Baru-baru ini kecoh di laman sosial berkenaan dakwaan para pegawai yang diberi kuasa jaga kemajuan Islam telah menukar terjemahan BERSEMAYAM kepada استوى (ISTAWA) tanpa sebarang penjelasan nota kaki. Dakwaan ini, jika benar, adalah satu contoh jenayah akademik mentahkik terjemahan orang lain tanpa alasan yang jujur.

Tuan puan boleh ke laman Facebook untuk mengikut perang mulut antara ustaz dan para pengikut ustaz yang mempunyai fikrah bertentangan. Kedua-dua ustaz itu sama-sama ada PhD, sama-sama ada pengikut yang ramai. Sama-sama berbisa bila berbicara. Ikutilah sahaja perang mulut itu hingga selesai.

Macam-macam komen. Tuan puan nilailah sendiri. Cuma kita hendak katalah sikit. Kebanyakan yang pro-JAKIM itu bila memberi komen, kuat main sentimen. Fakta akademik memang ke laut. Tidak faham isu asal. Ada yang sokong hujah Dr. Zamihan alasan BERSEMAYAM itu tidak sesuai dengan alasan;

Panel kita bersepakat utk mengubah terjemahan *istawa* dgn makna ‘bersemayam’ kepada makna yang layak dgn kebesaran Allah SWT. Ini kerana lafaz ‘bersemayam’ dlm bahasa Melayu (rujuk Kamus Dewan/Kamus Indonesia) bermaksud duduk, mendiami, menempati, bertahta dan seumpamanya.

Lafaz ini tidak sesuai disandarkan kepada zat, sifat Allah dan kebesaran-Nya secara literal. Ini kerana maksud lafaz harfiah berkenaan menjustifikasikan ciri dan kelaziman makhluk. Sedangkan maha suci Allah daripada menyerupai makhluk. Rujuk surah Syura ayat 11.

Ustaz Zamihan Al-Ghari

Tuan puan hendak telan alasan itu persilakanlah. Barangkali itu adalah alasan kemahiran berfikir aras tinggi. Ambil sajalah. Takkanlah hendak lawan JAKIM pula? Takkanlah hendak lawan cakap para ustaz yang mahir bahasa Arab, kan? Cuma kita hendak katalah. Bila terjemah ISTAWA kepada ISTAWA itu, orang awam akan jadi lebih fahamkah? Orang awam akan jadi lebih selamat tidak kelirukah? Selama ini kita baca Al-Quran terjemahan ISTAWA sebagai BERSEMAYAM tidak pernah rasa keliru pun. Kita memang faham pun BERSEMAYAM itu apa.

ISTAWA dalam bahasa Arab itu sudah maklum. BERSEMAYAM dalam bahasa Melayu pun sudah maklum. Sudah elok-elok penterjemah asal cari perkataan Melayu yang sesuai, hendak ditukar kepada ISTAWA sudah kenapa? Takut umat sesatkah?

Demikianlah ulasan ringkas kita. Kita ulas di sini sajalah. Hendak ulas di laman Facebook nanti jenuh pula nak layan ulasan balas. Kita terangkan pendirian nanti bukan hendak terima pun. Nak terima macam mana kalau istilah ISTAWA ini sudah jadi perbahasan berkurun lamanya, tidak selesai juga. Yang suka takwil jadi ISTAWLA itu pun, tidak selamat juga dari kefahaman Nur Muhammad sebab salah cara takwil. Faham sangatlah aqidah, begitu? Yang tidak takwil ISTAWA itu pun macam itu juga. Bukan boleh terima takwil ISTAWLA itu juga. Jadi, eloklah kita berkampung di blog sendiri. Kampung kita, ikut suka kitalah hendak komen tara mana, kan?

Tuan puan hendak sokong yang mana, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan kalian. Cuma kita hendak pesan; guna akal dengan waras. Berfikir secara objektif, bukannya ikut sentimen perjuangan Islam tetapi masih tidak faham apa itu Islam. Bukannya ikut sentimen Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah Al-Matudiah AlGahazliah (Aswaja+AAA), tetapi tidak pernah menukil mahupun memahami kalam asli para imam yang berkenaan. Usah jadi orang yang ikut-ikutan menurut kalam golongan pentaksub yang menisbahkan pemikiran mereka kepada para ulama yang agung itu tanpa jati diri. Usah jadi pemalas yang kerjanya asyik bergantung kepada karya orang lain. Keluarlah dari kepompong. Sila guna akal. Bukan main akal.

Curang akademik

Isu pokoknya adalah kecurangan akedemik ya tuan puan. Bila baca komen ustaz, komen pihak yang menjawab, yang sokong dan yang kritik, otak kita biarlah cerdas sikit. Usah jadi pentaksub membabi buta sebagaimana sebahagian besar rakyat negara ini taksub kepada para politikus negara.

Bercakap berkenaan menukar hasil kerja orang lain sesuka hati ini, memang kita tidak setuju. Ia adalah curang akademik. Ia adalah jenayah akademik. Begitukah integriti sebuah jabatan yang diberi kepercayaan mengelola kemajuan Islam? Mengkhianati tradisi ilmu? Melakukan khianat sebegitu? Tradisi akademik yang baik, bukan main dilanggar begitu sahaja. Tradisi bid’ah yang bersarang dalam amalan masyarakat, tidak mahu langgar jugakah?

Tuan puan hendak hidup sekapal dengan penguasa agama seperti ini ya dipersilakan. Barangkali tinggi sangatlah ilmu akal para penguasa yang sedemikian, seolah-olah tidak pernah tahu kaedah cerdik pandai hari ini jika ingin mentahkik edisi terbitan sebelumnya. Orang awam yang cerdik akal tidak akan semberono menerima hasil karya curang sebegini.

Kita musykil jugalah dalam kes menukar terjemahan BERSEMAYAM kepada ISTAWA itu. Begitukah cara kerja orang yang kononnya akal tinggi laksana para mutakallimun? Ramai kalangan yang terlibat itu ada PhD juga. Bagaimanakah orang-orang yang mengajak umat supaya berpegang kepada cara pemikiran Aswaja+AAA itu boleh berlaku tidak amanah dalam urusan memperbaiki terjemahan seperti itu? Bersikap curang? Atau, memang itulah tradisi yang dipegang turun temurun dari leluhur Muktazilah? Sebab sudah jadi kebiasaan, kalam Allah diputar belitkan? Sudah jadi kebiasaan sabda Nabi di-‘qiyas’ dengan cara yang batil?

Tuan puan sekalian yang jujur, kita hendak bertanya; patutkah bagi orang lain menukar perkataan kita tanpa sebarang izin dari kita? Kalau tuan puan sekalian jawab patut, kita tidak mahu tanya selain daripada ini; Akal mana?

Kena fahamlah. Menerbitkan terjemahan Al-Quran atau apa-apa jua buku yang akhirnya akan dicetak tidak sama seperti menerbitkan artikel atas talian. Menerbitkan artikel atas talian, jika kita ubah perkataan tertentu untuk menerangkan maksud mengikut konteks bahasan (dengan syarat memberi pautan kepada sumber asal), ia masih boleh diterima juga. Sebabnya, susur galur kepada maklumat asal masih boleh disemak lagi.

Takut Bayang-Bayang Sendiri

Isu disebalik curang akademik ini tidak lain adalah rendahnya jati diri kita yang sudah diasuh dengan kefahaman aliran Assyairah Al-Maturidiah semenjak kecil lagi. Ia juga menunjukkan rendahnya jati diri orang mengajar kepada kita, sehingga takut orang awam jadi sesat kalau membaca Al-Quran terjemahan. Sehingga dicari jalan supaya kononnya ditutp jalan syubahat yang membawa kepada kekufuran bila orang awam baca Al-Quran terjemahan. Semua ini adalah hujah dangkal.

Inilah bahana yang menimpa golongan mutakallimun yang mencipta pelbagai falsafah bahasa secara berlebihan hendak mengenal Tuhan. Kita baca Al-Quran sebutannya ‘استوى ‘, kita baca terjemahan sebutannya ‘ISTAWA’ juga. Ini orang putih kata TRANSLITERATION, bukannya TRANSLATION. Mengaji ilmu bahasa, sudah khatam?

Orang awam hendak faham macam mana kalau tukang menukar terjemahan asal pun macam tidak habis mengaji bahasa Melayu. Seolah-olah kita ini sudah habis bahasa hendak perbaiki terjemahan. Seolah-olah kalau baca sebagai BERSEMAYAM maka sesatlah manusia sekaliannya.

Tidak sesat macam mana, kalau kita sendiri cipta falsafah mengenal Tuhan yang Allah tidak ajar, Nabi tidak ajar. Sebab itu terbelit dengan kalam sendiri, lalu tuduh orang lain Mujassimah atau Musyabbihah pula. Puak yang kena tuduh itu faham lain, kita mengata yang lain pula. Cerdik sangatkah itu?

Mahu tukar sangat ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ; KEMUDIAN (ALLAH) BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARASY itu kepada KEMUDIAN (ALLAH) ISTAWA DI ATAS ‘ARASY atas alasan takut orang awam salah faham maknanya.

Jadi kita mahu tanya juga.

Tidak mahu tukar jugakah ثُمَّ اسْتَوٰٓى اِلَى السَّمَاۤءِ; KEMUDIAN (ALLAH) MENUJU KE LANGIT dengan KEMUDIAN (ALLAH) ISTAWA KE LANGIT?

Atau, sudah tukar senyap-senyap juga?

+SANGfikir

Tuan puan hendak ambil ilmu dari salah seorang ahli yang terlibat dengan kecurangan akademik tadi itu yang mengharuskan ‘amalan berziarah, bertawassul dan bertabarruk atas kubur’ ya dipersilakan. Bid’ah hasanah la kan? Hendak malu apa?

Tuan puan sekalian. Inilah coretan ringkas selepas kita mencoret berjela-jela dalam terbitan sebelumnya. Biarlah kita akhiri coretan ini dengan doa ringkas yang kita baca setiap kali khatam Quran. Hayati maknanya;

Kemudian, tanyalah kepada diri tuan puan sekalian 2 soalan ini;

Pertama; Yang memberi faham Al-Quran itu, Tuhan Yang Maha Mengetahui atau tok guru kalian?

Kedua; Tuan puan faham atau tidak maksud ayat 4 Surah Al-Alaq ini?

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ

قَلَمِ; Faham maksudnya? Fikir-fikirkanlah.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • KELUAR KEPOMPONG: Bebaskan Dirimu Dari Dibelenggu – +SANGfikir

    […] puan sekalian. Dalam terbitan sebelum ini, kita mengakhiri coretan dengan doa yang disulami dengan muzik; sudah jadi qasidah yang lunak […]

  • Benarkah Dakwaan Ulama Salaf Berhujah Dengan Ilmu Kalam?

    […] (Aswaja+AAA). Diulang-ulang beribu kali seolah-olah kalau kita tidak berpegang kepada Aswaja+AAA, boleh sesat kita ini jadi Mujassimah dan Musyabihah? Boleh jadi kafir kita ini? Mengapa? Kalau sebut Ahlul Sunnah Waljamaah (Aswaja) sahaja, tidak […]

  • Kitab atau Buku? – +SANGfikir

    […] bahasa. Bila baca Al-Quran terjemahan bakal edisi terbaru JAKIM, dia jumpa perkataan istawa, terjemah baca istawa juga. Dia baca kitab Arab dia tak faham. Dia baca kitab jawi Melayu pun dia tak faham juga. Bila […]

  • Polemik Di Manakah Allah? – +SANGfikir

    […] Allah istawa’ ‘alal ‘arsy ; […]

  • DALIL: Di Manakah Allah? – +SANGfikir

    […] Allah istawa ‘alal ‘arsy ; […]

%d bloggers like this: