Sehari dua ini tuan puan, barulah hendak kecoh satu Malaya; Ajaran Si Hulk Sesat!
Orang dok sibuk tidak tahu menjawab di manakah Allah, tiba-tiba keluar cerita pula pasal ‘Nabi Muhammad itu Allah!’. Baru sekarang kita hendak kecoh macam mana boleh ramai orang terpengaruh dengan dakwaan mengatakan ‘Allah adalah Muhammad’ dan ‘Muhammad adalah Allah’;
- Ajaran Si Hulk difatwakan sesat;
- Semakin ramai berani mengaku pengikut ajaran sesat Si Hulk;
- Bahaya ajaran sesat SiHulk, makin tular tersebar di media sosial;
- ‘Pengasas, pengikut ajaran sesat SiHulk sebenarnya pengecut’ – Mohd Fared;
- Kilang produk air ajaran sesat Si Hulk di Johor ditutup
Beginilah ya tuan puan sekalian. Biarpun sudah berbuih para ustaz kita mengajar satu Malaya dengan akidah Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah Al-Maturidiyyah Al-Junjaidiyah Al-Ghazaliyyah, ia tidak cukup kuat untuk menjadi benteng bagi manusia beragama Islam negara ini menjadi boleh terpengaruh dengan ajaran sesat. Kasihan sekali! Apa salah ustaz-ustaz yang mengajar umat? Atau adakah ia salah umat yang belajar segala macam dalil aqli, dalil naqli, hukum akal, hukum adat, sifat Nafsiyah, Salbiyah, Ma’ani dan Ma’nawiyah, sifat wajib bagi Allah dan sifat mustahil bagi Allah tetapi masih tidak faham-faham juga? Atau, ‘adakah kita hendak salahkan ibu mengandung?’
Mari kita bantu mereka yang terkebil-kebil tidak faham mengapa begitu mudah manusia terpengaruh dengan ajaran seorang manusia bernama Suhaini Mohammad dari Johor ini. Sebabnya, memang bibit-bibit mengarah kepada kefahaman sesat itu sudah membarah dalam masyarakat sejak sekian lama ya tuan puan sekalian. Kita sudah ulas sebelum ini dalam beberapa terbitan;
- Makrifatullah – Hakikat, Makrifat dan Martabat Tujuh;
- Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (1);
- Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (2);
- Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (3)
Jarum Batiniah
Ya tuan puan sekalian. Akarnya sudah ada di pemikiran sebahagian manusia yang mendakwa bermazhab Assyairah. Malangnya, bukanlah Assyairah tetapi Batiniah; cuma mendakwa sahaja Assyairah untuk mengelabui mata masyarakat
Kemudian, kenalah kita terima hakikat. Berapa ramai kalangan orang awam yang belajar akidah Assyairah tidak faham-faham juga? Belajar setakat hafal hendak lulus periksa! Belajar sekerat jalan! Kalau mahu benar-benar jadi ahli Assyairah, belajarlah dengan cara yang bersungguh-sungguh. Belajar kalau tidak faham, itulah punca mengapa begitu mudah terpengaruh dengan ajaran Si Hulk! Kita hendak kata bodoh nanti ramai marah. Kita katalah saja yang terpengaruh itu jahil agama.
Begini ya tuan puan sekalian. Kalau mahu beraqidah Assyairah, biarlah beraqidah dengan faham betul-betul. Tidak pernahkah kita baca kitab karangan para ulama Assyairah yang muktabar yang bersungguh-sungguh menentang pemikiran seleweng seumpama apa yang dibawa oleh Si Hulk itu? Tidak pernahkan dengar kisah manusia mengaku Islam yang mendakwa Allah dalam jubahnya?
Pernahkan ulama Assyairah ajar kita berkenaan Nur Muhammad dalam mengikuti jalan mengenal Tuhan? Ada? Dari mana semua ajaran pelik-pelik sampai manusia yang mendakwa ‘Nabi Muhammad itu Allah’ dibiarkan saja bebas bertahun lamanya menjalankan perniagaan sampai rosak akidah anak muda hari ini? Dari mana?
Kes Tutup Sebelah Mata?
Ketahuilah, ajaran sedemikian tidak ada dalam mazhab Assyairah dan tidak ada juga dalam mazhab Al-Maturidiyah. Ia bukanlah akidah Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah Al-Maturidiyyah Al-Junjaidiyah Al-Ghazaliyyah. Ajaran Si Hulk yang sedemikian itu adalah ajaran puak-puak Batiniyah yang menyamar sebagai Assyairah! Lalu kita pun pelik bin ajaib juga. Para agamawan kita tidak pernah sedarkah perkara ini? Kalau sedar, mengapa dibiarkan melarat sehingga pemikiran jadi melampau macam Si Hulk ini? Mengapa seolah-olah menutup sebelah mata?
Barangkali, eloklah tuan puan tonton sendiri dialog yang telah diadakan kira-kira 2 tahun lalu sewaktu ramai kalangan ustaz tidak ambil peduli sangat tentang bahaya kebebalan Suhaini Mohammad. Mujur kita ada Ustaz Noor Derus yang bersungguh-sungguh membongkar kebobrokan pemikiran Si Hulk ini;
Sekilas ikan di air, kita sudah tahu apakah jenis manusia yang celupar mulut mengatakan ‘Nabi Muhammad itu Allah’. Fatwa juga sudah dikeluarkan. Malangnya, tahun 2023 tiada tindakan pantas pihak penguasa sampai Si Hulk itu pun sudah lari ke luar negara. Tuan puan hendak berharap macam mana? Masih fikir para penguasa kita boleh menjaga akidah saudara mara dan sahabat handai kita yang terseleweng akidah mereka?
Baru Hendak Kecoh?
Ya tuan puan sekalian. Cuma seorang dua saja ustaz yang perihatin nampaknya. Yang lain, adalah juga sebut. Kesungguhan? Ada? Jadi, layan sajalah pengakuan beberapa orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pengaruh Si Hulk;
Layan pun layan juga. Apa pengajaran kita peroleh?
Kita sedar atau tidak kebebalan ini berpunca daripada sikap longgarnya kebanyakan manusia yang mengaku berpegang kepada Mazhab Assyairah Al-Maturidiyyah terhadap golongan pelampau sufi yang berlebihan sampai manusia tidak tahu beza Tuhan dan manusia? Sudah terang lagi bersuluh kalau kita baca buku-buku dan terbitan sesawang kumpulan itu, akidahnya adalah menyeleweng dari jalan Nabi Muhammad SAW. Malang sekali, orang yang berkuasa di kalangan kita menutup sebelah mata, bahkan yang mengaku ustaz pun turut sama mahu membenarkan kembali ajaran sedemikian. Kita orang awam mahu kata apa lagi?
FIKIR-FIKIRKANLAH.
Dengan izin Allah, terbitan ini akan dikemaskini kemudian ya tuan puan sekalian.
Comments
You must log in to post a comment.