Tuan puan sekalian. Terbitan kali ini kita mengajak tuan puan untuk menilai kembali kepercayaan. Ya. Kepercayaan datang dari perkataan PERCAYA. Yang paling dekat boleh kita terjemah perkataan IMAN yang terkandung dalam Al-Quran dan hadith; orang beriman adalah orang yang percaya. Percaya kepada apa? Percaya kepada rukun Iman, iaitu tonggak kepercayaan sebagai orang Islam.

Namun begitu, coretan kali ini bukan hendak bercakap pasal agama seratus peratus ya tuan puan sekalian. Coretan kali ini adalah berkenaan apa yang kita percaya berdasarkan bidang pengelihatan (atau orang putih sebut FOV – Field of Vision). Sesekala kita akan mencoret secara teknikal, sesekala kita akan mencoret secara santai; supaya kita dapat mengambil pengajaran dari tanda-tanda kebesaran Tuhan yang telah terbentang di hadapan mata kita, lalu membuat keputusan; MAHU PERCAYA DIRI atau MAHU PERCAYA CAKAP ORANG!

Maka eloklah kita beri amaran siap-siap. Jika tuan puan sanggup meneruskan bacaan, maka bersedialah untuk merasa diri telah diperbodohkan lalu cela dan kejilah diri sendiri sebab telah bertahun-tahun hidup dalam kebodohan tanpa kita sedari. Ini hal yang sangat berat! Iaitu, merasa diri telah diperdaya oleh dunia yang penuh dengan ‘herd mentality’. Maksudnya, kalau satu dunia sebut kita duduk dalam Galaksi Bimasakti – ikut sajalah! – usah memandai tanya macam mana foto Galaksi Bimasaksi itu diambil dari ruang angkasaraya. Nanti orang kata; “Nampak sangat tidak pernah pakai Samsung Galaxy!” Kena ikut apa yang satu dunia percayalah; kalau tidak nanti digelar bodoh tidak boleh diajar.

Demikian tadi pilihan pertama. Pilihan kedua adalah jangan ikut serta bergelumang dengan perbahasan yang tidak termasuk soalan dalam kubur. Ya, kononnya bercakap tentang satu perkara ‘taboo’ yang bakal kita sebutkan nanti itu tidak akan menambah atau mengurangi iman. Maka, apa faedahnya memikirkan perkara remeh sedemikian (yang akan disebutkan juga nanti).

Secara ringkasnya, pilihan kedua adalah cepat-cepat tinggalkan coretan ini. Kita tolong tuan puan bagi alasan paling ampuh dan cerdik sebegini;

Takkanlah satu dunia diperbodohkan tiada yang sedar! Mamat sekor ni memandai buat cerita takde hujung pangkal, apa pekdah! Buang karen je!

– Contoh alasan selamat ahli falsafah yang berperangai macam kaki falsampah!

Macam mana tuan puan sekalian. Maka kembalilah kepada ‘herd mentality’ yang menjadi pujaan kita sekalian yang melata di muka bumi Tuhan ini. Iaitu mengambil kecenderungan untuk bersama dengan kepercayaan utama umat manusia hari ini. Senang hidup. Tidak perlu gaduh. Ikut saja arus perdana. Biar arus perdana itu masuk neraka pun, ikut sajalah! Masuk neraka pun bukan seorang bahkan beramai-ramai, kan? Begitu?

Baiklah tuan puan sekalian. Kalau masih membaca lagi, eloklah kita buka gelanggang sedikit dengan bercakap tentang FOV – Bidang Pengelihatan, yang secara langsung mahupun tidak langsung akan terkait cara kita memahami realiti kehidupan.

calm body of water during sunset
Photo by Pixabay on Pexels.com

FOV – Bidang Pengelihatan

Gambar matahari terbenam yang tuan puan lihat di atas ini adalah hasil dari tangkapan FOV (Field of Vision) daripada sebuat kamera. Secara asasnya, kamera asas hanya mempunyai SATU bidang pengelihatan, atau disebut sebagai ‘monocular FOV’. Berbeza dengan kamera yang dipasang dalam telefon pintar hari ini; ada yang dilengkapi dengan DUA atau lebih FOV agar menghasilkan imej yang terbentuk daripada ‘binocular FOV’ dan diperelok pula dengan perisian ‘artificial intelligence’.

Sebab itu terkadang kalau salah ‘setting’, gambar yang tuan puan tangkap itu boleh tampak lebih canggih, silap haribulan tampak macam sampah! Sebab itu juga kebanyakan gambar ‘selfie’ memang tidak boleh pakai – terkadang ter’over’ nampak jauh lebih comel dan muda hasil garapan ‘artificial intelligence’ yang terlajak pandai!

Bagaimana dengan bidang pengelihatan (FOV) kasar manusia? Mari kita fahami asasnya.

Setiap satu mata kita mempunyai FOV mendatar lebih kurang 135 darjah dan FOV menegak lebih sedikit daripada 180 darjah. Dengan dua biji mata, kombinasi FOV ‘monocular FOV’ itu akan membentuk ‘binocular FOV’ yang membolehkan kita menangkap tampak pemandangan serta membolehkan pengelihatan kita memperoleh persepsi kedalaman (depth perception) dengan lebih baik.

Dalam kedua-dua kes (kamera DAN mata manusia), baik ‘monocular FOV’ mahupun ‘binocular FOV’ tampak pengelihatan kedua-duanya adalah terbentuk dari hukum perspektif yang menghasilkan imej yang kelihatan sebagai seadanya; AS IT IS.

Demikianlah secara ringkas FOV atau bidang pengelihatan bermanfaat kepada manusia. Demikianlah asas ia berfungsi. Kita lihat sebagaimana benda atau pemandangan itu dilihat.

man standing on tree branch during sunset
Photo by Lukas Rodriguez on Pexels.com

Kita tinggalkan sebentar pengetahuan ringkas berkenaan FOV buat sementara waktu ya tuan puan sekalian. Sekarang marilah kita bawa ‘pengelihatan’ tuan puan berkenaan beberapa rangkap lepas diri (exclusion clause) atau DISCLAIMER awal-awal supaya tidak salah faham.

Bukan apa. Biasalah manusia kalau baca atau dengar benda-benda di luar nalar, mulalah membebel tidak tentu pasal. Tapi, kalau baca atau tonton filem seram, boleh pulak percaya bulat-bulat kelentong pengarah filem sampai nak pergi bilik air dalam rumah pun ajak berteman!

Disclaimer di bawah ini nanti sangat penting. Supaya kita ini tidak dituduh membawa ajaran sesat. Maklumlah zaman sekarang ni kalau jumpa penyeru yang ajak manusia kepada jalan Allah dan sunnah Nabi pun kita biasa gelar mereka sesat.

Yang tidak sesat cuma kaum kita yang suka menambah-nambah perisa biar meriah sikit berzikir sambil terlompat-lompat dalam masjid sampai menganggu orang musafir hendak bersembahyang. Yang tidak sesat cuma kaum kita yang suka memperdengarkan bacaan Al-Quran keliling kampung tak kira waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak biarpun tiada siapa yang mendengarnya kecuali tukang pasang speaker masjid dan surau. Itu pun kalau dia dengarlah. Kalau dia pun buat dek sembang ilmu makrifat semasa alunan Al-Quran berkumandang, kita hendak tolong macam mana? Kalau tegur nanti dia tanya pula; “er.. pasang Al-Quran kuat-kuat keliling kampung pun bidaah ka? sesat ka?”

Macam mana nak jawab tu tuan puan?

Macam mana pula tuan puan hendak terangkan kepada 8.1 juta penonton video bulan terbit dan terbenam di kutub utara sampai gerhana matahari itu boleh terjadi? Masalahnya tuan puan, kalau ikut mazhab bumi bulat macam bola, mana mungkin fenomena seperti video di atas itu terjadi! Mati hidup balik pun para saintis dan ahli astronomi akan kata video itu palsu. Ya, faktanya memang palsu ya tuan puan sekalian. Video itu cuma CGI (computer graphic imaging). Kasihan jugalah kalau para pendokong mazhab bumi bulat boleh percaya bulat-bulat. Lainlah kalau mereka sudah tukar kepada mazhab bumi datar! Ada logik jugalah kalau paparan video tadi itu adalah benar.

Sebab itulah tuan puan sekalian. Kita akan mula memperincikan DISCLAIMER sebagaimana di bawah ini;

DISCLAIMER – Penafian

1. Tiada sebarang pandangan muktamad akan dikemukakan dalam terbitan ini; sila guna akal budi dengan pemikiran rasional berdasarkan pemerhatian tuan puan sekalian dengan segala ilmu yang telah tuan puan pelajari selama ini. Pengetahuan dipanggil sedemikian apabila ia bermanfaat kepada diri setelah kita menilai segala maklumat yang sampai kepada kita. Sebab itu orang yang menelan segala maklumat tanpa mahu menilai kebenaran layak digelar orang yang tahu – malangnya – tidak semestinya dia berpengetahuan, iaitu berilmu.

2. Bersedialah untuk menilai pemikiran berbeza. Usah cepat melatah. Ada banyak perkara dalam dunia ini kita anggap ianya benar sedangkan hakikatnya barangkali tidak semudah yang kita sangkakan. Sebab itu kita mengajak tuan puan memahami asas FOV atau bidang pengelihatan. Dunia yang kita lihat adalah seadanya dan pelbagai perkara tersirat di luar pengetahuan kita tidak boleh kita gapai; melainkan perkara ghaib itu jelas telah diterangkan dalam Al-Quran yang tidak terbantahkan – sekiranya kita benar-benar mahu beriman dengan kalam Tuhan.

3. Terbitan ini bukan bertujuan hendak menukar pandangan sedia ada yang menjadi pegangan tuan puan selama ini. Jika tuan puan mahu berpegang kepada apa yang tuan puan percaya selama ini, persilakanlah. Ingatlah bahawa setiap jiwa akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipercayai dan diperbuatnya. Sila ambil tanggungjawab sendiri.

Usai penafian di atas, mari kita menilai satu perkara ‘taboo’ yang bakal kita jelaskan lanjut.

Dua Mazhab Utama Umat Manusia

Cuma sebelum itu, marilah kita menilai sikap umat manusia dari dua jenis mazhab berbeza dalam menilai perkara yang dianggap sebagai kepercayaan dunia. Dalam kedua-dua jenis mazhab ini ada pula jenis manusia tidak habis-habis jual ayat-ayat kitab suci mereka untuk menegakkan hujah. Ada pula kalangan kedua-dua jenis mazhab utama ini pula jenis tidak percaya langsung ayat-ayat kitab suci, bahkan mereka terlajak percaya pula cerita para penglipur lara antarabangsa yang tidak pernah mereka kenal secara peribadi adakah luhur suci murni batang tubuh pembawa berita itu.

Bila kita kata mazhab umat manusia, bukanlah kita merujuk kepada mazhab agama ya tuan puan sekalian. Yang kita maksudkan adalah, umat manusia yang berbillion-bilion hidup atas mukabumi hari ini terpecah kepada 2 mazhab utama, iaitu;

  • Mazhab Bumi Bulat;
  • Mazhab Bumi Datar.

Macam mana tuan puan sekalian. Sudah sampai taboo-nya? Kalau bercakap pasal puak Mazhab Bumi Bulat, biasalah apa masalah. Lebih kurang nak faham macam puak mengaku tegar Aswaja tetapi sukar sekali kita lihat amalan puak-puak ini mengikut Sunnah. Juga sukar sekali kita lihat puak-puak ini benar-benar faham maksud asal Al-Jamaah yang diperkatakan oleh para ulama awal yang membuat klasifikasi Ahlul Sunnah Waljamaaah untuk menjelaskan kepada umat islam manhaj pemikiran yang benar.

Demikianlah pula puak Mazhab Bumi Bulat itu; mereka bahagia percaya bumi itu bulat biarpun mereka belum pernah naik ke langit untuk memastikan seratus peratus bahawa memang benarlah bumi it bulat macam bola!

Yang jadi masalah bila bercakap pasal puak Mazhab Bumi Datar. Yang ini jadi masalah besar sampai sesiapa yang bercakap pasal Bumi Datar dianggap sesat macam kebanyakan manusia mengaku beragama Islam hari ini menganggap mereka yang digelar Wahabi itu sebagai sesat dan bodoh.

Demikianlah puak Mazhab Bumi Datar itu; mereka juga bahagia percaya bumi itu datar biarpun mereka belum pernah naik ke langit juga untuk memastikan seratus peratus bumi itu memang datar. Bahkan lebih parah lagi ada sebahagian daripada mereka itu percaya pula bumi datar itu berbentuk piring yang melayang-layang di ruang angkasa sehingga jadilah mereka itu bahan tawa puak Mazhab Bumi Bulat!

Demikianlah serba ringkas berkenaan dua mazhab utama bentuk bumi ya tuan puan sekalian. Kalau tuan puan anggap ini perkara remeh, maka persilakanlah. Malangnya, saban tahun ada saja pergaduhan antara dua mazhab ini. Ia berterusan. Barangkali sampai kiamat tak selesai!

Nak selesai macam mana kalau puak Mazhab Bumi Bulat tidak mahu ambil hujah puak Mazhab Bumi Datar. Begitu jugalah sebaliknya. Nak selesai macam mana kalau puak Mazhab Bumi Datar begitu paranoid menganggap segala dalil puak Mazhab Bumi Bulat itu rekaan semata-mata!

Kalaulah Si Pendek boleh berkata-kata, barangkali dia akan kata begini; “macam itulah lebih kurang puak-puak Aswaja saling berperang dengan puak-puak Wahabi.. sampai ke sudah tak selesai!”

Macam mana tuan puan sekalian? Sudah bersedia untuk adegan seterusnya?

Majoriti Umat Manusia Bermazhab Bumi Bulat

Ini adalah benar ya tuan puan sekalian. Bila kita kata majoriti, ia betul-betul majoriti yang besar. Sangat besar. Boleh kata ‘landslide majority’. Pendek kata, kalau kita baling batu bulat ke arah 100 orang, kebarangkalian adalah 99/100 bahawa batu itu kena kepala penganut Mazhab Bumi Bulat! Secara rumus matematik;

P(MBB) = 99/100 = 0.99

Senang cerita, berbahagia dan berbanggalah jikalau tuan puan sekalian adalah tergolong dalam kalangan penganut Mazhab Bumi Bulat. Iaitu, hampir keseluruhan manusia PERCAYA bahawa bumi memang bulat macam bola. Kalau ada variasi pun, barangkali setakat sama ada ia adalah berbentuk bola sepak atau bola ragbi. Ringkasnya, bulat atau lonjong sedikit mahupun bentuk buah epal atau buah pear, lebih kurang bulat jugalah bentuknya. Hendak gaduh sangat buat apa? Asal bulat sudah!

Ya. Tidak perlu gaduh. Sebab bukan kita umat Islam sahaja yang PERCAYA bumi itu bulat sebagaimana dakwaan sains hari ini, malah dalam kalangan kaum Nasrani juga majoriti mereka juga adalah penganut Mazhab Bumi Bulat macam kita sebagaimana boleh kita baca dalam artikel Bentuk Bumi Sebenarnya – Al-Quran, Alkitab, Atau Sains Yang Benar?

Kalau penulis artikel itu mahu mempersoalkan mengapa Al-Quran tidak menerangkan dengan jelas bentuk bumi, itu biarkanlah saja. Sebab tidak kurang juga dalam kalangan kita umat Islam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran lalu bersependapat dengan sains bahawa memanglah bumi itu bulat, sebagaimana tuan puan boleh simpulkan kalau membaca artikel-artikel berikut;

Jadi tuan puan, angkasawan Arab pun sudah mengesahkan bahawa berdasarkan pemerhatiannya dari stesen angkasa antarabangsa (ISS), memang bumi itu kelihatan bulat. Itu belum kita Angkasawan Negara kita yang juga mengesahkan bahawa berdasarkan pemerhatian juga, memang bumi itu berbentuk bulat!

Sama ada bumi itu berbentuk bulat molek seperti imej CGI bumi yang kita paparkan tadi atau berbentuk lonjong sedikit macam buah pear itu tidak penting ya tuan puan. Yang pentingnya, semua model bumi yang kita belajar di sekolah dan universiti hari ini, bentuknya memang bulat bergeometri sfera yang sempurna. Entah kenapa ‘globe’ itu tidak dibina ‘gemuk sedikit’ di garisan Khatulistiwa selama ini, tuan puan tanyalah sendiri guru-guru yang mengajar sains dan geografi di sekolah ya!

Kalau tuan puan baca artikel tadi (baik oleh kaum Nasrani mahupun kaum Muslimin) berkenaan bentuk bumi, maka jelaslah bahawa mereka berdalilkan kitab suci masing-masing untuk mendakwa benarlah kitab mereka itu selaras dengan dapatan sains hari ini, iaitu bumi adalah berbentuk bulat (sfera) tanpa ragu barang sedikit pun.

Lingkaran, Bulatan dan Terapung-apung

Perkataan LINGKARAN, BULATAN dan BERENANG-RENANG (TERAPUNG-APUNG) itu ditafsirkan sebegitu rupa untuk membenarkan ‘dapatan sains’ dengan begitu yakin yang teramat.

Kita tidaklah hendak membantah para sarjana berkenaan, cuma cuba tuan puan fikirkan begini;

  • Ular sawa yang melingkar tidur kekenyangan, mestikah ianya melingkar atas benda berbentuk bola atau sfera? Ada?
  • Bila kita lukis bulatan, mestikah lukisan itu jadi bentuk sfera? Boleh atau tidak lukisan itu membentuk silinder? Boleh atau tidak lukisan itu dilukis atas kertas lukisan yang berbentuk datar?
  • Benda yang terapung-apung atau berenang-renang, mestikah benda itu membentuk lingkaran bulatan? Kalau pun benda itu membentuk lingkaran, mestikah ia melingkar membentuk sfera? Atau benda itu boleh saja berenang dalam bentuk lingkaran atas permukaan air yang secara fitrahnya memang berbentuk datar?

Kalau masih belum jelas memikirkan, cuba tuan puan lilit serban atas kepala. Kemudian lilit pula serban atas lantai. Kedua-dua perbuatan ini, bukankah tuan puan tetap memperoleh LINGKARAN dan bentuk BULATAN? Yang satunya berbentuk lingkaran kubah 3D, yang satu lagi macam lingkaran ubat nyamuk 2D. LINGKARAN juga, bukan? BULATAN juga, bukan?

Persoalan yang kita kemukakan tadi itu supaya tuan puan sedar bahawa pemikiran manusia boleh dimanipulasi supaya mereka cenderung kepada sesebuah pemikiran. Supaya tuan puan tidak taksub bila sebut LINGKARAN, maka hendaklah lingkaran itu membentuk 3 dimensi. Sedangkan dalam bentuk 2 dimensi sekali pun LINGKARAN tetap boleh terjadi. Begitu juga BULATAN. Kita boleh membentuk bulatan secara 3 dimensi untuk membentuk sfera. Kita bila boleh membentuk bulatan secara 2 dimensi untuk membentuk putaran jam yang berterusan memementuk bulatan sehingga kiamat!

Begitulah kita nak sebut kecenderungan manusia apabila menafsirkan ayat-ayat dalam kitab suci. Perkataan LINGKARAN, BULATAN, TERAPUNG-APUNG itu adalah terbuka maksudnya jika kita sedar ilmu bahasa dan tafsiran geometrinya. Sebab itu, usah lancang sangat mulut mengata tafsiran bentuk bumi itu begitu begini secara pasti kalau kita pun belum pernah naik ke langit! Kalau pun kita mahu percaya bulat-bulat mereka yang mendakwa sudah sampai ke langit, siapa di antara kita yang benar-benar boleh menguji kebenaran itu sampai kita ketawa berdekah-dekah bila mendengar masih ada manusia yang hidup dalam dunia serba canggih hari ini yang masih percaya bumi itu berbentuk datar!

Kalau masih belum dapat tangkap juga, apa kata fikirkan mengapa Galaksi Bimasakti dan juga berbillion galaksi yang lain itu boleh pula ‘berputar secara 2 dimensi’ sehingga bentuknya digambarkan pipih melayang? Mengapa tidak diteruskan ‘kegilaan’ animasi CGI itu membentuk ‘galaksi 3 dimensi’ yang berbentuk bola atau berlegar-legar dalam bentuk sfera?

Pernahkah kita terfikir atau membuat kiraan bagaimana letusan BigBang yang juga dianggap sebagai ‘kepastian yang amat pasti’ (sedangkan ia hanyalah TEORI BIG BANG!) itu boleh pula membentuk galaksi pipih yang bergentayangan dalam alam semesta yang sentiasa mengembang menjauhi titik letusan asal? Mengapa galaksi itu tidak bergentayangan dalam bentuk sfera (bentuk kegemaran ramai!)

Wajibkah pengembangan alam semesta ini bermula dengan letusan ala BigBang?

Secara peribadi, pernahkah tuan puan sendiri menilai bagaimana manusia boleh seratus peratus pasti BigBang yang digambarkan dalam animasi manusia itu menepati maksud “Langit dan Bumi asalnya satu, lalu Allah pisahkan keduanya?”

Para penjual sains BigBang itu pasti tiada teori lain yang menerangkan kejadian alam ini selain BigBang? Mahu kita lontarkan persoalan lagi?

Ada pernah fikir perkara sebegini?

Hanya Segelintir Manusia Bermazhab Bumi Datar

Kita suruh fikir saja. Bukan suruh bergaduh atau jadi ‘murtad’ keluar dari Mazhab Bumi Bulat. Ada sebab kita suruh fikir. Sebabnya, kalau kita bertemu dengan penganut Mazhab Bumi Datar dengan kebarangkalian 1/100 itu, pening juga kita nak layan sebab persoalan puak-puak seperti ini yang memang malas kalau hendak dilayan!

Antara punca kita malas nak layan, sebab para penganut Mazhab Bumi Datar yang boleh kalau kita baling batu kepada 100 orang belum tentu mengena ini adalah manusia yang paranoid dengan teori konspirasi. Lebih parah lagi, dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Kitab pun mereka tafsir tidak serupa dengan golongan Mazhab Bumi Bulat. Pendek kata, memang ‘tak boleh ngam’ kalau kita sembang dengan manusia yang segelintir itu.

Masalahnya tuan puan, para penganut Mazhab Bumi Datar itu pun ambil tafsiran dari para ulama Islam dan pendeta Nasrani yang sebahagian besarnya dahulu memang berpendapat bumi itu adalah datar! Sebab itulah akhirnya dijadikan jalan tengah – baik kalangan orang Islam mahupun orang Nasrani – mereka mengatakan urusan bentuk bumi itu bukan urusan akidah. Senang cerita, tidak perlu gaduh! Kamu hendak percaya bumi itu datar ya silakan. Kamu hendak percaya bumi itu bulat, silakan.

Perbezaan Manhaj Pemikiran antara Dua Mazhab Bumi

Masalah besarnya tuan puan sekalian, sebagaimana para penganut Mazhab Bumi Bulat mentertawakan para penganut Mazhab Bumi Datar, maka begitulah pula yang sebaliknya terjadi.

Salah satu sebab utamanya adalah boleh dikatakan kesemua manusia yang mengaku bermazhab Bumi Bulat mahupun yang mengaku bermazhab Bumi Datar itu belum pernah naik ke langit untuk mengesahkan kebenaran bentuk bumi! Berikut adalah contoh-contoh persoalan kegemaran para penganut Mazhab Bumi Datar yang pening hendak dilayan. Tidak pening macam mana sebab kita yang mengaku penganut Mazhab Bumi Bulat pun tidak boleh beri jawapan yang konklusi untuk membenamkan pemikiran puak-puak seperti demikian;

Yang bersungguh-sungguh mengaku sudah menghantar manusia ke bulan pun sudah lebih 50 tahun tidak membuat ekspedisi susulan atas alasan belanja mahal menghabiskan beras. Alasan yang paling baik adalah mengatakan teknologi untuk ke bulan sudah hilang katanya!

Yang mengaku pernah ke langit pun setakat tinggi ISS itu pun belum tentu sudah lihat keseseluruhan bumi itu sepenuhnya sehingga boleh pasti sama ada bumi adalah bulat macam bola atau ia kelihatan bulat leper setakat bidang pengelihatan dari aras ISS!

Beginilah tuan puan kalau hendak menguji bidang pengelihatan (FOV) pada aras ISS. Tuan puan kenalah tahu berapa besar lilitan bumi ikut kiraan berskala. Kemudian, tuan puan rujukkan laman web rasmi yang menerangkan ketinggian ISS itu dari permukaan bumi. Cuba tuan puan lukis ikut skala.

Kita tidak perlu naik ke langit untuk mengetahui tidak mungkin pada ketinggian ISS itu kita boleh melihat keseluruhan bumi sehingga begitu pasti itulah bentuknya. Sembang panjang pun tiada guna kalau tuan puan tidak mahu merenung sejenak dan cuba fikirkan;

  • Tuan puan pernah lukiskah secara berskala untuk menilai kebenaran?
  • Tuan puan pernah buat eksperimenkah secara berskala untuk menilai cakap-cakap orang itu boleh kita telan bulat-bulat?

Pengetahuan FOV (Bidang Pengelihatan) dalam Menilai Hujah Mazhab Yang Berbeza

Sebelum kita pergi lebih jauh, elok kita tanya begini pula. Tuan puan pernah atau tidak menilai secara objektif hujah kedua-dua belah pihak Mazhab Bumi Bulat vs Mazhab Bumi Datar? Atau tuan puan memang sudah ada kecenderungan kepada sesebuah mazhab secara melampau sehingga tidak sedar bahawa kedua-dua mazhab itu mempunyai model yang saling berbeza sehingga jika tuan puan melakukan eksperimen nanti tuan puan akan dapati bahawa, sama ada bumi itu bulat macam bola atau bumi itu datar, sebenarnya tuan puan tetap boleh melihat fenomena yang serupa dengan pemboleh ubah yang berbeza dari segi saiz dan jarak benda-benda di langit seperti matahari, bulan dan bintang.

Misalnya, dalam kedua-dua model itu, mengikut hukum perspektif dalam kerangka bidang pengelihatan (FOV) baik FOV kamera atau FOV mata manusia, kita masih boleh melihat;

  • Matahari terbit dari timur dan terbenam di barat;
  • Sama ada bumi itu bulat macam bola mahupun bumi itu datar, pada ketinggian ISS, memang kita boleh lihat sebahagian kecil lengkungan di ufuk pengelihatan atas pemboleh ubah yang berbeza;
  • Sama ada bumi itu macam bola atau datar, kita memang boleh lihat fenomena kapal menghilang diufuk;

Itu hanyalah fenomena yang tetap akan berlaku tidak kira bumi itu sfera atau datar, bergantung kepada penetapan saiz dan jarak benda-benda di langit. Perkara ini hanya boleh difahami kalau kita mahu meneliti hujah kedua-dua belah pihak berdasarkan model yang dikemukakan. Sebabnya satu saja; BAGAIMANA TUAN PUAN HENDAK MEMATAHKAH HUJAH LAWAN kalau memang pihak lawan itu tidak mahu percaya cakap angkasawan dan agensi angkasa antarabangsa atas alasan mereka yang tersendiri?

Kalau tidak boleh hadam juga. Barangkali boleh lihat persoalan ini; BAGAIMANA TUAN PUAN HENDAK MEYAKINKAN MANUSIA YANG MEMANG TIDAK PERCAYA adanya Tuhan dengan rasional akal yang secara falsafahnya boleh meruntuhkan kebebalan akal mereka?

Kembali kepada perbezaan manhaj pemikiran dua mazhab bumi;

Tuan puan pernah ambil kisah hendak meneliti kedua-dua hujah puak yang berbeza mazhab itu?

Tuan puan pernah hendak ambil kisah bidang pengelihatan (FOV) yang tuan puan hadapi setiap hari untuk cuba menilai mana satu realiti dan mana satu fantasi?

Atau tuan puan dengan sepenuh jiwa dan raga beriman kepada sains seolah-olah sains itu agama baru? Tuan puan tahukah beza sains dengan ‘pseudo science’? Tuan puan tahu atau tidak falsafah di sebalik sains? Tuan puan tahu atau tidak ada sains yang benar dan ada juga sains yang batil? Atau memang tuan puan beriman saja apa orang kata pasal sains sehingga lupa hendak menimbang perkataan itu dengan kebenaran yang terkandung dalam kitab suci tuan puan?

Hamparan Bumi Allah Yang Terbentang Luas

Tuan puan sekalian. Apa yang kita bentangkan dalam terbitan ini hanyalah pembukaan sahaja kepada bahasan yang lebih jauh berkenaan kegilaan manusia berlumba-lumba meninggalkan hamparan bumi yang telah Allah ciptakan terbentang luas kepada manusia. Ya, kegilaan itu sehingga kita berangan-angan tak sudah mahu ke Marikh sedangkan lautan dalam yang ada di bumi ini pun belum habis 10% dijelajahi oleh manusia dengan segala kecanggihan teknologi yang ada. Ya, hamparan bumi sangat luas sehingga belum habis gunung-ganang, lurah lembah dan dataran ais serta gurun yang tidak ketahuan hujungnya masih belum dijelajahi.

Bila kita sebut hamparan itu, terpulanglah kepada mazhab tuan puan hendak memahaminya. Kalau sudah gemar menghamparkan karpet atas bola besar tidak terhingga, maka ikut sukalah apa yang tuan puan mahukan. Kalau mahu hidup mudah menghamparkan karpet atas lantai rumah sedia ada, maka memadailah dengan apa yang ada. Belanja pun jimat juga. Tidak perlu beli berkilometer karpet untuk memenuhi ilusi ciptaan manusia.

Sebagaimana telah kita sebut di awal terbitan ini, kita tidak berhasrat memberikan pandangan muktamad berhubung perkara ‘taboo’ yang telah kita nyatakan tadi. Sangatlah ‘taboo’ sehingga kita yang menulis ini pun tidak sanggup untuk memaparkan secara terperinci perihal dua mazhab bumi yang saling bertentangan itu. Maka terpulanglah pegangan tuan puan hendak pilih yang mana. Lagi pun, kalau ikut kata para ulama dan pendeta; IA BUKAN PERKARA AKIDAH. Begitu?

Yang kita hendak sampaikan adalah supaya tuan puan menghargai kehidupan di bumi yang indah ini. Indahnya langit dan bumi ini sehingga beitu luas panorama dan pemandangan yang dapat dipaparkan dalam Al-Quran Terjemahan berserta audio visual barangkali lebih dari cukup memadai untuk memahami tanda-tanda kebesaran Tuhan. Paparan kejadian alam ‘AS IT IS’ itu lebih indah berbanding visual CGI guli-guli yang berwarna warni yang bergentayangan di ruang angkasa lepas (juga dihasilkan secara CGI) yang dijual secara berleluasa dan dibeli pula secara pukal oleh berbillion manusia yang melata di muka bumi hari ini.

Maka, biarkanlah manusia dengan pilihan mereka.

Biarkanlah mereka yang telah ‘dikurniakan FOV secara percuma’ oleh Tuhan itu membuat keputusan; MAHU PERCAYA DIRI atas perkara yang jelas terbentang di depan mata atau MAHU PERCAYA CAKAP ORANG atas perkara ghaib yang tidak jelaskan oleh Tuhan mereka.

Allah jualah Yang Maha Mengetahui Segalanya.

Comments

%d bloggers like this: