Kita nak bawakan pemikiran tuan puan untuk memahami sedikit berkenaan dengan golongan yang berlebihan bermain dengan kalam hingga mereka tenggelam dalam lautan yang dalam. Sebelum itu, tonton dahulu video ceramah oleh Ustaz Fakhrurazi. Tolong jangan melenting tengok tajuk. Tengok isi ceramah dulu;
Begini tuan puan sekalian. Tadi sudah diberi amaran. Jangan melenting. Sebab kita pun peminat ahli tasawuf juga. Cuma, kita tidak mahu tenggelam dengan golongan sufi yang berlebihan menyingkap kalam sehingga lari jauh dari maksud asal.
Tuan puan boleh teliti perihal ulasan Imam As-Syafie yang dinukilkan dalam kitab Al-Fikrus Shufi. Yang kata jadi bodoh, jadi gila kalau berhimpun dengan golongan yang tenggelam dalam kalam ini bukan orang lain. Imam yang kita banggakan juga. Imam yang kita paksa semua orang ikut juga. Siapa tak mahu ikut kena herdik dengan tok guru. Kena gelar Wahabi dan sebagainya.
Sayang sangatlah Imam Syafie katanya. Tapi pendapat Imam As-Syafie tidak mahu ikut juga. Cari juga mana-mana kalam dalam mazhab nak membenarkan juga amalan tiada asal dari Nabi SAW. Cari juga imam-imam lain yang membolehkan amalan zikir yang pelik-pelik. Kita bagi contoh, zikir terkinja-kinja macam bawah ini ada Nabi SAW buatkah? Ada para sahabat buatkah? Dari mana datang amalan seperti ini? Nampak tawaduk sangatkah berzikir seperti ini?
Itu salah satu contoh saja. Jangan kata orang awam bebal. Nak faham kena masuk kumpulan dulu baru boleh faham. Ini kita kongsikan ustaz kaki tegur terus terang berkenaan zikir goyang badan;
Itulah tuan puan. Sedap kata ada dalil. Asal jumpa hadith dalam kitab terus ambil. Sahih atau palsu tidak peduli. Ambil saja macam guru cakap. Nanti dah sampai makam cahaya akan tahu sendirilah palsu atau tidak. Kita tak tahulah disiplin ilmu sebegini. Orang yang bukan Islam pun kalau tahu beginilah cara disiplin ilmu kita, mahu kena gelak sampai kita lari tak cukup tanah. Sedangkan para ulama hadith bersungguh-sungguh tapis hadith. Kita tidak kata sempurna. Tapi kita boleh iktiraf disiplin ilmu mereka. Bukan main ambil saja terus amal. Yang palsu, hendak diamalkan buat apa?
Jadi cubalah tuan puan fikirkan, puak yang bersungguh-sungguh mengaku Ahlul Sunnah Waljamaah totok ini adakah sebenar-benar mereka itu pembela sunnah Nabi SAW? Cakap lain, buat lain. Dibiarkan saja hadith palsu bergentayangan dalam masyarakat. Malah sibuk dibela pula puak-pak yang amal hadith palsu. Dibiarkan sahaja puak-puak kaki menari dan menyanyi dalam masjid buat ikut suka. Dibiarkan saja budaya agama yang tiada asal subur dalam masyarakat. Bila kita tegur, dia kata hendaklah berlapang dada dengan kepelbagaian tarekat. Iyalah berlapang dada. Kalau berlapang dada bagai dikata, tak adalah melenting kalau kena tegur.
Ustaz bawa kitab
Berbalik kepada video awal yang kita kongsikan tadi. Maulana kita tadi dah terangkan secara elok. Dia siap bawak kitab tunjuk kat jemaah. Suruh jemaah yang mendengar semak balik kitab yang dia tunjukkan itu. Mana ada main sorok-sorok kitab macam puak satu lagi? Mana ada main nafi-nafi tapi tidak mahu tunjuk bukti? Nanti jangan pula ada puak sibuk tanya ISBN kitab tu, tanya ketulenan buku itu pula. Parah la macam ni tuan puan.
Begitulah apa yang boleh kita ulas sedikit berdasarkan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Fakhrurazi dalam kuliahnya. Kalau belum faham juga, mari tonton bual bicara Ustaz Syiabuddin dan Ustaz Noor Derus pula;
Bagaimana sekarang tuan puan. Sembang santai memang macam tu. Tuan puan jangan terkejut pula. Kita tidaklah hendak mengatakan kedua-dua ustaz kita tu suci. Mereka manusia juga seperti kita. Biasalah terkadang lebih perli. Puak yang terasa pedas makan cili jangan berlagak macam tidak pernah perlekeh orang awam. Perli kita orang awam ini tak kenal Tuhan katanya.
Jangan ikut rasa benci kena perli. Jangan telan bulat-bulat segala ilmu. Fikir dan timbanglah dengan neraca Al-Quran dan hadith. Jangan ikut nafsu.
Ikut rasa binasa, ikut hati mati.
Sudah boleh hadam?
Tuan puan sekalian. Kita kena sedar. Kebanyakan puak-puak yang tenggelam dalam kalam ini gagal faham Al-Quran. Gagal faham ilmu hadith. Kalangan pengikut juga bukan jenis baca kitab. Main ikut saja cakap tok guru. Kalau bab sholawat dan khatam mengaji Al-Quran memang ramai. Berkali-kali khatam. Cubalah tuan puan tanyakan mereka itu. Mereka fahamkah apa yang mereka khatamkan secara berjemaah setiap bulan Ramadhan?
Sebabnya begini.
Orang yang faham Al-Quran, dia tidak akan mudah ambil hadith palsu jadi amalan. Dia akan tahu mana satu salah, mana satu benar. Dengan izin Tuhan, dia akan mudah pilih pendapat yang lebih tepat untuk diamalkan dalam hidup seharian.
Dia tidak akan mudah ikut-ikutan bersama kalangan yang tenggelam.
Comments
[…] Macam mana tuan puan? Masih waras? Masih boleh berfikir dengan baik? Permainan kalam ini adalah kebiasaan golongan ahli falsafah dalam merungkai sesuatu perkara. Kita pun tahu, kebanyakan ahli sufi memang gemar bermain dengan kalam. Sehingga ramai orang tidak faham. Sehingga ramai orang menjadi sesat. Jadilah pula mereka golongan yang tenggelam dalam kalam. […]
You must log in to post a comment.