Banduan tidak seharus dijemput ke istana, kata Dr Mahathir. Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini dilihat sebagai tidak betul dan tidak molek. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang banduan tidak sepatutnya dijemput ke istana. “Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek. “Ia seolah-olah menunjukkan ada sokongan tertentu daripada istana,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Malaysiakini, 16 Jun 2022

1. BANDUAN itu siapa? Orang yang belum masuk penjara, adakah dipanggil banduan, atau bakal banduan?

2. TIDAK SEHARUSNYA DIJEMPUT ke istana? Kamu siapa? Kamu keturunan dirajakah?

3. Ia TIDAK BETUL dan TIDAK MOLEK? Betul ikut kehendak kamu atau kehendak raja? Molek ikut pandangan kamu atau pandangan raja? Jadi kamu fikir betul dan molek sangatlah tergesa-gesa berbisik pada raja supaya BEBASKAN BANDUAN sebaik kamu berkuasa dulu? Betul sangat? Molek sangatlah tu?

4. Eh! Memandai-mandai pula kata SEOLAH-OLAH ADA SOKONGAN ISTANA? Benda ikut fikiran bebal seperti ini tidak perlu sebutlah. Usah kata apa yang orang tidak kata. Kamu buat spekulasi. Kamu nak kata apa? Nak hasut rakyat jelata supaya lihat seolah-olah istana itu cuba salah guna kuasa? Kita tanya saja. Kita tak kata apa yang kamu tak kata.

Kaki belit. Kuat putar alam. Tidak habis-habis menipu.

Depa ingat marhaen semua ni dungu boleh telan bebal seperti ini?

Cakap ikut sedap mulut. Otak letak kat lututkah?

Eh! Baca ni jangan marah pula. Marhaen ikut saja ajaran politikus bebal yang lancang mulut. Salahkah?

Tuan puan cuba baca pemikiran seorang yang pernah sebut “kalau saya tuhan..” dalam Parlimen. Kita beri pautannya;

Kenapa YB Pekan tak masuk penjara lagi

YB Pekan akan diampunkan? – Bahagian 1

YB Pekan akan diampunkan? – Bahagian 2

No wonder…

Eh! Cakap orang putih pula kita ya. Terpaksalah tuan puan. Nak tunjuk kita tidaklah bebal. Tapi, di bawah ini, cuba tuan puan nilai perangai lagi seorang politikus bebal.

‘Penulis ingin cakap benar kepada Agong’

Baguslah hendak bercakap benar. Itu sifat yang terpuji. Lebih terpuji kalau bercakap benar bahawa tidaklah molek bekas banduan yang sudah dua kali masuk keluar penjara di jemput datang ke istana. Antara sebab masuk penjara kali pertama adalah sebab salah guna kuasa. Orang putih kata corruption. Korupsi kata orang Indonesia. Orang Malaysia akan berkata yang benar saja; RASUAH. Sebab kedua masuk penjara, tidak perlulah kita sebut tuan puan. Malu sampai ke anak cucu nak sebut!

Tuan puan sekalian lihatlah perangai bebal politikus itu sekaliannya.

Apa mereka fikir semua orang yang berkuasa akan lakukan apa yang telah mereka lakukan apabila berkuasa? Ganggu perjalanan sistem kehakiman negara. Begitu?

Apa mereka fikir YDP Agong khilaf dalam membuat jemputan tetamu?

Kamu cakap macam-macam pasal banduan ikut faham bebal kamu itu, kamu sekalian hendak kata apa sebenarnya?

Kamu sekalian lebih cerdik dari YDP Agong?

Itu maksud kamu?

Bebal terpilih

Kita nak tambah sedikit. Ini pula adalah tulisan berkias dari seorang penulis yang gemar membelit kata-kata. Indah susunan bahasanya. Tentu sahaja sebab memang dia seorang yang ternama dan mulia. Tidak seperti beberapa politikus bebal yang kita sebutkan tadi. Tinggi bahasa kiasnya, mudah saja di kenali sasarannya;

Untuk kita selaku orang yang berhati-hati menimbang-nimbang tetamu mana yang boleh dan tidak boleh dibawa ke rumah, melihat orang selamba menjamu dan bermesraan dengan penjahat dan perompak; kita cepat kaget. Kita hairan. Mulut kita terbuka dilanda kejut. Kalau tadi saya membawa maksim Saidina Ali, maka patut kita pertimbang maksim orang Melayu yang memesan jangan sampai membawa orang jahat, pesalah dan penjenayah ke rumah. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Kawan baik jangan dibiar mengada, orang jahat jauhkan sekali. Itu pedoman Melayu. Misalnya, kalau sekadar sekali kita undang perasuah yang sudah disabit salah sebanyak dua kali, ia barangkali kebetulan. Tetapi kalau sampai mengundang penjenayah dua kali ke rumah, mungkin ada keperluan bermuhasabah. Mungkin kita sendiri penjenayah.

Tetamu yang kita undang ke rumah

Nasihat yang sangat baik. Cuma nampak bebalnya yang terpilih.

Tuan puan sekalian. Beginilah. Sudah berapa kali bakal perdana menteri atau yang digelar PM Tepi Forever itu dijemput ke istana? Tuan puan kira sendirilah. Puak-puak bebal ini suka guna bahasa berbelit-belit;

  1. Belum masuk penjara dipanggilnya banduan;
  2. Sudah masuk penjara tidak mahu dipanggilnya bekas banduan, malah diangkat sebagai calon paling sohor menjadi perdana menteri malah diangkat menjadi ketua umum kemudian menjadi presiden parti tersohor;

Kawan tu dah masuk penjara sebab RASUAH. Saya ulang; RASUAH. Kita peduli apa ada atau tidak wang masuk dalam poketnya, faktanya, dia masuk penjara sebab RASUAH.

Sifir Bebal

Jadi begini tuan puan sekalian. Ada seorang tua yang pernah menjadi buaya menangis itu menggelar perasuah itu PENJENAYAH, orang jahat, perompak dan sebagainya. Ikut suka mulut dia la kan.

Kita pun nak ikut suka mulut kita juga. Korang tak nak gelar pesalah dua kali yang sudah masuk penjara itu pun PENJENAYAH, ORANG JAHAT, PEROMPAK dan bermacam ‘pe’ pulakah? Korang nak kata apa?

Nak kata kononnya bakal perdana menteri korang tu dianiaya kononnya. Oh! Jadi korang nak kata sistem perundangan negara tidak adil ya? Ini kita pelik. Kalau dulu tidak adil, kenapa sekarang korang kata adil pulak? Kena batang hidung puak korang, korang kata tidak adil. Kena batang hidung lawan korang, korang kata adil. Kita nak tanya. Kitab undang-undang mana korang pakai?

Tuan puan sekalian jangan salah faham. Bukan niat kita nak membela bakal banduan yang sudah kalah dalam Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu. Nak bela orang bebal buat apa? Biar tinggi ilmu ekonominya kalau tak sedar kena tipu dengan kaki putar belit pun tiada gunanya. Sebab tu orang tua zaman dahulu sudah pesan; jangan bebal.

Bakal banduan itu sudah disabitkan kesalahan, sebab itu kita panggil bakal banduan, bukannya banduan ya tuan puan. Undang-undang pula membenarkan pesalah yang sedang merayu untuk bebas ke sana kemari sementara tunggu rayuan Mahkamah Persekutuan. Kita marhaen jangan ikut bebal macam politikus bebal itu memutar belit perkataan. Punya putar alam macamlah bakal perdana menteri kesayangan mereka itu dulu pun tidak bebas ke sana kemari sementara menunggu rayuan di mahkamah atas kesalahan yang tidak mahu kita sebutkan.

Sifir Mudah

Ini sifir mudahnya tuan puan. Kesalahan pertama itu bakal perdana menteri itu sudah jadi BAKAL BANDUAN, BANDUAN dan BEKAS BANDUAN dan sudah selesai jalani hukuman. Makna kata dia bersalah. Kesalahan kedua itu, bakal perdana menteri itu sudah jadi BAKAL BANDUAN, BANDUAN dan BEKAS BANDUAN dan sudah selesai jalani hukuman kerana sudah diberi pengampunan oleh YDP Agong. Kita nak tanya tuan puan sekalian. Orang yang diberi ampun itu pastinya orang yang bersalah, bukan? Kalau tidak salah, nak bagi ampun dah kenapa? Itu sifir mudahnya. Jangan jadi bebal susah sangat nak faham benda yang mudah.

Kita kata bebal sebab kena puak sendiri maka para politikus bebal ini semua bermatian turun di jalanan kata salah guna proses mahkamah. Bila kena kat musuh mereka yang bebal juga seperti mereka tidak pula mereka kata ini salah guna proses mahkamah. Sebab itu kita kata tadi bebal terpilih.

Beginilah ya tuan puan sekalian. Tuan puan hendak pilih bersama politikus bebal ya silakan. Tuan puan hendak jadi bebal juga ya silakan. Cuma kita nak katalah. Benda boleh tak jadi bebal, kenapa nak bebal juga?

Fikir-fikirkanlah.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • GAGAL FAHAM: Akal Mana? Cakap Tak Serupa Bikin? +SANGfikir
    Reply

    […] dia sudi biarkan diri dia diperbodohkan dalam beragama sebagaimana dia itu sudi diperbodohkan oleh para politikus yang kerjanya siang malam hendak pastikan rakyat bodoh; senang sikit ‘tikus-tikus’ itu hendak cari makan. Faham kiasan kita ini? Atau, GAGAL […]

  • PRU15: Keputusan dan Analisa Pilihanraya Umum Ke-15
    Reply

    […] move’, senang nak bagi fahamlah ya tuan puan. Kuat bagi nasihat kepada Agong, sebagaimana mahaguru mereka juga nasihat kepada Agong tidak lama dulu. Cerdik sangat mereka ini semua seolah-olah Agong kita tidak cerdas akalnya. Janganlah hendak […]

Leave a Reply

Discover more from +SANGfikir

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading