Tuan puan sekalian. Pada catatan kali ini kita berhasrat untuk membicarakan perihal status Kitab Al-Ibanah, yang didakwa ditulis oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari, seorang ulama besar dalam tradisi aliran pemikiran Assyairah. Kitab Al-Ibanah telah dikaji oleh para ulama mutaakahirin, lalu timbullah kontroversi terkait keaslian atau keabsahan kitab Al-Ibanah. Elok kita mulakan dengan menonton video berikut;

Video 1

Kemudian, elok kita teruskan menonton beberapa video berkaitan hujah-hujah yang disyarah oleh para ustaz kontemporari hari ini yang tegas mengaku mereka adalah dalam kalangan golongan Assyairah. Yang paling ringkas seperti di bawah ini;

Video 2

Maka fahamlah kita orang awam sekalian. Mari kita tonton pula pejelasan oleh ustaz lain;

Video 3

Kita tonton lagi hujah mereka yang bersungguh-sungguh menafikan ketulenan kitab Al-Ibanah;

Video 4

Ya. Bersungguh-sungguh mengaku bermazhab Assyari. Cuma kita kita hendak tanya, Imam Abu Hassan Assyaari ada bersungguh-sungguhkah seperti sebahagian manusia hari ini yang mengaku bermazhab Assyairah tetapi sangat gemar cerita perihal ruh, Nur Muhammad dan pelbagai kisah pelik dalam memahami ilmu hakikat dan mengenal Allah? Tanya saja. Tidak perlu jawab!

Kita beralih kepada seorang lagi ustaz yang bersungguh-sungguh mengatakan bahawa kitab Al-Ibanah yang beredar hari ini adalah versi palsu dan mengajak Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah supaya menjauhi kitab tersebut;

Video 5

Ya. Kena jelas ya tuan puan sekalian. Bukan Ahlul Sunnah Waljamaah, Ahlul Sunnah Waljamaah Assyairah! Demikianlah begitu yakin sekali membentangkan kepada umat ‘seolah-olah sudah ada cop mohor dari Tuhan’ itulah akidah yang paling benar. Kita serahkanlah saja kepada kebijaksanaan tuan puan untuk menilai dugaan manusia bahawa sesebuah kitab itu palsu tanpa menunjukkan kepada khalayak kitab yang asli. Hanya bersandar kepada anak murid sahaja. Hanya dengan ‘kefahaman murid-murid’ maka sesebuah kitab itu dinilai palsu atau telah diselewengkan? Itukah neracanya? Mengapa bukan neraca itu adalah Al-Quran? Adakah ‘kefahaman murid-murid ini merupakan jaminan ‘hujah kebenaran‘ ATAU ia tidak lebih hanyalah ‘hujah pembenaran‘? Fikir-fikirkanlah ya tuan puan sekalian.

Mari kita tonton pula kupasan seorang lagi ustaz yang mengaku tegar bermazhab Ahlul Sunnah Waljamaah berkenaan ketulenan kitab Al-Ibanah;

Video 6

Demikianlah pula bahasannya. Dari segi realiti hari ini, jikalau tuan puan dengar ceramah para ustaz aliran Assyairah lain, memang kebanyakan mereka memandang sepi Kitab Al-Ibanah, atas alasan kalau tidak palsu pun, dikatakan ia telah diselewengkan. Siapa yang seleweng? Boleh dengar sendiri dalam video di atas. Cuma kita nak pesan sedikitlah. Kalau tidak sebut Wahabi tidak bolehkah? Itu sajakah modal yang ada?

Mari kita tonton pula penjelasan ustaz yang berlainan aliran pula. Video ini adalah cuplikan dari kuliah lebih awal, berhubung perbincangan ketulenan kitab Al-Ibanah;

Video 7

Demikianlah pandangan ustaz yang berbeza berkenaan keabsahan kitab Al-Ibanah. Maka perlulah kita ketahui bahawa pandangan para ustaz itu juga adalah berdasarkan nukilan mereka terhadap pandangan para ulama pilihan mereka pula. Jadi, kita orang awam ini hendak ikut pandangan yang mana?

Maka tuan puan fikir-fikirkanlah dahulu. Cuma kita hendak pesan sedikitlah. Orang yang mencari kebenaran, dia tidak akan berhujah dengan sentimen akal. Tuan nilai sendirilah hujah ustaz dalam Video 7 berbanding dengan para ustaz yang tersenarai bermula dari Video 2, 3, 4, 5 dan 6. Video pertama kita tidak kiralah sebab itu cuma mukadimah. Tuan puan nilai sendirilah ya!

Kalau menurut PANDANGAN si tukang tulis ini, kita lebih cenderung dengan pandangan ustaz yang terakhir dalam senarai video tadi. Kebenaran hakiki? Selain daripada Imam Abu Hasan Assyaari (yang telah berkurun lamanya meninggalkan kita), ketahuilah tuan puan sekalian bahawa hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang para ustaz kita telah dan sedang perselisihkan itu. Kalau tuan puan masih mahu mendengar segala perselisihan itu, eloklah tonton ringkasan video berikut yang mengumpulkan 3 orang ustaz pelbagai manhaj mengulas perihal kitab Al-Ibanah;

Video 8

SUDAH DENGAR? Maka tetapkanlah pendirian kalian. Mahu ikut sentimen anti-Wahabi (berulang kali sebut Wahabi sebagai saduran hujah!), atau mahu menilai hujah secara ilmiah dan akal yang waras. Beginilah kita hendak sebut. Jikalau benar sekalipun kitab Al-Ibanah itu palsu atau sudah diselewengkan, bagaimana pula dengan kandungan kitab Maqalaat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musollin yang semua manusia yang berselisih itu sepakat adalah karya tulen Imam Abu Hassan Assyaari? Pernah belek? Maka fikir-fikirkanlah sendiri. Kalau kita tolong fikirkan, nanti sampai tahun depan tidak habis hendak bahas berkenaan perihal pelik manusia. Mereka mengabaikan kitab Al-Ibanah yang dikatakan palsu atau diselewengkan itu (dengan salah satu alasannya kerana isinya menetapkan ‘Allah bertempat‘). Bagaimana pula dengan kandungan serupa dalam kitab yang tulen seperti Maqalaat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musollin, pun mahu diabaikan juga? Demikianlah perangai manusia; ‘PELIK TAPI BENAR!’

Akhir sekali, kita ingin berpesan sebegini. Apabila berhadapan dengan perkara khilaf berhubung perihal ketulenan kitab, maka eloklah kita ambil pendirian berkecuali. Ia hanyalah kitab karangan ulama atau disandarkan kepada sekian-sekian ulama. Ia bukan Al-Quran. Sama ada ia kitab tulen, diselewengkan, mahupun palsu, ia hanyalah kitab karangan manusia. Maksudnya adalah (sila isi tempat kosong; ________). Faham atau tidak maksud kita? Jika ada kesempatan kemudian, dengan izin Allah kita akan ulas lanjut perkara ini.

Comments

%d bloggers like this: