Dipersilakan tuan puan menonton diskusi ilmiah antara Ustaz Engku Ahmad Fadzil & Dr Muhamad Rozaimi. Kena tonton dua jam dari mula sampai akhir. Sebab isu bid’ah ini boleh membuat ramai orang kecil hati. Sakit hati pun ada. Sampai teruk sekali ada yang kata memecah belahkan masyarakat. Tonton dulu;

Sesat atau tidak itu, kita tak berani nak ulaslah tuan puan. Al-Quran sudah ada. Sunnah terkandung dalam hadith sahih pun sudah ada. Kalau tuan puan sekalian mahu ambil pendapat Ustaz Engku Ahmad Fadzil ya silakan. Kalau tuan puan sekalian mahu ambil pendapat Dr Muhamad Rozaimi ya silakan. Kalau hendak ambil jalan tengah ya silakan. Kalau hendak ambil jalan keluar ya silakan.

Cuma kita nak pesan.

Jangan Taksub Ustaz!

Ustaz kerja dia menyampaikan ilmu yang dia tahu. Itu tanggungjawab ustaz. Sebab mereka ada kelayakan. Ada tauliah pula nak mengajar. Sebelum tuan puan ambil bulat-bulat semua ilmu yang disampaikan, renungilah satu perkara ini;

Siapa yang dapat menjamin tuan puan sekalian jika ilmu yang tuan puan ambil itu ilmu yang benar di sisi Allah?

Siapa yang dapat menjamin tuan puan sekalian jika ilmu yang tuan puan ambil itu rupa-rupanya ilmu yang salah di sisi Allah?

Siapakah dari kalangan Ustaz atau Ulama yang boleh memberi jaminan?

Tuan puan boleh dapatkan sijil pengesahan atau tidak? Jika dapat sekalipun, bagaimana tuan puan tahu sijil itu laku atau tidak di sisi Allah?

Bolehkah tuan puan menjawab depan Allah di Padang Mahsyar nanti jika sekiranya ilmu yang tuan puan ambil itu salah?

Jika salah, tuan puan hendak salahkah ustaz atau gurukah?

Alasan tuan puan itu akan diterimakah jika semasa hidup di dunia ini tuan puan sekalian malas membaca dan memahami Al-Quran, malas ambil tahu pasal hadith, dan yang paling teruk sekali malas berfikir?

Photo by Catherine Sheila on Pexels.com

Perumpamaan Perbuatan Sia-sia

Dia begini ya tuan puan sekalian. Manusia memang begitulah perangai. Perkara mudah dibuatnya susah. Perkara kena buat, dia tak mahu buat.

Perkara tak suruh buat, rajin pula dia buat.

Kita nak bawa pemikiran tuan puan beginilah dalam kehidupan seharian. Ambil contoh saja. Tuan puan sekalian bekerja, berniaga dan berusaha pagi petang siang malam, ada tuan puan fikirkan tentang ini?

Katalah tuan puan bekerja dengan seorang majikan yang kaya raya. Tuan puan pun tak pernah jumpa. Cuma tahu nama syarikat dan tempat bekerja saja. Majikan, melalui penyelia suruh buat kerja A. Dia sudah jelaskan apa faedah buat. Apa hukuman kalau tak buat. Tuan puan pun angguklah kepala. Lepas tu tuan puan buatlah kerja A itu. Kemudian tuan puan tokok tambah pula +, dan + dan + kepad kerja A itu dengan harapan dapat gaji lebih, dengan harapan dapat pujian melangit. Masalahnya, tuan puan tak tahu pun majikan itu suka atau tidak dengan +, dan + dan + itu. Sebab, jumpa pun tak pernah. Tuan puan cuma kuli sahaja dapat arahan melalui penyelia. Penyelia pula tak pernah suruh tuan puan supaya tambah +, dan + dan + itu. Cuba tuan puan fikirkan.

Ada faedahkah tuan puan tambah +, dan + dan + itu jadi A+++?

Tuan puan yakinkah penyelia tuan akan gembira dengan A+++ itu?

Tuan puan yakinkah majikan tuan puan itu akan menghargai kerja A+++ itu?

Kita sangka lain, dapat benda lain!

Bagaimana pula jika penyelia tuan puan itu marah sebab dia suruh buat benda lain, tuan puan memandai tambah hendak tunjuk hebat? Nak ambil jawatan diakah? Nak suruh majikan nampak penyelia itu bodohkah?

Bagaimana pula jika majikan yang tuan puan hanya tahu namanya tetapi tidak pernah berjumpa itu campakkan saja kerja A+++ itu? Majikan suruh buat A sahaja. Supaya tuan puan ada masa untuk perkara lain. Supaya ada cukup masa buat kerja B, C, D, E, F, G,…..Z dengan berkualiti sebagaimana suruhan majikan. Supaya ada ada masa cukup luangkan masa dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah untuk diri tuan puan selain kerja-kerja yang diberikan.

Photo by Steve Johnson on Pexels.com

Jadi, kita nak tanya soalan tambahan kepada tuan puan sekalian;

Apa faedah tuan puan buat kerja A+++ itu jika tuan puan tidak tahu secara pasti bahawa penyelia tuan akan menerimanya?

Apa faedah tuan puan buat kerja A+++ itu jika tuan puan tidak tahu secara pasti bahawa majikan tuan akan menerimanya?

Tuan puan hanya menyangka saja majikan akan gembira menerimanya. Hanya menduga-duga. Tidak pernah mahu semak SOP. Tidak pernah mahu semak JD. Hanya mendengar-dengar saja. Itu pun agak-agak saja. Tidak pasti pun, hanya berharap saja, sedangkan perkara yang jelas telah diberitahu. Masih pilih perkara yang samar-samar. Tiada pengesahan.

Apa faedah perbuatan tuan puan yang sedemikian itu?

Fikir-fikirkanlah ya tuan puan.

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • MAULIDUR RASUL: Sendiri Buat Sendiri Tanggung – +SANGfikir

    […] puak-puak yang berlebihan melampau dalam beraqidah dan mengada-adakan perkara baru dalam ibadat. Bid’ah hasanah […]

%d bloggers like this: