Pernahkah anda dengar ungkapan seumpama di bawah ini?

Apa itu takdir [TAQDIR]?

Sebenarnya bab takdir ni mudah saja. Kita beriman dengan Qada’ dan Qadar. Kita beriman bahawa semua ketentuan dan ketetapan adalah urusan Allah. Meskipun begitu, dalam masa yang sama kita berusaha semampu yang boleh dalam urusan dan pilihan yang kita boleh buat. Sebagai contoh; Si Polan itu berusaha belajar sungguh-sungguh ingin menjadi DOKTOR, tetapi Allah mahu sebaliknya, maka ditakdirkan jadilah dia seorang PENULIS…

Adakah semudah itu jawapannya?

Nampak macam begitulah. Pertama kita BERIMAN. Kedua kita BERUSAHA. Ketiga kita BERTAWAKKAL. Mudah kan begitu?

SEBENARNYA, memahami takdir tidak semudah itu. Mari kita memulai perbincangan ini dengan menulis semula dahulu perkataan ‘takdir’ itu dengan ejaan mengikut sebutan asalnya, iaitu ‘takdir’, ditulis sebagai TAQDIR.

Hal ini kerana TAQDIR itu adalah hasil dari QADAR & QADA’. Perkara ini akan saya ulas lanjut kemudian. Mari kita tanyakan sekali lagi?

Apa itu TAQDIR?

1. Tanyakan berulangkali kepada 10 orang guru, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan AGAK SERUPA TAPI BERBEZA KEFAHAMANNYA;
2. Tanyakan berulangkali kepada 10 orang awam, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan AGAK SERUPA TAPI BERBEZA KEFAHAMANNYA;

Maksud saya begini, dengan kefahaman umum TAQDIR, mari lihat persoalan berikut berkaitan TAQDIR, QADAR & QADA’;

1. AJAL manusia’

2. JODOH manusia

3. REZEKI manusia

4. Jika Tuhan tahu seseorang itu AHLI SYURGA, mengapa orang itu mesti buat baik lagi?

5. Jika Tuhan tahu seseorang itu AHLI NERAKA mengapa orang itu mesti buat baik lagi?

6. Jika Tuhan tetapkan seseorang itu hidupnya papa kedana, apa tujuan dia berusaha dalam hidupnya?

7. Bukankah manusia itu  diberi pilih jalan SYURGA atau NERAKA, kalau Tuhan tahu dia ahli neraka, buat apa dia nak pilih pula?

Semua persoalan berkaitan TAQDIR, QADAR & QADA’ itu, secara umumnya akan merujuk kepada jawapan hampir serupa seperti ini;

Pertama kita BERIMAN…

Kedua kita BERUSAHA…

Ketiga kita BERTAWAKKAL…

Selepas itu kita terimalah kepada TAQDIR Allah. Itulah NASIB kita. Maka kita REDA sahaja dengan ketentuanNya.

REDA atau redha atau redho? Jadi untuk tulisan selanjutnya, saya akan pilih ejaan REDHO sebagaimana biasa kita menyebutnya ikut sebutan bahasa asalnya.

Mari kita teliti sejauh mana manusia REDHO dengan NASIBnya, berdasarkan kefahaman mereka berkenaan TAQDIR, QADAR & QADA’ dalam menghadapi ujian kehidupan….

Lagu Takdir Tercipta dengan bait puisi dan lirik yang indah. Begitulah lumrah manusia kita berharap mendapat taqdir yang indah jua. Maka kita akan dikira bernasib baik.

Bagaimana pula dengan NASIB BURUK? NASIB KURANG BAIK? NASIB TIDAK SELARAS KEHENDAK manusia? Mari lihat beberapa skrip drama kehidupan dan cuba tadbir maksud REDHO di kalangan awam; REDHO atau TIDAK?

AJAL

Kalau ajal dan UMUR kita dah ditetapkan, mengapa perlu DOA UMUR PANJANG?
Ustaz kata, semua dah tertulis di Lauhil Mahfudz.. apa tujuan doa itu? Macam tak REDHO je kalau ditakdirkan umur pendek?

AJAL

Sabarlah kak… semua ini takdir Allah… REDHO ya kak… 《 Ya, REDHO la ko cakap! Bukan laki ko, sedap la mulut kata takdir! Cuba laki ko yang mampus, agak2 ko REDHO ke?

JODOH

Kalau dah takde jodoh, tak payahla kawin..
Saya bukan tak nak kawin ayah, tapi JODOH BELUM SAMPAI…
Nak paksa kitter kawin ni dah nape, tunggu je la JODOH, tak paham QADA’ & QADAR ke?
Dah takde jodoh kawin amoi, kawin je la ngan minnasalle…. dah tu jodoh aku.. aku REDHO je la..

JODOH

Kena ingat bang… REZEKI, JODOH, AJAL, MAUT itu Tuhan yg menentukan… Takdir semua ni… kita kena REDHO bang… 《 Terima kasih la Jah.. sebab tu abang REDHO ni.. jadi Jah pun REDHO ya hidup sekali ngan madu Jah ni… ni abang kenalkan… Pah namanya… Jah REDHO ya Jah… jodoh semua ni, Tuhan tentukan…. 》 oooo… bab kawin lain kata takdir la ya … kenapa tak ditakdirkan awak tu kawin JANDA BERANAK 10 ke, biar terbarai awak jaga pasukan bolasepak tu… kenapa takdir awak tu mesti kawin ANAK DARA COMEL dari saya!

JODOH

Nak share dgn kwn2, smlm dpt 1 ilmu dlm kuliah Qawaid Fiqh online. Kalau yg lelaki niat nak poligami tp tak dpt buat, sbb tak mampu, dpt pahala dah. So yg isteri pulak, saya bgtau wife, suruh dia niat izinkn saya poligami, tp mmg saya tak buat la sbb tak mampu, dia pun dpt pahala..  《 LAWAK LAWAK JUGA… tapi lawak madu tiga P. Ramlee ni.. Ustazah pun belum tentu boleh hadap taw kalau laki dia kawin lain..

REZEKI

Sabarlah yang… dah Allah tentukan gaji banyak ni, REDHO je la… syukurlah kita ni makan pakai jukup lagi…《 Sabarlah bang… dah rezeki saya Dato’ kat office tu bagi saya kalung diamond 100K, abang REDHO je ya… ingat bang, JANGAN DENGKI ORANG KAYA, NANTI ATOK MARAH

REZEKI

Rileks la bro… Dah REJEKI DIA KAYA, jangan nak dengki… ko kena ingat.. JANGAN DENGKI ORANG KAYA, NANTI ATOK MARAH《 Ya la… ko senang cakap! Kitaorang sama2 carik projek taw.. AKU PUNYA IDEA WORKING PAPER semua bagai….dia SAILANG tengah jalan… Saborrr ko cakap! Tak kena batang idung ko senangla cakap takdir… cer kena kat ko?

Saudara saudari sekalian. Apakah maksud semua perbualan tadi?

Ringkasnya begini; Bercakap berkenaan REDHO di kalangan awam memang mudah. Maklumlah lidah tidak bertulang. 

Mulut kata REDHO walhal hatinya kata TIDAK. Mulut kata faham TAQDIR, QADAR & QADA’ tetapi apabila menghadapi ujian kehidupan, hatinya, QALBUnya masih belum faham hakikat TAQDIR, QADAR & QADA’. Hatinya hanya berbunga apabila memperoleh NASIB BAIK.

Hatinya akan membungkam jika memperoleh NASIB BURUK atau NASIB KURANG BAIK atau NASIB TIDAK SELARAS KEHENDAK dirinya.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • TAQDIR, Qadar dan Qada’ – +SANGfikir

    […] Adakah ianya semudah mengetahui bahawa segalanya TERTULIS? TERTULISnya takdir seseorang itu, adakah ianya SUDAH TERTULIS, BELUM TERTULIS, AKAN TERTULIS? Bagaimana kita harus memahami maksud TERTULIS itu. Semudah itukah TERTULISnya takdir seseorang? […]

  • TAQDIR: Kehendak dan Ketentuan – Allah Tidak Zalimi HambaNya

    […] REDHO? Faham Tapi Masih Tak Faham […]

%d bloggers like this: