Surat ini adalah dari seorang yang terlebih pandai tentang Islam. Ia menjadi berita hangat tentang betapa pandainya orang itu mentafsir haya’.

Niatnya sangat baik. Sebelum ini dia juga pernah buat surat terbuka yang disiarkan secara meluas semasa kempen PRN Johor.

Ya. Niatnya nampak baik. Baik sangat sampai nampak kuman di seberang laut, gajah depan mata tak nampak. Sebab, kalau nampak, dah lama dah negara ini bebas rasuah!

Ya. Baguslah pandai tahu malu. Kita pun tak nafi malu itu baik. Bukan hanya untuk kesihatan, malah baik untuk negara. Cuma nak tanyalah sedikit. Anda tidak berasa malukah tidak faham lagi maksud “Malu Apa Bossku” itu? Kalau tidak faham nanti kita bagi faham.

Sebelum itu, kita tambah lagi pertanyaan cepumas di bawah;

  1. Kenapa anda memandai kait hal politik dengan prinsip Islam?
  2. Adakah anda boleh terima kalau kita orang Islam mula petik prinsip agama anda lalu jadikan bahan politik semata-mata sebab kita benci sekutu seagama anda?
  3. Tahu malukah anda jika kami petik prinsip agama yang jelas terkandung dalam kitab suci anda lalu memberi tahu bahawa anda secara terangan melanggar peraturan agama anda sendiri?

Awak baca kitab suci agama awak?

Awak faham larangan agama awak?

Awak ikut agama awak?

Kita tanya saja. Tidak perlu jawab.

Hendak membenteras rasuah, silakan. Hendak pupuk sifat malu yang terpuji silakan. Kami semua marhaen tidak kira bangsa dan agama bersama-sama anda dalam perjuangan ini.

Hanya satu. Jangan petik sembarangan perkataan haya’ yang kena dengan nafsu kebencian tidak berpada anda itu dengan agama Islam di luar konteks.

Di luar konteks. Ya, luar konteks.

Sebab itu kita tanya tadi, anda faham atau tidak singkapan maksud “Malu Apa Bossku?”. Itu bahasa slanga. Kalau tak faham juga, sila belajar budaya bahasa budak-budak muda tempatan. Jangan ambil satu perkataan, lalu awak faham ke laut, nak ajar orang masuk ke laut juga.

Faham sudah?

Kita kasi tambah cili taruk. Benda politik, urus secara politik.

Anda ada dua masalah. Pertama, anda tidak faham bahasa lalu meyingkap maksud perkataan di luar konteks ungkapan. Kedua, berlagak pandai arif tentang hukum agama orang lain.

Berani anda buat kenyataan “…sesiapa yang menyertai kempen “Malu Apa”, peribadi mereka sangat dipersoalkan dan statusnya sebagai seorang Muslim yang taat diragui.” ?

Anda siapa?

Sejak bila Tuhan melantik anda sebagai hakim menentukan peribadi dan status ketaatan agama orang lain?

Apa yang anda fikirkan?

Adakah anda seorang saja di negara ini membenci rasuah?

Mengapa anda memetik persoalan status agama orang Islam berhubung rasuah?

Adakah semua orang Islam di negara ini suka terima rasuah?

Mengapa anda tidak mahu buat persoalan status agama orang bukan Islam terhadap prinsip agama mereka terkait perkara rasuah?

Adakah semua orang bukan Islam di negara ini tidak suap dan terima rasuah?

Anda mahu soalan diteruskan sehingga hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam menjadi buruk?

Anda silap besar. Isu rasuah adalah isu sejagat. Ia adalah duri dalam daging yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat negara ini, biar apa pun agama mereka. Lain kali, jaga ‘surat’ anda. Faham?

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • ISLAM Sebenar, Pandangan dan Perspektif Islam? – +SANGfikir
    Reply

    […] Kita agak pelik juga bagaimana seorang bukan Islam boleh tahu ‘Islam sebenar’, terutama kalau kita tahu juga dia bukanlah dalam kalangan orang yang mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab sucinya sendiri. Kita juga kurang pasti kalau dia ada membaca kitab sucinya sendiri. Kita juga kurang pasti kalau dia tergolong dalam kalangan terlajak pandai tentang Islam. […]

Leave a Reply

Discover more from +SANGfikir

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading