Tuan puan sekalian. Berikut adalah audio video 40 pilihan doa Rabbana;

40 doa itu hanyalah sebahagian daripada doa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Himpunan Doa Menurut Jujukan Ayat

Maka, kita himpunkan di sini doa dari Al_Quran menurut turutan atau jujukan surah dan ayat. Tujuannya supaya kita dapat menyemak dengan Al-Quran untuk mengetahui asal doa yang dinukilkan dari ayat atau sebahagian daripada ayat menurut konteks ayat yang berkenaan. Hal ini penting terutama jika kita ingin berdoa dengan cara mengambil pelajaran dari apa yang terkandung dalam Al-Quran.

Sebahagian besar doa yang dihimpunkan bermula dengan kalimah Rabbana (رَبَّنَا) yang bermaksud; Tuhan Kami. Ada juga bermula dengan kalimah Allahumma Rabbana (ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ) juga membawa maksud; Tuhan Kami. Ada yang bermula dengan kalimah Rabbi (رَبِّ) yang bermaksud; Tuhanku.

Perlu diketahui juga, doa yang dihimpunkan sebahagiannya adalah doa para nabi, orang yang soleh juga ada doa dalam kalangan malaikat. Doa bersifat umum yang baik boleh diamalkan selagi mana ia sejajar dengan maksud permohonan kita kepada Allah. Ada juga doa yang baik tetapi bersifat khusus hanya untuk para nabi, maka doa seperti ini tidak dihimpunkan di sini untuk mengelak salah amalan.

Terdapat doa lain dalam Al-Quran, tetapi sebahagiannya adalah doa yang tertolak kerana tidak memenuhi adab berdoa dan juga kerana doa orang yang menyesal di akhirat kelak; yang mana Allah sudah jelaskan dalam Al-Quran doa seperti itu tidak akan didengari. Doa yang sedemikian tidak dihimpunkan di sini.

Juga disertakan pautan ke laman himpunan tafsir sebagai rujukan tuan puan. Seeloknya kita kena tahu juga pelbagai tafsiran oleh para ulama supaya jika kita hendak mengamalkan mana-mana doa yang dekat dengan hati kita, sekurang-kurangnya kita tahu singkapan disebalik doa yang kita pohon kepada Allah. Mudah-mudahan hati kita akan lebih tawaduk dan tunduk kepada Tuhan dengan sebenar-benar pengharapan apabila berdoa.

Ingin tahu susunan doa mengikut tema?

sila ke pautan ini.

Semoga bermanfaat.

Photo by Pixabay on Pexels.com

[2:126] DOA MOHON KEAMANAN NEGARA DAN REZEKI

رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian.

Surah Al-Baqarah 2:126 (sebahagian ayat)

RABBANA (1) رَبَّنَا

[2:127] DOA MOHON DITERIMA AMALAN

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Surah Al-Baqarah 2:127 (sebahagian ayat)

RABBANA (2) رَبَّنَا

[2:128] DOA MOHON KETURUNAN YANG TA’AT KEPADA ALLAH

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Baqarah 2:128

RABBANA (3) رَبَّنَا

[2:201] DOA MOHON KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN AKHIRAT

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.

Surah Al-Baqarah 2:201 (sebahagian ayat)

RABBANA (4) رَبَّنَا

[2:250] DOA MOHON DIBERI KESABARAN

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang engkar.

Surah Al-Baqarah 2:250 (sebabagian ayat)

RABBANA (5,6,7) رَبَّنَا

[2:286] DOA MOHON KEAMPUNAN

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ

رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ

رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang engkar.

Surah Al-Baqarah 2:286 (sebahagian ayat)
Photo by Pixabay on Pexels.com

RABBANA (8) رَبَّنَا

[3:8] DOA MOHON KETETAPAN IMAN

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Surah Al-Imran 3:8

RABBANA (9) رَبَّنَا

[3:9] DOA PENGAKUAN KEPADA ALLAH

رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya”. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

Surah Al-Imran 3:9

RABBANA (10) رَبَّنَا

[3:19] DOA MOHON KEAMPUNAN IMAN DAN DISELAMAT DARI NERAKA

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.

Surah Al-Imran 3:16 (sebahagian ayat)

[3:38] DOA MOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Ya Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Surah Al-Imran 3:38 (sebahagian ayat)

RABBANA (11) رَبَّنَا

[3:53] DOA MOHON ORANG MENJADI SAKSI PADA HARI KIAMAT

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu.

Surah Al-Imran 3:53

RABBANA (12) رَبَّنَا

[3:147] DOA MOHON MENETAPKAN PENDIRIAN

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang engkar.

Surah Al-Imran 3:147 (sebahagian ayat)

RABBANA (13,14,15,16,17) رَبَّنَا

[3:191-194] DOA MOHON DIPELIHARA DARI SIKSAAN NERAKA

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Surah Al-Imran 3:191 (sebahagian ayat)


رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun

Surah Al-Imran 3:192


رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا

رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman.

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

Surah Al-Imran 3:193


رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Surah Al-Imran 3:194
Photo by Hiu1ebfu Hou00e0ng on Pexels.com

RABBANA (18) رَبَّنَا

[5:83] DOA MOHON TETAP BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN

رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

Surah Al-Maaidah 5:83 (sebahagian ayat)

RABBANA (19) رَبَّنَا

[5:114] DOA MOHON REZEKI UNTUK HARI RAYA

ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ ۖ وَٱرْزُقْ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.

Surah Al-Maaidah 5:114 (sebahagian ayat)
Photo by Egor Kamelev on Pexels.com

RABBANA (20) رَبَّنَا

[7:23] DOA MOHON KEAMPUNAN DARI KEZALIMAN

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

Surah A/-A’raf 7:23 (sebahagian ayat)

RABBANA (21) رَبَّنَا

[7:47] DOA MOHON SUPAYA TIDAK DITEMPATKAN BERSAMA ORANG YANG RUGI (ZALIM)

رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Wahai tuhan kami, janganlah engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang rugi (zalim).

Surah A/-A’raf 7:47 (sebahagian ayat)

RABBANA (22) رَبَّنَا

[7:89] DOA MOHON MENEGAK KEBENARAN

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِين

Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.

Surah A/-A’raf 7:89 (sebahagian ayat)

RABBANA (23) رَبَّنَا

[7:126] DOA MOHON LIMPAHKAN KESABARAN

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah diri kepadaMu).

Surah A/-A’raf 7:126 (sebahagian ayat)
Photo by Stephan Seeber on Pexels.com

RABBANA (24) رَبَّنَا

[10:85-86] DOA MOHON JAUHI DARI FITNAH PENINDAS

عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلْنَا

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

Kepada Allah jualah kami berserah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan dari golongan penindas (zalim).

Surah Yunus 10:85 (sebahagian ayat)

وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) golongan yang engkar.

Surah Yunus 10:86
Photo by Tobias Bju00f8rkli on Pexels.com

[11:47] DOA MOHON BERLINDUNG DARIPADA SESUATU YANG TIDAK DIKETAHUI

رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْـَٔلَكَ مَا لَيْسَ لِى بِهِۦ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِى وَتَرْحَمْنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.

Surah Hud 11:47 (sebahagian ayat)
Photo by Donald Tong on Pexels.com

[14:37] DOA MOHON KEMAKMURAN KETURUNAN

رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيْرِ ذِى زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ ٱلْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجْعَلْ أَفْـِٔدَةً مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهْوِىٓ إِلَيْهِمْ وَٱرْزُقْهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Surah Ibrahim 14:37

RABBANA (25) رَبَّنَا

[14:38] DOA PENGAKUAN TERHADAP ALLAH

رَبَّنَآ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِن شَىْءٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.

Surah Ibrahim 14:38

RABBANA (26) رَبَّنَا

[14:40] DOA MOHON KETETAPAN MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي

رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Surah Ibrahim 14:40

RABBANA (27) رَبَّنَا

[14:41] DOA MOHON KEAMPUNAN UNTUK IBU BAPA DAN ORANG MUKMIN

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Surah Ibrahim 14:41
Photo by Pixabay on Pexels.com

[17:80] DOA MOHON PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً

Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Surah Al-Isra 17:80 (sebahagian ayat)
Photo by Bruno Scramgnon on Pexels.com

RABBANA (28) رَبَّنَا

[18:10] DOA MOHON DILIMPAHI RAHMAT

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.

Surah Al-Kahfi 18:10 (sebahagian ayat)
Photo by Pixabay on Pexels.com

[20:25-28] DOA MOHON MENERANGKAN HATI

رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku

Surah Thaha 20:25 (sebahagian ayat)

وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى

Dan mudahkanlah untukku urusanku

Surah Thaha 20:26

وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى

Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku

Surah Thaha 20:27

يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى

Supaya mereka faham perkataanku.

Surah Thaha 20:28

RABBANA (29) رَبَّنَا

[20:45] DOA MENGADU KEKHUATIRAN

رَبَّنَآ إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفْرُطَ عَلَيْنَآ أَوْ أَن يَطْغَىٰ

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami khawatir bahwa ia segera menyiksa kami atau akan bertambah melampaui batas.

Surah Thaha 20:45 (sebahagian ayat)
Photo by Pixabay on Pexels.com

[21:89] DOA MOHON SUPAYA TIDAK BERSENDIRIAN

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Ya Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Surah Al-Anbiya 21:89 (sebahagian ayat)

RABBANA (30) رَبَّنَا

[21:112] DOA MOHON KEPUTUSAN YANG ADIL

رَبِّ احْكُم بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Ya Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.

Surah Al_anbiya 21:112 (sebahagian ayat)
Photo by Pixabay on Pexels.com

[23:97-98] DOA MOHON PERLINDUNGAN DAN GANGGUAN DARI SYAITAN

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ

Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.

Surah Al_Mu’minun 23:97 (sebahagian ayat)

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

Surah Al_Mu’minun 23:97

RABBANA (31) رَبَّنَا

[23:109] DOA MOHON DIBERI RAHMAT

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.

Surah Al_Mu’minun 23:109 (sebahagian ayat)

[23:118] DOA MOHON AMPUN DAN RAHMAT

رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat.

Surah Al_Mu’minun 23:118 (sebahagian ayat)
Photo by stein egil liland on Pexels.com

RABBANA (32) رَبَّنَا

[25:65-66] DOA MOHON DISISIH DARI AZAB NERAKA

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً

Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.

Surah Al-Furqan 25:65 (sebahagian ayat)

إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً

Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.

Surah Al-Furqan 25:66

RABBANA (33) رَبَّنَا

[25:74] DOA MOHON BEROLEH ISTERI DAN ZURIAT BAHAGIA

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Surah Al-Furqan 25:74 (sebahagian ayat)
Photo by Brett Sayles on Pexels.com

[26:83-85] DOA MOHON HIKMAH

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.

Surah Asy-Syu’araa 26:83

وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْءَاخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.

Surah Asy-Syu’araa 26:84

وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.

Surah Asy-Syu’araa 26:85
Photo by Indra Gunawan on Pexels.com

[27:19] DOA KESYUKURAN

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

Surah An-Naml 27:19 (sebahagian ayat)
Photo by Pixabay on Pexels.com

[28:16] DOA MOHON KEAMPUNAN

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah – apalah jua kiranya – akan dosaku”. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Qasash 28:16 (sebahagian ayat)
Photo by Chait Goli on Pexels.com

[29:30] DOA MOHON PERTOLONGAN

رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ

Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka).

Surah Al-Ankabuut 29:30 (sebahagian ayat)
Photo by Pixabay on Pexels.com

[37:100] DOA MOHON ANAK YANG SOLEH

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku. Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

Surah As-Saaffaat: 100
Photo by Charles Odinot on Pexels.com

RABBANA (34,35) رَبَّنَا

[40:7-8] DOA MOHON AMPUN KEPADA MEREKA YANG BERATUBAT

رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْماً فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

Surah Ghaffir/Al-Mu’min 40:7 (sebahagian ayat)

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Wahai Tuhan kami! masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Ghaffir/Al-Mu’min 40:8
Photo by Trang Doan on Pexels.com

[46:15] DOA KESYUKURAN ATAS NIKMAT YANG DIKURNIAKAN

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Surah Al-Ahqaaf 46:15 (sebahagian ayat)
Photo by eberhard grossgasteiger on Pexels.com

RABBANA (36,37) رَبَّنَا

[59:10] DOA MOHON KEAMPUNAN DIRI DAN ORANG-ORANG TERDAHULU

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟

رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Wahai Tuhan Kami. Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.

Surah Al-Hasyr 59:10 (sebahagian ayat)
Photo by Sindre Stru00f8m on Pexels.com

RABBANA (38) رَبَّنَا

[60:4] DOA MOHON KEAMPUNAN/TAWAKAL KEPADA ALLAH

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali.

Surah Al-Mumtahanah 60:4 (sebahagian ayat)

RABBANA (39) رَبَّنَا

[60:5] DOA MOHON KEAMPUNAN

رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا

رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Wahai Tuhan kami. Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami. Wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Mumtahanah 60:5
Photo by Lisa on Pexels.com

RABBANA (40) رَبَّنَا

[66:8] DOA MOHON KESEMPURAAN CAHAYA

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wahai Tuhan kami. Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah At-Tahriim 66:8 (sebahagian ayat)
Photo by Quang Nguyen Vinh on Pexels.com

[71:28] DOA MOHON KEAMPUNAN BAGI DIRI, KEDUA ORANG TUA DAN ORANG MEMASUKI RUMAH

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً

Ya Tuhanku. Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

Surah Nuh 71:28
Photo by Anand Dandekar on Pexels.com

Berdoalah dengan sebutan yang betul

Tulisan latin bagi menyebut perkataan Arab sengaja tidak ditampilkan dalam kesemua himpunan doa di atas. Ini kerana sebutan melalui tulisan latin tidak mungkin akan mencapai maksud sebutan asal bahasa Arab. Jika perlu, boleh dengar audio video yang menampilkan sebahagian daripada jujukan doa di atas.

Sila maklum bahawa DOA 40 RABBANA yang mashur dipilih sebenarnya mengandungi 41 RABBANA. Tuan puan boleh lihat siri RABBANA (39) رَبَّنَا akan dapati ianya mengandungi 2 RABBANA. Juga dalam audio dibawah ini ada beberapa bahagian tidak menuruti jujukan ayat menurut jujukan surah sepenuhnya. Hanya sebagai makluman sahaja.

Sekiranya tuan puan ada masalah membaca tulisan jawi Arab sila berguru dengan mereka yang berkelayakan, khususnya dalam Qiraatul Quran. Yang ini kena buat tuan puan. Jika tidak, bagaimana mungkin tuan puan dapat bersembahyang dengan sempurna mengikut kaedah yang sudah diajar oleh para ulama?

Jika tidak boleh juga membaca tulisan Arab, barangkali boleh juga tuan puan membaca pilihan doa yang dihimpunkan di atas dalam bahasa yang tuan puan faham maknanya sementara memperbaiki bacaan Arab. Satu perkara yang kita kena tahu, Tuhan Maha Bijaksana dan mengetahui apa jua bahasa permohonan hamba-Nya.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: