Tuan puan sekalian, kita kongsikan diskusi ilmiah empat jam. Ia adalah antara Ustaz Salman dengan ASWJ Reasearch Group (ARG) yang diwakili oleh Ustaz Ustaz Engku Ahmad Fadzil dan Baba Abdul Rashid Muhamat Akip.

Tuan puan kena dengar dengan teliti. Jangan main lompat serkap jarang. Nanti panel cakap lain, tuan puan faham lain pula. Satu lagi nak pesan, jangan bersikap berat sebelah. Dengar kedua-dua belah hujah dengan hati yang terbuka, kemudian barulah menetapkan pendirian.

Sudah habis tonton lebih 4 jam? Dapat manfaat? Mudah-mudahan dapat.

Cuma jika tuan puan hendak tahu siapa menang atau siapa kalah, dialog tersebut bukan pentasnya. Juga kalau tuan puan hendak tahu secara mutlak siapa benar atau siapa salah, dialog tersebut bukan pentasnya.

Lain Ustaz, Lain Takrif Ahlul Sunnah Wal Jamaah?

Dalam sesi dialog sebegini, kita tidak berminat dengan label Wahabi dan sebagainya. Memang sedap mulut tuduh orang tidak sependapat dengan kita itu Wahabi. Memang sedap mulut juga kita mendakwa kitalah kumpulan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Hendak bagi nampak lebih, boleh tambah pula Al-dibelakang perkataan Jamaah itu pula. Sindir menyindir begini tidak akan memandaikan umat. Itu bab lain ya tuan puan sekalian.

Kita katakan begini sajalah. Kita tidak berminat hendak tonton takrif Ahlul Sunnah Wal Jamaah ikut fahaman para pembentang dialog tersebut. Takrif sedemikian, sampai kiamat pun orang Islam tidak akan habis bergaduh masing-masing mendakwa merekalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Ringkasnya, semua itu bukan urusan orang awam. Juga bukan urusan orang yang mencari kebenaran.

Orang awam macam kita cuma hendak tahu kami ini dalam landasan Islam atau tidak?

Orang yang mencari kebenaran hendak tahu adakah kami ini dalam landasan iman atau tidak?

Ustaz Mana Yang Benar?

Kalau tuan puan teliti satu persatu hujah kedua-dua belah pihak, barangkali ada sedikit kekecewaan, terutama jika tuan puan tergolong dalam kalangan malas berfikir. Kalau semua benda dari kecil sampai ke tua hendak kena suap mana satu betul, mana satu salah, alamat peninglah hendak buat pendirian. Yalah. Semua ketiga-tiga yang bercakap itu ustaz. Kalau tuan puan hidup anggap setiap perkataan ustaz itu benar belaka, mana satu cakap ustaz yang tuan puan hendak pilih?

Sebab itu hidup sebagai orang awam ini tuan puan sekalian, kena raikan beza pendapat. Bila para ustaz beza pendapat, kita bukan nak tahu mana satu salah ikut nafsu kita, mana satu benar ikut nafsu kita.

Juga, kalau nak tahu salah atau benar, jarang benarlah kita akan jumpa salah satu pihak mengaku salah. Hanya pihak berjiwa besar saja sanggup mengaku salah, jika terbukti mereka salah. Dalam kebanyakan kes, ini jarang berlaku.

Bagi orang awam, bila beza pendapat seperti ini berlaku, kita kena pilih mana yang lebih tepat, menurut pertimbangan pengetahuan yang kita ada berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak yang berbeza pandangan.

Photo by EKATERINA BOLOVTSOVA on Pexels.com

Ini Dialog Ilmiah atau Perbicaraan Kes Mahkamah?

Hal ini boleh kita perhatikan dalam sesi dialog ini. Kerana satu pihak membuat tuduhan, satu pihak pula bercakap macam dalam mahkamah hendak menentukan sahih atau tidak sumber rujukan.

Satu pihak sudah mulakan majlis dengan penilaian satu persatu. Sebelah pihak pula sudah macam peguam bela satu persatu persoal perkara teknikal bab rujukan. Itu kita kata. Satu orang hujah ikut tingkap, satu orang hujah ikut singkap.

Kita pun pening juga. Dialog ini hendak menilai pemikiran Sheikh Hazim Al-Haqqani atau ini mahkamah hendak tentukan sumber rujukan. Ini dialog ilmiah atau sessi semak tesis PhD?

Beginilah kita hendak pesan kepada pihak yang asyik hendak nafi apa yang Ustaz Salam kemukakan itu, sila layari beberapa laman web yang sudah dimaklumi di seluruh dunia yang menyebarkan ajararan Sheikh Hazim Al-Haqqani;

Sebahagian daripada 30 buku-buku yang berkenaan juga tuan puan boleh rujuk dalam perkongsian کتاب | BOOK | buku. Boleh semak sendiri jika mahu. Janganlah kita menolak bulat-bulat apa yang dihujahkan oleh Ustaz Salman atas alasan tiada nilai kerana tiada ISBN dan sebagainya.

Kalau hendak kata rujukan Ustaz Salman itu tidak tepat, berilah pula mana rujukan yang awak kata berasal dan tulen dari Sheikh Hazim Al-Haqqani. Malangnya tidak satu pun dikemukakan dalam dialog ini. Kalau setakat hendak nafi sumber dari mula sampai habis, apa tujuan datang ke dialog? Mana rujukan yang boleh diguna pakai untuk menilai pemikiran Sheikh Hazim Al-Haqqani?

Sesat atau Tidak?

Tuan puan sekalian. Sheikh Nazim Al-Haqqani itu ilmuan yang tersohor, sudah kembali kepada Tuhan. Kita tidak berminat hendak tahu sama ada Sheikh Nazim Al-Haqqani itu sesat sebagaimana dakwaan Ustaz Salman Ali. Kita juga tidak berminat hendak tahu sama ada Sheikh Nazim Al-Haqqani tidak sesat sebagaimana dakwaan Ustaz Ustaz Engku Ahmad Fadzil.

Sesat atau tidak seseorang itu adalah urusan Tuhan. Kita serah kepada Tuhan. Cuma, sebagai orang Islam, kita semua tahu Allah SWT sudah terangkan gologan mana sesat, golongan mana berada di jalan benar.

Kita cuma berminat hendak tahu segala dakwaan yang terdapat dalam buku-buku atau apa yang didakwa sebagai laman web rasmi tarekat tersebut itu, adakah ilmunya bermanfaat kepada umat atau tidak?

Adakah ia mengikut jalan sunnah Nabi SAW atau tidak?

Adakah cerita-cerita dalam kalangan ahli tarekat itu benar, atau hanya cerita penglipur lara tiada kesudahan? Jika didakwa benar, sumbernya dari mana? Dari Al-Quran? Dari hadith? Dari Mimpi?

Empat jam sesi dialog ini sebenarnya banyak manfaatnya. Yang kita nampak, jangan bermudah-mudah mengatakan orang lain sesat, khususnya jika kita tidak tahu kesahihan sumber. Kalau memang sudah tahu sumber, yakin mendakwa orang lain sesat, maka itu urusan penuduh dan orang yang dituduh sesat. Kita orang awam elok jangan masuk campur. Serahkan urusan itu kepada Allah.

Bila orang awam berhadapan dengan perkara seperti ini, biarpun kita tiada kelayakan hendak mengatakan orang itu sesat, orang ini sesat, kita kena pandai nilai sendirilah supaya kita tidak mendekati atau melakukan perbuatan yang membawa kita ke jurang kesesatan. Maka berdoalah kita supaya kita berada di landasan yang benar.

Tidak Mahu Akui Sumber Yang Dibela?

Juga nampaknya, sukar untuk kita ketahui dakwaan tarekat mengambil ilmu dari Sheikh Nazim Al-Haqqani itu dari sumber rasmi atau tidak. Sebabnya, ‘pihak pembela’ asyik menafikan wujudnya apa yang didakwa sebagai pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani?

Jadi, di manakah sumber rasmi tersebut ? Dari buku yang dinisbatkan kepada Sheikh Nazim Al-Haqqani, atau buku karangan orang kanannya, dari laman web para pengikut atau dari mana?

Sekarang ini, di manakah sumber itu? Elok dedahkan sajalah kepada awam jika sememangnya ilmu itu benar-benar dari Sheikh Nazim Al-Haqqani. Bukankah itu lebih baik?

Jika sumber ini tidak didedahkan kepada awam, bagaimana awam hendak menilai benar atau tidak pemikiran yang didakwa sebagai pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani itu? Tidak boleh didedahkan kepada awam takut keliru? Begitu?

Begitukah Disiplin Ilmu?

Main sorok-sorok buku?

Jika tiada sumber rasmi boleh diketahui bagaimana mungkin ia boleh dinilai secara adil? Lalu apa tujuan ia disebarkan kepada awam? Apakah asasnya? Tidak takut keliru pulakah?

Jika kita asyik pertikai buku yang disandarkan kepada Sheikh Nazim Al-Haqqani yang dijadikan rujukan tarekat berkenaan, adakah kita juga mula hendak pertikai pula kitab Al-Umm karangan anak murid Imam As-Syafie yang menukilkan kalam beliau? Ada pengesahankah dari Imam As-Syafie itu yang beliau maksudkan dalam fatwa-fatwanya?

Bagaimana pula semua kitab-kitab karangan yang disandarkan kepada para imam mazhab yang lain? Kita hendak pertikai jugakah kitab-kitab yang dijadikan rujukan para pengikut mazhab? Kita pastikah itu sumber asal? Kita nampakkah para ulama tersebut atau anak muridnya yang menulis kitab-kitab tersebut? Kita pastikah salinan yang sampai kepada kita hari ini serupa dengan salinan asal? Kita boleh pastikah tiada kes salah salin atau salah cetak? Bagaimana kita hendak memastikannya?

Kita hendak bermatian jugakah menafikan sumber-sumber yang umum sudah maklum dijadikan rujukan? Jika begitu, apa asas kita hendak mengambil apa yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut? Begitulah cuba tuan puan fikirkan kalau asyik hendak pertikai keaslian sumber. Sampai kesudah kita pun tidak akan dapat ambil manfaat apa pun dari kitab-kitab yang ada di tangan kita hari ini.

Cuba tuan puan tonton sedutan video soal jawab perihal keaslian dokumen rujukan di bawah ini. Jangan terkejut pula. Beginilah lazim sesi soal jawab;

Ini yang kita jumpa dalam Youtube. Kalau tuan puan hendak tonton soal jawab balasan dari pihak ARG kepada Ustaz Salman, boleh tonton video penuh yang kita kongsikan dalam permulaan artikel ini.

Baiklah. Tuan puan habiskan tonton empat jam, dan sila buat kesimpulan sendiri. Tidak boleh buat kesimpulan? Itu kita tak dapat nak tolong. Cuma kita boleh kongsi video reaksi berjemaah di bawah;

Reaksi ini tuan puan nilai sendirilah. Kalau tidak setuju, boleh cari pula reaksi lain supaya tuan puan dapat buat pertimbangan.

Sekadar Pesanan

Ini sekadar pesanan untuk tuan puan untuk difikirkan.

Ilmu yang tidak diketahui kesahihan sumbernya, apakah terdapat manfaat untuk kita amalkan? Ilmu yang masih tersembunyi sumbernya, apakah terdapat manfaat untuk kita amalkan?

Mengapa memilih untuk hidup atas perkara yang tiada kepastian? Apa tujuan beragama kalau dasarnya tidak ketahuan?

Tuan puan fikirkanlah sendiri.

Hidup sebagai orang beriman, jadikan Al-Quran sebagai pegangan, jadikan sunnah NABI SAW sebagai panduan. Mudah-mudahan, apa jua dialog ilmiah yang kita dengar antara pihak berbeza pandangan, kita dapat membuat keputusan yang tepat, dengan izin Tuhan.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • Golongan Yang Tenggelam Dalam Kalam – +SANGfikir

    […] teliti perihal ulasan Imam As-Syafie yang dinukilkan dalam kitab Al-Fikurs Shufi. Nanti jangan pula ada puak sibuk tanya ISBN kitab tu, tanya ketulenan buku itu pula. Yang kata jadi bodoh, jadi gila kalau berhimpun dengan golongan sufi ini bukan orang lain. Imam […]

  • Semak Hadith Dengan Merujuk Kepada Ahli Hadith – +SANGfikir

    […] Video isu sanad dan ISBN itu cuma selingan ya tuan puan. Maklumlah, tengah panas sehari dua ini. […]

  • ISLAM, Beriman atau Kafir? Perbahasan takrif INFIDEL (disbeliever / unbeliever / non-believer) – +SANGfikir

    […] mudah menuduh sesat ulama besar Sheikh Nazim Al-Haqqani yang telah dibahaskan status Islamnya dalam Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah di antara antara Ustaz Salman dengan ASWJ Reasearch Group (ARG) yang diwakili oleh Ustaz Ustaz […]

  • ‘Perang Ustaz’: Wahabiah Aliran Sesat atau ASWJ?+SANGfikir

    […] viva PhD pula. Tolong kongsi sesama panel siap-siap. Dalam dialog itu nanti, tak perlulah hendak bergaduh pasal ISBN, ISSN atau e-ISSN. Kita hendak dengar hujah mantap saja. Bukannya hendak dengar dalih mengelak […]

  • ‘Perang Ustaz’: Analisa Orang Awam Terhadap Wahabi vs Aswaja

    […] Sengaja kita kongsikan Video 4 dan Video 5 kerana kedua-dua manusia ini adalah manusia yang ada kelayakan membahaskan isu Wahabi dari segi akademik juga. Maklumlah pembentang ARG Ustaz Engku sudah dua kali mencela kononnya Ustaz Salman itu kurang akademik katanya dalam Dialog KUIPS 2.0: WAHABIAH – Aliran Sesat atau Aliran Ahli Sunnah Waljamaah dan juga dialog yang pertama iaitu Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. […]

  • Baru Hendak Kecoh: Ajaran Si Hulk Sesat! – +SANGfikir

    […] kebanyakan manusia yang mengaku berpegang kepada Mazhab Assyairah Al-Maturidiyyah terhadap golongan pelampau sufi yang berlebihan sampai manusia tidak tahu beza Tuhan dan manusia? Sudah terang lagi bersuluh kalau kita baca […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: