Melihat potensi baik yang dimiliki oleh ganja dan hemp serta produk-produk yang boleh dihasilkan. Perlu difahami juga, industri farmaseutikal tidak mahu perubatan bersifat herba dan tradisional termasuk ganja dan ketum menjadi pilihan, pemain industri mahukan masyarakat bergantung kepada produk keluaran mereka dan hanya menonjolkan sisi buruk herba atau tanam tempatan yang telah terbukti berkesan sejak sekian lamanya. 

Ganja sebagai steroid ekonomi

Tuan puan sekalian boleh ke pautan yang diberikan di atas. Kasihan negara ini ya tuan puan. Masih dok sibuk mengkaji benda haram katanya. Di bawah ini pula artikel yang serupa. Masih dok kaji dan kaji dan kaji dan kaji lagi.

Zahidi, yang juga ahli Parlimen Padang Besar itu berkata, daripada keseluruhan hasil yang diperolehi pengusaha dalam tempoh setahun, RM1,000 yang disalurkan kepada kerajaan mampu menjana pendapatan negara sehingga RM2 bilion melibatkan dua juta penduduk itu. “Ketika ini, negara jiran sudah mampu menjana pendapatan hasil daripada ketum ini sebanyak RM3.8 bilion setahun, sedangkan Malaysia masih mengkaji dan terus memberi pendapat mengenai tumbuhan itu. “Ketum ini, banyak kali kita terang, bukan minum ketum tapi permintaan luar negara yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan. Sekarang negara jiran kita dapat RM3.8 bilion setahun, mengapa kita tidak dapat?”

Negara jana RM2 bilion jika eksport ketum dibenarkan, kata timbalan menteri

Ketum je pun tuan puan. Bukan ganja pun. Kalau ganja pun apa masalah? Para politikus semua ini tahu atau tidak perdagangan dadah antarabangsa? Apa mereka fikir semua perniagaan jual beli dadah itu haram? Kalau haram tuan puan sekalian, jenuh kita semua masuk jel sebab boleh kata sejak kecil sampai berumur sekarang ini memang kita ambil dadah. Jangan salah faham. Ubat-ubatan yang kita makan selama ini itulah dadah. Sedar atau tidak?

Photo by David Bartus on Pexels.com

Sedarkah tuan puan sekalian negara Afganistan yang dikatakan jumud dan konservatif itu rupa-rupanya mengeluarkan 80% popi dunia. Jadi, nak tanya. Mereka semua itu faham atau tidak hukum hakam dalam menentukan halal haram? Kenapa tidak dibom seluruh Afganistan itu sampai jadi padang jarak padang terkukur kalau benar dadah itu membinasakan seluruh umat manusia seolah-olah tiada gunanya langsung dalam industri perubatan?

Tahukah tuan puan sekalian kegunaan candu? Asal candu adalah bagi tujuan perubatan. Ia adalah sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks yang terhasil bunga popi iaitu Papaver somniferum. Tamadun silam seperti Sumeria, Assyria, Mesir, Minoan, Yunani, Rom, Parsi dan Empayar Arab menggunakan candu secara meluas, kerana candu merupakan bahan bius paling berkesan yang ada membolehkan pakar bedah kuno melakukan prosedur pembedahan yang berpanjangan. Itulah candu. Orang putih sebut opium. Asalnya dari tumbuhan herba popi. Banyak kegunaan. Bukan setakat nak bagi budak-budak khayal. Kalau penyalahgunaan seperti ini, kita bersetujulah kalau ada ulama sebut ia haram.

Sama jugalah berkenaan ketum dan ganja. Asalnya adalah bagi tujuan perubatan. Bila disalahguna, maka memang patutlah di larang penggunaannya.

Dia beginilah. Benda elok pun, kalau salah guna, jadi salah juga. Benda tahi, kalau pandai buat baja pun ada baiknya juga. Jangan sebab seorang dua buat onar salah guna dadah, maka kita bermudah kata semua benda haram. Kalau begitu, mengapa tidak diharamkan saja penjualan anggur di negara ini. Ya, la. Mana tahu adalah seorang tu beli banyak-banyak kemudian peram dan buat arak sendiri?

Benda tidak haram jangan memandai kata haram!

Nak faham perdagangan dadah ni begini tuan puan. Siapa yang mengharamkannya? Kenapa hendak diharamkan? Sebab mabuk? Sebab memporak perandakan rakyat dan negara? Sebab itu pengedar dadah kena hukum mati mandatori di negara ini?

Jadi, sepatutnyalah satu dunia juga haramkan jugalah arak? Kenapa tidak diharamkan? Sebab tidak mabuk? Mabuk juga la kan. Sebab tidak memporak perandakan rakyat dan negara? Memang porak peranda anak beranak keluarga dan negara la kan. Sebab itu pengedar arak patut juga kena hukum mati mandatori di negara ini?

Sebab itu terkadang kita lihat pembuat polisi dasar yang diketuai oleh politikus bebal ini tidak boleh lari dari kebebalan. Sebab itu jugalah negara ini sering ketinggalan dari pelbagai sudut sebab takut hantu yang tak kunjung tiba tetapi tidak pula takut hantu air yang bergentayangan di kelab malam seluruh negara.

Para penggubal undang-undang ini menggunakan kayu ukur siapa menentukan sesuatu perkara itu halal atau haram? Guna kaedah mudarat? Benda mudarat maka boleh dihukumkan haram? Begitu? Mari lihat persoalan di bawah;

  1. Kalau dadah itu mudarat, maka arak itu juga mudarat, bukan?
  2. Kalau pengedar dadah itu mudarat, maka mengedar arak itu juga mudarat, bukan?

Mari teruskan bab hukuman pula;

  1. Kalau pengedar dadah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, maka layaklah juga kalau pengedar arak itu dikenakan hukumann gantung sampai mati, begitu?
  2. Kalau pengedar dadah boleh dikenakan hukuman tembak sampai mati, maka layaklah juga kalau pengedar arak itu dikenakan hukuman tembak sampai mati, begitu?
  3. Kalau pengedar dadah boleh dikenakan hukuman pancung kepala , maka layaklah juga kalau pengedar arak itu dikenakan hukuman pancung kepala, begitu?

Kedua-dua dadah dan arak itu memabukkan, betul? Kedua-dua dadah dan arak itu menyebabkan kerosakan organ, betul? Kedua-dua dadah dan arak itu membawa kepada keruntuhan akhlak, betul? Kedua-dua dadah dan arak itu menyebabkan banyak kerosakan kepada orang awan, betul?

Lantas, mengapa hukuman boleh berbeza? Tidak lain tidak bukan sebab manusia itu memang gemar arak. Sebahagian besar manusia di muka bumi ini tidak boleh hidup tanpa arak. Tetapi mereka boleh hidup tanpa dadah. Lalu setelah menjatuhi hukuman pengedar dadah, mereka boleh balik ke rumah meminum arak kononnya ingin menenangkan fikiran. Itukah sebabnya. Atau sebab industri arak ini mengaut keuntungan bertrillion dolar agaknya? Kalau diharamkan arak itu maka rugilah taukeh arak seluruh dunia, begitu?

Mengapa undang-undang dunia ini terbalik. Arak yang sudah jelas larangannya dalam semua kitab suci manusia dibiarkan bebas, tetapi dadah yang tidak disebut larangannya dijadikan larangan pula. Malah disebut haram pula?

Itu untuk anda semua fikirkan.

Bahan Komoditi Haram?

Photo by omron2003 on Pexels.com

Berbalik kepada ketum dan ganja sebagai komoditi negara. Kita permudahkan begini sajalah.

Seperti jual beli anggur, maka jual beli tembakau, ketum, ganja dan popi sebagai bahan mentah tidak sepatutnya dilarang sebagai KOMODITI NEGARA. Maksudnya, petani boleh tanam dan jual ketum dan ganja. Serupa macam jual jual beli anggur.

Hanya satu sajalah. Sebab memang tabiat manusia suka salah guna dadah, maka pemerintah boleh diadakan lesen jual beli. Juga undang-undang sedia ada dikekalkan iaitu melarang rakyat memilik dan menjual bahan terbitan ketum, ganja dan candu tanpa lesen. Tujuannya supaya tidak berlaku penyalahgunaan dadah. Dengan cara ini, kerajaan boleh pastikan semua bahan terbitan dari bahan mentah tadi hanya sampai kepada pihak yang berkenaan saja, iaitu industri perubatan. Kalau tidak ada dadah semua ini, nak buat ubat macam mana?

Dia begini sajalah. Macam lesen jual beli dan memilki senapang. Itu saja.

Sebab apa nak melarang jual beli bahan mentah ketum dan ganja sebagai komoditi? Benda boleh jana pendapatan negara, awak tak mahu jual sudah kenapa? Negara jiran sudah kaut keuntungan, negara kita sampai kesudah menanggung kerugian.

Jika hendak sangat haramkan komoditi seperti ini sepatutnya larang jugalah import atau eksport anggur. Ya. Sebab kita pun tahukan akhirnya anggur itu boleh diproses jadi arak yang memabukkan? Yang boleh merosakkan rumah tangga orang? Buatlah kempen pula supaya menentang penjualan anggur sebagaimana kita menentang penjualan ketum, ganja dan popi misalnya. Cerdik, bukan?

Kita hanya perlukan slogan MENENTANG PENYALAHGUNAAN ANGGUR.

Kita hanya perlukan slogan MENENTANG PENYALAHGUNAAN KETUM.

Kita hanya perlukan slogan MENENTANG PENYALAHGUNAAN GANJA.

Tembakau, tak mahu kirakah?

Itu saja. Bukan perlu kaji dan kaji dan kaji dan kaji lagi sama ada boleh atau tidak ketum dan ganja itu dijadikan komoditi negara. Barulah kita boleh panggil PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

Dapatlah para petani menjana pendapatan atas usaha halal dengan tanamam halal iaitu ketum dan ganja. Ini tidak. Nak tanam tembakau pun petani masih teragak-agak halal atau tidak sumber pendapatan. Kawan-kawan di Indonesia sudah beroleh pendapatan menanam tembakau, kita di sini tidak mahu tanam sedangkan tanah bumi ini sesuai tanam tembakau. Kawan-kawan di Siam sudah beroleh pendapatan menanam ketum, kita di sini tidak mahu tanam sedangkan tanah bumi ini sesuai tanam ketum. Kawan-kawan di Siam sudah beroleh pendapatan menanam ganja, kita di sini tidak mahu tanam sedangkan tanah bumi ini sesuai tanam ganja.

Benda halal, kenapa memandai nak haramkan?

Fikir-fikirkanlah.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

%d bloggers like this: