Kita kongsikan beberapa koleksi video menyebut perihal orang awam. Ada macam-macam tuan puan. Ada kata orang awam ini jangan banyak tanya. Ikut saja. Ada yang kata, apa salah orang awam nak tanya?

Eh! Siapa orang awam ini?

Kenapa pula orang awam ini mudah keliru?

Jadi begini tuan puan sekalian. Tuan puan boleh cari pelbagai hujah tentang orang awam dari kalangan golongan agamawan. Tuan puan boleh ambil hujah mana yang tuan puan suka. Kita inikan hidup dalam masyarakat demokrasi katanya. Kebebasan fikiran katanya. Maka bebaslah kita nak ambil mana yang kita suka. Begitu?

Cuba tuan puan nukilkan menurut konteks yang benar dalam Al-Quran dalam hadith, di manakah boleh kita jumpa dalil bahawa orang awam ini cukuplah hidupnya beramal tanpa ketahui dalil lalu layaklah dia ke syurga? Cubalaah tuan puan bawakan dalilnya. Ada?

Cuma kita nak ingatkanlah. Bila ambil dalil tu jangan main ambil sekerat. Lebih teruk ambil sepotong perkataan saja. Itu yang orang kata nanti;

DALILNYA SOHIH, pemahamannya tidak sohih!

Jangan begitu. Takut nanti kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berdusta atas nama Allah. Takut nanti kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berdusta atas nama Nabi SAW. Tiada pasal, jangan cari pasal tuan puan.

Fikir-fikirkanlah.

Comments

  • Budaya Malas Fikir Perihal Agama – +SANGfikir

    […] Hari ini kita akan membicarakan perihal budaya masyarakat nusantara kita. Ini berkaitan masalah orang awam dalam urusan agama. Perkara ini mungkin remeh; malas berfikir perihal […]

  • Dialog Terbuka: Pemikiran Sheikh Nazim Al-Haqqani Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah – +SANGfikir

    […] orang awam berhadapan dengan perkara seperti ini, biarpun kita tiada kelayakan hendak mengatakan orang itu […]

  • Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam

    […] apa kata tok guru? Atau tuan puan mahu menjadi anak murid yang tahu guna akal? Tuan puan sudi jadi orang awam yang bodoh mengikut saja apa kata tok guru? Atau tuan puan mahu menjadi orang awam yang tahu guna […]

  • ORANG AWAM Keliru: Cerdik ATAU Bodoh? – +SANGfikir

    […] puan sekalian. Mari kita bincang pasal dakwaan orang awam keliru pasal urusan agama. Ada 2 […]

%d bloggers like this: