Tuan puan sekalian. Pertama sekali kita hendak peringatkan. Jangan sentap. Tidak usah melatah. Toksah nak melenting sangatlah. Ini kena bagi peringatan awal-awal. Sebab ramai orang sentap bila dengar perkataan; BID’AH.

Sebelum kita pergi jauh. Elok tuan puan tonton dulu video ceramah Ustaz Engku Ahmad Fadzil. Tajuknya bahaya fahaman literal. Kandungannya bagus sebab banyak sentuh persoalan bid’ah dholalalah dan bid’ah hasanah.

Tuan puan kena tonton dari mula sampai habis. Baru boleh teruskan membaca perkara yang kita hendak ajak tuan puan perhalusi tiap perkara berkaitan. Secara umumnya penjelasan ustaz sangatlah baik. Ia membantu kita agar tidak sembrono memahami nas, baik dari Al-Quran mahupun hadith secara literal. Ustaz juga ajar supaya kita menilai sesuatu ikut konteks. Ini adalah saranan yang sangat wajar. Supaya kita tidak tergolong dalam kalangan yang asyik memandang serong orang keliling kita yang kita anggap ia adalah bid’ah dholalah, sedangkan mereka memandang perbuatan mereka itu sebagai bid’ah hasanah.

Cuma kita hendak pesan sedikitlah. Kalau tuan puan sedang buat bid’ah hasanah, janganlah marah kalau ada orang tegur kita buat bid’ah. Memang sedang buat bid’ah pun kan? Bukankah kita yang suka buat perkara baru yang kita kata baik. Kita juga sudah setuju dengan takrif oleh Imam As-Syafie berkenaan maksud bid’ah. Ada dua kan? Satu bid’ah dholalah, satu lagi bid’ah hasanah. Itu kita belum kira ada juga pandangan ulama yang mengatakan bid’ah itu boleh pula dibahagikan kepada bid’ah wajib, bid’ah haram, bid’ah mandub, bid’ah harus dan bid’ah makruh. Nak sentap sangat sudah kenapa? Lainlah kalau kita ini memang sedang buat bid’ah dholalah. Atau bid’ah haram. Kena rasa sentap la. Kena bertaubatlah. Faham atau tidak ‘kalam‘ kita ini?

Adalah juga beberapa perkara yang kita kurang setuju dalam video di atas itu. Tidak perlulah bermadah seolah-olah pilot usah bercakap pasal agama. Kita tidak tahulah siapa yang dimaksudkan. Tapi kita tahulah juga ada seorang kapten bawa kapal terbang yang rajin mengaji, rajin tulis buku dan rajin mengulas pasal agama. Kita hendak gelar pilot itu orang awam bolehlah. Tetapi, apa salah orang awam kalau hendak berbicara perihal agama? Agama itu milik agamawan sajakah? Kalau begitu, tidak perlulah adakan ceramah kepada orang awam, begitu?

Soalan tahap kemahiran aras tinggi tadi ya tuan puan. Jangan ambil secara literal pula ya. Kena faham konteks. Benda ini kita tegur secara umumlah. Kepada semua. Janganlah anggap seolah-olah semua orang awam yang ada di negara ini tidak begitu cerdik untuk mendalami agama dan bercakap perihal agama. Kalau salah, beritahulah di mana salahnya. Bentangkanlah hujahnya. Itu saja. Bukankah elok kalau agama itu ditegakkan atas hujah ilmiah. Tidak perlulah bermasam muka. Jangan gaduh.

Demikian pula bila ada beberapa orang ustaz buat kursus cara sembahyang Nabi SAW, kita patut hargai. Memanglah secara umumnya kita selama ini sembahyang ikut cara Nabi. Benarkah? Atau kita ikut cara yang ustaz kita ajar? Ustaz ikut cara Nabi kah? Atau ustaz ikut cara yang tok guru ustaz ajar? Dan seterusnya sanad bersambung sampailah kepada para sahabat Nabi, sampailah kepada Nabi? Jika begitu, mengapa ada kifiat berbeza cara sembahyang mazhab berlainan? Orang awam patut tahu juga. Supaya tidaklah kita pandang serong kawan-kawan yang lain sedikit caranya dengan cara yang kita amalkan selama ini. Bila ada kursus sedemikian, sekurang-kurangnya orang awam tahulah dalilnya, tahulah hadithnya. Tahu dalil itu, ada faedahnya, bukan? Takkanlah awam tak layak tahu?

Baiklah. Itu cuma selingan saja ya tuan puan. Ada kesempatan, kita suarakanlah pandangan. Hendak dengar sila. Tidak mahu dengar ya silakan juga. Kemudian, elok juga jika tuan puan tonton Diskusi Ilmiah antara Ustaz Engku Ahmad Fadzil dan Dr. Muhammad Rozaimi: Bid’ah Hasanah Adakah Satu Kesesatan?

Bila dengar hujah kedua-dua belah pihak, baru kita akan nampak dari mana datangnya perbalahan berkenaan Bid’ah Hasanah. Cuma kita hendak nasihatkanlah kepada tuan puan. Ikut mana pun kecenderungan tuan puan kepada salah seorang ustaz ini, ketahuilah para ulama sejak zaman dahulu pun sudah biasa berbalah perihal bid’ah ini. Janganlah kita buat-buat terkejut macam kura-kura seolah-olah perbezaan pendapat ini memecah belahkan umat. Jangan nampak sangat macam kita tidak pernah mengaji agama.

Para ulama berbeza pendapat zaman dahulu, bermakna kalau kita masyarakat awam berbeza pendapat janganlah perli memecah belahkan umat. Kalau macam itu, tidak perlulah kita ada parti politik bagai. Pecah belah umat juga, begitu?

Semak Hujah dengan Kitab

Begini tuan puan. Kita hendak ajak tuan puan nilai hujah berkenaan bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah itu dengan kitab karangan ulama terdahulu. Tuan puan boleh semak kalam para ulama yang dinukilkan oleh kedua-dua ustaz tu dalam کتاب | BOOK | buku. Kena rajinlah baca buku. Supaya tidaklah kita ini secara buta ambil hujah ustaz yang jadi pujaan kita. Supaya tidaklah kita ini secara buta berlakon konon-konon jadi pening pasal agama. Bab agama sajalah kita pening konon. Bab politik yang tiada faedah sangat, tidak pula kita hendak komplen kata pening.

Begini ya tuan puan. Sebelum kita melompat kegembiraan sebab di sana ada pembahagian bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah jangan kita lupa, yang menyebut bid’ah dholalah itu adalah junjungan Nabi kita Muhammad Shallalahu ‘Alaihi Wasalam juga. Yang memberi amaran supaya jauhi perkara bid’ah itu adalah Nabi yang kita selalu berselawat ke atasnya. Sebab itu jangan kita ambil mudah pesan para ustaz yang selalu tegur masyarakat supaya jauhi perkara bid’ah. Jangan pula kita bermudah cara hendak kata semua bid’ah kegemaran kita itu bid’ah hasanah tanpa mengetahui bagaimana para ulama silam memahami hadith Nabi. Benar para ulama itu pandai. Kita jangan pula hendak memandai-mandai. Ingat ya.

Mari teliti dulu beberapa hadith berkaitan bid’ah sebelum kita teliti pula penjelasan para ulama berkenaan takrif bid’ah pula.

Hadits 1 & 2

Jangan kita mudah sentap kalau dengar ustaz memulakan ceramah dengan ungkapan menyerupai hadith di bawah ini. Kerana memang lazim Rasulullah juga memulakan khutbah dengannya;

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.  Dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang baru diada-adakan, dan setiap (كُلَّ) bid’ah adalah kesesatan.

 (Hadith riwayat Muslim no. 867)

Yang sering menjadi perbahasan adalah perkataan; setiap (كُلَّ). Kita kena faham perkataan كُلَّ (kul) itu dalam bahasa Arab boleh membawa dua makna. Ia boleh merujuk SEMUAnya atau SEBAHAGIANnya. Kena teliti semula bahasannya dalam video ceramah Ustaz Engku pada permulaan artikel ini. Sebab itu tuan puan, kita kena terimalah juga penjelasan adanya bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah. Yang kita tidak patut terima adalah orang yang memutar belit katanya membandingkan perkara bid’ah agama dan bid’ah dunia. Ini boleh kita ketahui apabila merujuk hadith yang agak serupa matan seperti di bawah;

