Mari membaca pelbagai manhaj kitab agama, kitab kuning, kitab arab, jawi, rumi, terjemahan Melayu dan English.

AL-QURAN dan terjemahan Melayu: Sila maklum bahawa terjemahan bahasa Melayu tidak semestinya tepat dengan maksud asal yang terkandung dalam Al-Quran yang berbahasa Arab. Bagaimanapun ia adalah memadai bagi orang awam untuk sekurang-kurangnya mengetahui maksud yang terkandung di dalam Al-Quran.

PAUTAN KE LAMAN AL-QURAN

Tuan puan sekalian boleh ke pautan di bawah ini untuk membuat semakan dari pelbagai sumber. Sekali lagi diingatkan, sebarang terjemahan atau tafsir tidak semestinya tepat dengan maksud asal. Berserah diri dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dengan rahmat Allah jualah dan keizinan daripada-Nya jualah kita akan mendapat kefahaman. Mudah-mudahan kita semua beroleh petunjuk dari-Nya.

TAZKIRAH MUAT TURUN KITAB

Koleksi buku-buku di bawah ini boleh dimuat turun. Ia adalah sebagai rujukan pengetahuan sahaja, bukan untuk dijual. Sila maklum bahawa kecuali Al-Quran, semua کتاب | BOOK | buku adalah karangan manusia yang tidak lepas dari kesilapan.

Kitab Terjemahan dan Himpunan Pelbagai Manhaj

Tiada jaminan buku-buku terjemahan adalah tepat sebagaimana maksud asal kitab dalam bahasa asal, sama ada Arab, Inggeris dan sebagainya.

Tiada jaminan buku-buku ini adalah benar sepenuhnya sebagaimana tiada jaminan pula buku-buku ini salah sepenuhnya. Tiada jaminan juga semuanya adalah salinan asal atau naskah salah cetak dan sebagainya. Tiada jaminan juga kitab yang dikongsikan ini bebas dari hadith dhaif dan palsu. Sila semak dengan pakar hadith apabila berurusan dengan perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW.

Tiada jaminan semua kitab diluluskan oleh jabatan agama negeri. Ada kebarangkalian juga terdapat kitab yang telah difatwakan haram. Bukan untuk diambil ilmunya, tetapi untuk dinilai dan dijadikan sempadan. Jangan ikut.

Sila buat semakan sendiri

Jika tidak sanggup, sila teruskan kehidupan sebagai orang awam yang bergantung hidup kepada guru sepanjang hidup. Jika itu yang pilihan tuan puan, barangkali perlu masa puluhan tahun untuk menelaah kesemua maklumat. Maklumlah, jika guru memberi syarahan, terkadang satu mukasurat saja sudah 2 jam. Atau tuan puan boleh baca sendiri dan jika ada kemusykilan bolehlah bertanya kepada ustaz yang lebih arif. Itu terpulanglah kepada diri sendiri.

Cara membuat pilihan

Elok tanyakan kepada diri sendiri. Perihal dunia, memadai kita belajar berguru pada awalnya, kemudian pandai pula kita membawa diri membuat keputusan dalam hidup. Pandai cari duit. Pandai kejar pangkat dan sebagainya. Pandai untuk kita mencerdikkan diri. Urusan dunia. Memang kita cerdik. Memang akal kita panjang. Memang tahu kita cari ilmu berniaga. Ilmu menjadi kaya raya. Ini dunia tuan puan. Hidup tak sampai suku hari pun umur kita ini kalau hendak dibanding nilai masa di sisi Allah.

Mengapa kita berusaha bersungguh-sungguh untuk cerdik ‘tidak sampai beberapa jam hidup di dunia ini’ tetapi memilih untuk tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama supaya dapat kita beramal dengan jalan yang benar sebagai persiapan hidup di akhirat yang kekal abadi?

Perihal akhirat, tidak memadaikah bagi kita berguru pada awalnya. Lantas mahu berterusan hidup bergantung kepada guru selama-lamanya? Perlukah kita malas belajar hingga setiap perkara hendak tanya guru mana yang benar atau salahnya? Jika kita risau tersalah jalan baca kitab, adakah jaminan guru yang kita ikut itu tidak tersalah jalan? Baca kitab sesat, berguru pun sesat? Urusan akhirat, yang kekal abadi, kita tidak mahu mencerdikkan diri sendiri?

Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Bandingkan epal dengan epal, bukan dengan oren

Begini tuan puan. Ada orang kata kita awam ini serah saja urusan agama kepada yang pakar. Tuan puan hendak ambil ini silakan. Apa katanya?

Setiap urusan ada pakarnya. Awak sakit jumpa doktor, bukan sendiri jadi doktor sampai mabuk ubat. Kereta rosak jumpa mekanik, bukan baiki sendiri kereta sampai barai. Naik kapal terbang serah kepada pilot untuk pandu, bukan bawa sendiri kapal terbang macam bawa kereta! Ini adalah bandingan epal dengan oren. Tuan puan hendak terima perumpamaan seperti ini ya dipersilakan.

Tuan puan sekalian. Hendak buat perbandingan biarlah yang seiras dengannya. Bandingkanlah epal dengan epal.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Begini sajalah. Kita nak bagi mudah faham.

Tuan puan sokong parti mana dalam hal politik negara? Sokong parti penipu atau sokong parti pelahap khazanah negara? Tuan puan mengundi atau tidak? Tuan puan jadi ahli parti atau tidak? Tuan puan jadi penyokong atau tidak?

Kita nak tanya sedikit lagi.

Tuan puan dulu belajar ilmu politikkah semasa di sekolah? Ada baca buku silibus politikkah? Ada berguru perihal politikkah? Macam mana tuan puan tahu parti politik pilihan tuan puan itu berada di jalan yang benar? Macam mana tuan puan tahu presiden parti politik tuan puan itu bukan kaki belit? Bukan kaki tipu bini dan anak beranak? Bukan kaki kelentong rakyat marhaen?

Ada atau tidak tuan puan sentiasa bertanya kepada guru untuk buat keputusan politik?

Bagaimana mungkin kita boleh cerdik sendiri dalam berpolitik? Bagaimana mungkin boleh pula kita tidak mahu cerdik-cerdik juga dalam beragama? Mana lebih penting? Politik atau agama? Kalau kita boleh cerdik dalam berpolitik, tetapi membiarkan kita tidak cerdik dalam beragama, jadi apa maksudnya secara jujur ya tuan puan? Adakah kita nak kata politik itu lebih utama dari agama? Fikir-fikirkanlah.

Begitulah kalau nak buat perbandingan ya tuan puan. Cara beragama ini layaknya dibanding dengan cara kita berpolitik. Itu lebih tepat banding epal dengan epal, bukan epal dengan oren.

Maksudnya begini. Kalau dalam hal politik, kita boleh saja mencerna akal untuk memilih mana satu hendak dipilih, mengapa dalam hal agama nampaknya sukar benar kita hendak mencerna akal mana satu lebih tepat untuk dipilih? Jika dalam politik kita tidak pernah tanya guru mana satu yang benar, mengapa dalam urusan agama tidak lekang kita hendak bertanya setiap perkara apa yang salah dan apa yang benar? Seolah-olah kita tidak pernah belajar agama? Tidaklah pula kita kata hendak memandai buat hukum sendiri. Bukan begitu. Kita hanya perlu mendengar pendapat 2 atau 3 orang ustaz yang berbeza dan dalil mereka, kemudian kita buat semakan sebelum membuat keputusan. Perlukah kita hendak tanya ustaz no. 4, 5, 6, 7 dan seterusnya? Kalau ada 7 jawapan, kita hendak pilih yang mana?

Tuan puan setuju atau tidak perbandingan agama dengan politik ini terpulanglah. Tapi kalau tuan puan tengok karenah dan perangai golongan agamawan di kebanyakan ‘negara Islam’, memang agama itu sudah dijadikan macam politik. Hal ini akan kita ulas pada bahagian lain. Cuma, buat masa ini, tuan puan fikir-fikirkanlah sendiri dengan akal yang sempurna.

Tujuan perkongsian kitab

Perkongsian ini supaya tuan puan ada rujukan apabila ustaz menukilkan kalam yang disandarkan kepada kitab karangan ulama terdahulu atau karangan semasa, mana yang berkenaan. Ini lebih baik daripada kita menelan bulat-bulat setiap perkataan. Ini tidaklah bermaksud hendak kata kita lebih pandai daripada guru. Adab mencari ilmu; bukankah lebih baik ada rujukan supaya kita dapat memahami lebih mendalam sesuatu perkara yang menjadi bahas perbicaraan?

Jadilah orang awam yang cerdik

Tuan puan sekalian. Kita semua ini orang awam. Memang lumrah orang awam ini, perlu bergantung kepada para ulama, ustaz dan guru untuk memahami agama. Sebab asalnya kita tidak tahu apa-apa. Kita jahil. Kita bodoh. Jangan nafi perkara ini. Jangan oleh kerana sudah ada ribuan kitab, kita merasa diri sudah terlajak pandai. Kitab adalah sumber ilmu. Berguru juga adalah kaedah memahami ilmu.

Juga usahlah mengira-kira kita sebagai awam ini harus membodohkan diri selamanya. Sejak bangku sekolah hingga beranak cucu, ilmu agama kita itulah juga tahapnya? Kita patut mengeluarkan diri dari hidup dalam kebodohan dalam beragama. Usah jadi bebal. Agama itu untuk membuat manusia jadi pandai berakal. Bukan untuk menjadikan kita khayal dalam kebodohan tidak bertepi.

Kasi Sentap Sikit

Kita kongsikan video Ustaz Noor Derus ini supaya kasi sentap sedikit. Jangan lihat bahasa kasarnya. Lihat apa yang hendak disampaikan kepada umat yang hanyut kepada perkara khurafat dan tiada asal dalam agama. Dengarlah pesan ustaz supaya orang awam berulang baca dan memahami Al-Quran. Dengar dari mula sampai habis. Ustaz siap belanja 3 lagu lagi. Rugi tak tonton.

Teruskan istiqamah hadiri kuliah para ustaz. Hadiri di masjid dan surau atau boleh hadiri secara talian. Dengarlah dari para ilmuan dan ustaz dari pelbagai manhaj. Usah taksub kepada seseorang guru saja. Luaskan pengetahuan. Teruskan istiqamah hadiri majlis ilmu. Teruskan istiqamah menelaah buku. Tidak faham tanya diri dahulu. Tidak faham juga, bertanya atau bermuzakarah dengan guru. Mohonlah kepada Allah supaya kita diberi faham ilmu yang baik dan diredhai oleh-Nya.

Hidup ini kena berfikir waras. Jangan ikut hawa nafsu.

Turas ilmu dengan Al-Quran

Tuan puan hendaklah menapis apa jua maklumat yang dikongsikan dalam ruangan کتاب | BOOK | buku dengan AKAL YANG SIHAT. Jadikan Al-Quran sebagai pegangan dan neraca ilmu agar hidup kita ini tergolong dalam kalangan Ulul Albab.

Maka selesailah tazkirah atau peringatan ringkas. Jika tuan puan sudah bersedia, bolehlah ke pautan yang berkenaan di bawah ini untuk menelaah کتاب | BOOK | buku dengan akal yang sihat.

Mudah-mudahan ada manfaat.

Photo by Abdulmeilk Aldawsari on Pexels.com
  1. 40 Doa Rabbana
  2. Koleksi Doa & Zikir
  3. Zikir Selepas Solat Fardhu

ILMU AL-QURAN & TAFSIR

  1. Tarjamatu Ma’anil Quranul Karim (RUMI)
  2. Asbabun Nuzul Imam_As-Suyuthi (ARAB)
  3. Asbabun Nuzul Imam_As-Suyuthi (Terjemahan)
  4. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (1)
  5. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (2)
  6. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (3)
  7. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (4)
  8. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (5)
  9. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (6)
  10. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (7)
  11. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (8)
  12. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (9)
  13. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka (10)
  14. Tafsir Fi Zilalil Quran Sayyid Qutb (ARAB)
  15. Tafsir Fi Zilalil Quran Sayyid Qutb (ENGLISH)
  16. Tafsir Fi Zilalil Quran Sayyid Qutb (RUMI)
  17. Tafsir Ibnu Katsir Vol.1-10 (ENGLISH)
  18. Tafsir Ibnu Katsir 1
  19. Tafsir Ibnu Katsir 2
  20. Tafsir Ibnu Katsir 3
  21. Tafsir Ibnu Katsir 4
  22. Tafsir Ibnu Katsir 5
  23. Tafsir Ibnu Katsir 6
  24. Tafsir Ibnu Katsir 7
  25. Tafsir Ibnu Katsir 8
  26. Tafsir At Thabari 1 (ARAB) Muassasah Risalah
  27. Tafsir At Thabari 2 (ARAB) Muassasah Risalah
  28. Tafsir At Thabari 3 (ARAB) Muassasah Risalah
  29. Tafsir At Thabari 4 (ARAB) Muassasah Risalah
  30. Tafsir At Thabari 5 (ARAB) Muassasah Risalah
  31. Tafsir At Thabari 6 (ARAB) Muassasah Risalah
  32. Tafsir At Thabari 7 (ARAB) Muassasah Risalah
  33. Tafsir AtThabari 1a (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  34. Tafsir AtThabari 1b (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  35. Tafsir AtThabari 2 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  36. Tafsir AtThabari 3 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  37. Tafsir AtThabari 4 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  38. Tafsir AtThabari 5 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  39. Tafsir AtThabari 6 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  40. Tafsir AtThabari 7 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  41. Tafsir AtThabari 8 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  42. Tafsir AtThabari 9 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  43. Tafsir AtThabari 10 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  44. Tafsir AtThabari 11 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  45. Tafsir AtThabari 12 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  46. Tafsir AtThabari 13 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  47. Tafsir AtThabari 14 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  48. Tafsir AtThabari 15 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  49. Tafsir AtThabari 16 (ARAB) Muktabah Ibn Taimiyah
  50. Tafsir AtThabari 1 (RUMI)
  51. Tafsir AtThabari 2 (RUMI)
  52. Tafsir AtThabari 3 (RUMI)
  53. Tafsir AtThabari 4 (RUMI)
  54. Tafsir AtThabari 5 (RUMI)
  55. Tafsir AtThabari 6 (RUMI)
  56. Tafsir AtThabari 7 (RUMI)
  57. Tafsir AtThabari 8 (RUMI)
  58. Tafsir AtThabari 9 (RUMI)
  59. Tafsir AtThabari 10 (RUMI)
  60. Tafsir AtThabari 11 (RUMI)
  61. Tafsir AtThabari 12 (RUMI)
  62. Tafsir AtThabari 13 (RUMI)
  63. Tafsir AtThabari 14 (RUMI)
  64. Tafsir AtThabari 15 (RUMI)
  65. Tafsir AtThabari 16 (RUMI)
  66. Tafsir AtThabari 17 (RUMI)
  67. Tafsir AtThabari 18 (RUMI)
  68. Tafsir AtThabari 19 (RUMI)
  69. Tafsir AtThabari 20 (RUMI)
  70. Tafsir AtThabari 21 (RUMI)
  71. Tafsir AtThabari 22 (RUMI)
  72. Tafsir AtThabari 23 (RUMI)
  73. Tafsir AtThabari 24 (RUMI)
  74. Tafsir AtThabari 25 (RUMI)
  75. Tafsir AtThabari 26 (RUMI)
  76. Tafsir Jalalain (Aps)
  77. Tafsir Juzuk Amma (JAWI)
Photo by Omar Elsharawy on Pexels.com

ILMU HADITH

  1. Ilmu Hadits Praktis (Mustalhal Hadith)
  2. Bulughul Amali Min Mushthalah Hadith Warrijal (ARAB)
  3. Studies In Early Hadith Literature
  4. Ilmu Jarh wa Ta’dil (ARAB)
  5. Manhaj Naqd al_Matn (ARAB)
  6. Qawaid Usul Hadis (ARAB)
  7. Ithaful Muslim Bima Waroda Fi Targhib Wa Tarhib(ARAB)
  8. Al-Muwatta Imam Malik (ENGLISH)
  9. Al-Muwatta Imam Malik (ENGLISH) Moroccon Edition
  10. Hadith Empat Puluh (JAWI)
  11. Kitab Arbain Nawawi (RUMI)
  12. Kitab Arbain Nawawi (ENGLISH)
  13. Kitab Arbain Nawawi (ARAB)
  14. Kitab AlFathul Mubin Bisyarhil Arbain (ARAB)
  15. Kitab Al-Ta’yin Syarah Arbain Nawawi 1 (ARAB)
  16. Kitab Al-Ta’yin Syarah Arbain Nawawi 2 (ARAB)
  17. The Translation Of The Meanings Of Summarized Sahih al-Bukhari
  18. Sahih Bukhari 1 (ARAB-EN)
  19. Sahih Bukhari 2 (ARAB-EN)
  20. Sahih Bukhari 3 (ARAB-EN)
  21. Sahih Bukhari 4 (ARAB-EN)
  22. Sahih Bukhari 5 (ARAB-EN)
  23. Sahih Bukhari 6 (ARAB-EN)
  24. Sahih Bukhari 7 (ARAB-EN)
  25. Sahih Bukhari 8 (ARAB-EN)
  26. Sahih Bukhari 9 (ARAB-EN)
  27. Kitab Fathul Baari 1A (ARAB)
  28. Kitab Fathul Baari 1B (ARAB)
  29. Kitab Fathul Baari 2 (ARAB)
  30. Kitab Fathul Baari 3 (ARAB)
  31. Kitab Fathul Baari 4 (ARAB)
  32. Kitab Fathul Baari 5 (ARAB)
  33. Kitab Fathul Baari 6 (ARAB)
  34. Kitab Fathul Baari 7 (ARAB)
  35. Kitab Fathul Baari 8 (ARAB)
  36. Kitab Fathul Baari 9 (ARAB)
  37. Kitab Fathul Baari 10 (ARAB)
  38. Kitab Fathul Baari 11 (ARAB)
  39. Kitab Fathul Baari 12 (ARAB)
  40. Kitab Fathul Baari 13 (ARAB)
  41. Kitab Fathul Baari 1 (RUMI)
  42. Kitab Fathul Baari 2 (RUMI)
  43. Kitab Fathul Baari 3 (RUMI)
  44. Kitab Fathul Baari 4 (RUMI)
  45. Kitab Fathul Baari 5 (RUMI)
  46. Kitab Fathul Baari 6 (RUMI)
  47. Kitab Fathul Baari 7 (RUMI)
  48. Kitab Fathul Baari 8 (RUMI)
  49. Kitab Fathul Baari 9 (RUMI)
  50. Kitab Fathul Baari 10 (RUMI)
  51. Kitab Fathul Baari 11 (RUMI)
  52. Kitab Fathul Baari 12 (RUMI)
  53. Kitab Fathul Baari 13 (RUMI)
  54. Kitab Fathul Baari 14 (RUMI)
  55. Kitab Fathul Baari 15 (RUMI)
  56. Kitab Fathul Baari 16 (RUMI)
  57. Kitab Fathul Baari 17 (RUMI)
  58. Kitab Fathul Baari 18 (RUMI)
  59. Kitab Fathul Baari 19 (RUMI)
  60. Kitab Fathul Baari 20 (RUMI)
  61. Kitab Fathul Baari 21 (RUMI)
  62. Kitab Fathul Baari 22 (RUMI)
  63. Kitab Fathul Baari 23 (RUMI)
  64. Kitab Fathul Baari 24 (RUMI)
  65. Kitab Fathul Baari 25 (RUMI)
  66. Kitab Fathul Baari 26 (RUMI)
  67. Kitab Fathul Baari 27 (RUMI)
  68. Kitab Fathul Baari 28 (RUMI)
  69. Kitab Fathul Baari 29 (RUMI)
  70. Kitab Fathul Baari 30 (RUMI)
  71. Kitab Fathul Baari 31 (RUMI)
  72. Kitab Fathul Baari 32 (RUMI)
  73. Kitab Fathul Baari 33 (RUMI)
  74. Kitab Fathul Baari 34 (RUMI)
  75. Kitab Fathul Baari 35 (RUMI)
  76. Kitab Fathul Baari 36 (RUMI)
  77. Sahih Muslim 1 (ARAB-EN)
  78. Sahih Muslim 2 (ARAB-EN)
  79. Sahih Muslim 3 (ARAB-EN)
  80. Sahih Muslim 4 (ARAB-EN)
  81. Sahih Muslim 5 (ARAB-EN)
  82. Sahih Muslim 6 (ARAB-EN)
  83. Sahih Muslim 7 (ARAB-EN)
  84. Syarah Shahih Muslim (RUMI)
  85. Syarah Shahih Muslim Juz 1 A (ARAB)
  86. Syarah Shahih Muslim Juz 1 B (ARAB)
  87. Syarah Shahih Muslim Juz 2 (ARAB)
  88. Syarah Shahih Muslim Juz 3 (ARAB)
  89. Syarah Shahih Muslim Juz 4 (ARAB)
  90. Syarah Shahih Muslim Juz 5 (ARAB)
  91. Syarah Shahih Muslim Juz 6 (ARAB)
  92. Syarah Shahih Muslim Juz 7 (ARAB)
  93. Syarah Shahih Muslim Juz 8 (ARAB)
  94. Syarah Shahih Muslim Juz 9 (ARAB)
  95. Syarah Shahih Muslim Juz 10 (ARAB)
  96. Syarah Shahih Muslim Juz 11 (ARAB)
  97. Syarah Shahih Muslim Juz 12 (ARAB)
  98. Syarah Shahih Muslim Juz 13 (ARAB)
  99. Syarah Shahih Muslim Juz 14 (ARAB)
  100. Syarah Shahih Muslim Juz 15 (ARAB)
  101. Syarah Shahih Muslim Juz 16 (ARAB)
  102. Syarah Shahih Muslim Juz 17 (ARAB)
  103. Syarah Shahih Muslim Juz 18 (ARAB)
  104. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 1 (ARAB)
  105. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 2 (ARAB)
  106. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 3 (ARAB)
  107. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 4 (ARAB)
  108. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 5 (ARAB)
  109. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 6 (ARAB)
  110. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 7 (ARAB)
  111. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 8 (ARAB)
  112. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 9 (ARAB)
  113. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 10 (ARAB)
  114. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 11 (ARAB)
  115. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 12 (ARAB)
  116. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 13 (ARAB)
  117. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 14 (ARAB)
  118. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 15 (ARAB)
  119. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 16 (ARAB)
  120. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 17 (ARAB)
  121. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 18 (ARAB)
  122. Musnad Ahmad Ibn Hanbal 19 (ARAB)
  123. Shamaail Tirmidhi 1 (ARAB-EN)
  124. Shamaail Tirmidhi 1 (ARAB-EN)
  125. Jami At-Tirmihi 1 (ARAB-EN)
  126. Jami At-Tirmihi 2 (ARAB-EN)
  127. Jami At-Tirmihi 3 (ARAB-EN)
  128. Jami At-Tirmihi 4 (ARAB-EN)
  129. Jami At-Tirmihi 5 (ARAB-EN)
  130. Jami At-Tirmihi 6 (ARAB-EN)
  131. Sunan Abu Dawud 1 (ARAB-EN)
  132. Sunan Abu Dawud 2 (ARAB-EN)
  133. Sunan Abu Dawud 3 (ARAB-EN)
  134. Sunan Abu Dawud 4 (ARAB-EN)
  135. Sunan Abu Dawud 5 (ARAB-EN)
  136. Sunan Ibn Majah 1 (ARAB-EN)
  137. Sunan Ibn Majah 2 (ARAB-EN)
  138. Sunan Ibn Majah 3 (ARAB-EN)
  139. Sunan Ibn Majah 4 (ARAB-EN)
  140. Sunan Ibn Majah 5 (ARAB-EN)
Photo by Alena Darmel on Pexels.com

ILMU FIQH

  1. Khulasah Usul Fiqh (ARAB)
  2. Sifat Shalat Nabi (1)
  3. Sifat Shalat Nabi (2)
  4. Sifat Shalat Nabi (3)
  5. Ringkasan Kitab Al-Umm (Jilid 1)
  6. Ringkasan Kitab Al-Umm (Jilid 2)
  7. Kitab Al-Umm As-Syafie 1 (ARAB)
  8. Kitab Al-Umm As-Syafie 2 (ARAB)
  9. Kitab Al-Umm As-Syafie 3 (ARAB)
  10. Kitab Al-Umm As-Syafie 4 (ARAB)
  11. Kitab Al-Umm As-Syafie 5 (ARAB)
  12. Kitab Al-Umm As-Syafie 6 (ARAB)
  13. Kitab Al-Umm As-Syafie 7 (ARAB)
  14. Kitab Al-Umm As-Syafie 8 (ARAB)
  15. Kitab Al-Umm As-Syafie 9 (ARAB)
  16. Kitab Al-Umm As-Syafie 10 (ARAB)
  17. Kitab Al-Umm As-Syafie 11 (ARAB)
  18. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 1 (RUMI)
  19. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 2 (RUMI)
  20. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 3 (RUMI)
  21. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 4 (RUMI)
  22. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 5 (RUMI)
  23. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 6 (RUMI)
  24. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 7 (RUMI)
  25. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 8 (RUMI)
  26. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 9 (RUMI)
  27. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 10 (RUMI)
  28. Fiqih Islam wa-Adillatuhu (ARAB)
  29. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 1 (ARAB)
  30. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 2 (ARAB)
  31. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 3 (ARAB)
  32. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 4 (ARAB)
  33. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 5 (ARAB)
  34. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 6 (ARAB)
  35. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 7 (ARAB)
  36. Fiqih Islam wa-Adillatuhu 8 (ARAB)
  37. Bahr al-Madhi Juzuk 1 (JAWI)
  38. Bahr al-Madhi Juzuk 2 (JAWI)
  39. Idaman Penuntut (Ilmu Fiqih) 1 (JAWI)
  40. Idaman Penuntut (Ilmu Fiqih) 2 (JAWI)
  41. Idaman Penuntut (Ilmu Fiqih) 3 (JAWI)
  42. Tashih al-Tanbih 1 (ARAB)
  43. Tashih al-Tanbih 2 (ARAB)
  44. Tashih al-Tanbih 3 (ARAB)
  45. Sabil al-Muhtadin 1 (JAWI)
  46. Sabil al-Muhtadin 2 (JAWI)
Photo by Piotr Arnoldes on Pexels.com

KITAB BERSIRI

  1. An-Nawawi Riyadush Shalihin (ARAB)
  2. An-Nawawi Riyadush Shalihin 1 (RUMI)
  3. An-Nawawi Riyadush Shalihin 2 (RUMI)
  4. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 1 (ARAB)
  5. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 2 (ARAB)
  6. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 3 (ARAB)
  7. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 4 (ARAB)
  8. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 1 (RUMI)
  9. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 2 (RUMI)
  10. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 3 (RUMI)
  11. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 4 (RUMI)
  12. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 1 (ENGLISH)
  13. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 2 (ENGLISH)
  14. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 3 (ENGLISH)
  15. Al-Ghazali Ihya Uluumuddin 4 (ENGLISH)
  16. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 1 (ARAB)
  17. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 2 (ARAB)
  18. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 3 (ARAB)
  19. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 4 (ARAB)
  20. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 5 (ARAB)
  21. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 6 (ARAB)
  22. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 7 (ARAB)
  23. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 8 (ARAB)
  24. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 9 (ARAB)
  25. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 10 (ARAB)
  26. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 11 (ARAB)
  27. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 12 (ARAB)
  28. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 13 (ARAB)
  29. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 14 (ARAB)
  30. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 15 (ARAB)
  31. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 16 (ARAB)
  32. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 17 (ARAB)
  33. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 18 (ARAB)
  34. Mausu’ah Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari 19 (ARAB)
  35. Hasyiah Al-Bajuri 1 (ARAB)
  36. Hasyiah Al-Bajuri 2 (ARAB)
  37. Bughyah al-Thullab Li Murid Marifah al-Ahkam Bi al-Sawab 1 (JAWI)
  38. Bughyah al-Thullab Li Murid Marifah al-Ahkam Bi al-Sawab 2 (JAWI)
  39. Tafsir Nur al-Ihsan Juzuk 1 (JAWI)
  40. Tafsir Nur al-Ihsan Juzuk 2 (JAWI)
Photo by DTS VIDEOS on Pexels.com

KITAB / RISALAH

  1. llmu Tauhid Terjemahan Aqidatul Awwam
  2. Terjemah Tarikh Tasyri’ Sejarah Pembentukan Hukum
  3. Sejarah Keagungan Madhzab Syafii
  4. Kedudukan Perempuan Dalam Islam (Buya Hamka)
  5. Huru-Hara Kiamat (Ibnu Katsir)
  6. Konsep Bidaah & Toleransi
  7. Bidaah Hasanah Sebuah Pendekatan Baru
  8. Menjawab Dakwah Kaum Salafi
  9. 47 Persoalan Qadar dan Qadha
  10. Terjemah Safinah al-Najah
  11. I’tiqad Ahlulsunnah Wal-Jamaah
  12. Hisn (Perisai) Muslim
  13. Soal Jawab Fiqh Covid-19 (Edisi Kemas Kini)
  14. Covid-19 Fiqh Q&A (Revised Edition)
  15. Al-Ghazali The Incoherence Of The Philosophers
  16. Al-Ghazali Al-Tawba Repentance
  17. Al-Ghazali The Ninety Nine Beautiful Names of God
  18. Al-Ghazali and The Asharite School
  19. Al-Ghazali On Disciplining The Soul And Breaking The Two Desires
  20. Al-Ghazzali On Disciplining The Self
  21. Kitab At-Tauhid The-Book of Monotheism

KITAB / RISALAH (JAWI)

  1. Risalah al-Tauhid [JAWI]
  2. Kifayatul Muhtadi (JAWI)
  3. Peringatan Muslimin (JAWI)
  4. Hidayatus Salikin (JAWI)
  5. Hidayah al-Sibyan (JAWI)
  6. Ta’limul Aulad (JAWI)
  7. Targhib Shibyan (JAWI)
  8. Tashil Al-Dhu’fa’ (JAWI)
  9. Al-Jawahir Al-Sufiyyah (JAWI)
  10. Al-Misbah al-Munir (JAWI)
  11. Al-Jauhar al-Mauhub (JAWI)
  12. Tabsirah al-Adani (JAWI)
  13. Anak Kunci Syurga (JAWI)
  14. Peringatan Muslimin (JAWI)
  15. Tanwir al-Qulub (JAWI)
  16. ‘Unwan al-Falah (JAWI)
  17. Keagungan Peribadi Rasulullah (JAWI)
  18. Kemanisan Sembahyang (JAWI)
  19. Al-Jawahir As-Saniyyah (JAWI)
  20. Hikam JAWI – Tok Pulau Manis
  21. Pegangan Hidup Umat Islam (JAWI)
  22. Paku Iman Dan Simpulan Iman (JAWI)

KITAB / RISALAH (ARAB)

  1. Al-Isyraqat As-Saniyah (ARAB)
  2. Al-Bahjah al-Saniyyah (ARAB)
  3. Al-Taqrirat Al-Saniyyah (ARAB)
  4. Qaul Salaf Fi Sifatil Jabariyah (ARAB)
  5. Syarh Matnul Ajirrumayah (ARAB)
  6. Adhawa’ ‘ala Al-madaris Al-Hadithiyyah (ARAB)
  7. Taudhih Tauhid (ARAB)
  8. Wasilatur Rajaa (ARAB)
  9. Syarhul Waraqat Fi Ilm Usul Fiqh (ARAB)
  10. Ta’lim Al-Muta’llim (ARAB)
  11. Tad’im al-Mantiq (ARAB)
  12. Al Istiqsa (ARAB)
  13. Bida Al-I’tiqad Fi Tajsimi Wa Rijaa’ (ARAB)
  14. Aqaid Al-Asyairah (ARAB)
  15. Asma Almoudalissine Siyuti (ARAB)
  16. Al-Mukhtasar al-Mufid (ARAB)
  17. Asyhar Qasas (ARAB)
  18. Al-Syarqawiala al-Hudhudi (ARAB)
  19. Fath Al-Majid (ARAB)
  20. Idhah Mubham (ARAB)
  21. Risalah Fi Ilm al-Mantiq (ARAB)
  22. Tashil al-Ma’ani (ARAB)
Photo by Brent Keane on Pexels.com

PERINGATAN

Sila semak semua perkongsian SEBELUM dan SELEPAS ini berkenaan status kebenaran atau kebatilan ilmu yang terkandung di dalam کتاب | BOOK | buku. Bertanyalah kepada ustaz yang lebih arif sekiranya tuan puan ada sebarang kemusykilan.

Elok juga luangkan masa baca buku Talbis Iblis karangan Ibnul Jauzi Al-Baghdadi berkenaan Perangkap Syaitan. Ia adalah peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya berhati-hati dengan tipu daya Iblis dalam menyesatkan manusia.

Ia bukanlah kitab yang sempurna, tetapi ianya sangat memadai untuk kita kutip ilmunya sebagai pedoman;

Boleh juga beli versi cetak online di Edisi Lengkap di Shopee. Kita kongsikan juga video siri penjelasan dari Ustaz Syihabudin di bawah ini;

KITAB SEMPADAN

Kita himpunkan di sini juga buku-buku yang dijadikan rujukan sebahagian golongan tarekat dan mereka yang mendakwa ahli makrifat. Sila berhati-hati dengan isi kandungannya dan tapislah semua perkara dengan mendalami ilmu Al-Quran. Tujuan dihimpunkan di sini supaya tuan puan boleh menyemak kembali hujah para penentang golongan yang tenggelam dalam kalam berdasarkan buku-buku yang diketahui umum dijadikan rujukan oleh sebahagian kalangan ahli tarekat.

Tuan puan boleh ke laman Sidang Kalam untuk lebih mudah bagi orang awam menonton bahasan maksud kegelinciran sesetengah golongan dalam memahami ilmu hakikat Iman dan Islam. Sila tonton video di bawah ini dahulu;

Tuan puan boleh buat rujuk silang beberapa buku yang Ustaz Noor Derus sebutkan seperti Hakikat Insan & Fusul Hikam dalam pautan di bawah ini;

  1. Hakikat Insan Mengenal Diri Mengenal Tuhan
  2. Ibn-Arabi Al-Isra Ila Maqam (ARAB)
  3. Ibnu-Arabi Fusus Al-Hikam (ARAB)
  4. Ibnu-Arabi Fusus Al-Hikam (ENGLISH)
  5. Ibn-Arabi The Universal Tree And The Four Birds
  6. Ibn-Arabi A Prayer for Spiritual Elevation and Protection
  7. Shaykh Nazim 99 Drops Endless Mercy Ocean
  8. Shaykh Nazim AlHaqqani Heavenly Wisdom
  9. Shaykh Nazim Mercy Oceans
  10. Shaykh Nazim Mercy Oceans 2
  11. Shaykh Nazim Mercy Ocean’s Divine Source
  12. Shaykh Nazim The Divine Kingdom

KAMUS & BAHASA

  1. Kamus Al-Quran
  2. Kamus Indonesia
  3. Kamus Dewan
  4. Lane-Lexicon
  5. Arabic English Dictionary
  6. Kamus Arab Indonesia
  7. Lisanul ARAB 1
  8. Lisanul ARAB 2
  9. Lisanul ARAB 3
  10. Lisanul ARAB 4
  11. Lisanul ARAB 5
  12. Lisanul ARAB 6
  13. Lisanul ARAB 7
  14. Lisanul ARAB 8
  15. Lisanul ARAB 9
  16. Lisanul ARAB 10
  17. Lisanul ARAB 11
  18. Lisanul ARAB 12
  19. Lisanul ARAB 13
  20. Lisanul ARAB 14
  21. Lisanul ARAB 15
  22. Lisanul ARAB 16
  23. Lisanul ARAB 17
  24. Lisanul ARAB 18
  25. Lisanul ARAB 19
  26. Lisanul ARAB 20

Muat Turun Rujukan Sekaligus

(85GB of 7,000+ files via Google Drive)

Tuan puan sekalian. Kita tidak harap semua orang ada kemampuan baca beribu-ribu kitab. Sebab itulah pentingnya menghadiri majlis ilmu dan berguru dengan para ustaz dan ulama. Biasanya ustaz akan sebut nama para ulama dan kitab-kitab karangan mereka. Kalau kita ada koleksi kitab yang mereka nukilkan, maka dapatlah kita rujuk pula nukilan yang para ustaz jelaskan. Itu lebih baik. Terutama apabila kita berhadapan dengan pandangan berbeza beberapa orang ustaz dalam isu-isu tertentu.

Rujukan ini boleh membantu kita membuat keputusan lebih tepat dalam hidup; pandangan mana yang lebih kuat, pandangan mana yang lemah. Sebab kita hendak kata betul atau salah pun kita tidak berani. Kena sedarlah kita ini orang awam saja. Kefahaman kita pula tidaklah setinggi mana hendak dibanding dengan para ustaz dan ulama muktabar. Singkap dan tafsir kita tidaklah setara mana. Cuma kena tahulah, kita orang awam sentiasa boleh semak dan nilai pula dengan Al-Quran. Sebab itulah kena baca dan faham maksud Al-Quran secara berulang-ulang. Rajinlah membaca tafsir Al-Quran dari pelbagai manhaj para ulama. Belajarlah juga untuk mendalami ilmu hadith dengan kaedah dan cara memahaminya dengan benar.

Mudah-mudahan keputusan yang kita ambil itu bertepatan dengan jalan yang Allah kehendaki. Itulah tujuan belajar ilmu. Sentiasa memperbaiki diri. Berserah diri kepada Tuhan sepenuhnya mudah-mudahan kita beroleh ilmu yang diredhai Allah.

(MUAT TURUN RUJUKAN SEKALIGUS: 85GB of 7,000+ files via Google Drive)

Subscribe to get access

Read more of this content when you subscribe today.

Photo by Pixabay on Pexels.com