Maka berkatalah +SANGfikir akan dirinya sendiri tatkala ia duduk memandang ke langit yang terbentang luas tiada bertepi maka katanya ketahuilah olehmu wahai saudaraku sekalian bahawa sesungguhnya langit itu tidak pernah berdusta dan tidak pula ia menipu manusia kerana ia adalah saksi yang pertama atas segala perintah Tuhan dan saksi yang terakhir atas segala kesudahan hidup manusia a rakian apabila aku memandang kepada langit itu maka terlintaslah dalam hatiku bahawa segala yang tunduk itu adalah kerana ia mengenal Tuhan yang menjadikannya maka tidakkah engkau hairan wahai manusia bahawa engkau yang paling kecil di antara makhluk yang dicipta tetapi engkau jugalah yang paling banyak bertanya sedangkan langit tidak bertanya bumi tidak bertanya gunung tidak bertanya dan air tidak berkata apa-apa melainkan tunduk dan taat kepada perintah Tuhannya syahadan adapun manusia apabila diturunkan kepadanya firman Allah yang menjelaskan segala sesuatu maka sebahagiannya berkata bagaimana dan sebahagiannya berkata mengapa sedangkan para sahabat dahulu apabila mendengar ayat tentang kejadian langit mereka tidak bertanya melainkan mereka berkata
سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Kami dengar dan kami taat ampunilah kami wahai Tuhan kami kepada-Mu lah tempat kembali
(Surah al-Baqarah 2:285)
Maka demikianlah iman itu mendahului akal dan tiadalah yang lebih menenangkan daripada hati yang tunduk kepada perintah Tuhan yang satu maka tatkala aku memikirkan tentang manusia yang hidup di zaman ini maka terlihatlah olehku bahawa mereka itu sibuk mencari Tuhan di celah teori dan rumus mereka berbicara tentang cahaya dan tenaga tetapi mereka lupa kepada cahaya yang menurunkan wahyu mereka menyebut tentang ruang dan masa tetapi mereka lupa bahawa ruang dan masa itu sendiri adalah makhluk yang diperintah dan apabila mereka menyoal tentang kejadian langit maka mereka berkata bahawa alam ini berdiri di atas daya graviti dan hukum fizik sedangkan Tuhan telah berfirman dengan kalam yang lebih agung daripada segala hukum yang mereka tulis
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا
Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya
(Surah ar-Ra‘d 13:2)
Arakian maka aku berkata kepada diriku bahawa sesungguhnya segala teori manusia itu tiadalah lain melainkan sangkaan semata-mata kerana mereka hidup hanya tujuh puluh tahun sedang umat yang dahulu hidup ratusan tahun lamanya mereka menatap langit dengan sabar mereka mencatat perjalanan bintang dengan mata yang tidak tertipu mereka mengira masa dengan cahaya dan bayang-bayang mereka menyusun kalendar dengan matahari dan bulan bukan dengan andaian tetapi dengan penglihatan yang benar kerana umur mereka panjang dan pengetahuan mereka dibasuh dengan iman syahadan tatkala datangnya manusia zaman kemudian maka hilanglah kesabaran itu kerana mereka hidup singkat dan berlagak tahu mereka mengira kejadian langit dengan rumus yang tiada ujungnya sedangkan apa yang mereka panggil teori itu tiada lain hanyalah lapisan sangkaan di atas sangkaan dan kerana itulah mereka semakin jauh daripada Tuhan mereka berkata bahawa bumi ini terapung di angkasa dan langit itu kosong tiada apa-apa sedangkan Tuhan telah berfirman bahawa tujuh petala langit dan bumi itu bertasbih kepada-Nya
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ
Tujuh petala langit dan bumi dan segala yang di dalamnya bertasbih kepada-Nya
(Surah al-Isrā’ 17:44)
Maka betapa celakanya manusia yang mengatakan langit itu kosong kerana sesungguhnya langit tidak pernah berhenti bertasbih dan bumi tidak pernah berhenti sujud tetapi manusialah yang berhenti mengingati Tuhan arakian aku memandang lagi kepada langit itu lalu aku berkata wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dapat memahami seluruh rahsia-Mu sedang sekalian rasul dan nabi hanya mengajar kami supaya mengenal-Mu maka aku redha dengan ketidaktahuanku itu kerana ketidaktahuan itulah yang menjadikan aku tunduk dan tunduk itulah jalan yang Engkau redhai syahadan tatkala aku teringat kepada sabda Nabi ﷺ bahawa langit dan bumi taat kepada perintah Tuhannya maka aku pun menangis kerana sesungguhnya manusia yang mengaku berakal inilah yang paling derhaka dan adapun orang-orang yang dahulu yang disebut sahabat yang beriman kepada Nabi mereka tidak mencari penjelasan dalam angka dan formula tetapi dalam ketaatan mereka melihat tanda-tanda Tuhan di sekeliling mereka dan mereka tunduk kerana mereka tahu segala yang ada di langit dan bumi ini tidak dicipta sia-sia
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Wahai Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau maka lindungilah kami dari azab api neraka
(Surah Āli-‘Imrān 3:191)
Maka demikianlah aku akhiri fikiranku ini wahai saudaraku sekalian bahawa barang siapa yang melihat langit lalu dia beriman maka dia telah menemukan kebenaran dan barang siapa yang melihat langit lalu dia mencari selain Tuhan maka dia telah sesat sejauh-jauhnya kerana sesungguhnya yang kekal hanyalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan yang menegakkan keduanya tanpa tiang yang dapat engkau lihat maka tunduklah engkau di bawah langit itu sebagaimana langit tunduk kepada Tuhan-Nya dan janganlah engkau menjadi manusia yang memuja ilmu tetapi lupa kepada yang memberi ilmu kerana ilmu yang tidak membawa kepada sujud hanyalah api yang menyala-nyala sedang iman yang lahir dari ketaatan itulah cahaya yang menyinari seluruh alam dan kelak di hari kebangkitan maka langit itu akan digulung dan bumi akan diganti dengan bumi yang lain dan di bawah langit yang baru itu berdirilah mereka yang tunduk di dunia ini dalam rahmat Tuhan yang kekal abadi


Leave a Reply