Dalam riwayat An Nasa’i,

مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ ، إِنَّ أَصَدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ ، وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا ، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ ، وَكُلَّ ضَلالَةٍ فِي النَّارِ

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang bisa menyesatkannya. Dan yang disesatkan oleh Allah tidak ada yang bisa memberi petunjuk padanya. Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (كُلَّ) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap (كُلَّ) bid’ah adalah kesesatan dan setiap (كُلَّ) kesesatan tempatnya di neraka” 

(Hadith riwayat An Nasa’i no. 1578, dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan An Nasa’i)

Begini tuan puan. Sebelum kita lihat pembahagian bid’ah kepada dua iaitu bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah, cuba fahami dulu maksud zahir hadith dan maksud konteks hadith tadi. Amatlah jelas, ia merujuk kepada perkara yang diadakan dalam urusan agama. Sebab Nabi sebut perihal kitab Allah dahulu, lalu sebut perihal sunnah Nabi, kemudian baru sebut perihal bidaah. Janganlah kita memandai-mandai bermain kalam dan bahasa faham bid’ah itu merujuk maklum bahasa harian kita. Nanti kita akan hurai kemudian apabila membicarakan pandangan Imam As-Syafi’i, Imam An-Nawawi dan Imam As-Sayuthi. Mari lihat hadith seterusnya.

Hadits 3

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعْ بِدْعَتَهُ

“Sungguh Allah menghalangi taubat dari setiap pelaku bid’ah sampai ia meninggalkan bid’ahnya”  

(Hadith Riwayat. Ath Thabrani dalam Al Ausath no.4334. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 54)

Hadits 4

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, tetap mendengar dan ta’at kepada pemimpin walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak dari Habasyah. Karena barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnah-ku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mereka itu telah diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah dengan perkara (agama) yang diada-adakan karena setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.

(Hadith Riwayat At Tirmidzi no. 2676. Dia berkata: “hadith ini hasan shahih”)

Hadits 5

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

انَّهُ سَيَلِي أَمْرَكُمْ مِنْ بَعْدِي رِجَالٌ يُطْفِئُونَ السُّنَّةَ ، وَيُحْدِثُونَ بِدْعَةً ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ” ، قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ بِي إِذَا أَدْرَكْتُهُمْ ؟ قَالَ : ” لَيْسَ يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ طَاعَةٌ لِمَنْ عَصَى اللَّهَ ” ، قَالَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Sungguh diantara perkara yang akan datang pada kalian sepeninggalku nanti, yaitu akan ada orang (pemimpin) yang mematikan sunnah dan membuat bid’ah. Mereka juga mengakhiri sembahyang dari waktu sebenarnya’. Ibnu Mas’ud lalu bertanya: ‘apa yang mesti kami perbuat jika kami menemui mereka?’. Nabi bersabda: ‘Wahai anak Adam, tidak ada ketaatan pada orang yang bermaksiat pada Allah’”. Beliau mengatakannya 3 kali.

(Hadith riwayat Ahmad no.3659, Ibnu Majah no.2860. Dishahihkan Al Albani dalam Silsilah Ahadits Shahihah, 2864)

Hadits 6

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّهُ مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِي قَدْ أُمِيتَتْ بَعْدِي فَإِنَّ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا ، وَمَنِ ابْتَدَعَ بِدْعَةَ ضَلَالَةٍ لَا يَرْضَاهَا اللَّهَ وَرَسُولَهُ كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَوْزَارِ النَّاسِ شَيْئًا

Barangsiapa yang sepeninggalku menghidupkan sebuah sunnah yang aku ajarkan, maka ia akan mendapatkan pahala semisal dengan pahala orang-orang yang melakukannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang membuat sebuah bid’ah dholalah yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapatkan dosa semisal dengan dosa orang-orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.

Hadith riwayat Tirmidzi no.2677, dia berkata: Hadits ini hasan.

Tuan puan lihatlah hadith 6 di atas. Terma bid’ah dholalah memang sudah ada sejak awal. Jadi, janganlah kita suka benar membid’ahkan perbuatan sahabat atau kaum keluarga kita kalau mereka ada amalan yang kita tidak berkenan, seolah-olah teruk benar mereka itu. Kalau ada terma bid’ah dholalah, kenapa kita berdegil hendak tolak kalau Saidina Umar pernah ucap bid’ah hasanah?

Janganlah kita berlagak pandai seolah-olah Imam As-Syafi’i tidak pandai. Ingatlah, kita ini orang awam saja. Jangan setakat dengar satu dua hadith saja sudah memandai hukum orang sesat. Ini peringatan saja ya.

Mari kita sambung perkongsian hadith berkaitan perkara yang diada-adakan dalam agama. Beginilah ya tuan puan. Dari puak mana sekalipun kecenderungan kita; nak kata semua perkara baru itu bid’ah sesat, nak kata semua perkara baru itu adalah bid’ah dari segi bahasa, nak kata kita buat bid’ah hasanah ikut faham kita, mari telusuri dulu amaran yang terkandung dalam hadith yang seterusnya.

Hadits 7

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.

Hadith riwayat Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718

Hadits 8

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak.

Hadith riwayat Muslim no. 1718

Hadits 9

Hadits dari Hudzaifah Ibnul Yaman, ia berkata:

يا رسولَ اللهِ ! إنا كنا بشرٌ . فجاء اللهُ بخيرٍ . فنحن فيه . فهل من وراءِ هذا الخيرِ شرٌّ ؟ قال ( نعم ) قلتُ : هل من وراءِ ذلك الشرِّ خيرٌ ؟ قال ( نعم ) قلتُ : فهل من وراءِ ذلك الخيرِ شرٌّ ؟ قال ( نعم ) قلتُ : كيف ؟ قال ( يكون بعدي أئمةٌ لا يهتدون بهدايَ ، ولا يستنُّون بسُنَّتي . وسيقوم فيهم رجالٌ قلوبُهم قلوبُ الشياطينِ في جُثمانِ إنسٍ ) قال قلتُ : كيف أصنعُ ؟ يا رسولَ اللهِ ! إن أدركت ُذلك ؟ قال ( تسمعُ وتطيع للأميرِ . وإن ضَرَب ظهرَك . وأخذ مالَك . فاسمعْ وأطعْ )

Wahai Rasulullah, dulu kami orang biasa. Lalu Allah mendatangkan kami kebaikan (berupa Islam), dan kami sekarang berada dalam keislaman. Apakah setelah semua ini akan datang kejelekan? Nabi bersabda: ‘Ya’. Apakah setelah itu akan datang kebaikan? Nabi bersabda: ‘Ya’. Apakah setelah itu akan datang kejelekan? Nabi bersabda: ‘Ya’. Aku bertanya: ‘Apa itu?’. Nabi bersabda: ‘akan datang para pemimpin yang tidak berpegang pada petunjukku dan tidak berpegang pada sunnahku. Akan hidup diantara mereka orang-orang yang hatinya adalah hati setan namun berjasad manusia’. Aku bertanya: ‘Apa yang mesti kami perbuat wahai Rasulullah jika mendapati mereka?’. Nabi bersabda: ‘Tetaplah mendengar dan taat kepada penguasa, walau mereka memukul punggungmu atau mengambil hartamu, tetaplah mendengar dan taat.

Hadith riwayat Muslim no.1847

Hadits 10

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا ، فَقَالُوا : وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ ؟ قَالَ أَحَدُهُمْ : أَمَّا أَنَا ، فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا ، وَقَالَ آخَرُ : أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ ، وَقَالَ آخَرُ : أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا ، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ ، فَقَالَ : ” أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا ، أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu’alaihi wasallam dan bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu’alaihi wasallam. ٍSetelah diberitakan kepada mereka, sepertinya mereka merasa hal itu masih sedikit bagi mereka. Mereka berkata, “Ibadah kita tak ada apa-apanya dibanding Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, bukankah beliau sudah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan juga yang akan datang?” Salah seorang dari mereka berkata, “Sungguh, aku akan shalat malam selama-lamanya” (tanpa tidur). Kemudian yang lain berkata, “Kalau aku, sungguh aku akan berpuasa Dahr (setahun penuh) dan aku tidak akan berbuka”. Dan yang lain lagi berkata, “Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selama-lamanya”. Kemudian datanglah Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam kepada mereka seraya bertanya: “Kalian berkata begini dan begitu. Ada pun aku, demi Allah, adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian, dan juga paling bertakwa. Aku berpuasa dan juga berbuka, aku shalat dan juga tidur serta menikahi wanita. Barangsiapa yang benci sunnahku, maka bukanlah dari golonganku.

Hadith riwayat Bukhari no.5063

Hadits 11 & 12

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، لَيُرْفَعَنَّ إِلَىَّ رِجَالٌ مِنْكُمْ حَتَّى إِذَا أَهْوَيْتُ لأُنَاوِلَهُمُ اخْتُلِجُوا دُونِى فَأَقُولُ أَىْ رَبِّ أَصْحَابِى . يَقُولُ لاَ تَدْرِى مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ

“Aku akan mendahului kalian di al haudh (telaga). Lalu ditampakkan di hadapanku beberapa orang di antara kalian. Ketika aku akan mengambilkan (minuman) untuk mereka dari al haudh, mereka dijauhkan dariku. Aku lantas berkata, ‘Wahai Rabbku, ini adalah umatku’. Allah berfirman, ‘Engkau tidak tahu (bid’ah) yang mereka ada-adakan sepeninggalmu’ “ (HR. Bukhari no. 6576, 7049).

Dalam riwayat lain dikatakan,

إِنَّهُمْ مِنِّى . فَيُقَالُ إِنَّكَ لاَ تَدْرِى مَا بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِى

(Wahai Rabb), sungguh mereka bagian dari pengikutku. Lalu Allah berfirman, ‘Sungguh engkau tidak tahu bahwa sepeninggalmu mereka telah mengganti ajaranmu”. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengganti ajaranku sesudahku.

Hadith riwayat Bukhari no. 7050

Demikianlah perkongsian 12 hadith seputar perihal bid’ah. Kita sengaja membicarakan secara umum kerana sedar masyarakat hari ini susah hendak terima teguran mereka buat perkara bid’ah biarpun hakikatnya memang bid’ah pun. Yalah, kalau sendiri asyik kata yang diamal itu bid’ah hasanah, bid’ah juga la kan?

Ketahuilah bid’ah adalah perkara yang berat. Jangan ambil mudah, takut nanti perkara yang kita anggap bid’ah hasanah rupa-rupanya bid’ah dholalah. Kalau dalam perkara ibadat barangkali ada keringanan. Sebab memang kita akan jumpa pelbagai pandangan para ulama dalam urusan ini. Kalau dalam perkara melibatkan aqidah, bagaimana pula?

mukadimah | blog | کتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • ‘Perang Ustaz’: Aswaja+AAA vs. Wahabi +SANGfikir

    […] belum sila baca. Kemudian, kalau kita ikut pandangan bahawa bid’ah itu boleh dibahagi dua; bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah, kenapa kita marah pula kalau orang kata kita buat bid’ah? Macam ustaz kata, buat […]

  • SENTAPAN ROHANI: Akal Mana? Cakap Tak Serupa Bikin? – +SANGfikir

    […] kematian. Ada yang kata talqin sedemikian itu bid’ah. Ada yang kata benda baik, apa salahnya, bid’ah hasanah kan, bukannya bid’ah dholalah! Jadi, biarlah kita katakan kepada orang yang suka buat bid’ah hasanah itu; Kamu sekalian […]

  • MAULIDUR RASUL: Sendiri Buat Sendiri Tanggung – +SANGfikir

    […] orang awam ni jangan tanya banyak. Benda bid’ah hasanah, hendak kecoh apa? Benda khilafiyah, hendak gaduh apa? Kita hendak nasihat sedikitlah kepada tuan […]

  • ‘Perang Ustaz’: Analisa Orang Awam Terhadap Wahabi vs Aswaja

    […] kita gelar penuduh itu, yang suka buat lawak, mengajak manusia supaya cenderung kepada bidaah berbanding Sunnah dan suka bercerita macam penglipur lara itu sebagai cikgu bidaah; Kamu adalah Ustaz Bidaah, tetapi […]

%d bloggers like this: