Ini adalah coretan berkenaan PLANET, BINTANG & BINTANG RAYAU. Dalam bahasa Inggeris disebut;

PLANET, STARS & WANDERING STARS

Ia adalah topic perbincangan yang sangat menarik, kerana majoritI yang sangat besar dari kalangan penduduk dunia tidak pernah sampai ke angkasa lepas. Mereka hanya berupaya memerhati sahaja sambil mendengar-dengar cerita perihal PLANET, BINTANG & BINTANG RAYAU dari segelintir yang sangat kecil dari kalangan penduduk dunia yang mengkaji bintang. Juga mendengar cerita sebilangan manusia yang mendakwa sudah menembusi langit untuk meletakkan peranti-peranti di atas BINTANG RAYAU dalam kajian mereka.

Kita tahu cerita segala macam apa yang berlaku di angkasa lepas ini daripada siapa ya tuan puan sekalian? Tidak lain dari kalangan pengkaji angkasa yang sangat kecil itu. Dari kalangan itu pula, hanya sebilangan kecil sahaja didakwa sudah menjelajah ke angkasa. Mereka adalah perawi kita perihal matan angkasa raya. Kita kenalkah semua perawi itu? Bercakap benar? Atau kaki putar belit? Fikir-fikirkanlah.

BINTANG RAYAU?

Jauh beribu-ribu tahun sebelum berbelas-belas objek langit seperti Marikh dikenali sebagai planet, objek ini dipanggil sebagai BINTANG RAYAU, sebagaimana kelihatan seperti di dalam video di bawah ini;

Hari ini, dengan menggunakan penapis kamera yang baik dan ‘mega zoom’ tanga teleskop, kita boleh melihat Marikh seperti video di bawah ini;

Dengan menggunakan teleskop, Marikh boleh dapat dicerap seperti di bawah ini;

MARIKH di gelar bintang rayau sehinggalah ke zaman Ptolemy yang membuat cerapan bintang-bintang berkeliaran seperti animasi gerakan BINTANG RAYAU dalam bentuk geometri seperti di bawah ini;

MARIKH, Musytari, Zuhal, Pluto dan sebagainya kekal digelar sebagai BINTANG RAYAU sehingga kira-kira 500 tahun lalu kerana sifatnya yang berkeliaran terkeluar daripada edaran bintang-bintang lain yang bersifat tetap seperti dapat kita lihat dalam ‘STAR TRAILS’ bintang-bintang timbul dan tenggelam dalam video di bawah ini;

Video STARTRAILS di atas adalah keadaan sebenar bintang-bintang dicerap menngunakan kaedah TIME LAPSE VIDEO. Kita juga boleh mencerap pergerakan bintang dengan TIME LAPSE PHOTOGRAPHY untuk menghasilkan imej yang sangat mengkagumkan seperti di bawah ini;

Photo by Svanur Gabriele on Pexels.com

Tuan puan sekalian, itulah maksud asal BINTANG dan BINTANG RAYAU. Iaitu cahaya perhiasan di langit yang bergerak atas garis edarnya adalah BINTANG (stars) manakala cahaya perhiasan di langit yang berkeliaran di atas garis edarnya adalah BINTANG RAYAU (wandering stars).

Hari ini, bintang-bintang rayau seperti MARIKH, Musytari, Zuhal, Pluto dan sebagainya sudah digelar PLANET, sama seperti 100% manusia di muka bumi ini menggelar BUMI ADALAH PLANET. Bentuk-bentuk planet ini, dipercayai oleh saintis diterangkan dengan animasi 3D seperti di dalam video di bawah ini;

Guli-guli pelbagai warna yang comel ini yang dipercayai oleh hampir seluruh umat manusia ini telah menghiasi buku sekolah, dada akhbar, television, telefon pintar seluruh dunia sejak kita kecil hinggalah ke hari. Memang seronok melihat gambar lakaran artis dan menonton video yang bercampur baur animasi 3D ini sehingga kita tidak dapat membezakan antara realiti atau fantasi. Ia adalah sesuatu terapi minda yang sannat mengasyikkan dan membawa pemikiran kita ke alam yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar manusia.

Adalah menarik juga kalau kita lihat bagaimana para saintis hari ini membantu kita menggambarkan alam semesta, dipercayai sebagaimana kita lihat dalam animasi 3D di bawah ini, sekalipun imej cerapan asal oleh para ahli kaji bintang tidaklah menunjukkan keadaan indah sedemikian rupa;

Bintang-bintang, menurut para saintis adalah merupakan bebola api yang sangat besar seperti MATAHARI, dipercayai penuh dengan bakaran nuklear selama berbillion tahunan seperti di dalam animasi 3D berikut;

Para saintis juga percaya bahawa bintang-bintang termasuklah matahari terbentuk akibat ledakan BIGBANG berbillion tahun dahulu sebagaimana dipercayai berlaku seperti digambarkan dalam animasi 3D di bawah ini;

Seperti mana kehidupan ini, saintis juga mempercayai bahawa semua bintang-bintang yang lahir dari apa yang dipercayai sebagai BIGBANG ini juga akan mati akhirnya, termasuklah MATAHARI dalam sistem suria kita, dipercayai akan berlaku suatu hari nanti.

PERCAYA, DIPERCAYAI, MEMPERCAYAI…

Perkataan berasal dari kata akar PERCAYA yang berulang tulis dalam bentuk tebal – percaya, dipercayai, mempercayai – merupakan kata-kata para saintis sendiri, kata-kata para pelukis lakaran, kata-kata latar pembuat video yang sangat mengasyikkan jiwa kita. PERCAYALAH tuan puan sekalian bahawa semua perkataan – percaya, dipercayai, mempercayai – di dalam catatan ini bukanlah sembrono diletakkan begitu sahaja, bahkan itulah juga yang tertulis dalam jurnal sains, kajian akademik dan juga kajian lapangan. Semuanya adalah; percaya, dipercayai, mempercayai jua adanya. Itulah sebabnya, saban tahun kita boleh mengikuti pelbagai bahasan dalam jurnal sains yang saling menyanggahi apa yang dahulunya disebut sebagai ‘dipercayai sebagai ITU‘ sekarang sudah boleh ‘dipercayai sebagai INI‘.

Sebagai contohnya, apa yang dipercayai bahawa bumi dalam kedudukan statik dalam model GEOCENTRIC sudah disangkal dengan apa yang dipercayai matahari pula dalam keadaan statik dalam model HELIOCENTRIC.

Dalam kedua-dua model GEOCENTRIC dan HELIOCENTRIC di atas, adalah dipercayai bahawa sistem suria itu dikelilingi oleh gugusan bintang-bintang yang dipercayai berada dalam galaksi MILKYWAY yang juga dipercayai wujud bersama-sama berbillion galaksi lain di alam semesta (UNIVERSE). Hari ini, sebilangan saintis mempercayai pula bahawa MATAHARI DAN SEGALA PLANET DAN JUGA SATELIT SEMULAJADI DALAM SISTEM SURIA sebenarnya bergentayangan di alam cakerawala dalam model VORTEX seperti dipercayai berlaku dan digambarkan dalam animasi 3D berikut;

BAYANGKAN bagaimanakah caranya…

…dalam keadaan VORTEX, manusia sesak zaman Adam hingga hari ini masih boleh melihat BINTANG UTARA atas kedudukan sama beribu-ribu tahun lamanya. Kita masih boleh melihat gugusan bintang yang sama sebagaimana telah dilihat oleh umat-umat terdahulu. Maka, ini adalah perihal yang sangat menarik untuk dibuat perkiraan algoritma bagaimana menetapkan yang mana KONSTAN dan yang mana PEMBOLEH UBAH dalam pergerakan seluruh cakerawala jika semua benda bergentayangan secara VORTEX di alam jagat raya ini. Fikir-fikirkanlah.

Jadi ketahuilah tuan puan sekalian. TIADA SATU PUN PENGETAHUAN DI ALAM SEKOLAH ITU BERSIFAT STATIK. Ilmu adalah bersifat dinamik dan senantiasa berubah-ubah. Itulah maksud manusia itu akan BELAJAR HINGGA KE LIANG LAHAD.

TIADA SUATU PUN YANG DISEBUT SEBAGAI DIPERCAYAI khususnya dalam ilmu sains boleh dianggap mutlak sehingga layak dibawa masuk ke dalam kubur sebagai suatu kepercayaan yang melayakkan anda memasuki syurga. Itulah maksud bahawa ilmu itu sentiasa berkembang dan bukanlah bersifat statik sehingga kita harus percaya sahaja apa yang terpampang di hadapan mata kita tanpa membuat sebarang pertimbangan.

Macam mana? Pernah kita guna akal untuk menimbang semua ini?

Kepercayaan manusia dalam pengetahuan sains tidak layak untuk ditelan bulat-bulat sebagaimana kebanyakan orang menelan bulat-bulat tutur bicara maulananya sementelah jauhnya dia itu mahu PERCAYA KEPADA FIRMAN TUHAN yang bersifat mutlak itu.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam
    Reply

    […] tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang [rayau] (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) […]

  • Nur Muhammad dan Penjelasan Berkaitan Aqidah Islam (2)
    Reply

    […] tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang [rayau] seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun […]

Leave a Reply

Discover more from +SANGfikir

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading