Kuala Lumpur: Kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sudah melepasi jangkaan pengarahnya, Syamsul Yusof apabila sudah berjaya mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan.

Sebelum ini, Syamsul menganggarkan filem epik Melayu arahannya itu boleh mencatat kutipan maksimum RM60 juta walaupun ada mendakwa ia boleh mengutip RM80 juta hingga RM100 juta. 

My Metro, 9 Julai 2022

Begitulah penangan filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan. Ia adalah karya epik pecah panggung. Kalau tuan puan belum tonton, eloklah pergi tonton di pawagam yang berdekatan. Bawa sekali anak beranak, pun lebih elok. Biar ada rasa. Boleh hayati pengorbanan orang dahulu kala menghalau penyangak British dan konco askar upahan mereka.

Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan ini hanyalah filem hiburan. Ia diinspirasikan berdasarkan pejuangan pahlawan Mat Kilau yang tersohor di negeri Pahang.

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau.  Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.

Begitulah serba ringkas berkenaan Mat Kilau. Kita percaya tuan puan yang membaca ini pernah belajar berkenaan perjuangan Mat Kilau menentang penyagak British, yang berselindung atas nama Ratu England. Padahal mereka itu tidak ubah seperti perompak yang tamak haloba, menjarah hasil mahsul negara semua sisa-sisa empayar Othmaniah yang telah runtuh dari tanah Mediterranean, Afrika, Asia Barat, India hinggalah ke tanah kepulauan Nusantara ini. Tuan puan usah terpedaya dengan sejarah yang mengatakan negara ini dijajah British. Itu semua tipu daya puak-puak Tata Dunia Baru (New World Order) melalui para penyangak yang berlakon sebagai pedagang Syarikat Hindia Timur (East India Company).

Dijajah? Penjajah? Itu bahasa yang terlalu mulia. Layaknya mereka yang merobek kepulauan Nusantara itu digelar penjarah. Penyangak. Perompak. Penyamun. Itulah panggilan yang lebih layak untuk mereka. Penjarah British ini bersama-sama Belanda dan Portugis berlagak sebagai penjaga dunia, membahagi-bahagikan negara yang terlerai dari naungan Othmaniah untuk dijadikan tanah jarahan mereka untuk memenuhi isi tembolok yang tidak pernah cukup. Cuma beginilah. Jika tuan puan hendak ambil juga Inggeris sebagai penjajah ya dipersilakan. Sudah memang begitu kan dalam buku sejarah kita?

Poster m.imdb.com

Ulasan Filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan

Kita kembali kepada filem epik arahan Syamsul Yusof, yang merupakan pengarah filem tersohor negara. Penerbit filem ini adalah Abdul Rahman Mt Dali, Pengarah Urusan Studio Kembara. Filem ini dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Fattah Amin sebagai Awang, Johan As’ari sebagai Yassin, Ali Karimi sebagai Brahim, Yayan Ruhian sebagai Toga, Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers, Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Khir Rahman sebagai Usup, Farid Amirul sebagai Goh Hoi, A. Galak sebagai Pak Deris, Zarina Zainoordin sebagai Rokiah, Farah Ahmad sebagai Yang Chik, Dato Jalaluddin Hassan sebagai Dato Haji Muhammad, Dato Rahim Razali sebagai Mufti Botok Haji Uthman, Nam Ron sebagai Haji Sulong Semantan, Shaharuddin Thamby sebagai Dato Bahaman, Ellie Suriati sebagai Ibu Yassin (Salmah), Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin, Z. Zamri sebagai Hitam dan ramai lagi barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya.

Tuan puan boleh baca ulasan filem dalam beberapa pautan di bawah ini;

Tiga artikel dalam Malaysiakini; Mat Kilau has tendency to promote hatred against minorities, COMMENT | Mat Kilau is an ethnonationalism film dan YOURSAY | Mat Kilau: The man, the myth, the movie memang patut tuan puan baca. Kena bayarlah melanggan Malaysiakini (kita tolong bagi promosi saja). Mana ada benda percuma zaman sekarang ini. Isi kandung ketiga-tiga artikel itu satu hal. Para pembaca yang komen dalamnya juga satu hal pula. Hendak kata cerdik, memang cerdik. Hendak kata buta sejarah, memang buta sejarah pun. Main sedap jari sahaja jadi tukang bancuh komen. Satu sajalah kita nak pesan. Tuan puan jangan gatal jari pula nak tumpang semangkuk komen dalam portal itu. Nanti tidak tentu pasal kena maki hamun secara berjemaah dengan netizen dan pahlawan kekunci (keyboard warriors). Puak-puak sedang marah, kita tak perlu layan. Takut nanti perangai kita pun serupa macam orang tidak tahu sejarah dan adab sopan dan budaya orang asal. Lainlah kalau tuan puan pun setuju saja perangai seperti itu. Ini peringatan saja. Nak ikut sila. Tidak mahu ikut, ya silakan juga.

Tak Faham Maksud Kebangkitan Pahlawan

Beginilah ya tuan puan. Kita tidak nafikan ada kalangan orang Inggeris berbudi pekerti mulia. Ada juga kalangan orang Benggali, Borneo, Cina, India dan Melayu juga berbudi pekerti mulia. Tetapi janganlah pula kita bermati-matian tiada dalam kalangan orang Inggeris, Benggali, Borneo, Cina, India dan Melayu itu juga berperangai macam syaitan. Dari catatan sejarah, Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato Bahaman bukan hanya menentang Inggeris, malah menentang pembesar Melayu dan orang Melayu itu sendiri yang selesa hidup di bawah telunjuk penjarah Inggeris. Bahkan dalam kalangan Melayu waktu itu ramai jadi talibarut Inggeri juga. Maksudnya apa? Yang jahat itu bukan hanya orang Inggeris, Benggali, Borneo, Cina, yang di paparkan dalam filem itu, bahkan orang Melayu juga. Itulah tajuk filem itu; KEBANGKITAN PAHLAWAN. Orang Melayu tak sentap pun, yang lain hendak terlebih sentap sudah kenapa?

Kena fahamlah. Lumrah manusia, ada yang baik macam malaikat, ada yang jahat macam Iblis. Janganlah kita kutip kebaikan sahaja bangsa tertentu dalam buku sejarah dan laporan awam, tetapi kita lupa untuk kutip kebobrokan bangsa tertentu itu juga dalam kebejatan sosial sesama manusia. Adakah kita hendak kata bangsa tertentu itu mulia sejak awal tamadunnnya sehingga hari ini. Jangan jadi bebal hendak menafikan ada sisi jahat bangsa manusia itu semata-mata mahu mengkritik filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan. Kita baca komen tukang bancuh ketiga-tiga artikel itu pun sudah tahu mulia atau tidak budi pekerti mereka. Tidak usahlah hendak berlagak suci seolah-olah terdapat satu bangsa di dunia ini suci mulia sejak lahir sampai mati. Perangai macam itu juga. Macamlah gaya bahasa tukang bancuh komen dalam portal itu suci sangat macam malaikat. Mencaci mencarut macam syaitan juga. Tidak mahu mengaku jugakah?

Pendek kata, seolah-olah tiada satu pun kebaikan yang ada dalam filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan. Kita biar sajalah orang hendak mengulas. Asal tidak melanggar Akta Hasutan sudah. Negara demokrasi kan? Tuan puan tonton dulu filem, nanti tuan puan tahulah ke laut atau tidak semua kritikan negatif terhadap filem Mat Kilau ini. Memanglah ada cacat cela sedikit sana sini, tapi tidaklah seburuk yang digambarkan oleh para pengulas dalam portal yang kita sebutkan tadi.

Senarai ulasan terakhir; ULASAN | Mat Kilau dan heroisme Melayu di atas itu kita hanya kasi muka beri pautan. Hendak baca boleh. Hendak ambil pengajaran, abaikan sajalah. Yang mengulas itu politikus. Dia pusing ikut mazhab politik dia. Orang cerita pasal semangat patriotik, dia kelentong pasal hal politik dia. Abaikan sajalah.

Mengulas ini memang macam itulah tuan puan. Ada yang puji. Ada juga yang cari kesalahan fakta. Ada juga selak pasal benda-benda kecil. Ada yang pertikai satu persatu prop dan aksi tidak menepati fakta. Sampai dari segi percakapan pun hendak komplen. Nanti kalau pelakon berbicara bahasa Melayu lama, tidak faham pula. Filem itu tunjuk tulisan Jawi, tahu baca atau tidak? Bahasa Melayu zaman kini pun tidak faham, apatah lagi nak faham bahasa Melayu zaman Mat Kilau. Macamlah semua filem epik berbahasa Inggeris itu tidak menggunakan bahasa percakapan hari ini? Macamlah filem keluaran Holywood itu suci? Tiada kesalahan prop dan latar perfileman dan sebagainya. Awak pernah tonton atau tidak filem luar negara? Atau masih hidup ibarat katak bawah tempurung.

Ada yang bising kononnya filem ini tidak sensitif kepada masyarakat berbilang kaum kononnya. Dia beginilah. Kalau dalam tempurung kepala itu sudah penuh dengan rasis, memang tidak dapatlah hendak ditolong. Semua perkara mahu dikaitkan dengan perkauman. Kita hendak tanyalah, siapa yang bersikap rasis ini sebenarnya? Latar belakang filem itu memang berdasarkan sejarah. Sejarah asal usul penduduk negara ini seperti yang wujud sekarang memang seperti itu. Hendak nafi sudah kenapa?

Apa yang telah dilakukan oleh tok nenek moyang kita dahulu kita tidak boleh hendak ubah. Kita yang hidup zaman ini boleh maju ke hadapan membina masa depan lebih baik. Generasi hari ini patut belajar dari sejarah dan sama-sama berganding bahu untuk membentuk negara berbilang bangsa yang harmoni. Itu saja. Apa yang susah sangat terima hakikat. Tok nenek moyang berbangsa Melayu juga ramai yang jahat. Ramai yang lanun. Itu hal mereka yang sudah tiada di muka bumi ini. Terserahlah urusan mereka itu dengan Tuhan. Kita hendak hukum pun bukannya kita hidup sezaman dengan mereka. Kita hidup pada zaman ini, teruskanlah kebaikan sesama manusia. Faham?

Kutipan Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Biar apa pun kritikan, ia tidak menafikan memang filem epik Mat Kilau ini meletup. Filem itu sudah balik modal. Untung berkali ganda. Senang saja nak tutup mulut. Awak ada kutipan 61 juta (9 Julai 2022)? Masuk 17 hari tayangan sudah mengatasi filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Black Panther, Furious 7, Spiderman dan Transformers dalam carta All Time International Malaysia Box Office.

Tukang kritik itu biasalah. Dah kerja dia kritik, kita biarkan sajalah. Cuba suruh dia bikin filem? Barangkali nanti baru tahu tinggi atau rendahnya langit.

Dalam ulasan di ambil dari Filem Mat Kilau: Ulasan Dan Pengajaran, nampaknya ada yang masih percaya orang Inggeris yang menjarah Tanah Melayu ini sopan santun budi pekertinya;

Babak isteri Wahid dibunuh oleh pihak British pula boleh dipertikaikan dari sudut sejarah, adakah wanita pernah diperlakukan dengan kejam oleh British di Tanah Melayu? Atau ia sebagai sindiran untuk ‘wajah’ sebenar British secara tersiratnya? Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan.

Walaupun Mat Kilau adalah filem fiksyen, faktor sejarah juga perlu diambil kira dan lebih berhati-hati dalam memperhalusi jalan cerita agar lebih hampir dengan faktanya. 

Penulis juga cuba memahami mengapa watak isteri Mat Kilau yang setia dan isteri Wahid yang seperti menentangnya. Ini mungkin kerana pengarah tidak mahu melihat babak yang ‘skema’, perlu ada watak bertentangan dan konflik untuk menghidupkan filem.

Filem Mat Kilau: Ulasan Dan Pengajaran

Beginilah tuan puan. Pertama sekali filem Mat Kilau ini adalah hiburan berbentuk fiksyen sejarah. Ikut suka pengarahlah hendak garap macam mana. Ini sudah diberi tahu awal-awal lagi dalam pembukaan filem. Jadi, tukang komen itu masih tidak faham Bahasa Melayu kah? Biasalah filem fiksyen sejarah kalau lari dari fakta asal. Hendak kecoh sangat sudah kenapa? Awak tak pernah tontonkah filem fiksyen sejarah dari negara lain khususnya yang digarap oleh Hollywood? Kalau biasa tonton, kita akan tahulah orang putih yang kita agungkan itu pun perangai mereka macam kita juga. Tidak bertamadun juga. Filem mereka penuh dengan maki hamun juga. Pancung kepala orang juga. Pergi bom Hiroshima dan Nagasaki juga. Ada mereka kisah pasal orang awam tidak berdosa mati katak?

Sejak bila penyangak dan perompak berbudi pekerti mulia?

Perkara kedua, tukang komen itu pernah hidupkah pada zaman Mat Kilau. Pernah tengokkah kekejaman penjarah Inggeris? Pernah tengokkah keluhuran budi pekerti prompak dan penyamun Inggeris? Orang Inggeris yang berbudi pekerti mulia di Tanah Melayu pada zaman penjarahan hanya ada di negeri Johor ya tuan puan. Sebabnya, Maharaja Johor pada masa itu memang bijak berurusan dengan British. Ya, paling tidak pada era sezaman dengan Mat Kilau, orang-orang Inggeris yang membawa panji British tidak lagi naik tocang di Johor seperti era mula-mula mereka merobek Pulau Pinang dan Temasik. Apa yang berlaku kepada Kesultanan Johor-Riau sebelumnya kita boleh bincang lain kali. Kalau hendak diungkit satu persatu di sini sekarang, barangkali tiada satu pun kebaikan keturunan orang Inggeris di negara ini yang boleh kita kenang.

Biar kita kasi celik sejarah sedikit; hanya di Johor saja pihak British berbudi pekerti mulia pada zaman era penjarahan negara. Sebabnya negeri Johor sejak zaman Maharaja Abu Bakar memang secara sistematik ada sistem pertahanan, perundangan dan urus tadbir negeri yang setara dengan British. Ia adalah negeri berdaulat ketika mana negeri-negeri lain diperkotak katik oleh para penjarah Inggeris yang berselindung atas nama Ratu England. Itulah tuan puan. Masa cikgu ajar sejarah kita tidur. Kita baca sejarah Taiwan pula. Sebab itu sampai kesudah kita tak faham sejarah negara.

Di negeri-negeri lain, termasuk Negeri-negeri Selat, Borneo, Negeri-negeri Melayu Bersultan dan termasuklah juga Pahang di mana Mat Kilau berjuang menentang mereka, perangai orang Inggeris zaman itu tidak ubah seperti penipu, penyangak, pengugut, perompak dan segala macam perangai syaitan yang menyusahkan penduduk asal negeri. Hari ini kita memaki hamun penyangak dan perompak bagai hendak mampus, tetapi nampaknya jauh di sudut hati kita tidak tega hendak memaki hamun penyangak dan perompak Inggeris yang menjarah hasil mahsul negeri ini atas alasan memajukan negeri konon-kononnya? Agak-agaklah pun. Kalau bangsa sendiri bukan main kita maki hamun. Kalau bangsa Asia dari Jepun bukan main kita angkat kezaliman pancung orang. Kalau bangsa Eropah dari Pulau British yang saiznya tidaklah lebih besar dari Pulau Borneo itu, ‘mengapa berat sangat kita hendak maki hamun perompak Inggeris itu?’ Otak kita masih dijajahkan?

Tuan puan jangan salah faham ya. Kita bukan suruh maki hamun orang. Kita hendak sindir saja perangai sesetengah golongan yang lancang mulut maki hamun bangsa Asia, tapi diam seribu bahasa melihat kebejatan orang Eropah yang tidak segan silu menjarah pusaka orang Asia. Bahasa sindiran saja. Perangai maki hamun tidak perlulah kita hendak buat juga.

Mari kita lihat pula ulasan tidak berpuas hati secara terus terang dengan filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan yang terkandung dalam ‘Mat Kilau’: a historical action film in need of a script doctor;

Not helping matters is the fact that the British and their allies behave like over-the-top villains, blowing up villages with artillery, murdering pregnant women, and shooting civilians at random.

There’s no mistaking that the British colonised Malaysia for their own selfish reasons, but the film depicts them as moustache-twirling baddies.

Even their lines are so comically evil that they come off as a parody. “All of you will be our slaves!” one barks. “Do you know how many Malays I have killed with this gun?” another harrumphs.

These caricatures are a symptom of the biggest problem with “Mat Kilau”: that of the script. The characters don’t talk like human beings and behave more like robots.

‘Mat Kilau’: a historical action film in need of a script doctor;

Dia beginilah ya tuan puan. Macamlah kita yang hidup zaman sekarang ini terlalu tinggi budi pekerti. Macamlah kita sekarang ini tidak pernah maki hamun orang. Macamlah kita sekarang ini tidak pernah mencerca orang. Apa masalah kalau penjarah Inggeris di negeri Pahang itu berkelakuan macam syaitan, menembak satu kampung, membunuh perempuan mengandung dan menghina orang Melayu?

Pelik sangatkah perangai seperti ini? What do you expect? Do you think a despicable Englishman behave like a saint?

Apa masalah kalau filem Mat Kilau ini menggambarkan penjarah Inggeris macam keparat? Adakah kita harap filem ini menggambarkan budi pekerti Inggeris yang mulia di negeri Johor? Tukang komen ini tahu atau tidak Mat Kilau itu berjuang di Pahang dan bukannya di Johor? Itulah tuan puan. Kita suruh belajar sejarah negara ini, bukannya belajar sejarah negara yang jauh dari kepulauan Nusantara ini. Patutlah masih tidak faham konteks filem Mat Kilau ini. Memang tidak dapatlah kita hendak tolong orang seperti ini.

Mari kita lihat pula ulasan orang yang betul-betul tidak berpuas hati dengan filem filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan yang dizahirkan dalam Mat Kilau – another attempt at Malay nationalism at the expense of others;

Insensitive and callous

Now, we have another attempt through “Mat Kilau” to raise the spirit of “Malay nationalism” while the prime minister tries to convince us that we are “Keluarga Malaysia”.

So far, we have had the Sikhs complaining that the portrayal of non-Malay characters as villains in the film was distasteful and problematic. They also called the portrayal of other races and religions as insensitive and callous.

There is a “scheming Chinese” character who is killed violently at the end of the movie while another character from Borneo is more than happy to be an assassin for the British.

All these non-Muslims meet their “just desserts” in the film – all convenient portrayals of ethnic stereotypes to feed the fertile Malay supremacist minds.

Can you imagine the reaction from the Malay community if a non-Malay filmmaker had done the same to characters representing the Malay community?

For instance, has anybody made a film that covers collaborators of the British and Japanese during the Japanese occupation and the anti-colonial struggle based on historical facts and not liberally “spun” by the filmmaker?

“Malay nationalism” was an essential part of the anti-colonial struggle but it was not the only component of “Malayan nationalism” in which the Chinese, Indians, Sarawakians, and Sabahans all played a big part and sacrificed their lives in the anti-fascist and anti-colonial wars. Their sacrifices should not be trivialised in such cheap pandering to the mythmaking of “ketuanan Melayu”.

As defenders of the freedom of expression, we do not call for the banning of “Mat Kilau”, although we question the ban on many other cultural expressions by Malaysian authorities through the years.

Mat Kilau – another attempt at Malay nationalism at the expense of others

Beginilah tuan puan. Orang bila beri ulasan itu kena tengoklah siapa yang bercakap. Bagi pihak mana dia bercakap. Kalau yang bercakap dan menulis itu memang kaki pusing, semua benda hendak dipolitikkan, memang ke longkanglah kritikan dia. Apa kena mengena filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan dengan ketuanan Melayu? Cerita pasal ketuanan Melayu sudah berakhir lama. Hendak gaduh apa lagi? Apa kena mengena dengan agenda politik?

Filem itu mengangkat perjuangan menentang penjarah Inggeris. Menentang kezaliman Inggeris. Mengangkat perjuangan orang Melayu zaman itu, apa masalahnya? Penerbit orang Melayu. Pengarah orang Melayu. Adakah kita harap filem seperti ini mahu angkat para perompak British dan konco upahannya? Cerdik sangatkah harapan seperti ini? Sudah memang kebetulan pada zaman Mat Kilau itu, majoriti yang kena tindas adalah orang Melayu. Kebetulan pula yang jadi askar upahan perompak Inggeris itu orang Benggali dan orang dari Borneo misalnya. Kebetulan pula yang melombong emas di Pahang itu orang-orang Cina yang dibawa penyangak Inggeris. Kebetulan pula yang jadi tali barut Inggeris itu orang Melayu juga.

Yang kaki jahat itu bukan hanya kapitan Cina, Si Toga atau Pak Deris sahaja; malah filem itu juga berulang kali menekan perihal pembesar Melayu yang bersekongkol dengan penyangak British. Ada sesiapa hendak menafikan fakta ini? Ia sudah sejarah. Kalau pengarah filem hendak memaparkan babak seperti ini, adakah terdapat masalah?

Apa masalah kalau ada kapitan Cina bersekongkol dengan Inggeris? Apa masalah juga kalau semasa zaman Jepun dulu ada ketua kampung yang jadi tali barut Jepun? Hal inikan sebahagian dari naratif sejarah. Hendak disembunyikan buat apa? Jangan lupa juga filem Mat Kilau yang sedang ditayangkan juga berulang kali mengutuk orang Melayu yang hidup bermalasan tidak mahu menentang kezaliman dan penindasan. Mengutuk orang Melayu yang bercakaran sesama sendiri? Semua orang tidak kira bangsa dan agama kena taji dalam filem ini. Yang kena kutuk habis-habisan dalam filem ini pun Melayu juga sasarannya. Salahkah penerbit dan pengarah hendak mengangkat jati diri orang Melayu? Apa hendak kecoh sangat? Rasa sentap sangat sudah kenapa?

Kalau nak kira jahat, semua bangsa yang hidup di negara ini ada sisi jahat dia pada zaman penjarahan Inggeris itu. Bukan orang Inggeris sahaja, malah orang Benggali, orang Cina, orang Jawa, malah orang Melayu itu sendiri. Orang Jepun pun ada sisi jahat dia di Tanah Melayu ini dulu. Sisi baiknya adalah mereka menunjukkan kepada orang Melayu bahawa penjarah British itu pun manusia juga. Bukan dewa. Kaki pengecut juga. Bacul juga. Cabut lari bila Jepun datang Malaya. Itu semua sejarah. Kita generasi hari ini hendak padam sejarah sudah kenapa? Awak hendak buta sejarah sila masuk gua berseorangan. Jangan ajak masyarakat yang cerdik hari ini hendak jadi buta sejarah macam awak juga.

Orang buat benda baik dan buruk ini merentas bangsa dan agama. Hendak persoalkan fitrah manusia ini sudah kenapa? Hendak bersikap rasis tak kena tempat sudah kenapa?

Apa masalah tukang ulas filem itu? Awak dengki filem Mat Kilau tidak kena gam oleh FINAS sudah kenapa? Awak dengki filem Tanda Putera tidak kena gam oleh FINAS sudah kenapa? Awak nak kata orang-orang FINAS itu tidak buat kerjakah semuanya? Itu sebenarnya awak nak kata?

Kita ucapkan syabas kepada penerbit filem dan pengarah kerana filem ini pecah panggung. Ia filem yang sangat bagus. Semua orang untung. Penonton untung. Tukang bikin filem untung. Tukang tayang filem lagi lah untung berlipat kali ganda. Masih mahu komplen lagi kah?

Pengajaran dari filem Mat Kilau (2022) Kebangkitan Pahlawan

Begini tuan puan. Yang sudah menonton, kita tidak tahu apa dalam fikiran. Adakah setakat kagum dengan kehebatan silat pahlawan? Adakah setakat kagum dengan seni filem? Adakah setakat menangis dalam panggung, balik rumah tidak bawa apa-apa pengajaran? Adakah meningkat semangat patriotik sempena menyamnut bulan kemerdekaan? Atau sekadar hiburan semata-mata?

Satu perkara yang patut dipuji dalam garapan filem Mat Kilau ini adalah kebijakan skrip pelakon yang menghentam kebebalan masyarakat yang hidup suka berpecah belah. Hidup menerima penghinaan. Hidup tidak mahu berjihad menegakkan keadilan. Hidup tidak mahu menentang kezaliman. Skrip serupa diucap oleh Mat Kilau dan para pahlwan Melayu. Lagi pedih diucap oleh penyangak Inggeris bernama Syer dan orang upahannya, Toga. Ada yang komplen kata skrip berulang ini klise. Biarlah hendak kata apa pun. Sudah pengarah mahukan sedemikian. Kita penonton hendak komplen sudah kenapa?

Skrip menghentam sikap orang Melayu ini adalah mesej yang tersirat dan sangat mendalam ertinya kepada bangsa yang sekarang ini hanyut dalam kepalsuan dunia. Bangsa yang tidak habis-habis bercakaran politik. Kalau sudah kena basuh sewaktu menonton masih tidak sedar diri juga, itu nasiblah. Penerbit, pengarah dan pelakon sudah cuba yang terbaik mahu sedarkan orang Melayu. Mereka sudah buat kerja mereka. Kita, bagaimana pula?

Itu kalau kita lihat dari segi semangat kebangsaan. Semangat patriotik.

Siapa kata orang Melayu dahulu kala tidak pandai guna senjata api?

Perhatikan juga penggunaan senapang dalam filem ini. Ini adalah sisi menarik. Penggunaan senjata api oleh pahlawan Melayu dalam pertempuran dengan penjarah Inggeris adalah logik kemahiran orang Melayu yang diangkat oleh pengarah Syamsul Yusof. Kena faham tuan puan. Sangatlah naif kalau kita hari ini percaya bahawa tok nenek moyang kita tidak tahu menggunakan pistol, senapang dan meriam dalam pertempuran menentang para penjarah tanah air ini.

Begini tuan puan. Kita patut persoalkan setiap satu bahan sejarah yang disajikan dalam buku yang diajar dalam sekolah. Adakah logik orang dahulu kala perhati saja bangsa lain guna senjata api tanpa mahu ambil tahu kegunaannya? Tanpa ada sikap mahu memilikinya juga? Tanpa ada sikap mahu menguasai teknologi dalam pertahanan kota?

Kalau masih belum dapat tangkap perihal kemahiran teknologi ini, mungkin tuan puan boleh fikirkan seperti di bawah ini;

Hari ini kita guna telefon pintar, komputer riba dan kereta semua ini adakah orang-orang Malaysia yang menciptanya? Para perajurit kita yang memegang pistol, senapang, meriam, kereta kebal, pesawat tempur hari ini, adakah orang Malaysia juga yang cipta semua teknologi ini?

Tidak jugakan? Kita hari ini import semua teknologi dari luar. Dari Jepun, dari Korea. Dari Amerika. Dari Rusia. Sebab apa? Sebab sudah fitrah negara kita ini berada dalam geopolitik antarabangsa yang memungkinkan kita terdedah dengan teknologi semasa.

Jadi cuba tuan puan bayangkan. Masuk akalkah kerajaan empayar Melaka yang tidak putus dikunjungi pedagang Arab, pembesar Othmaniah, pembesar China dan para pedagang dari India misalnya tidak memiliki teknologi pistol, senapang dan meriam yang setara kekuatannya dengan Portugis atau Belanda? Adakah tuan puan setuju kita dibohongi buku sejarah bahawa tok nenek moyang kita dahulu cuma bersenjatakan keris, lembing, tombak dan panah mahu usir para penjarah negeri?

Tidak pernahkah tuan puan baca perihal harta rampasan perang Portugis dari Melaka yang penuh dengan pelbagai jenis senjata api dan meriam kualiti tinggi dari empayar Othmaniah?

Adakah kita mahu percaya Portugis lari lintang pukang dari Melaka sebab kena rejaman tombak dan lembing semata-mata? Adakah kita mahu percaya Empayar Melaka dan Acheh di bawah naungan Othmaniah ketika itu buta teknologi peperangan?

Jika benar bagai dikata dalam buku sejarah yang diajarkan dalam sekolah hari ini bahawa empayar Melaka itu sangat hebat hingga mashyur ke seantero dunia, kita hendak percaya jugakah orang-orang Melaka zaman dahulu kala itu bodoh semuanya tidak tahun menggunakan senjata api? Tidak ada perasaan hendak memiliki senjata api? Tidak pernah terfikir untuk mahir berperang guna senjata api? Tuan puan masih mahu percayakah segala isi kandung sejarah yang disuapkan kepada tuan puan selama ini? Logik akal mana?

Dia beginilah. Kalau kita kata sebab kita tidak pandai buat telefon pintar, komputer riba dan kereta maka kita tidak perlu semua itu, kita tidak terfikir hendak pakai semua teknologi itu, sila buang teleforn pintar, komputer riba dan kereta yang kita guna ini sekarang. Suruhlah para perajurit kita itu semua buang juga pistol, senapang, meriam, kereta kebal, pesawat tempur yang memjadi aset ketenteraan negara ini. Mahu? Logik akal mana?

Fikir-fikirkanlah.

+SANGfikir

Perjuangan Menegakkan Islam

Kalau tuan puan teliti lagi, pasti tuan puan akan sedar filem ini mengangkat agama dalam perjuangan. Telitilah bait-bait perkataan yang terpacul dalam watak utama. Tuan puan akan dapati perjuangan menegakkan Islam menentang penyangak British dan konco upahannya termasuklah puak talibarut yang menindas masyarakat, itulah yang menjadi tonggak perjuangan. Bangsa adalah perkara kedua. Agama diangkat sebagai tonggak perjuangan. Ini yang kita perhatikan. Inilah buah tangan pengarah Syamsul Yusof yang telah mengarahkan Munafik dan Munafik 2; karya dengan garapan mendalam berkenaan kumpulan manusia yang hanyut dalam khayal agama. Inilah penelitian kita tuan puan. Pengarah mengangkat perjuangan atas nama agama Islam mengatasi perjuangan atas nama bangsa. Dalam hal ini, kita patut tabik kepada pengarah dan penerbit filem ini. Syabas! Teruskan karya anda!

“Allah lah yang telah gerakkan hati kalian untuk membeli tiket tonton filem ini! Sujud syukur! #matkilau,” katanya.

“Pada yang katakan filem saya kali ini sampah atau lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana there’s no such thing as perfect film,” jelas Syamsul.

Filem ‘Mat Kilau’ berjaya kumpul RM80 juta selepas 25 hari tayangan

Itulah resam padi. Makin berisi makin tunduk. Kita tabik hormat kepada pengarah yang tidak lupa menyebut nama Tuhan memanjatkan kesyukuran. Itulah maksud hakikat; Allah yang menggerakkan hati manusia. Kita tidak perlu jadi ustaz untuk memahami hakikat ini. Sungguh mulia budi pekerti manusia yang berada dalam kedudukan tinggi, masih mengerti untuk merendah diri menerima kritikan. Semoga tuan pengarah terus istiqamah dalam berkarya.

Tuan puan sekalian. Tadi kita menjentik perihal bangsa yang bercakaran perihal politik. Merebut kuasa tidak berkesudahan. Berkhianat sesama bangsa. Menjadi tali barut penyangak dan perompak negara. Itu satu hal. Bagaimana pula bangsa yang sibuk menjadikan agama Islam itu sebagai hak miliknya? Bangsa yang bercakaran merebut gelaran Ahlul Sunnah Waljamaah sebagai milik kumpulannya? Dalam keadaan hidup tak menentu dalam era 1890-an sewaktu kebangkitan Mat Kilau itu, adakah tuan puan fikir masyarakatnya dok sibuk berebut gelaran Ahlul Sunnah Waljamaah yang kita gaduhkan selama ini?

‘Kitab Mat Kilau’

Sejak Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan meletup, kita dapati juga tular kembali berkenaan Kitab Mat Kilau di pasaran. Beginilah, jika tuan puan berminat untuk membaca sekadar pengetahuan, boleh baca di pautan ini. Versi Jawi ya. Kalau tidak tahu baca Jawi, itu kita tidak dapat hendak tolonglah. Kalau Melayu tidak tahu baca Jawi, jangan berlagak Melayu sangatlah ya. Sila belajar Jawi.

Kitab itu di dakwa karangan oleh Mat Kilau. Jika benar, maka kita tahulah Mat Kilau juga ada amalan zikir batiniah. Kalau kita teliti mentera dan kifiat zikirnya, barangkali memang kontroversi dalam konteks cara kita beragama pada hari ini. Tuan puan jangan salah faham. Bukan niat kita hendak sebarkan ilmu batiniah. Niat kita beri pautan tadi adalah supaya tuan puan baca sendiri dan nilai dengan akal yang sihat. Ilmu yang baik boleh tuan puan ambil. Ilmu yang tidak selaras dengan apa yang diajar oleh Nabi, elok tuan puan tinggalkan. Usah di amalkan.

Beginilah tuan puan. Apa yang diamalkan oleh Mat Kilau itu, juga oleh tok nenek moyang kita, itu urusan mereka dengan Allah. Kita jangan mudah menuduh sesat sewenang-wenangnya. Mereka sudah tiada di dunia ini. Yang zahir kepada kita, mereka dikenali sebagai orang Islam. Mereka adalah pejuang agama dan tanah air. Maka sewajarnya kita terimalah zahirnya begitu. Usah bercakap perkara yang kita tidak tahu atau pasti tentang keadaan sebenar mereka itu. Kita yang hidup hari ini, kita beramal sajalah dengan jalan yang ditunjuk dalam Al-Quran. Kita ikut sajalah sunnah Nabi.

Kalau kita menelusuri garapan Syamsul Yusof dalam epik filem Mat Kilau ini, kita akan sedar yang penting adalah kekuatan IMAN. Yang penting adalah menegakkan ISLAM. Itulah tonggak perjuangan; AGAMA. Dari situlah kemudiannya perjuangan membela bangsa, perjuangan membebaskan tanah air dari gerombolan penyangak dan perompak akan datang dengan sendirinya.

Itulah perkara yang lebih utama. Setuju?

mukadimah | blogکتاب | siapa? | YouTube

Comments

  • ‘Perang Ustaz’: Aswaja+AAA vs. Wahabi +SANGfikir
    Reply

    […] sejarah, kambus pula sekerat sejarah yang lain. Takut nanti perangai kita sama macam tukang komen Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (yang sejak lahir sampai ke tua masih bebal sejarah negara […]

  • PRU15: Keputusan dan Analisa Pilihanraya Umum Ke-15
    Reply

    […] belajar sejarah negara tidak mahu. Dia belajar pula sejarah negara lain. Sebab itu sampai ke umur tua, tidak faham-faham juga. Pilihanraya negara Malaysia mahu pilih wakil […]

Leave a Reply

Discover more from +SANGfikir

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading