Orang Melayu ini ada masalah bahasa. Bila baca Al-Quran terjemahan bakal edisi terbaru JAKIM, dia jumpa perkataan istawa, terjemah baca istawa juga. Dia baca kitab Arab dia tak faham. Dia baca kitab jawi Melayu pun dia tak faham juga. Bila terjumpa Al-Kitab dia marah pula. Padahal orang Arab panggil Bible itu kitab juga.
Kita di Nusantara ini saja terlebih sentimen. Asal nampak kitab jawi terus kita terus angkat tinggi seolah-olah sangat suci. Biarpun ia cumalah novel cinta tiga segi dalam tulisan Arab. Dengar lagu Arab dia ingat menyanyi pasal agama, rupa-rupanya pasal cinta Laila Majnun. Begitulah dahysatnya penangan menjadi Arab celup di Nusantara ini.
Kitab itu apa tuan puan sekalian?
کتاب
BOOK
buku
Faham sudah?
Bila disebut ahlul-kitab, maka secara bahasanya adalah pakar buku. Lebih kurang begitulah. Dalam konteks ayat-ayat Al-Quran, bila disebut Ahlul-Kitab, ia merujuk kepada orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum Al-Quran. Bolehkah kita kata Ahlul-Kitab itu orang-orang yang telah diberi Buku sebelum Al-Quran? Boleh.
Lalu bolehkah kita sebut Al-Quran itu sebuah buku suci? Boleh. Salahkah? Kalau hidup dalam masyarakat Arab celup di Nusantara ini, susah sedikitlah. Sentimen tak bertempat. Yang ini kita minta maaflah tidak dapat nak tolong. Tuan puan tolonglah diri sendiri. Kalau hidup bersama pendakwah tersohor berbangsa Inggeris Yusof Estee atau orang putih beragama Islam yang lainnya, tiada masalah. Sebab mereka panggil Al-Quran itu holy BOOK. Buku suci.
Tuan puan sekalian. Abu Jahal pun sebut buku itu kitab. Abu Lahab pun sebut buku itu kitab. Atau ada sebutan lain kedua-dua musuh Islam pada zaman Nabi s.a.w. ni sebut lain nak terangkan pasal buku? Budak-budak Arab mengaji geografi, politik dan baca macam-macam buku mengarut pun mereka sebut kitab juga. Apa yang pelik?
Yang pelik sebab anak-anak kita sekarang sudah tidak bersembahyang lagi. Baik yang masih kecil sehinggalah yang sudah besar ada anak, semuanya termasuk menantu kita tidak sembahyang lagi. Tuan puan pun barangkali semuanya tidak bersembayang lagi. Mujurlah semua anak-anak, menantu dan cucu kita masih solat. Mujurlah tuan puan sekalian masih solat.
Faham atau tidak sindiran bahasa kita itu?
Kita nak tanya. SOLAT atau SHOLAT atau SHOLAH? Bukankah kita selalu dengar; haiyya ‘alas-sholaah? Ada kita biasa dengar haiyya ‘alas-solaat? ADA? Orang putih bila ceduk perkataan Arab صَلاة mereka sebut sebagai SHOLAH dan tulis sebagai SHALAH. Kita kaki celup ni, tak mahu tukarkah ة (ta marbutah) itu jadi ه / ﻫ (ha’)? Itu belum tanya, ‘S’ dalam perkataan SOLAT itu ‘shod‘ kah atau ‘sin’ kah atau ‘sim’ kah atau ‘tha’ kah? Tak perlu jawab. Cuma kalau rajin, fikirkanlah.

Yang pelik juga sebab kita dah biasa hidup pinjam bahasa luar tak sudah. Sampai maksud kitab pun kita tidak faham. Sampai maksud zalim pun kita tak faham. Sampai maksud fitnah pun kita tak faham. Sampai maksud hudud pun kita tak faham. Sampai maksud hadith pun kita tak faham. Semua main cedok sampai nak sampai habis maksud asal perkataan Arab yang kita pinjam pun sudah jadi tunggang langgang.
Sebab itu kita pernah pesan. Terjemahan AlQuran tidak semestinya tepat dengan maksud asal bahasa Arab.
Begitulah tuan puan sekalian. Hendak jadi Arab celup biar celup betul-betul. Celup sini sikit, sana sikit, lebih baiklah tuan puan kekal jadi Melayu, jadi Bugis, jadi Jawa, jadi Makasar, jadi Minang yang sejati. Arab itu cuma bangsa dan bahasa saja di Timur Tengah. Arab bukanlah agama. Bukan juga budaya kita di Nusantara ini. Jadilah kita Melayu beragama Islam. Atau Bugis beragama Islam. Atau Jawa beragama Islam. Atau Makasar beragama Islam. Atau Minang beragama Islam.
Bacalah buku. Bacalah kitab. Bacalah book.
Fikir-fikirkanlah.
Comments
[…] yang mengikut hawa nafsu menelan segala macam hadith kerana mahu membela kefahaman Nur Muhammad. Masing-masing mendakwa ia ada dalam kitab ya tuan puan. Jadi, kalau kita ini jenis telan semua benda ada dalam kitab adalah benar belaka, […]
[…] takkanlah tidak faham al-intikhabatul ‘aammatul khamsatu ‘asyara pula? Nak sangat cakap Arab […]
[…] JENIS BACA KITAB; […]
[…] ya tuan puan sekalian. Sebagai orang awam, biarpun kita tidaklah habis khatam beribu-ribu kitab, memadailah kita menggunakan akal kita yang waras untuk menilai mana satu intan, mana satu kaca. […]
You must log in to post a comment.