Tuan puan sekalian. Hari ini kita akan membicarakan perihal budaya masyarakat nusantara kita. Ini berkaitan masalah orang awam dalam urusan agama. Perkara ini mungkin remeh; malas berfikir perihal agama.

Apa maksudnya?

Urusan agama tidak perlu fikir. Serah saja kepada golongan agamawan. Kita orang awam ini, ikut sajalah. Hendak difikirkan sangat sudah kenapa? Bukan orang awam faham pun baca kitab. Baca kitab ni susah. Nak baca susah. Nak faham pun susah. Asal kita orang awam tidak tinggal sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya cukuplah.

Buat apa nak fikir?

Beginilah ya tuan puan sekalian. Sejak dari kecil hingga dewasa hingga beranak cucu kita diberitahu orang awam ini, nak kata apa ya? Kurang cerdik? Jahil? Bodoh? Bebal? Tidak layak berbicara perihal agama? Tidak layak mengetahui hujah agama? Begitu?

Lalu kita setuju sajalah. Kita tidak cerdik untuk menghadam ilmu agama. Kita tidak layak berbicara perihal agama. Kita tidak layak mengetahui hujah dan dasar agama. Kita setuju. Begitu?

Begitu sekali kita sebagai orang awam diperlekehkan?

Jika tuan puan hendak pasrah, terima saja, maka silakanlah. Cuma kita nak bertanya, tuan puan pernah tak terfikir, dengan sikap malas berfikir sedemikian, kita sebenarnya sengaja melanggar perintah Tuhan supaya orang beriman itu berfikir?

Fikir-fikirkanlah.

Tips Kepada Kaki Malas Fikir

Jika tak mahu fikir, mari kita kongsikan beberapa tips terbaik untuk membudayakan malas berfikir;

1. Jangan banyak bertanya. Siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya.

2. Malu bertanya tak sesat jalan. Rajin bertanya nampak bebal.

3. Telan saja semua kata ustaz dan ustazah. Takkanlah bohong!

Senangkan hidup kalau begitu. Iyalah. Bab agama saja. Kalau bab kerja cari makan pagi petang siang malam, pandai pula kan kita bertanya. Pandai pula kan kita fikir, betul atau tidak? Bila nak beli makan pakai rajin pula kita tanya, cantik atau tidak, sedap atau tidak. Eh, tak payah tanyalah. Beli sajalah. Makan sajalah.

Apakah maksud semua ini?

Maksudnya, dalam bab dunia kita bersungguh-sungguh mencari jalan supaya cerdik. Maksudnya juga, dalam bab akhirat, kita tidak mahu bersungguh-sungguh supaya cerdik. Sedangkan dunia ini hanyalah perhiasan dan permainan. Akhirat pula kekal abadi selamanya. Jadi, adakah kita bersungguh-sungguh supaya tidak bebal di dunia, sebaliknya kita bersungguh-sungguh supaya kita dapat menyesali kebebalan kita di akhirat nanti?

Mari kita tonton sebentar sedutan kulian Dato Dr. Asri dalam video (Malas Fikir…) di bawah ini;

Jadi tuan puan sekalian cuba fikir-fikirkanlah. Jangan jadi seperti binatang ternak yang malas berfikir. Hanya fikir cara mahu hidup. Tetapi tak mahu fikir apa tujuan hidup. Maaflah kalau bahasa agak kasar sedikit. Tetapi begitulah laksana orang yang malas berfikir.

Tuan puan sekalian. Mari renungi firman Allah SWT;

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Surah al-A’raf ayat 179

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah – +SANGfikir

    […] kedua-dua belah pihak, barangkali ada sedikit kekecewaan, terutama jika tuan puan tergolong dalam kalangan malas berfikir. Kalau semua benda dari kecil sampai ke tua hendak kena suap mana satu betul, mana satu salah, […]

  • Diskusi Ilmiah: Penilaian Bid’ah Hasanah Adakah Satu Kesesatan – +SANGfikir

    […] Bolehkah tuan puan menjawan depan Allah di Padang Mahsyar nanti jika sekiranya ilmu yang tuan puan ambil itu salah? Jika salah, tuan puan hendak salahkah ustaz atau gurukah? Alasan tuan puan itu akan diterimakah jika semasa hidup di dunia ini tuan puan sekalian malas membaca dan memahami Al-Quran, malas ambil tahu pasal hadith, dan yang paling teruk sekali malas berfikir? […]

  • ORANG AWAM Keliru: Cerdik ATAU Bodoh? – +SANGfikir

    […] Faham atau tidak tuan puan? Boleh fikir? Atau; “MALASLAH AKU NAK FIKIR!“ […]

  • Al-Quran Terbiar, Sunnah Ditinggalkan & Imam Diagungkan – +SANGfikir

    […] faham macam mana Tuhan sudah menyuruh manusia agar berfikir tapi masih malas juga lalu biarkan saja pak lebai dan pak imam fikirkan semua masalah agama untuk […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: