Tuan-puan sekalian…
Pagi 1 Syawal… takbir masih bergema di dada kita semua… selepas Subuh… selepas kita menunaikan solat sunat Aidilfitri…
kita berdiri bersama dalam saf… mendengar khutbah… mengangkat tangan berdoa… dan mengakhiri pagi itu dengan wajah yang saling memaafkan.
⸻
Selepas khutbah selesai… kita bersurai…
namun sebelum melangkah keluar masjid…
ada yang bersalam… sambil berselawat secara berjemaah – ia sudah menjadi budaya Nusantara – dan benar – ia tidak pernah diajar oleh Nabi… tidak diamalkan oleh para sahabat.. bahkan, tidak juga dianjurkan oleh imam 4 mazhab… ia kekal, sebagai budaya Nusantara…
ada yang berpelukan…
ada yang menyambung selawat dan zikir secara perlahan…
suasana yang penuh dengan rasa… rasa rindu… rasa syukur… dan rasa kembali kepada fitrah.
⸻
Itulah cara kita…
cara kita menyambung hubungan sesama manusia…
dan dalam masa yang sama…
mencari kembali hubungan kita dengan Tuhan.
Ziarah Kubur di Pagi Syawal
Kemudian…
sebahagian daripada kita bergerak ke tanah perkuburan.
Bukan kerana disuruh.
Bukan kerana ada ketetapan khusus pada hari raya.
Tetapi kerana hati kita… rindu.
Rindu kepada mereka yang telah pergi dahulu…ibu… bapa… ahli keluarga… sahabat… yang suatu ketika dahulu… berdiri bersama kita di saf yang sama… tetapi hari ini… telah mendahului kita.
⸻
Di tanah perkuburan itu…
kita berdiri…
dalam diam…
melihat batu nisan…
melihat tanah yang memisahkan dunia dan akhirat…
dan dalam seketika…
hati kita menjadi lembut.
⸻
Kita memberi salam…
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ،
وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ،
نَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
“Sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kubur daripada kalangan orang beriman dan Muslim… dan sesungguhnya kami juga akan menyusul kamu… kami memohon kepada Allah kesejahteraan untuk kami dan kamu.”
⸻
Kita berdoa…
ringkas…
tanpa tambahan…
tanpa ritual yang panjang…
sebagaimana yang diajar oleh Nabi ﷺ.
⸻
Kemudian…
kita melangkah pergi.
Sebahagian daripada ahli keluarga… mungkin memilih untuk terus berada di situ… membaca sesuatu… surah Yaasin barangkali, atau sedekah Al-Fatihah… mengikut cara yang telah lama menjadi kebiasaan… dan kita… tidak menghalang.
Kita hanya menunjukkan… apa yang pernah diajarkan… oleh Nabi.. oleh para sahabat… oleh pendiri asal 4 mazhab – yang acapkali dijaja namanya setiap khutbah Jumaat – tetapi, tidak pernah dibaca kitab-kitabnya… dan selebihnya… kita serahkan kepada Allah.
Namun…
di dalam hati kita… muncul satu persoalan kecil… yang tidak mahu hilang begitu sahaja:
Mengapa yang Nabi ajar itu begitu ringkas…
tetapi kita merasakan ia tidak cukup?
Dan mengapa yang tidak diajar…
kita pegang seolah-olah ia keperluan?
⸻
Lalu kita berhenti sejenak… memandang langit Syawal yang cerah… memandang bumi yang sunyi di hadapan kita… dan bertanya kepada diri sendiri:
Adakah kita sudah terbiasa dengan sesuatu…
sehingga kita terlupa…
bahawa yang asal itu sebenarnya sudah sempurna?
⸻
Sehingga terlupa untuk mengingatkan diri… bahawa kehidupan ini sementara… bahawa semua yang kita kejar… akan kita tinggalkan…dan semua yang kita simpan… tidak akan kita bawa bersama.
⸻
Di saat itu…
pangkat hilang makna.
harta hilang nilai.
⸻
Yang tinggal…
hanya amal.
⸻
Dan di sinilah indahnya sunnah Nabi ﷺ.
⸻
Baginda tidak memberatkan.
Tidak memanjangkan.
Tidak menyulitkan.
⸻
Cukup dengan salam.
Cukup dengan doa.
Cukup dengan peringatan.
⸻
Ringkas…
tetapi tepat.
⸻
Namun… apabila kita memandang di sekeliling… kita melihat sesuatu yang lain. Ada yang membaca panjang… ada yang duduk lama… ada yang membawa sesuatu…
⸻
Semua itu dilakukan…
dengan niat yang baik.
⸻
Dan di sinilah hati kita menjadi lembut.
⸻
Kerana kita tahu… mereka datang kerana rindu… mereka datang kerana kasih… bukan kerana ingin melawan sunnah… tetapi kerana ingin berbuat baik – kerana telah diajar saban hari – saban tahun; “benda baik, apa salahnya”… dan demikianlah. Apa lagi hendak kita katakan, begitu?
⸻
Namun…
dalam kelembutan itu…
timbul satu rasa.
⸻
Rasa yang perlahan…
tetapi dalam.
⸻
Sayu.
⸻
Sayu… kerana kita melihat sesuatu yang berubah… daripada yang ringkas… menjadi semakin berat… daripada yang jelas… menjadi semakin kabur.
⸻
Kita tidak marah.
Kita tidak menegur dengan suara tinggi.
⸻
Kita hanya…
berfikir.
⸻
Bukankah yang diajar oleh Nabi itu sudah cukup?
Bukankah yang ringkas itu sebenarnya sudah sempurna?
Mengapa kita rasa perlu menambah…
pada sesuatu yang telah lengkap?
Di saat itulah…
hati Sang Fikir mula berbicara…
dan dari dalam diam itu…
muncul satu suara lain…
⸻
Bicara Dua Jiwa
Sang Fikir & Sang Bidadari
⸻
“Sang Fikir…”
suara itu lembut…
⸻
“Adakah engkau bersedih kerana mereka salah?”
⸻
Sang Fikir diam.
⸻
“Tidak…”
⸻
“Aku bersedih… kerana mereka baik…”
“tetapi mungkin… tidak sampai kepada jalan yang paling tepat…”
⸻
Sang Bidadari tersenyum…
⸻
“Bukankah itu sifat manusia?”
⸻
“Datang dengan kasih…”
“beramal dengan niat…”
“tetapi tidak selalu sampai kepada sunnah…”
⸻
Sang Fikir memandang tanah…
⸻
“Dan mungkin… aku juga begitu…”
⸻
Sunyi.
⸻
Angin pagi melintas…
⸻
Sang Bidadari kembali bersuara:
⸻
“Lalu… apa yang perlu engkau lakukan?”
⸻
Sang Fikir menarik nafas perlahan…
⸻
“Menunjukkan jalan…”
“tanpa memaksa…”
“dan menerima…”
⸻
“…bahawa hidayah itu bukan milikku.”
⸻
Sang Bidadari mengangguk…
⸻
“Itulah yang paling sukar…”
“dan itulah yang paling benar.”
⸻
Sunyi kembali…
⸻
tetapi kali ini…
lebih tenang.
⸻
Kembali kepada Kita
Tuan-puan sekalian…
kita melangkah keluar dari tanah perkuburan itu… perlahan…
Kita tidak membawa bunga… tidak membawa tanah… tidak membawa apa-apa… kecuali satu kesedaran.
Bahawa suatu hari nanti… orang lain pula akan berdiri di tempat kita… dan memberi salam lalu membaca doa yang sama – ringkas, padat tetapi amat mendalam – menyentuh kalbu – kerana merasa hampir… merasa syukur… mengikuti Sunnah Nabi.
Dan mungkin… benar.. kita berharap… mereka tidak memberatkan… apa yang sebenarnya telah dimudahkan oleh Nabi.
⸻
Kita datang…
kita memberi salam…
kita berdoa…
dan kita kembali.
⸻
Ringkas.
⸻
Seperti kehidupan…
yang suatu hari nanti…
akan juga selesai.
⸻
Antara Sedih dan Redha
Tuan-puan sekalian…
Ada satu perasaan… yang sukar untuk dijelaskan… apabila kita melihat sesuatu… yang kita tahu… tidak sepenuhnya seperti yang diajar… tetapi dilakukan… oleh orang yang kita sayang.
⸻
Di tanah perkuburan itu…
kita tidak berdiri seorang diri.
⸻
Di kiri…
di kanan…
ahli keluarga…
saudara mara…
orang-orang yang kita kenal sejak kecil…
⸻
mereka juga berdiri…
dengan doa masing-masing…
dengan cara masing-masing…
⸻
Dan di situlah…
hati kita diuji.
⸻
Bukan dengan ilmu.
Tetapi dengan rasa.
⸻
Kita tahu…
apa yang diajar oleh Nabi ﷺ…
kita tahu…
apa yang lebih hampir kepada sunnah…
⸻
tetapi dalam masa yang sama…
kita melihat…
orang yang kita cintai…
melakukan sesuatu yang berbeza.
⸻
Dan mereka melakukannya… bukan kerana ingkar… tetapi kerana… mereka menyangka… itulah yang terbaik.
Di sinilah…
kita tidak boleh menjadi keras.
⸻
Kerana di hadapan kita…
bukan “orang lain”…
tetapi…
keluarga kita sendiri.
⸻
Orang yang membesarkan kita… orang yang pernah menyuap kita… orang yang pernah mendoakan kita…
⸻
Maka bagaimana mungkin…
kita berdiri di situ…
lalu menghukum mereka?
⸻
Tidak.
⸻
Kita tidak mampu.
Dan kita tidak mahu.
⸻
Kerana kita tahu…
kasih itu lebih dahulu daripada hujah.
⸻
Namun…
dalam diam…
ada satu rasa yang tetap hadir.
⸻
Sedih.
⸻
Sedih…
kerana kita berharap…
mereka melihat apa yang kita lihat…
memahami apa yang kita faham…
⸻
tetapi…
tidak semua perjalanan itu sama.
⸻
Ada yang cepat sampai.
Ada yang perlahan.
Ada yang melihat dengan jelas.
Ada yang masih mencari.
⸻
Dan di situlah…
kita belajar satu perkara yang sangat besar:
⸻
Hidayah itu bukan milik kita.
⸻
Kita boleh membaca.
Kita boleh belajar.
Kita boleh memahami.
⸻
Tetapi kita tidak boleh…
memasukkan kefahaman itu ke dalam hati orang lain…
walaupun orang itu…
adalah ibu kita sendiri.
⸻
Dan di situlah…
sedih itu bertemu redha.
⸻
Kita tidak mengalah.
Tetapi kita juga tidak memaksa.
⸻
Kita tidak berhenti menyampaikan.
Tetapi kita berhenti…
daripada memaksa orang menerima.
⸻
Kita hanya menunjukkan jalan…
seperti mana yang pernah ditunjukkan kepada kita.
⸻
Selebihnya…
kita serahkan kepada Allah.
⸻
Kerana hanya Dia…
yang membuka hati.
⸻
Dan mungkin…
apa yang kita lihat hari ini…
yang kita rasa berat hari ini…
⸻
bukan untuk mengubah mereka…
tetapi untuk mengubah kita.
⸻
Untuk menjadikan kita lebih sabar.
Lebih lembut.
Lebih memahami…
bahawa manusia ini…
tidak semuanya berjalan dalam garis yang sama.
⸻
Dan mungkin juga…
di sudut yang lain…
ada perkara dalam diri kita…
yang belum betul…
tetapi kita tidak sedar.
⸻
Lalu kita melihat orang lain…
sebagai cermin.
⸻
Bukan untuk menghukum…
tetapi untuk kembali kepada diri sendiri.
⸻
Di tanah perkuburan itu…
kita bukan sahaja mengingati mati…
⸻
tetapi kita belajar…
tentang hidup.
⸻
Tentang sabar.
Tentang kasih.
Tentang melepaskan.
⸻
Dan yang paling penting…
tentang menyerahkan.
⸻
Menyerahkan hati manusia… kepada Tuhan yang menciptanya.
⸻
Apabila kita melangkah keluar dari kawasan itu…
kita tidak membawa kemarahan.
⸻
Kita tidak membawa kekecewaan.
⸻
Kita membawa…
ketenangan yang aneh.
⸻
Ketenangan…
yang datang apabila kita berhenti memikul sesuatu…
yang sebenarnya bukan milik kita.
⸻
Kerana tugas kita…
bukan untuk mengubah semua orang.
⸻
Tugas kita…
hanyalah untuk:
⸻
melihat…
memahami…
menyampaikan…
dan kemudian…
redha.
⸻

Apabila Sunnah Menjadi Asing
Tuan-puan sekalian…
Hari itu masih berlanjutan.
Syawal belum pun reda…
suasana ziarah masih hangat…
hati masih lembut dengan kenangan pagi tadi…
⸻
Kita bergerak dari satu rumah ke satu rumah…
menyambung silaturrahim…
bertemu saudara…
berkongsi senyuman…
⸻
Sehinggalah…
kita sampai ke Gelang Mas.
⸻
Waktu itu…
matahari sudah meninggi…
dan azan Zuhur telah pun berlalu.
⸻
Kita melangkah masuk ke masjid…
namun kita tiba agak lewat.
⸻
Imam telah selesai solat.
Sebahagian jemaah masih duduk…
menyambung zikir bersama imam…
⸻
Dan kita…
mengambil tempat di belakang…
jauh sedikit daripada saf hadapan…
⸻
Kerana kita tidak sempat menyertai jemaah dari awal…
lalu kita berdiri…
dan menyempurnakan solat kita sendiri…
Zuhur dan Asar… secara jamak…
dalam keadaan tenang.
⸻
Di sinilah…
satu lagi lapisan renungan muncul.
⸻
Di hadapan…
imam mula memimpin zikir…
dengan suara yang kuat…
menggunakan mikrofon…
⸻
Suara itu bergema…
memenuhi ruang…
⸻
Sedangkan di belakang…
masih ada jemaah yang belum selesai solat…
masih dalam sujud…
masih dalam doa…
⸻
Dan kita…
berada di antara dua keadaan itu.
⸻
Di sinilah…
Sang Fikir tidak terus menghukum.
⸻
Kerana dalam tradisi fiqh…
isu zikir dengan suara kuat ini…
bukan sesuatu yang hitam putih.
⸻
Sebahagian ulama…
termasuk dalam perbahasan mazhab Syafi‘i…
membenarkan zikir dengan suara yang didengari…
dengan tujuan untuk mengajar.
⸻
Ini penting untuk difahami.
⸻
Kerana pada peringkat awal…
masyarakat perlu dibimbing…
perlu diperkenalkan dengan lafaz…
perlu dibiasakan dengan susunan zikir…
⸻
Dan dalam konteks itu…
zikir secara kuat…
mempunyai hikmah.
⸻
Namun…
di sinilah persoalan kedua muncul.
⸻
Jika tujuan itu adalah untuk mendidik…
maka setelah bertahun-tahun…
setelah generasi demi generasi hadir ke masjid yang sama…
⸻
mengapa bentuknya masih sama?
⸻
Mengapa jemaah masih bergantung…
kepada imam…
untuk setiap susunan zikir?
⸻
Bukankah pendidikan itu…
tujuannya adalah untuk membebaskan…
bukan untuk mengikat?
⸻
Bukankah tanda didikan itu sampai…
apabila seseorang mampu berdiri sendiri?
⸻
Dan di sinilah hati mula berfikir…
secara perlahan…
tanpa marah…
tanpa emosi berlebihan…
⸻
Adakah kita sedang mendidik…
atau kita sedang membiasakan satu kebergantungan?
⸻
Namun…
renungan itu tidak berhenti di situ.
⸻
Lapisan ketiga muncul.
⸻
Apabila suara zikir itu bergema…
kita dapat mendengar dengan jelas…
susunan yang dibaca…
⸻
dan di sinilah…
bagi mereka yang pernah menelaah hadis…
pernah melihat amalan Nabi…
pernah membaca riwayat sahabat…
⸻
akan menyedari sesuatu.
⸻
Tidak semua susunan itu…
datang daripada Nabi ﷺ.
⸻
Ada yang ditambah.
Ada yang disusun semula.
Ada yang menjadi amalan turun-temurun.
⸻
Dan di sinilah…
hati menjadi sayu.
⸻
Bukan kerana zikir itu salah.
⸻
Zikir itu baik.
Mengingati Allah… sentiasa baik.
⸻
Tetapi…
alangkah indahnya…
jika yang diajar berulang-ulang kepada jemaah itu…
adalah zikir yang benar-benar datang daripada Nabi.
⸻
Kerana apabila kita mengulang…
apa yang Nabi ajar…
⸻
kita bukan sekadar berzikir…
kita sedang menyambung hubungan.
⸻
Hubungan dengan Nabi.
Hubungan dengan para sahabat.
Hubungan dengan generasi awal…
yang menerima agama ini dalam bentuknya yang paling murni.
⸻
Tetapi apabila yang diulang…
adalah susunan yang telah ditambah…
⸻
secara perlahan…
tanpa kita sedar…
⸻
kita menjadi lebih dekat kepada bentuk amalan…
daripada asal ajaran.
⸻
Dan di sinilah…
Sang Fikir tidak marah.
⸻
Dia hanya…
merenung.
⸻
Kerana dia tahu…
mereka yang duduk di hadapan itu…
berzikir dengan penuh keikhlasan.
⸻
Mereka tidak berniat untuk menyimpang.
⸻
Mereka hanya…
mengikuti apa yang telah diajar kepada mereka…
sejak sekian lama.
⸻
Dan di sinilah…
sekali lagi…
ilmu bertemu rasa.
⸻
Di satu sisi…
kita memahami hujah.
⸻
Di sisi yang lain…
kita melihat manusia.
⸻
Dan di tengah-tengah itu…
kita belajar untuk seimbang.
⸻
Sang Fikir menyempurnakan solatnya…
perlahan…
⸻
Dan dalam sujud itu…
muncul satu soalan…
yang tidak ditujukan kepada orang lain…
⸻
tetapi kepada dirinya sendiri:
⸻
Adakah yang terganggu itu khusyuk solat…
atau sebenarnya hati yang belum cukup tenang?
⸻
Dia tidak menjawab.
⸻
Kerana mungkin…
jawapan itu…
tidak semudah yang disangka.
⸻
Namun sebelum melangkah keluar dari masjid…
satu persoalan terakhir…
ditinggalkan kepada kita semua:
⸻
Apa sebenarnya masalah kita…
dengan zikir yang diajar oleh Nabi?
Adakah ia tidak cukup indah?
Tidak cukup lengkap?
Tidak cukup sempurna?
⸻
Atau…
kita sebenarnya telah terbiasa…
dengan sesuatu yang lain…
sehingga yang asal…
terasa asing.

Kita Hanya Menunjukkan Jalan
Tuan-puan sekalian…
Akhirnya… kita sampai ke satu titik… di mana semua persoalan… tidak lagi memerlukan jawapan yang panjang.
⸻
Kita telah melihat…
di tanah perkuburan…
dan di dalam masjid…
⸻
dua ruang yang berbeza… tetapi membawa kita kepada satu hakikat yang sama; manusia… sentiasa berusaha untuk mendekat kepada Tuhan… dengan cara yang mereka faham.
Dan dalam usaha itu… ada yang tepat… ada yang tersasar sedikit… tetapi hampir semuanya… lahir daripada niat yang baik.
⸻
Di sinilah…
kita belajar sesuatu yang sangat penting.
⸻
Bahawa…
tidak semua yang tidak tepat itu…
lahir daripada keingkaran.
⸻
Kadangkala… ia lahir daripada kasih… daripada kebiasaan… daripada warisan yang tidak pernah dipersoalkan. Dan apabila kita menyedari hal itu… hati kita… tidak lagi keras.
⸻
Kita tidak melihat manusia…
sebagai “betul” atau “salah”…
⸻
tetapi sebagai…
hamba…
yang sedang berjalan…
menuju Tuhan…
dengan langkah yang berbeza-beza.
⸻
Ada yang lurus…
ada yang berliku…
⸻
tetapi semuanya…
menuju arah yang sama.
⸻
Lalu… di mana letaknya kita? Adakah kita berdiri… untuk membetulkan semua orang? Atau kita berdiri… untuk menjadi sebahagian daripada jalan itu?
⸻
Sang Fikir memilih…
untuk tidak menjadi hakim.
⸻
Dia tidak berdiri di atas…
untuk menjatuhkan hukuman.
⸻
Dia hanya berdiri…
di tengah-tengah manusia…
⸻
melihat…
memahami…
dan menyampaikan.
⸻
Kerana dia tahu…
hidayah itu bukan miliknya.
⸻
Hidayah itu…
milik Allah.
⸻
Dia hanya mampu… menunjukkan… bahawa ada satu jalan… yang pernah ditunjukkan oleh Nabi ﷺ.
Jalan yang ringkas.
Jalan yang tidak memberatkan.
Jalan yang tidak memerlukan tambahan…
kerana ia sudah sempurna.
⸻
Dan jika ada yang mahu melihat jalan itu…
dia akan menunjukkannya…
dengan lembut.
⸻
Tanpa paksaan.
Tanpa kemarahan.
Tanpa rasa lebih tinggi daripada orang lain.
⸻
Kerana dia juga sedar…
bahawa dirinya…
masih dalam perjalanan.
⸻
Masih belajar.
Masih mencari.
Masih memperbaiki.
⸻
Dan mungkin…
di sudut yang lain…
ada perkara dalam dirinya…
yang belum betul…
tetapi dia belum nampak.
⸻
Lalu dia memilih…
untuk merendah.
⸻
Bukan merendahkan kebenaran…
tetapi merendahkan dirinya…
di hadapan Tuhan.
⸻
Kerana di hadapan Tuhan…
kita semua sama.
⸻
Hamba.
⸻
Yang akan kembali…
tanpa membawa apa-apa…
kecuali amal.
⸻
Maka…
jika hari ini kita melihat sesuatu…
yang tidak selari sepenuhnya dengan sunnah…
⸻
kita tidak perlu membenci.
⸻
Kita tidak perlu menjauh.
⸻
Kita tidak perlu merasa diri lebih suci.
⸻
Kita hanya perlu…
menjadi lebih baik.
⸻
Lebih dekat kepada sunnah.
Lebih jujur dalam ibadah.
Lebih lembut dalam menyampaikan.
⸻
Dan jika ada satu hati…
yang tersentuh…
⸻
bukan kerana kita…
tetapi kerana Allah membuka hatinya…
⸻
maka itu sudah cukup.
⸻
Sangat cukup.
⸻
Kerana tujuan kita… bukan untuk mengubah dunia… tetapi untuk menjadi sebahagian kecil… daripada cahaya… yang Allah turunkan ke dalam hati manusia.
Dan akhirnya… kita kembali kepada satu kesimpulan yang sangat sederhana:
Kita datang…
kita melihat…
kita belajar…
⸻
dan kita menyerahkan.
⸻
Menyerahkan manusia…
kepada Tuhan mereka.
⸻
Menyerahkan hati…
kepada Yang Maha Membolak-balikkan hati.
⸻
Menyerahkan usaha…
kepada Yang Maha Mengetahui hasilnya.
⸻
Dan kita…
hanya meneruskan perjalanan.
⸻
Perjalanan yang sama…
yang suatu hari nanti…
akan membawa kita…
ke tempat yang kita ziarahi tadi.
⸻
Di mana orang lain pula…
akan berdiri…
dan membaca doa yang sama.
⸻
⸻
Maka sebelum hari itu tiba…
⸻
biarlah kita hidup…
dengan ilmu…
dengan kasih…
dan dengan adab.
⸻
Dan jika kita mampu memilih…
maka pilihlah…
⸻
jalan yang paling hampir kepada Nabi…
kerana di situlah…
jalan yang paling hampir…
kepada Tuhan.


Leave a Reply