakallimun berfikir. Guna falsafah dan mantik juga. Ambil dari pemikiran barat juga. Sebab itu kita tidak segan untuk berkongsi cara fikir Master Yoda untuk belajar meruntuhkan cara fikir guna akal berlebihan yang sudah bersarang dalam tempurung kepala. Bukankan kita diberitahu bahawa cara untuk puak Muktazilah itu guna cara fikir orang Nasrani yang mengambil cara Aristotle itu untuk mengalahkan hujah. Lalu kita pula yang mengaku Assyairah AlMaturidiah guna pula cara Muktazilah untuk mengalahkan hujah mereka? Kalau begitu, mari kita cuba cara Master Yoda untuk mengalahkan cara fikir kita yang sudah semakin mengarut terlebih guna akal. Boleh? Hendak ajak ikut cara golongan salafussoleh, tidak mahu, kan? Kita ajak ikut cara fikir ahlul hadith, tidak mahu juga. Takut nanti kena cop Wahabi. Cuba guna cara Master Yoda, boleh?

    Maksudnya begini ya tuan puan. Dalam sesetengah keadaan, khususnya keadaan kita yang sudah mabuk akal sehingga tidak boleh keluar dari kepompong, apa kata kita bakul sampahkan seketika apa yang telah kita pelajari selama ini. Bukan suruh buang terus dan bakar sampai jadi abu. Jangan salah faham. Masuk ‘recycle bin’ saja. Boleh kutip balik nanti asal kita tidak ‘delete permanently’. Nak hapus macam mana? Benda dah kita belajar, mana boleh lupa!

    Ya. Buang seketika apa yang kita anggap sudah benar mutlak selama ini, khususnya cara berfikir guna akal semata-mata. Cuba belajar ilmu lain. Cuba dengar ceramah ustaz yang jadi kebencian kita itu. Cuba nilai ilmu mereka. Cuba hadam rasional pemikiran mereka. Luaskan pendedahan kita terhadap ilmu dan pendapat ustaz dan para ulama yang berbeza. Kemudian, jengok kembali ilmu yang sudah kita bakul sampahkan itu. Letak sebelah menyebelah dengan ilmu baru kita belajar itu. Cuba buat perbandingan.

    Cuba guna akal dengan waras. Antara kedua pengetahuan yang sudah kita ketahui itu, mana satu kita hendak campakkan ke dalam bakul sampah itu? Salah satunya? Atau kedua-duanya? Kalau kedua-duanya pun kita campak dalam bakul sampah juga, carilah jalan untuk mempelajari ilmu akal dari jalan lain pula. Buatlah kaedah ini sampai jelas bagi kita, mana yang haq dan mana yang batil. Yang haq kita ambil, yang batil, kita campak buang sajalah. Ada berani? Atau takut guna akal juga?

    Kalau gagal juga, mengapa menyusahkan diri? Kembali sajalah kepada Al-Quran dan sunnah Nabi. Ia adalah jalan yang pasti menuju kebenaran. Jalan senang ada, kenapa hendak pilih jalan sukar? Akal mana?

    Kalau tuan puan tidak mahu juga ikut jalan mudah, maka pilihan yang ada untuk keluar dari kepompong, ikutlah jalan sukar; “You must unlearn what you have learned”. Ilmu sebegini pun ada faedahnya juga. Khususnya apabila berurusan dengan perkara politik, sains dan agama. “Kasi cuci dulu otak, baru boleh pakai”. Ia boleh pakai untuk keluar dari taksub kepada bakal perdana menteri Malaysia. Supaya tidaklah kita buang akal tidak tentu pasal. Sudah jelas politikus kesayangan kita itu tiada ahlak, hendak sokong juga kenapa? Sudah jelas kena bohong mendarat di bulan, hendak percaya juga sudah kenapa?

    Sudah nampak cara guna akal berlebihan hendak kenal Tuhan tidak ke mana, mahu berdegil juga sudah kenapa?

    clear glass sphere
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    Fahami Hakikat Yang Benar

    Begini ya tuan puan. Kita mengaku beriman kepada Allah, maka kita turutlah saja bagaimana Allah menerangkan diriNya. Kita mahu berterusan membiarkan hidup dalam kepompong yang membelenggu hidup kita dari kebenaran sudah kenapa?

    Sebab itu, kita pernah tanya dua persoalan berikut sebelum ini?

    Pertama; Yang memberi faham Al-Quran itu, Tuhan Yang Maha Mengetahui atau tok guru kalian?

    Kedua; Tuan puan faham atau tidak maksud ayat 4 Surah Al-Alaq ini?

    ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ

    قَلَمِ; Faham maksudnya? Fikir-fikirkanlah.

    -petikan CURANG AKADEMIK? Isu Tukar BERSEMAYAM kepada ISTAWA

    Biarlah kita berikan sedikit huraian kepada persoalan hakikat yang tersebut tadi.

    Yang memberi kita faham itu adalah Allah Yang Maha Mengetahui.

    Benar secara zahir, yang mengajar kita adalah tok guru kita. Lalu, secara zahir, kita anggap yang memberi faham itu tok guru kita juga. Hakikatnya apa? Hakikatnya. Tuhan yang menetapkan sunnatullah (sistem Allah), dengan cara sedemikian, dengan belajar sedemikian, dengan bertalaqi sedemikian, maka secara sunnatullah, bila kita belajar, kita akan faham. Sebab, sunnatullah juga manusia itu diberi akal supaya dapat faham apa yang dipelajari. Tok guru kita adalah asbab kepada kita faham. Sunatullah itu adalah sistem Allah yang menentukan kita faham. Jadi, hakikatnya apa? Hakikatnya, Allah jualah yang memberi kita faham. Bukan tok guru, bukan tok wali, bukan tok mufti.

    Belajar berguru. Belajar dengan guru itu salah satu cara kita faham. Apa cara lain yang kita tidak mahu akui sama ada secara sedar atau tidak? Apa caranya? Caranya adalah dengan cara Allah mengajar manusia dengan قَلَمِ. Dialah Yang Mengajar dengan Qalam. Fahamkan kita maksud ayat in?

    Jika benar kita faham, maka kita tidak akan menyibukkan diri kita dengan perbahasan sama ada Al-Quran itu makhluk atau kalam Allah. Sebab kita tidak faham, maka kita cipta pelbagai falsafah bahasa menurut hawa nafsu puak Muktazilah pada zaman Bani Abbassiyah itu. Sebab apa mereka jadi begitu?

    Sebab mereka itu terlebih cerdik guna akal sehingga mati hujah bila berhadapan dengan puak Nasrani zaman itu yang mendakwa Nabi Isa AS itu ‘anak Tuhan’ atau ‘jelmaan Tuhan’ sebab putar belit ayat Al-Quran di luar konteks;

    Di dalam Al-Qur’an dinyatakan bahawa Isa AS adalah ‘kalimah’ dari Allah yang diberikan kepada Maryam (QS Ali Imran: 45). Kemudian ada pula pernyataan ;bahwa Isa adalah ‘kalimah Allah’ (QS An-Nisa’: 171). Lalu dipetik pula bahawa dan Isa adalah ‘ruh dari Allah’ (QS An-Nisa’: 171).

    Sebab apa puak-puak Muktazilah itu tidak tahu membalas hujah? Sebab pemikiran mereka itu sudah jauh dari memahami Al-Quran mengikut konteks juga. Sebab itu, cucu-cicit terbitan Muktazilah itu juga wujud sehingga hari ini dalam jelmaan puak-puak Liberalist. Tidak faham Al-Quran ikut konteks. Tidak faham Al-Quran ikut asbaabunnuzul. Faham Al-Quran ikut sekerat-sekerat. Potong sana sini ayat. Tebuk sana sini lalu memandai buat tafsir baru ikut kepala yang kononnya cerdas itu. Dari mana mereka belajar? Dari pemikiran leluhur Muktazilah juga. Suka takwil di luar konteks.

    Itulah puncanya mereka itu memerah otak hendak fikir Al-Quran itu makhluk atau bukan. Itulah penggunaan akal manusia dengan cara yang tidak berfaedah. Perkara semudah hendak kenal Sang Maha Pencipta pun mereka pening kepala bagaimana mahu bezakan dengan yang dicipta; makhluk. Lalu jadilah mereka itu golongan mutakallimun yang kononnya hendak menyucikan Allah dari sebarang persamaan dengan makhluk. Malangnya melalui kaedah akal yang melampau. Sedangkan jawapannya sudah Allah berikan dalam Al-Quran.

    Semua ini berpunca dari tidak memahami قَلَمِ dalam ayat ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ tadi. Hendak faham macam mana kalau sudah ditanam tidak mahu ambil pendekatan Al-Quran mentafsir Al-Quran sebagai salah satu jalan memahaminya, sebagaimana yang telah diajar oleh para ulama hadith zaman itu? Hendak faham macam mana kalau puak Muktazilah itu kuat menentang hadith atas alasan terlalu banyak hadith yang bercampur baur yang sahih dan yang palsu? Hendak pilih yang sahih macam mana kalau datang seorang manusia mengajar ilmu hadith, maka dimusuhi pula orang tersebut? Ia berlaku di zaman Bani Abassiyah, ia juga berlaku zaman ini ya tuan puan sekalian.

    Jadi, kita mahu tanya lagi. Tuan puan faham atau tidak قَلَمِ dalam ayat 4 Surah Al-Alaq itu?

    Kita berhenti setakat ini. Supaya nanti, dengan izin Allah jua, kita akan bahaskan perkara ini dalam terbitan yang lain.

    Sementara itu; fikir-fikirkanlah.

    mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

  • Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (2)

    إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

    Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

    Surah al-Ahzab 33:56

    Tuan puan sekalian. Kita dengar ayat ini paling kurang sekali dalam seminggu khususnya kaum lelaki yang hadir dalam setiap khutbah Jumaat. Sila tekan pautan di atas untuk membaca beberapa tafsir. Supaya kita faham maksud berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Iaitu MEMUJI ya tuan puan. Bagaimana caranya? Rasulullah sudah ajar;

    اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد، وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

    Allah suruh kita PUJI Muhammadﷺ. Allah tidak suruh kita PUJA Muhammadﷺ . Allah tidak suruh kita MENDEWAKAN Muhammadﷺ ya tuan puan. Allah tidak suruh kita SEMBAH Muhammadﷺ. Allah tidak suruh kita MENUHANKAN Muhammadﷺ. Ketahuilah sikap memuja seseorang akan membawa kita kepada mendewakan seterusnya akan membawa kita menyembah lalu menuhankannya tanpa sedar.

    Surah Al-Ahzab 33:56 di atas juga telah kita kongsikan sebelum ini. Tolong baca tafsirnya. Supaya tidaklah kita ini menjadi golongan yang melampau dalam beragama sehingga apabila menuturkan kata, kita musykil;

    • Firman Allah yang mana dirujuknya?
    • Hadith sahih mana diambilnya?
    • Falsafah apa dipakainya?
    • Mantik apa diguna olehnya?
    • Kalam apa yang diputarbelit lidahnya?

    5 persoalan di atas itu adalah soalan yang sama kita bentangkan dalam Bahagian 1 terbitan ini ya tuan puan. Sengaja kita ulang. Ada akal hendaklah kita guna dengan waras. Kita mohon perkara ini jelas ya tuan puan.

    Baiklah tuan puan. Terbitan ini akan kita teruskan dengan membentangkan susunan keseluruhan ayat Surah An-Nuur dari ayat 34 hingga ayat ke 46. Tuan puan bacalah dengan hati yang tulus. Berlindunglah dengan Allah dari syaitan yang terkutuk. Dan dengan nama Tuhanmu, berdoalah supaya diberi kefahaman sebagaimana layak Tuhan Yang Maha Agung mengkehendaki kita sebagai hambaNya faham. Ayat-ayat 34 hingga 46 ini jelas saling berkaitan dan saling menjelaskan perihal cahaya yang dimaksudkan. Ia tiada kena mengena dengan perihal Nur Muhammad yang dijadikan sembang di masjid, surau dan kedai kopi ya tuan puan.

    antelope canyon arizona
    Photo by Ray Bilcliff on Pexels.com

    Surah An-Nuur Ayat 34 – 46

    34

    وَلَقَدْ أَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ وَمَثَلًا مِّنَ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ

    Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh [MISAL / PERUMPAMAAN] dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

    Surah An-Nuur 24:34

    35

    ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

    Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. PERUMPAMAAN (misal) cahaya[Nya] Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang [rayau] seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN (misal) bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

    Surah An-Nuur 24:35

    36

    فِى بُيُوتٍ أَذِنَ ٱللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا ٱسْمُهُۥ يُسَبِّحُ لَهُۥ فِيهَا بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْءَاصَالِ

    [Cahaya Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali] Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,

    Surah An-Nuur 24:36

    37

    رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَٰرَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلْقُلُوبُ وَٱلْأَبْصَٰرُ

    Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

    Surah An-Nuur 24:37

    38

    لِيَجْزِيَهُمُ ٱللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا۟ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

    (Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

    Surah An-Nuur 24:38

    39

    وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَعْمَٰلُهُمْ كَسَرَابٍۭ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ ٱلظَّمْـَٔانُ مَآءً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَهُۥ لَمْ يَجِدْهُ شَيْـًٔا وَوَجَدَ ٱللَّهَ عِندَهُۥ فَوَفَّىٰهُ حِسَابَهُۥ ۗ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ

    Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.

    Surah An-Nuur 24:39

    40

    أَوْ كَظُلُمَٰتٍ فِى بَحْرٍ لُّجِّىٍّ يَغْشَىٰهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِۦ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِۦ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَٰتٌۢ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَآ أَخْرَجَ يَدَهُۥ لَمْ يَكَدْ يَرَىٰهَا ۗ وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ ٱللَّهُ لَهُۥ نُورًا فَمَا لَهُۥ مِن نُّورٍ

    Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

    Surah An-Nuur 24:40

    41

    أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلطَّيْرُ صَٰٓفَّٰتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُۥ وَتَسْبِيحَهُۥ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ

    Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

    Surah An-Nuur 24:41

    42

    وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلْمَصِيرُ

    Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk).

    Surah An-Nuur 24:42

    43

    أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزْجِى سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُۥ ثُمَّ يَجْعَلُهُۥ رُكَامًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِنۢ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصْرِفُهُۥ عَن مَّن يَشَآءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِۦ يَذْهَبُ بِٱلْأَبْصَٰرِ

    Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

    Surah An-Nuur 24:43

    44

    يُقَلِّبُ ٱللَّهُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّأُو۟لِى ٱلْأَبْصَٰرِ

    Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.

    Surah An-Nuur 24:44

    45

    وَٱللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَآبَّةٍ مِّن مَّآءٍ ۖ فَمِنْهُم مَّن يَمْشِى عَلَىٰ بَطْنِهِۦ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِى عَلَىٰ رِجْلَيْنِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِى عَلَىٰٓ أَرْبَعٍ ۚ يَخْلُقُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

    Dan Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air, maka sebagian dari hewan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    Surah An-Nuur 24:45

    46

    لَّقَدْ أَنزَلْنَآ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

    Surah An-Nuur 24:46
    purple and white petaled flower
    Photo by DTS VIDEOS on Pexels.com

    Bagaimana tuan puan faham? Sudah baca tafsir yang pelbagai? Sudah jelas maksud ayat 35 Surah An-Nuur bila baca keseluruhan konteks ayat 34 hingga 46? Atau hati tuan puan terpaut dengan syubahat yang terkandung dalam buku Hakikat Insan, yang isi kefahamannya boleh dijengok dengan putar belit kalam di laman Facebook dan atau pelbagai terbitan kefahaman Nur Muhammad yang membawa kepada kegelinciran aqidah dalam pelbagai blog mahupun kitab karangan ulama tersohor?

    Ulang Tayang Apa Di Sebalik Nur Muhammad

    Tuan puan sekalian, sebelum kita ulas keseluruhan ayat Surah An-Nur dari 34 hingga 46, elok juga kita ulang tayang syubahat konsep Nur Muhammad yang telah diterangkan oleh Ustaz Noor Derus dalam Video 2 (Bahagian 1) sebelum ini;

    Untuk membantu isi kandungan pembentangan tersebut, kita kongsikan juga slides yang telah dikongsikan oleh Sidang Kalam supaya tuan puan boleh memahami huraian dan penjelasan sang ustaz;

    Tuan puan sekalian. Ini adalah kali ketiga kita bagi peringatan; SILA TONTON VIDEO DARI AWAL HINGGA AKHIR.

    Sebab, kalau tuan puan masih belum tonton, barangkali tuan puan masih berkira-kira lagi; apa masalah dengan Nur Muhammad? Beginilah ya. Kalau kita faham betul-betul ayat-ayat 34 hingga 46 yang telah kita baca tadi, kita faham cahaya Allah, tetapi berdegil juga, maka eloklah baca ayat jujukan berikutnya; Ayat 47.

    Ayat 47 ini adalah peralihan PENJELASAN cahaya hidayahNya dan keadaan orang yang mengimani berbanding yang mengingkarinya melalui perumpamaan (ayat 33-46), lalu diikuti ciri-ciri orang munafik, yang dijelaskan dalam jujukan ayat 48,49 dan 50;

    وَيَقُولُونَ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ وَمَآ أُو۟لَٰٓئِكَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ

    Dan mereka berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Rasul, dan kami mentaati (keduanya)”. Kemudian sebagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

    Surah An-Nuur 24:47

    Kita berhenti setakat ayat 47 ini dan cubalah ambil ibrah dari maksud zahir ayatnya secara umum.

    Tuan puan fikirlah sendiri dengan akal yang waras. Mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya, tetapi mendustakan kalam Allah, mendustakan sabda Nabi Muhammad SAW. Masih mencari jalan memutarbelitkan kalam Allah? Masih mahu cari jalan memutarbelitkan kalam Nabi Allah?

    Masih mahu berpegang kepada kefahaman Nur Muhammad secara langsung atau tidak? Secara sedar atau tidak akhirnya akan membawa kita kepada fahaman dan kepercayaan yang penuh syubahat yang tiada asal dari Tuhan? Kita sedar atau tidak Allah itu adalah Sang Maha Pencipta Yang Tunggal? Kita faham atau tidak Muhammadﷺ itu adalah manusia yang telah diangkat darjatnya menjadi Rasullullah? Muhammadﷺ itu Rasullullah. Isa AS itu Rasullullah. Musa AS itu Rasullullah. Ibrahim AS itu Rasulullah. Kita faham atau tidak hakikat ini?

    Atau kita hendak faham juga Muhammadﷺ itu adalah Nur Muhammad? Lalu kita bezakan; “Muhammad yang berada di Madinah itu, atau Muhammad yang berada di dalam diri awak itu? Awak berselawat kepada Muhammad yang di Madinah itu, atau awak berselawat kepada Muhammad yang berada dalam diri itu?” Pernah dengar ungkapan syubahat seperti ini? Pernah dengar ungkapan jauh lebih menyeleweng daripada ini? Kalau belum pernah dengar, cuba baca terbitan sebelum ini; Makrifatullah – Hakikat, Makrifat dan Martabat Tujuh. Barangkali tuan puan akan faham maksud kita ini.

    brown and beige wooden barn surrounded with brown grasses under thunderclouds
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    Tadabbur Surah An-Nuur Ayat 34 – 46

    Kalau tuan puan masih belum jelas maksud ayat 35 Surah An-Nuur bila baca keseluruhan konteks ayat 34 hingga 46, dan hati masih terpaut juga dengan syubahat Nur Muhammad dengan alasan konsep ini ada dalam kitab, kita cadangkan tuan puan mentadabbur Al-Quran dengan sebenar-benar tadabbur. Maksudnya, KAJI ALQURAN. Elok kita beri sedikit petua dari ORANG AWAM KEPADA AWAM;

    1. Sekurang-kurangnya telah khatam membaca / mendengar Al-Quran dengan mengetahui terjemahannya, secara berulang (lebih dari sekali);
    2. Baca keseluruhan Surah An-Nuur dengan mengetahui terjemahannya dan semak pelbagai tafsir yang muktabar;
    3. Dari tafsir para ulama itu, cuba susun kefahaman berdasarkan konteks ayat, khususnya jika kita tidak ketemui asbaabunnuzul ayat-ayat yang berkenaan, dalam kes ini adalah ayat 34 hingga 46.

    Tuan puan bacalah dengan jiwa yang bersih, hati yang tulus. Mohonlah perlindungan dengan Allah dari bisikan dan godaan syaitan. Awali dengan menyebut nama Allah, mulakan kajian.

    Kita akan menerangkan kefahaman AWAM kita. Cuma hendak pesan sikit. Kefahaman kita barangkali benar, barangkali salah. Kita tidak akan pernah tahu KEBENARAN MUTLAK kefahaman kita semasa hidup di dunia ini ya tuan puan. Sama macam kita tidak akan pernah tahu KEBENARAN MUTLAK kefahaman kita terhadap kefahaman ulama muktabar. Begitu juga, tulisan dan kefahaman para ulama yang muktabar itu pun kita tidak pernah akan tahu KEBENARAN MUTLAK kefahaman mereka yang pelbagai dan berbeza pandangan. Kita hanya boleh berharap dan berdoa agar kefahaman kita sejalan dengan kefahaman para ulama muktabar dan sejalan dengan kefahaman para sahabat dan pengikut sahabat dan sejalan dengan jalan Nabi Muhammad SAW. Dan kita hanya mampu memohon ampun kepada Allah jika kefahaman kita salah.

    Baiklah. Berdasarkan maksud ayat, terjemahan dan tafsiran para ulama muktabar, kita cuba bina rangka kefahaman Ayat 35 dalam konteks ayat 34 hingga ayat 46 dari Surah An-Nuur itu sebegini sebelum memulakan huraian, supaya kita dapat membersihkan hati kita dari syubahat Nur Muhammad oleh golongan yang menculik ayat 35 itu sebagai dalil kepercayaan mereka.

    Inilah rangka huraian asas yang ingin kita kemukakan;

    Sebagai pembuka huraian, biarlah kita jelaskan sekali lagi bahawa ayat 35 surah An-Nuur itu tidak boleh dan tidak layak dijadikan dalil Nur Muhammad. Ayat 35 itu adalah ayat perumpamaan Allah menerangkan cahayaNya, iaitu pertunjuk dariNya kepada manusia sejagat. Ayat 34 adala pembukanya manakala ayat 46 adalah penutup kepada PENJELASAN Allah bagi orang yang bertakwa kepadanya;

    لَّقَدْ أَنزَلْنَآ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan.

    – petikan Ayat 34 dan 35 Surah An-Nuur

    Perhatikanlah bahawa rangkap لَّقَدْ أَنزَلْنَآ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ itu zahir dalam kedua-dua ayat 34 dan 46. Bagaimana Allah menjelaskan? Bagaimana Allah menerangkan kepada kita? Ia dimulakan dengan memaklumkan dalam ayat 34;

    وَمَثَلًا مِّنَ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ

    dan [iaitu dengan] contoh-contoh [MISAL / PERUMPAMAAN] dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

    Jadi kita kena faham ya tuan puan. Bila baca AlQuran, jangan jadi ‘literalist’. Allah mengajar kita melalui ayat ini, bahawa terdapat pelbagai perbuatan dan akidah umat terdahulu, yang baik dan yang buruk boleh kita ambil pelajaran dari AlQuran. Allah sebut مَثَلًا (contoh / misalan).

    Lalu apabila kita mula membaca ayat selanjutnya, iaitu ayat 35, Allah lanjutkan pula; مَثَلُ نُورِهِ (perumpamaan cahayaNya) dan menerangkan metafora sifat cahaya yang berasal dari nyalaan api minyak zaitun didalam balang kaca pelita terletak di dalam misqat (lubang yang tidak tembus). Dalam ayat 35 ini juga Allah menegaskan sekali lagi;

    وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَٰلَ لِلنَّاسِ

    dan Allah memperbuat PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN (misal) bagi manusia

    – petikan sebahagian Surah An-Nuur 24:35

    Maksudnya apa? Cahaya, sifat cahaya yang memberi petunjuk kepada manusia dan betapa jelasnya petunjuk itu dengan sifat CAHAYA ATAS CAHAYA yang dinyatakan dalam PERUMPAMAAN itulah petunjuk yang membawa manusia kepada Allah. Cahaya DAN cahaya-atas-cahaya itu merujuk kepada hidayah Allah, sebagaimana telah dijelaskan dalam pelbagai tafsir para ulama. Hidayah dan petunjuk itu, secara zahir adalah dalam bentuk Kitabullah dan Rasulullah yang hadir dalam kalangan manusia sejak zaman berzaman dari Nabi Adam AS lagi. Bagi kita umat akhir zaman, Kitabullah kita Al-Quran yang dibawa dan disampaikan risalahnya oleh Rasulullah Muhammadﷺ. Itulah maksudnya.

    Secara hakikatnya, Allah terangkan melalui perumpamaan minyak zaitun yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Sebab itu kita jumpa dalam tafsir para ulama, ia adalah merujuk kepada apa yang telah tertanam di dalam qalbu kita. Di alam roh lagi, kita sudah pun memperakui dan mengagungkan kebesaran Tuhan sebelum kita lahir di dunia ini. Inilah fitrah bagi setiap insan di dunia ini. Mereka mengaku adanya Tuhan biarpun ada di kalangan mereka lancang mulutnya tidak memperakui adanya Tuhan. Dari mana kita ketahui perkara ini? Dari kisah nyata yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Dari kisah umat terdahulu yang dirakamkan dalam Kitabullah, termasuklah Al-Quran yang kita baca hari ini. Bila manusia terdesak tidak tahu bagaimana mereka ingin dapatkan pertolongan, kepada siapa manusia ini minta tolong?

    white and yellow airplane in mid air
    Photo by Paer Svensson on Pexels.com

    Yang tertanam (diprogramkan) dalam ‘DNA setiap insan’ yang hidup ini Allah telah jelaskan kepada kita dalam Al-Quran;

    وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَٰفِلِينَ

    Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”

    Surah Al-A’raf 172

    Tuan puan sekalian. Kita hendak pusing tara mana lagi? Sunatullah sudah ditetapkan sejak azali, kita manusia ini memperakui kebesaran dan keagungan Tuhan. Inilah falsafah yang boleh kita nisbahkan perumpamaan ‘minyak zaitun yang kilaunya kelihatan’. Maksudnya, jauh di sudut hati manusia, secara fitrahnya memang sudah bersaksi keagungan dan kekuasaan Tuhan, sebab ia sudah tertanam dalam qalbu setiap insan. Itulah maksud persoalan kita lontarkan tadi;

    Bila manusia terdesak tidak tahu bagaimana mereka ingin dapatkan pertolongan, kepada siapa manusia ini minta tolong?

    Pakar psikologi pun tidak tahu dari mana datangnya fitrah manusia yang kembali mencari Tuhan. Fitrah ini boleh dibuktikan dalam kehidupan seharian kita ya tuan puan. Cuba bayangkan kita sedang berada di dalam kapal terbang yang sedang terhempas, kita minta tolong kepada siapa?

    Bahkan, Allah sudah menjelaskan perihal ftirah manusia ini dalam Al-Quran;

    وَاِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِى الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُوْنَ اِلَّآ اِيَّاهُۚ فَلَمَّا نَجّٰكُمْ اِلَى الْبَرِّ اَعْرَضْتُمْۗ وَكَانَ الْاِنْسَانُ كَفُوْرًا

    Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur)

    Surah Al-Isra 17: 67

    Inilah fitrah kejadian manusia. Sebab itu Allah mengajar kita supaya hanya meminta permohonan kepadaNya;

    وَمَا بِكُمْ مِّنْ نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللّٰهِ ثُمَّ اِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَاِلَيْهِ تَجْـَٔرُوْن

    Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.

    Surah An-Nahl 16:53

    Sejarah peradaban manusia zaman berzaman memang sudah membuktikan, fitrah manusia itu memang mencari Tuhan. Itulah maksud perumpamaan minyak zaitun yang menjadi sumber cahaya pelita jika kita ini hendak berfalsafah sangat dengan seni kalam. Itulah maksud tersirat jika kita mahu berfalsafah tidak habis-habis dalam hidup ini. Usah biarkan akal kita ini terseleweng dengan perkara syubahat yang tiada asal dari kalam Allah.

    Perumpamaan minyak zaitun itu tiada kena mengena dengan Nur Muhammad ya tuan puan. Memang ada ulama menisbahkannya sebagai Nabi Muhammad SAW yang kenabiannya sudah dikenali biarpun belum diabsahkan dengan penerimaan wahyu. Jika kita mahu ambil kefahaman sedemikian, memadailah setakat itu sahaja. Sebab apa? Itu hanya penisbahan saja kalau kita hendak fahami konteks bahawa memang AlQuran itu adalah risalah yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Jadi berhenti setakat itu saja. Kerana hakikatnya, kalau kita faham betul-betul ayat 35 itu, konteks ayat itu adalah perihal cahaya Allah, bukannya; “cahaya Nabimu” sebagaimana dakwaan sebahagian orang yang melampau dalam berkalam.

    Usah belitkan lidah kita dengan gelaran Nur Muhammad pula. Kenapa kita ini berdegil sangat tidak mahu sebut Muhammadﷺ? Degil sangat tidak mahu sebut Rasulullah? Gelaran Nabi itu apa ya tuan puan kalau baca sirah Nabi? Sejak bila pula datangnya gelaran Nur Muhammad itu datang? Sejak bila? Tidak lain ianya dari puak yang karam dalam kalam. Pernah baca sejarah atau dengar syarahan berkenaan sejarah perselisihan akidah umat Islam sepanjang 15 abad?

    Tuan puan sekalian. Biar kita tegaskan sekali lagi ya. CAHAYA dan CAHAYA ATAS CAHAYA itu bukanlah Nur Muhammad. Cahaya itu adalah hidayah Tuhan. Dan hidayah Tuhan itu TERPANCAR jelas terang benderang dari AYAT (tanda alam atau kalam Allah dalam AlQuran). Sebab itu Allah suruh kita memerhatikan alam ini (rujuk bahasan ayat-ayat 41, 42, 43, 44, 45 selepas ini) supaya kita memahami hakikat kehidupan. Fitrah manusia hidup ini mencari kebenaran (CAHAYA), bukannya kesesatan (GELAP).Yang menjadikan kita beriman atau kufur adalah pilihan yang Allah berikab; kita mahu hidup dalam cahaya (petunjuk) dari Tuhan atau kira mahu hidup dalam kegelapan (kesesatan).

    Sekalipun kita gemar berfalsafah tentang roh, qalb, nafs, sirr dan sebagainya sebagaimana banyak tertulis dalam kitab, kita haruslah memahaminya dalam konteks ayat 35 itu sahaja. Bukannya memasukkan cerita penglipur lara yang tiada asal dari Al-Quran mahupun dari hadith sahih. Kegemaran kita berfalsfah dengan cerita dongeng dan nukilan hadith tiada asal atau hadith palsu itulah yang menyebabkan keracunan pemikiran dalam akidah kita dalam memahami ayat 35 Surah An-Nuur.

    Yang kita kena fahami dari tadabbur ayat 35 ini adalah Tuhan menceritakan tentang diriNya. Tentang rahmatnya kepada seluruh alam. Kepada umat manusia dan segala makhluknya. Tanpa cahaya maka gelap gulitalah seluruh alam. Maka tiadalah makna alam itu. Itulah maksud Allah itu cahaya langit dan bumi. Itulah rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Dari kerana petunjuk itulah maka Allah hanya mengizinkan (memerintahkan) kita supaya تُرْفَعَ (memuliakan) dan يُذْكَرَ (mengingati / menyebut) namanya, dirumah mahupun rumah ibadat (masjid / surau) setiap waktu pagi dan petang. Inilah yang disuruh oleh Allah dalam ayat 36 pula. Memuliakan Allah. Menyebut-nyebut nama Allah. Bukan menyebut-nyebut Nur Muhammad dalam qasidah, berzanzi, nasyid dan zikir. Kita faham atau tidak maksud zikrullah?

    Orang yang takut kepada hari kiamat tidak akan lalai dari mengingati Allah. Lisannya menyebut nama Allah, bukan nama selainnya apabila berzikir. Inilah yang diterangkan dalam ayat 37. Mengapa demikian? Kerana dengan memuliakan Allah, mengingati dan menyeru Allah, kita mengharapkan balasan baik dari Tuhan kita, supaya Allah menambah kurniaanNya. Lalu apa Allah sebut dalam rangkap akhir ayat 38? Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. Inilah kurniaan Allah kepada orang yang mengikuti cahaya (petunjuk) dariNya.

    suv vehicle driving on vast sandy terrain
    Photo by chris clark on Pexels.com

    Seperti yang telah kita jelaskan dalam Bahagian 1 sebelum ini, ayat 39 dan 40 itu adalah bandingan orang yang mengingkari cahaya Allah. Cahaya lawannya kegelapan. Petunjuk lawannya kesesatan. Kedua-dua ayat ini mengesahkan jaminan Allah berkenaan rahmatNya dan ancaman perhitungan kepada manusia yang mengingkariNya. PERUMPAMAAN (مَثَلُ) yang dalam 35 tadi diteruskan dengan seumpama / laksana dengan huruf كَ (kaf) dalam susunan perkataan كَسَرَابٍۭ بِقِيعَةٍ (laksana fatamorgana di tanah yang datar / padang pasir – ayat 39) DAN susunan perkataan  كَظُلُمَٰتٍ فِى بَحْرٍ لُّجِّىٍّ (seperti gelap gulita di lautan yang dalam – ayat 40). Serupa jugalah dalam ayat susunan كَمِشْكَوٰةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ (seperti miskat yang di dalamnya ada pelita besar – ayat 35). Perhatikanlah ketiga-tiga PERUMPAAMAAN yang Allah jelaskan ya tuan puan sekalian.

    Ayat 39 menjelaskan berkenaan golongan ingkar yang terpedaya dengan harapan palsu yang mereka ada-adakan. Tidakkkah kita pernah terfikir kepercayaan Nur Muhammad yang sohor dalam kebanyakan tarekat itu adalah harapan palsu tiada asal?

    Ayat 40 itu pula adalah perumpamaan orang yang tidak mendapat cahaya. Pernah tonton dokumentari keadaan gelap gulita di lautan dalam? Tahu betapa gelapnya? Apatah lagi jika dilitupi ribut badai ombak (ombak di atasnya ombak) atau gelombang di atas gelombang dan dilitupi awan? Faham atau tidak gelapnya dunia? Begitulah gelapnya hati dan hidup orang yang tidak mahu mengikuti cahaya Allah sebagaimana dijelaskan dalam Ayat 35. Ia adalah cahaya Allah. Ia adalah petunjuk Allah. Falsafah dan mantik apa yang kita pakai sehingga kita GAGAL FAHAM memahami perkaitan dalam tiga perumpamaan yang Allah berikan kepada kita dalam ayat 35, 39 dan 40? Bagaimana kalam kita boleh terbelit dengan cerita penglipur lara tiada asal dalam memahami PERUMPAMAAN yang Allah jelaskan kepada kita alam Kitabullah?

    Sebab itu kalau kita telusuri ayat 41 berikutnya Allah menegaskan apa yang ada di langit dan dibumi menyucikan (يُسَبِّحُ) Allah. Bagaimana kita manusia ini hendak menyucikan Allah jika hati kita terpaut dengan nama Nur Muhammad yang Allah tidak pernah menyebutkannya, yang Nabi Muhammad SAW tidak pernah menisbahkan nama itu kepada dirinya? Dalam carta yang telah kita kemukakan di atas tadi, kita menyerlahkan beberapa kata kunci apabila Allah menerangkan tentang diriNya lebih lanjut; 42 (Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk); 43 (bahwa Allah mengarak awan); 44 (Allah mempergantikan malam dan siang); dan 45 (Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air). Lalu Allah menegaskan;

    يَخْلُقُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

    Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    Petikan Surah An-Nuur 24:45

    Kita faham atau tidak setelah Allah memberikan tiga perumpamaan, Allah menegaskan Dialah Yang Maha Suci, Dialah Sang Maha Kuasa yang memiliki segala-galanya, kepadaNyalah semua makhluk kembali atau bergantung harap, Dialah Maha Pentadbir alam ini dan Dialah Sang Pencipta Tunggal yang Maha Agung?

    Bagaimana golongan melampau dalam memuja Nur Muhammad ini mendapat dalil segala sifat dan keagungan Allah itu diserahkan kepada Nabi Muhammad SAW, diserahkan pula kepadi Saidina Ali RA, diserahkan pula kepada para wali yang menjaga alam ini? Bagaimana mereka yang mendakwa mabuk kepayang cinta kepada Tuhan ini membiarkan saja kekuasaan dan keagungan Allah diberikan kepada selain dariNya? Bagaimana pula pihak yang membela puak-puak ini boleh menutup sebelah mata perihal kegelinciran aqidah Nur Muhammad ini?

    Falsafah, mantik dan kalam jenis apakah yang sedang dibiarkan oleh berleluasa oleh golongan penguasa dan cerdik pandai agama sejak awal abad ke-4 hingga abad ke 15 Hijrah ini?

    +SANGfikir

    Dan mereka masih menganggap orang awam ini jahil? Mahu juga disogokkan dengan alasan fahaman Nur Muhammad ini ikhtilaf ijma’? Khilaf apakah ini jika ia berpunca dari hawa nafsu memutar belitkan kalam dari Al-Quran dan hadith? Masih lagi memomokkan masyarakat dengan dakwaan perkara khilafiyah? Seolah-olah semua orang awam sekaliannya tidak cerdas memahami kitab? Sedangkan orang awam yang menjauhkan pemikiran syubahat ini juga mengambil pendapat muktabar dari para ulama yang menentang penyelewangan ini? Adakah para ulama yang tidak sependapat dengan mereka ini juga jahil? Adakah para salafus soleh yang berada di jalan Nabi itu juga jahil kerana tidak pernah menjaja kefahaman Nur Muhammad ini pada zaman mereka? Tahukah kita kefahaman syubahat ini muncul selari dengan Al-Hallaj? Tahukah kita syubahat ini muncul di abad keberapa? Tahukah kita para ulama yang menentang pemikiran ini sebaik ia muncul di akhir abad ke-3 Hijrah? TAHUKAH KITA?

    Begitu sukar sekali bagi kita ini faham kalam Allah dalam ayat 46 dalam akhir kelompok tema ayat-ayat Surah An-Nuur ini?;

    لَّقَدْ أَنزَلْنَآ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

    Surah An-Nuur 24:46

    Tuan puan fikirkanlah. Bagaiamana kita ini hendak tergolong yang dipimpin oleh Allah kalau kita biarkan diri kita terbelenggu dengan syubahat tiada asal dalam beraqidah? Kita hendak ikut kalam tok guru atau kita hendak ikut kalam Allah? Kita masih mahu dengar kata tok guru “kembali kepada Al-Quran dan kembali kepada hadith sahih” itu sesat? Tuan puan nilai sendirilah dengan jujur ya.

    purple thunder storm during nighttime
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    GAGAL FAHAM Nur Muhammad?

    Tuan puan sekalian. Nanti ada yang berkata Nur Muhammad ini ada dalam karangan para ulama zaman silam dan mereka yang menukil dari kitabnya. Kita hendak jawab apa? Siapa yang GAGAL FAHAM ini sebenarnya?

    Tuan puan sekalian tahu dari mana datangnya kalam GAGAL FAHAM ini? Biasa dengar?

    Berkenaan GAGAL FAHAM ini tuan puan, elok kita hidangkan selingan video terlebih dahulu sebelum merumuskan perihal Nur Muhammad dalam kitab-kitab.

    Video di bawah ini umum ya tuan puan. Ia tidak berkait langsung dengan Nur Muhammad, tetapi ia berkait secara tidak langsung dengan terbitan kepercayaan Nur Muhammad. Video ini berkaitan cara memahami nas dan betapa jeliknya pemikiran GAGAL FAHAM. Tonton dahulu ya;

    Video 8


    Sila tonton dahulu ya tuan puan. Nilai sendiri dengan jiwa yang bersih dan pemikiran yang adil ya. Siapa yang GAGAL FAHAM? Cuma kita nak tanyalah. Kita pengikut cara fikir Assyairah AlMaturiyah ini, patutkah kita GAGAL FAHAM cara guna akal yang waras dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti ini? Fikir-fikirkanlah.

    Mari kita uji sama ada kita masih GAGAL FAHAM juga dengan menonton video berikut pula;

    Video 9

    Ilmu rahsia Nur Muhammad yang diajar oleh Dr. Arrazy Hashim ini mirip apa yang terkandung dalam buku Hakikat Insan juga ya tuan puan. Sekarang tuan puan fikirkanlah ya. Setelah tadabbur ayat 35 surah An-Nuur, setelah melihat konteks maksudnya dalam kelompok ayat 34 hingga 46, adakah tuan puan boleh terima ilmu rahsia di atas itu sebagai kebenaran atau ia sememangnya dongeng penglipur lara? Kemabukan cinta apakah ini? Culik sana sini kalam Allah, lalu jadikan bahan rahsia Nur Muhammad, ini kita kata ikut jalan Nabi?

    Apa pilihan tuan puan sekalian? Sudah faham atau GAGAL FAHAM juga?

    Kita bagi pautan ke laman web Nurmuhammad.com dan Saltanat.org yang dinisbahkan kepada Syaikh Nazim Al-Haqqani yang sering dijadikan rujukan seluruh dunia oleh mereka yang kononnya mabuk kepayang cinta kepada Tuhan. Tuan puan nilailah sendiri perangai puak-puak yang suka culik ayat Al-Quran sana sini, tebuk sana-sini, lalu dicantumkan jadi dongeng ‘insan kamil’ dalam mabuk mereka. Ramai terpedaya dengan belitan puak-puak ini. Sebab apa? Sebab tidak mahu tadabbur AlQuran. Baca pun tak faham;

    • Nak faham macam mana kalau bahasa Arab pun tak faham?
    • Nak faham macam mana kalau TERJEMAHAN 30 juzuk Al-Quran pun tidak pernah habis?
    • Nak faham macam mana kalau baca TAFSIR Al-Quran pun tidak pernah?

    Sebab apa lagi? Sebab ikut dongeng tok guru; hendak mencapai makrifatullah kena ikut mursyid katanya; “Jangan banyak tanya, siapa yang banyak tanya maka lemahlah imannya”. Puak-puak inilah yang memandang rendah bukan hanya kepada orang yang ikut syariat, malah para ulama, tok guru dan ustaz yang mengajar ilmu syariat pun dipandang lekeh oleh mereka. Puak-puak inilah yang melarang orang awam tadabbur Al-Quran. Takut sesat katanya. Kita hendak tanyalah. Tok guru yang ajar kemabukan Nur Muhammad itu; mereka itu ahli tadabbur, atau mereka itu akalnya berterabur?

    Faham atau tidak lontaran kita itu? Atau, GAGAL FAHAM?

    Beginilah ya. Sama ada tuan puan sudah faham syubahat Nur Muhammad dalam masyarakat kita ini, atau tuan puan sendiri GAGAL FAHAM kalam Allah dalam AlQuran, atau tuan puan menganggap si tukang tulis ini yang GAGAL FAHAM, itu terpulanglah ya tuan puan sekalian. Kalau tuan puan hendak hidup ini bergantung harap semata-mata kepada para penguasa agama untuk menjaga aqidah tuan puan, ya silakanlah. Biarpun jika penguasa itu membiarkan kepercayaan Nur Muhammad ini disebar meluas dalam masyarakat Islam (atas alasan untuk penelitian, tanpa sebarang penjelasan ia perkara yang haq atau batil), tuan puan masih mahu berharap lagi? Hendak kata apa lagi?

    Faham atau tidak lontaran kita itu? Atau, GAGAL FAHAM?

    Faham atau tidak, ketahuilah bahawa pegangan tuan puan bukan urusan kita. Urusan kita adalah membentangkan pelbagai pandangan yang berbeza, supaya kita yang mendakwa diri Aswaja+AAA ini cerdik menggunakan akal. Tetapi kalau tuan puan hendak berpegang ajaran tok wali bahawa ‘iman tidak boleh dicapai dengan akal’, maka tanggunglah sendiri. Seolah-olah kita ini tidak pernah dengar suruhan Tuhan supaya berfikir. Seolah-olah kita tidak pernah faham Al-Quran yang kita khatam beramai-ramai setiap kali datangnya Ramadhan. Bukan main lagi ya kita bahagi-bahagi baca ikut juz dengan kawan-kawan. Biasa buat?

    Kita ini jenis guna akal atau jenis buang akal?

    Tinggalkanlah Syubahat Nur Muhammad

    Baiklah tuan puan sekalian. Kita sudah menghampiri rumusan. Tadi kita sudah tayangkan Video 9 berkenaan dakwaan rahsia Nur Muhammad, maka sekarang kita berhasrat tayangkan pula ‘antidote’;

    Video 10

    Macam mana tuan puan? Kalam sang ustaz tadi menjadi ‘antidote’ atau ianya menjadi racun dalam pemikiran tuan puan?

    Macam mana tuan puan? Kedua-dua Dr. Arrazy Hashim (Video 9) dan Noor Derus (Video 10) masing-masing adalah ustaz ya tuan puan. Masing-masing dakwa ada dalil. Masing-masing dakwa ambil ilmu dari para ulama.

    Lalu kita hendak tanya. Tuan puan sekalian masih GAGAL FAHAM atau SUDAH FAHAM lontaran kita sebelum ini;

    Beginilah ya tuan puan sekalian. Kalau kita hendak ambil semua yang ada dalam kitab sebagai benar mutlak, kalau kita hendak ambil semua kalam para ulama sejak abad pertama hingga abad kini semuanya itu sebagai mutlak belaka, maka jadilah caca merba akidah kita semuanya. Kita hendak ikut yang mana kalau semua yang ada dalam kitab dianggap benar secara mutlak? Boleh fikir?

    petikan Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (1)

    Faham? Atau masih GAGAL FAHAM?

    Begini ya tuan puan sekalian. Dalam bahagian Tadabbur Surah An-Nuur Ayat 34 hingga 46, kita sepatutnya faham bahawa kesuluruhan himpunan ayat, termasuk ayat 35 adalah seputar HAKIKAT TUHAN; hidayahNya, petunjukNya, cahayaNya. Kita tegaskan sekali lagi, ayat 35 itu tidak layak dijadikan dalil Nur Muhammad. Ayat 35 itu Allah menerangkan tentang CAHAYA ALLAH. Hakikat Tuhan. Bukannya Hakikat Muhammadiah yang mirip seperti ‘Hakikat Isawiyah’ yang diada-adakan dalam The First Council of Nicea ya tuan puan sekalian.

    Jika kita hendak menisbatkan ayat 35 itu kepada Nabi Muhammad SAW, itu tiada masalah iaitu; RASULULLAH MUHAMMAD SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM adalah utusan yang menyampaikan ayat 35 itu kepada manusia sejagat. Itu saja. Kita ulang sekali lagi;

    Muhammadﷺ itu adalah manusia yang telah diangkat darjatnya menjadi Rasullullah? Muhammadﷺ itu Rasullullah. Isa AS itu Rasullullah. Musa AS itu Rasullullah. Ibrahim AS itu Rasulullah.

    HIDAYAH; Cahaya Allah itu dipancarkan menjadi CAHAYA DI ATAS CAHAYA oleh para Rasul yang diutus Allah SWT kepada umat manusia. Kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran itulah itulah CAHAYA DI ATAS CAHAYA. Itulah CAHAYA ATAS CAHAYA kalau memang kemaruk sangatlah kita hendak berfalsafah, bermantik dan bermain seni kalam. Itulah cahaya Allah; petunjuk, hidayah, kitab Allah, kalam Allah sebagai cahaya yang terang benderang (cahaya di atas cahaya) yang sampai seluruh umat manusia sejak Nabi Adam AS, sehingga kepada pengetahuan kita hari ini melalui para Nabi, ulama dan ustaz.

    Lalu kenapa kita tidak pernah sebut Nur Ibrahim, Nur Musa, Nur Isa, Nur Ulama, Nur Ustaz? Kenapa lidah tidak bertulang kita ini jadi bercabang pula tidak lekang dari sebut Nur Muhammad pula? Kita sedang buat apa ya tuan puan sekalian? Kita semua ini sedar atau tidak beza PUJI (berselawat ke atas Nabi) dengan PUJA, menDEWAkan, SEMBAH, men-TUHAN-kan makhluk? Kita tidak pernah tadabbur berulang-ulang kalam Allah dalam Al-Quran melarang manusia menyekutukan Tuhan? Kita ini tahu guna akal?

    Faham, atau masih GAGAL FAHAM?

    Kita tidak pernah mendengar hadith;

    عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:

    «لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ، وَلَكِنْ قُولُوا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ»

    Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibn Maryam. Tetapi katakanlah: hamba Allah dan rasul-Nya.

    Sahih Bukhari

    Faham, atau masih GAGAL FAHAM?

    Mereka yang GAGAL FAHAM inilah lazimnya lancang mulut mereka memutarbelitkan maksud Surah Al-Ikhlas, sehingga membawa maksud yang menyeleweng dari maksud asal. Itu belum lagi pelbagai ayat AlQuran lain yang diputar belitkan maknanya. Pernah dengar perkara ini? Sila tonton Video 10 di atas dari awal hingga akhir ya tuan puan.

    Tuan puan sekalian, sekarang fikirkanlah kembali lontaran yang telah kita berikan dalam Bahagian 1;

    • Ada yang kata ia cuma isu furu’ (ranting);
    • Ada yang kata ia isu ushul (pokok);

    Jadi, apa kata tuan puan sekalian?

    Jangan kata pula ramai para ustaz cerita perihal Nur Muhammad dalam masjid, surau dan kedai kopi. Ustaz dah kata macam tu, takkanlah salah pula? Jadi kita nak tanya. Sudah habis mengajikah dengan ustaz lain? Tidak pernah dengarkah ada ramai pula ustaz lain sebut kefahaman Nur Muhamamad itu batil? Kita ini hidup zaman apa? Tidak pernah dengar pasal internet? Tidak pernah dengar beza pendapat? Tidak mahu kata pula para ustaz yang mengatakan Nur Muhammad itu tiada asal itu benar? Ustaz, takkanlah salah pula? Mahu guna mantik; asal ustaz sebut saja mesti betul? Kalau dua-dua ustaz yang sokong dan bantah Nur Muhammad itu betul, kita nak pakai yang mana? Hendak kata perkara khilaf juga? Itu saja modal yang kita ada?

    Atau mahu duduk atas pagar tanpa pendirian? Boleh pakaikah alasan ini kalau sudah terang benderang cahaya Allah (CAHAYA DI ATAS CAHAYA / cahaya yang berlapis-lapis) menyuluhi hidup kita dengan membaca (dengan MEMAHAMI; bukan setakat berlagu ikut tajwid sahaja ya) dan mengkaji AlQuran? Atau kita simpan saja dalam almari hiasan lalu mengharapkan cahaya itu mendatangi kita? Atau bermacam aplikasi kita ada dalam telefon pintar namun tiada satu pun aplikasi terjemahan, tafsir dan asbaabunnuzul kita ada? Begitu sekali kita berpaling dari cahaya Allah? Masih mahu teruskan juga hidup ini BERGELAP DI DALAM GELAP (gelap gulita yang berlapis-lapis / tindih-bertindih)?

    Sebab itu kita ajak tuan puan sekalian guna akal. Kita ajak tuan puan belek Al-Quran. Belek hadith sahih. Faham dengan akal yang waras. Jangan asal ada dalam kitab kita telan. Asal keluar dari mulut ustaz, asal keluar dari mulut tok guru kita telan. Akal kita ini hendak letak mana?

    Faham, atau masih GAGAL FAHAM?

    blue icebergs under cloudy sky
    Photo by Pixabay on Pexels.com

    Akhirul Kalam

    Sebagai rumusan, inilah nasihat kita perihal Nur Muhammad yang telah lama dibiarkan bergentayangan dalam masyarakat Islam kita;

    WAHAI ORANG AWAM; Jauhilah perkara yang tiada asal dalam agama. Tinggalkanlah golongan mabuk kepayang dan melampau dalam beraqidah. Konsep, kefahaman dan kepercayaan Nur Muhammad ini tiada asal dalam agama Allah. Kembalilah kepada AlQuran. Kembalilah kepada hadith sahih. Fahami konteks ayat dan konteks riwayat dengan akal yang waras. Kita semua adalah Aswajaa+AAA sama ada suka atau tidak, bukan? Inikan perkara yang ditanam setiap minggu dalam khutbah Jumaat, bukan? Dalam urusan fekah, kita diajar ikut imam 4 mazhab khususnya Imam As-Syafie, bukan? Lalu kita diajar supaya ikut jalan Assyairah dan AlMaturidiyah supaya pandai bermantik dan berkalam dalam memahami aqidah, bukan? Lalu kita diajar mengikut jalan Al-Ghazali dalam urusan tasawuf, bukan? Kita tahu atau tidak beza aqidah dan tasawuf? Perihal Nur Muhammad ini urusan aqidah atau tasawuf? Masih mahu terpedaya lagi dengan dakwaan kalam gagap golongan mabuk kepayang cinta Allah dan Rasullullah dengan cara yang batil? Boleh agak soalan-soalan seterusnya jika mahu kita diteruskan? SILA GUNA AKAL. Otak biar cerdas;

    Berfalsafah biar tegap,

    bermantik biar cekap,

    berkalam biar mantap.

    +SANGfikir

    WAHAI PENGUASA DAN CERDIK PANDAI URUSAN AGAMA; Kamu sekalian hendak biarkan umat Muhammadﷺ ini dengan Nur Muhammad?

    TANGGUNGJAWAB. Pernah fikir?

    ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • ‘Perang Ustaz’: Wahabiah Aliran Sesat atau ASWJ?

    Tuan puan sekalian. Inilah adalah sambungan kisah perang sebelum ini; ‘Perang Ustaz’: Aswaja+AAA vs. Puak Tidak Mengaku Wahabi dan ‘Perang Ustaz’: Bila Masa Aku Jadi Wahabi? Perang mulut saja ya. Bukan perang dunia ketiga. Kita orang awam kena ikutilah cerita perang ini. Ikut bukan suruh taksub. Ikut bukan suruh kafir mengkafirkan orang lain ya. Ikut ini supaya kita boleh ambil pelajaran agar kita ini nanti boleh KELUAR KEPOMPONG: Bebaskan Dirimu Dari Dibelenggu.

    Elok kita kongsikan pengesahan melalui media sosial Ahlul Sunnah Waljamaah Research Group (ARG) di bawah ini;

    Nampaknya sudah setujulah itu. Jawapan bocor pun sudah diberi. “Wahabiah adalah aliran sesat, bukan ASWJ“. Sesat tang mana? Sesat ikut takrif ARG jugalah, kan. Takrif ikut mana? Takrif ikut ulama jugalah, kan? Ulama mana? Ulama pilihan hati jugalah kan? Takkanlah nak bentang kalam ulama yang kata Wahabi tidak sesat, kan? Jadi, dialog itu nanti, elok juga kita dengar sekali lagi, biarpun kita sudah dengar berkali-kali takrif Wahabi ikut sedap mulut sebelum ini.

    Manalah tahu, ada hujah baru yang kita belum pernah dengar, kan? Manalah tahu, nanti kita dapat dengar 100 dalil mengapa Wahabiyah itu sesat? Sebab, katanya 45 minit tak cukup, 1 jam pun tak cukup, kena 1 jam 15 minit baru cukup. Tak tahulah berapa ratus slides hendak tunjuk! Ilmu baru, kena dengar jugalah. Hendak telan, semak dahulu. Jangan semak dengan puak yang digelar Wahabi itu. Nanti tidak ke mana. Semaklah dengan fakta Al-Quran. Semaklah dengan hadith sahih. Cuma kena ingatlah; jangan guna kaedah takwil atau qiyas cara salah pula. Jangan semak dengan hadith palsu pula. Perangai suka benda palsu itu, kita hendak ikut sudah kenapa? Faham, atau GAGAL FAHAM maksud kita ini?

    Kita tidak tahulah isi kandungan surat menyurat rasmi antara kedua-dua belah pihak yang hendak ‘berperang’ itu. Zahirnya, jika tiada aral melintang, dialog WAHABIAH; ALIRAN SESAT ATAU ALIRAN AHLU SUNNAH WALJAMAAH? itu dijangka akan berlangsung pada satu tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak KUIP, sebagaimana diwar-warkan oleh Dr. Rozaimi dalam media sosialnya juga;

    Jadi tuan puan bolehlah ke laman Facebook untuk melihat asal usul ‘perang ustaz’ itu ya. Boleh juga baca komen-komen para pengikut yang lebih sudu dari kuah. Ini yang jenis taksub ya. Tidak dapat kita hendak tolong. Kita baca pun sudah tahu. Mana satu jenis mengaji kitab, mana satu jenis main telan saja cakap ustaz. Jenis malas berfikir ini yang paling ramai. Ikut sedap mulut saja. Tapi hendak kata apa? Komen masing-masing, kan?

    Orang kalau mengaji kitab pelbagai fikrah, tenang sajalah. Kita faham. Sebab, sudah rujuk kedua-dua hujah lebih awal. Pusing tang mana pun, hujah serupa juga akan diguna pakai. Tidak perlu tunggu dialog pun, kita sudah tahu. Masing-masing ada sisi benar, ada pula sisi melampau. Mana-mana puak pun, adalah nanti terlajak pandai. Tok guru ajar lain, dia faham lain. Dia tidak faham, patut diam saja. Bukan tunjuk pandai, tapi tak nampak pandai pun, kan?

    Bercakap pasal mengaji kitab pelbagai fikrah ini, eloklah kita selitkan pesanan. Mengaji beribu-ribu kitab pun, kalau tidak tahu menuras ilmu dengan akal berpandukan Al-Quran tiada gunanya. Sebab, kitab yang ditulis oleh para ulama itu, karangan manusia juga. Kena fahamlah, manusia ada salah dan silap juga. Pandangan manusia, tiada yang mutlak benar belaka. Kalau guna akal semata-mata, senang saja kita diperdaya oleh nafsu untuk memilih pandangan yang kita suka.

    Hendak pilih pandangan ulama, bukan ikut apa kita suka. Kena ikut apa Allah redho. Jauhi apa Allah larang. Kena ikut apa Nabi redho. Jauhi apa Nabi larang. Sebab itulah kena baca juga hadith. Kalau jadi kaki tolak hadith sahih, silap haribulan, jadi puak Liberal pula. Faham Al-Quran tak ikut konteks. Walhasil balik asal, jadi macam golongan melampau beragama petik ayat Al-Quran di luar konteks. Beratlah kes macam ini. Mana tak berat? Hadith palsu pun ditelan semuanya!

    brown wooden blocks on white surface
    Photo by Brett Jordan on Pexels.com

    Kemenangan atau Kebenaran?

    Dialog WAHABIAH; ALIRAN SESAT ATAU ALIRAN AHLU SUNNAH WALJAMAAH? ini dijangka akan berlangsung tahun depan ya tuan puan; 11 Februari 2023. Lambat lagi. Jadi, tenang-tenang dahulu. Usah teruja sangat. Dialog saja pun. Bukan pertandingan debat siapa menang akan dapat piala. Hendak bangga sangat menang sudah kenapa?

    Sebab apa? Sebab kita pernah pesan dahulu dalam terbitan sebelum ini;

    Kalau ada di kalangan tuan puan mahu ambil semua pangkat dan gelaran Aswaja, Aswaja+AAA, Salafi, Wahabi, Sufi Batini, Syiah malah pelbagai gelaran lagi, silakanlah. Sebab apa tuan puan? Sebab, kalau kita faham kalam Allah, cukup bagi kita ini ikut jalan Allah. Kalau kita faham sabda Nabi, cukup bagi kita ini menisbahkan diri sebagai Al-Jamaah (perkumpulan di jalan Nabi Muhammad SAW dan para Khulafa’ Ar-Rashidin dan pengikut yang benar-benar mengikuti jalan para sahabat Nabi) biarpun cuma seorang dua di dalamnya. Bilangan sedikit, asal ikut jalan Allah, ikut jalan Nabi, maka itu sudah memadai. Yang penting, bagi kita, semua orang Islam adalah saudara kita. Hendak gaduh sangat sudah kenapa?

    Kalau tuan puan hendak sangat ambil gelaran pelbagai itu, silakanlah. Ambillah sekali Gunung Ledang, Gunung Lambak, Gunung Kinabalu, Gunung Jerai itu sekaliannya sebagai tanda kemenangan tuan puan sekalian mendapat gelaran yang diidamkan itu. Ambillah segala habuan dunia gunung ganang itu sampai ke benua Afrika dan Amerika dan segala isi bumi sekaliannya kalau hendak sangat berebut gelaran Ahlul Sunnah Waljamaah yang tidak pernah disebut oleh Nabi itu. Ambillah jika itu gelaran yang kalian mahukan atas dunia ini. Seolah-olah gelaran itu laku keras di Padang Mahsyar nanti. Ambillah ya. Macam kita cakap tadi. Kita tidak mahu gaduh. Kita ikut saja jawapan bocor atas kubur; Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku.

    Sebab kita kata tuan puan sekalian itu yang mengucap dua kalimah syahadah itulah kita terima tuan puan sebagai saudara kita. Sebab tuan puan sekalian itu saudara kitalah, maka membiarkan jari jemari kita bengkak untuk menulis, membuat teguran secara terbuka kepada saudara seagama kita, biarpun tidak diminta. Niat kita, hendak sentap akal tuan puan sekalian. Supaya sedar diri. Supaya mahu guna akal dalam urusan agama. Kalau tidak mahu sentap juga, tidak mahu sedar juga, tidak mahu guna akal juga, apa yang kita boleh buat?

    Kita hanya mampu berdoa kepada Allah agar seluruh manusia yang mengaku diri mereka itu Islam, agar berakidah, beramal dengan cara yang benar Islam. Bukan dengan cara tradisi yang belum tentu betul. Bukan dengan cara budaya yang belum tentu betul. Bukan dengan cara tidak tahu beza agama, tradisi dan budaya. Faham? Atau masih GAGAL FAHAM juga? Kalau tidak faham juga, eloklah kita kongsi gambar …

    EDISI SENTAP: Akal Mana? Cakap Tak Serupa Bikin?

    Benar. Kita orang awam ini bukan hendak tahu siapa yang menang. Kita cuma berminat untuk menilai kebenaran. Kita tidaklah begitu dungu seperti anggapan sesetengah Pak Lebai bahawa orang awam itu kerjanya telan saja apa tok guru cakap. Kalau telan saja macam itu, macam mana kita hendak nilai hujah kedua-dua belah panel yang pastinya mempunyai fikrah yang bertentangan itu? Nak jawab macam mana?

    Jadi, kepada para penyokong kedua-dua belah pihak itu, gunalah akal dengan waras supaya dapat menilai dengan adil. Kita lihat sahajalah nanti siapa yang berikan hujah dengan dalil yang mantap, siapa pula yang asyik beri hujah dengan dalih yang ke laut. Kepada golongan pentaksub ustaz yang gemar ulang tayang ayat penglipur lara tanpa guna akal, eloklah kita pesan. Sudah cermin diri? Kalau sudah, silap haribulan, ‘kita semua Wahabi’!

    Macam mana tuan puan? Kalian itu Wahabi atau tidak? Mengaku, atau tidak?

    Itu cuma selingan sahaja. Sementara tunggu 11 Februari 2023. Kita juga sudah mendapat maklum balas Dr. Rozaimi, bahawa pihak penganjur bersetuju untuk memberikan masa 1 jam 15 minit kepada panel pendebat. Maka bergembiralah kita orang awam. ARG ada cukup masa hendak bentang slides yang berjilid-jilid itu.

    Maka akan bergembiralah juga nanti kita orang awam semua, sekiranya dapat diadakan dialog itu di luar negeri Perlis. Elok jugalah kalau dialog itu diadakan stadium yang boleh muatkan berpuluh ribu orang. Elok juga kalau RTM, TV3, Astro buat siaran langsung. Masalah besar satu negara ini patut kita sebarkan kepada seluruh orang awam. Maklumlah kan, Wahabi ini bahaya, kan?

    Orang awam seperti kita yang jahil, bodoh dan dungu ini juga berdebar hendak tahu siapa Ustaz ARG(1) dan Ustaz ARG(2) yang akan berdepan dengan Ustaz Salman nanti. Kita juga berdebar hendak tahu sama ada kedua-dua Ustaz ARG itu akan berbahas, atau yang seorang lagi itu setakat jadi pemerhati. Kita juga berdebar berapa bilangan Pak Pacak yang lengkap berkeris bertanjak yang akan berdiri berjam-jam macam tok wali menjaga 2 orang Ustaz ARG itu nanti.

    Ya, benar. Kita orang awam yang dikatakan tidak layak memilih jalan salafussholeh dengan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah ini benar-benar berdebar. Siapakah gerangannya Ustaz ARG(1) dan Ustaz ARG(2) itu nanti?

    Kita berharap nanti Ustaz ARG yang hebat itu terdiri dari kalangan tok wali yang mengikut Sunnah Nabi, bukan tok wali yang kuat membela golongan yang melampau melakukan amalan tiada asal dari Nabi. Itulah harapan kita orang awam yang jahil ini. Tolong jangan bawa datang tok wali selak tirai pula. Nanti lagi bodoh dan dungu orang awam yang jahil sekaliannya itu. Faham, atau GAGAL FAHAM?

    Oleh kerana kita sudah maklum pendirian ARG bahawa aliran Wahabiyah itu sesat, maka eloklah pula kita tonton pandangan yang mempersoalkan; adakah Wahabi sesat?

    Macam mana? Ikut suka tuan puanlah hendak ambil pendirian ya. Kita tumpang tayang saja.

    ‘Perang Sebelum Perang Besar’

    Tuan puan sekalian sedar atau tidak? Perang di laman sosial ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Di masjid dan surau pun genderang perang sudah bertahun lamanya dipalu. Malangnya, tindakan ke atas Wahabi masih malu-malu. Sebab apa? Sebab takrif Wahabi itu samar-samar. Ikut sedap mulut mengata orang. Tidak samar macam mana kalau Tok Lebai kaki pukul gendang perang itu tidak tahu beza gerakan politik dengan mazhab dalam beragama. Kita hairan juga. Sejak bila Wahabi ini jadi salah satu mazhab orang Islam? Kita orang awam macam itu juga. Kalau ikut rasa binasa, ikut hati mati.

    Ini kita pesan awal-awal. Sebab, kalau umur panjang, kalau ada rezeki, sempatlah nanti kita tonton dialog ‘WAHABIAH; ALIRAN SESAT ATAU ALIRAN AHLU SUNNAH WALJAMAAH?‘. Sementara itu, kita jengok sajalah main tembak-tembak antara kedua-dua belah pihak. ‘Bukan kaleng-kaleng’ juga Dr. Rozaimi main Facebook. Penuh dengan bidasan dan bidalan. Boleh makan dalam. Kalau fahamlah. Kalau jenis tak faham, hendak tolong macam mana? Sempat jugalah nanti kita baca komen para penyokong yang cerdik dan penyokong yang tidak berapa cerdik. Kita layan sajalah ‘perang sebelum perang besar’ ini.

    Jadi, kita mintalah tuan puan ikut akal. Bila kita kata ikut akal, kita bukan suruh ikut akal tanpa tauladan. Buat perangai macam ini, Nabi jalan ke kanan, kita cari pasal ikut tok guru jalan ke kiri pula. Tauladannya apa ya tuan puan sekalian? Tidak lain adalah kalam Allah dalam Al-Quran. Tidak lain adalah kalam Nabi melalui hadith sahih. Usah dengarlah dongeng penglipur lara kata ikut Al-Quran dan Sunnah jadi sesat. Jadi orang awam, biarlah cerdik sikit. Ramai lagi para ulama dan tok guru yang sudi ajar kita bagaimana hendak ikut Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita hendak turut penglipur lara, sudah kenapa?

    Ustaz ARG(1) Sudah Diketahui

    Tuan puan sekalian. Seminggu yang lalu, maka sudahlah kita ketahui calon Ustaz ARG(1), tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Engku Ahmad Fadzil. Ini adalah panel yang sama bertembung dengan Ustaz Salman Ali semasa Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Oleh kerana sudah tahu, maka eloklah kita kongsi bahaya ancaman Wahabi yang Ustaz Engku baru tarbiyahkan kepada orang awam baru-baru ini;

    Kalau belum cukup, kita tambah satu lagi rakaman video;

    Nampaknya, bahaya ancaman wahabi ini lebih teruk dari bahaya para politikus kita yang akan berperang tidak lama lagi. Memang bahaya kalau dengar ceramah ustaz. Seram lagi mengerikan. Kita pun pelik juga, berapa ramai pengikut Muhammad Abdul Wahab di Malaysia ini? Lagi pelik, sejak bila Wahabi ini jadi mazhab dalam beragama?

    Tuan puan kena tonton. Bukan apa. Takut nanti tuan puan tidak cukup ‘antidote’ asyik tonton video para ustaz yang digelar Wahabi dalam terbitan ini. Jadi tontonlah sampai puas. Mana tahu kena dengan kehendak kita supaya berpegang teguh dengan ajaran Sifat 20 yang ustaz terangkan dalam video di atas. Jangan mudah terpengaruh dengan Tauhid 3 pula. Takut rosak aqidah. Hendak telan, maka persilakanlah. Ustaz pun sudah terangkan, ilmu Sifat 20 itu bukan bid’ah katanya.

    Jadi, macam mana? Sudah tenangkah jiwa belajar ilmu tauhid sedemikian? Sudah mantapkah iman sehingga tidak perlu lagi bertabarruk, beristighasah dan bertawassul dengan orang yang sudah mati? Tuan puan boleh pusing sana sini untuk membolehkan segala amalan. Boleh nukil sana sini. Boleh qiyas sana sini takwil sana sini ayat Al-Quran biarpun di luar konteks. Ikut sukalah, hendak buat juga, kita hendak kata apa lagi? Kita cuma hendak kata, Nabi tak buat, kita memandai buat sudah kenapa?

    Kalau memang iman sudah mantap baguslah. Kalau dalam hati masih lagi terdetik menyebut nama selain Tuhan apabila meminta pertolongan, maka TIDAK DAPATLAH HENDAK KITA TOLONG ya tuan puan sekalian. Sendiri buat, sendiri tanggunglah ya.

    white wind turbines under the clear blue sky
    Photo by Jan van der Wolf on Pexels.com

    Pesan Tidak Diundang

    Tuan puan sekalian. Mari kita baca pesanan tidak diundang ini. Kalau ada dalam kalangan tuan puan ada kabel besar dengan pihak penganjur tolong sampaikan pesan;

    Mohon pihak penganjur tolong pesan kepada Ustaz Engku Ahmad Fadzil dan Ustaz ARG(2). Buku rujukan ada ISBN? Ada pun kalau rujukan ke laut, apa gunanya? Kalau Ustaz Salman beri rujukan, minta Ustaz Engku Ahmad Fadzil dan Ustaz ARG(2) baca sampai hadam, biar faham. Boleh kaji secara berjemaah, bukan rebus dan telan. Jenuh nanti orang awam nak layan.

    +SANGfikir

    Itu cuma pesanan +SANGfikir. Tidak semestinya kita setuju. Lagipun, +SANGfikir itu pernah sebut, ikut suka hatilah hendak ikut atau tidak mahu ikut. Cukup ajal, masuk kubur nanti, tanggung sendiri.

    Sebagai orang awam, kita hendak pesan sajalah ya kepada kedua-dua belah panel itu nanti. ‘Tolong semak ISBN’. Kalau ada ISSN pun bagus juga. Kalau ada e-ISSN lagi bagus. Bukan apa, nanti jenuh kita orang awam ini tonton sesi semak ‘serial number’ pula. Tolong kongsi sesama panel siap-siap. Dalam dialog itu nanti, tak perlulah hendak bergaduh pasal ISBN, ISSN atau e-ISSN. Kita hendak dengar hujah mantap saja. Bukannya hendak dengar dalih mengelak jawab hujah. Faham atau tidak bila kita bicara tentang ISBN ini?

    Kita hendak pesan lagi. Kalau tiba-tiba hilang hujah waktu berbahas, minta tolong dengan Allah, jangan minta tolong dengan pokok pula ya.

    Fahamkan maksud kita itu?

    Dengan izin Allah, terbitan ini akan dikemaskini lagi kemudian. Sementara itu eloklah juga dengar rakaman isu Wahabi. Mana tahu dapat ilmu sedikit;

    Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

    mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

  • Benarkah Dakwaan Ulama Salaf Berhujah Dengan Ilmu Kalam?

    Tuan puan sedar atau tidak selama ini kita disuapkan dengan fakta yang kurang tepat menjelaskan peranan aliran Assyairah dan AlMaturidiah menurut apa yang kita diajar itu. Salah satunya adalah seolah-olah kedua-dua aliran itu, atau gabungan keduanya yang sohor digelar Assayirah AlMaturidah adalah benteng agung mempertahankan aqidah pada zaman kekuasaan puak Muktazilah. Itu semua tidaklah sungguh bagai dikata kalau tuan puan sekalian menelusuri fakta sejarah.

    Kita himpunkan di sini beberapa siri penjelasan oleh Ustaz Wan Syukri berkenaan beberapa fakta penting yang jarang diterangkan secara jujur kepada kita orang awam yang dipaksa menjadi Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah AlMaturidah AlGhazaliah (Aswaja+AAA).

    Sebelum tonton, kita hendak pesan. Usah sentap sangat. Dengar, kemudian nilai sendiri. Hujah yang dibentangkan oleh ustaz itu, lengkap dengan kitab-kitab rujukan supaya kita boleh menyemaknya kemudian. Sila buat catatan ya.

    Macam mana tuan puan? Mahu percaya atau tidak kalam ustaz yang langka kita dengar ceramahnya ini? Mahu tolak begitu saja dakwaan sang ustaz sebab terlalu tebal cinta kita kepada penglipurlara dalam masjid dan surau? Nasihat kita, semaklah sendiri dakwaan ustaz dengan membuat semakan terhadap kitab-kitab yang dikemukakan. Kemudian, buatlah keputusan dengan waras.

    Sedarlah tuan puan sekalian. Yang menjadi benteng aqidah adalah aliran pemikiran para ahlul hadith seperti Imam As-Syafie dan muridnya Imam Ahmad Hanbal, bukannya aliran ahlul mutakallimun sebagaimana diberitahu kepada kita sejak kecil hingga beranak cucu. Inilah fakta yang digelapkan dari pengetahuan kita selama ini. Terimalah kebenaran biarpun pahit.

    Sesudah menonton ketiga-tiga siri video di atas, apa pandangan tuan puan tentang perkara yang kita telah sebut dalam terbitan sebelum ini berjudul KELUAR KEPOMPONG: Bebaskan Dirimu Dari Dibelenggu?

    Benarkah dakwaan yang diajar kita selama ini bahawa pemikiran ulama salaf termasuk imam mazhab kita yang empat semua itu sejalan pemikiran aqidah dengan golongan yang taksub dengan aliran Assyairah AlMaturidiah? Mengapa kita tidak pernah disuapkan dengan kalam-kalam imam mazhab yang empat itu dalam bab aqidah? Imam yang empat itu bukan ahli aqidah, begitu?

    Pernahkah kita terfikir mengapa kita diasuh bersungguh sungguh oleh para penguasa agama supaya wajib berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah AlMaturidah AlGhazaliah (Aswaja+AAA). Diulang-ulang beribu kali seolah-olah kalau kita tidak berpegang kepada Aswaja+AAA, boleh sesat kita ini jadi Mujassimah dan Musyabihah? Boleh jadi kafir kita ini? Mengapa? Kalau sebut Ahlul Sunnah Waljamaah (Aswaja) sahaja, tidak memadaikah? Jika benar bagai dikata bahawa para imam mazhab yang empat; Imam As-Syafie, Imam Hanbali, Imam Malik, Imam Abu Hanifah; kesemuanya itu berhujah dengan cara ahlul kalam, mengapa perlu sebut juga Assyairah AlMaturidah AlGhazaliah (+AAA) itu? Cuba fikir sejenak, boleh?

    Tuan puan jangan salah faham maksud kita ya. Seperti kita telah jelaskan dalam terbitan sebelum ini, hargailah apa jua ilmu yang telah kita belajar, termasuklah kefahaman aliran Assyairah AlMaturidiah yang telah kita diasuh sejak sekian lama. Kita juga telah jelaskan, berlapang dadalah menerima penjelasan pihak satu lagi yang sering kita cemuh sebagai golongan ‘literalist’ itu. Bahasa lembutnya; Puak Salafi, bukan Salah-Pi. Bahasa kasarnya pula; puak Wahabi. Hendak kasar lagi, sebutlah Wababi atau Wahabiol pula. Begitu lancang mulut kita mengata begitu terhadap orang yang tidak sependapat dengan kita? Pernah tanyakah puak yang kita cemuh itu, mereka sokong atau tidak pergerakan politik Wahhabiyah itu? Atau pak lebai kita tidak tahu beza gerakan politik dengan mazhab dalam beragama? Cerdik sangatlah mengajar orang awam sebegitu?

    Sebab apa tuan puan sekalian? Sebab, puak yang selalu kita cemuh itu, bila berhujah, mereka tunjuk dalil, tunjuk kitab, tunjuk buku, nukil sana sini. Puak kita pula, bila berhujah, sedih mengenang nasib nenek moyang, mengadu jadi mangsa, kitab tidak buka juga, rujukan tidak tunjuk juga. Yang kita selalu dapat, air liur sahaja. Kalau dapat nukilan pula, nanti ditakwilkan sana sini. Nanti di-qiyas sana sini. Yang kena dengan nafsu kita, dibentangkan. Yang tidak kena dengan tradisi kita, disembunyikan pula.

    Tuan puan hendak teruskan hidup menelan apa saja yang disuapkan atau mula hendak belajar cara yang betul menukil kalam para ulama sebelum menetapkan keputusan?

    Macam mana tuan puan? Nampak tak beza para penglipur lara berhujah dengan orang yang memang beri bukti berhujah? Cara penglipur lara, tidak mahu ditunjuk kepada orang awam satu persatu kitab. Kita orang awam hendak semak pun sukar, benarkah bagai dikata, atau habis diputar belit segala kata? Cara puak yang kita benci sangat itu, tunjuk satu persatu kitab. Analisa satu persatu perkaitan kalam para ulama. Kalau dia kelentong pun, kita masih boleh semak lagi dalam kitab.

    Sudah nampak atau tidak beza ilmu disampaikan kepada orang awam dalam perang ustaz secara terbuka hari ini?

    Jadi, tuan puan yang membaca ini, fikir-fikirkanlah ya. Kita semua ini orang terpelajar. Kita hendak hidup dengan air liur, atau hendak hidup dengan bukti yang nyata?

    Kita hendak mula muhasabah diri, atau kita hendak teruskan hidup taksub dengan ilmu yang didakwa mengangkat kecerdikan akal kita?

    Berebut Kalimah Allah dengan Orang Bukan Islam

    Darihal taksub kepada kecerdikan akal sendiri inilah juga kita lihat para penguasa agama kelihatan seolah-olah takut dengan bayang-bayang. Sehingga bergaduh dengan orang bukan Islam perihal kalimah Allah. Seolah-olah kalimah Allah itu hanya layak disebut oleh orang yang beriman. Seolah-olah masih belum faham Al-Quran biarpun setiap tahun menganjurkan Quran Hour dan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Seolah-olah tidak pernah bertemu sepotong pun ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa orang-orang Musyrikin dan orang-orang kafir mengaku Allah itu Tuhan mereka. Seolah-olah tidak pernah terbaca ayat yang mengesahkan bahawa Allah itu Tuhan sekalian manusia. Itulah akibat guna akal berlebihan sampai ayat-ayat muhkamatun dalam Al-Quran pun tidak faham-faham juga.

    Tuan puan sekalian, nampaknya segala ilmu Sifat 20 dan Sifat 50 yang dicurahkan kepada orang awam sejak berkurun lamanya itu masih gagal menjadi benteng aqidah orang Islam. Sehingga perlu bagi penguasa itu naik turun mahkamah menghalang penggunaan kalimah Allah di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak dibenarkan pula. Tuan puan silalah bertanya kepada para ulama yang dikatakan takut kepada Tuhan itu, yang menjadi penasihat kepada penguasa mereka, hukum akal apa mereka pakai sampai ada 2 kaedah berlainan berhadapan dengan orang bukan Islam isu kalimah Allah itu? Pendekatan hikmah? Pendekatan politik?

    Tuan puan sekalian. Isu kalimah Allah itu tidak sepatutnya timbul kalau para penguasa dan tok guru kita tahu mendidik umat cara memahami Islam dengan betul. Sepatutnya biarkan sajalah sesiapa pun manusia hendak menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka. Hendak sebut nama Allah itu hak asasi manusia seluruh dunia, tidak kita apa pun agama mereka. Ada Allah larang? Ada Nabi larang? Manusia jenis apakah ini yang memandai hendak larang perkara yang Allah dan Nabi Allah tidak larang? Kita umat Islam sentap sangat sudah kenapa? Masih belum kuat aqidah lagikah selepas belajar ilmu kalam, Sifat 20 dan Sifat 50? Masih takut bayang-bayang sendiri?

    Sila pilih jalan sendiri, dan tangunglah sendiri

    Adakah tuan puan masih anggap para penglipur lara yang kuat bermain sentimen tok nenek moyang itu itu tinggi akalnya? Kuat imannya sebab berpegang kepada satu saja aliran aqidah yang Allah tidak pernah ajarkan olehNya, yang Nabi Muhammad SAW tidak pernah mentarbiyah umatnya? Tuan puan masih hendak mengharap mereka itu jaga aqidah tuan puan sekalian? Fikir-fikirkanlah.

    Apapun kita hendak pesan begini. Sudah lazim kita diajar Aswaja+AAA, tidaklah bermaksud tiada guna segalanya. Jadikanlah ia ilmu bermanfaat. Usah belebihan sehingga seolah-olah Aswaja+AAA itu mutlak kebenaran. JANGAN TAKSUB. Kepada golongan yang mendakwa Salafi, usahlah terlalu berkeras berlebihan pula. Eloklah baca penilaian seimbang di pautan SALAFIAH, ASYA’IRAH DAN AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH.

    Lapangkanlah dada pelajari semua ilmu. Yang elok, ambil. Yang melampaui batas, buang saja. Itulah peranan akal kita. Faham?

    mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

fikrah +SANGfikir